-Si gadis-

How We'd Wish To Be
Please log in to read the full chapter

 

-Si Gadis-

______________________________________________________________________________________

 

 

[Jung Feylin’s POV]

 

 

"Fey! Bukak pintu ni Fey!"

 

Jeritan dari luar bilik tidurku membuat aku berasa rimas dengan suara dia.Tambahan pula dia asyik mengetuk pintu bilik aku tidak henti-henti sehingga silap hari bulan boleh runtuh pintu bilik aku ni.Kerana tidak tahan, aku bangun juga dari pembaringanku dan membuka pintu bilik tidurku.Aku berjanji, lebih baik dia menjarakkan dirinya daripada aku sebelum aku karate….

 

"Fey! Thanks God, kau hidup lagi!"

 

Aku yang hampir tercekik kerana dipeluk dengan terlalu kuat terus memukul belakang badan Jongdae sebagai isyarat aku lemas.Owh, Kim Jongdae, aku patut bunuh kau diawal pertemuan kita dahulu kerana engkau hampir membunuh aku sekarang!

 

"Le..lepas-lah Jongdae! Aku..a-aku tercekik!"

 

Si bengap tetapi sentiasa betul segera melepaskan aku. Akhirnya aku bernafas!

 

"Ops..Sorry,er..Kau okay ke Fey?"

 

Aku terbatuk-batuk dan Jongdae yang rasa patut melakukan sesuatu membantu aku dengan memapah aku duduk di birai katil.That’s so nice of you Kim Jongdae.

 

Scratch that, tak guna kau Jongdae! This is way much better.

 

"Auchh!! Sakitlah Fey!" Sedikit jentikan di dahi tidak mendatangkan apa-apa kecacatan pada muka kawan kesayangan aku ini.Kalau ada pun, tak ada masalah sebab Jongdae memang buruk layak terima penangan jari hantu aku.

 

Giliran Jongdae pula untuk mendengus kesakitan.Berani dia buat Jung Feylin merana!

 

"Rasakan! Siapa suruh buat macam tu?"

 

Jongdae mencebikkan mukanya.Mula menuturkan sumpahan kecil yang tidak dapat aku dengar dengan jelas.

 

"Ganas macam gorila".Telinga aku panas mendengar kutukkan dia.Walupun bisikan, dapat aku dengar.Aku menjeling dia dengan mata tajamku.Jongdae menelan air liur dan tersenyum kambing.

 

"Kau budak pendek, kenapa datang ketuk pintu bilik aku? Tahu tak aku tengah berehat?" Giliran Jongdae untuk rasa menyampah dengan aku.Biasanya manusia spesies lelaki ini tidak hairan dengan perempuan mulut laser.Buktinya ada di hadapan aku.

 

Kim Jongdae menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu dan membuat muka secomel mungkin. "Aku datang sebab cikgu kata kau sakit...So, here…" Sebungkus bungkusan plastik merah diberi kepadaku.Aku membuka bungkusan tersebut dan memeriksa barang yang diberi olehnya.Terharu seketika.Sebab ni lah aku sayangkan kau, lelaki!

 

"Banyaknya makanan..Hey,kau ingat aku boleh makan ke semua ni hahh? Ni kan makanan orang sihat."

 

Aku meletakkan bungkusan itu ke tepi katil.Aku pastikan bungkusan itu diikat dengan rapi agar ‘toyol’ kecil tidak dapat mengesan mahupun mencuba untuk membawa lari bungkusan ini.Sangat berharga, diulangi, SANGAT BERHARGA!

 

"Lah…Betullah tu, dah kau sakit..Makanlah yang aku bagi tu baru boleh sihat". Aku menghela nafas sedikit. Masalahnya yang kau bagi tu Twisties, Cadbury, mentos, sugus, Potato chips….Ni semua makanan ringan lah pandai.Pandai kau pilih makanan kegemaran aku! Seperti selalu, Kim Jongdae is the best Dae for a reason.

 

"Thanks Dae, I know you know me.” Sengihan kecil aku lemparkan kepadanya.Lega kerana lemparan aku bersambut apabila Jongdae turut tersengih seperti orang bebal. “Ya, I know, terima kasih daun keladi.Tadi kat sekolah ada apa-apa yang aku missed ke? Rasa rugi duh tak pergi sekolah hari ni…”

 

Jongdae berfikir sejenak lalu membuat muka seburuk mungkin sebelum memberikan jawapan."Ada.”Ujar kim Jongdae dengan muka seriusnya.Macam perkara penting je sampai riak mukanya secara drastik berubah.

 

“Apa dia?” Aku bertanya kerana ingin tahu.Mestilah mahu tahu sebab sekarang ni, aku sorang je yang tak up-to-date pasal sekolah untuk hari ini.

 

“Kau selaku orang penting sepanjang aku kenal telah terlepas saksikan aku, Kim Jongdae yang handsome ni menyanyi kat atas pentas…" J.A.W.D.R.O.P. Aku meraup muka aku kerana kecewa.Nak tahu tak, mendengar suara merdu Jongdae berawangan diudara merupakan salah satu punca kenapa aku boleh tahan dengan perangai dia yang menyebalkan aku kadang-kadang.

 

"What? Pertandingan kau tu hari ni ke? Damn it,aku tak datang!!"

 

Jongdae tersenyum kecil dan mengusap bahu kiri aku dengan perlahan."It's sokayy..Disebabkan kau, aku bercadang nak buat encore kat sini sebab aku menang tadi!" Aku menepuk tangan apabila Jongdae menunjukkan sijil kemenangan yang dia terima pagi tadi.Aku memeluk Jongdae dengan erat lalu mengucapkan tahniah.Dae, you never fail me bruh!

 

"Aku tahu kau mesti menang sebab suara kau lah yang paling sedap aku dengar.Congrats bruhh!"

 

Jongdae sudah tersenyum meleret sehingga ke telinga mendengar pujian.Owh! Kedua telinganya juga bertukar merah.Jongdae sungguh comel apabila tersipu malu.

 

Wait! Kim Jongdae comel? What the hell?! HAHAhaha….!! No offense, he is an adorable guy.Ya’ll know that better.

 

"Cepatlah nyanyi, aku nak dengar!" Dia menurut lalu berdiri namun dia mengisyaratkan aku sesuatu.Aku mengangkat sebelah kening aku sebagai tanda mengapa.

 

"Kau baring dulu, aku tahu kau tak larat so anggaplah ni lullaby daripada aku.Tapi dengan syarat kau mesti sembuh tau." Sekali lagi, inilah salah satu sebab kenapa aku bertahan berkawan dengan Kim Jongdae.

 

Aku ketawa kecil dan mengangguk tanda menurut.Kebah dah rasanya demam aku ni.Dia menarik comforter ku dan mengemaskannya.Aku menanti dengan penuh sabar.Jongdae berlari keluar sebentar lalu dia berdehem kecil.Aku pula yang bertukar gemuruh.Rasa seperti penyanyi kegemaran kau akan muncul secara ‘live’ dihadapan diri sendiri.

 

"Seterusnya peserta nombor lapan, Kim Jongdae untuk menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk 3.6.5. Dipersilakan!"

 

Aku menepuk tangan meskipun aku tahu pelajar berumur 18 tahun tidak patut untuk berkelakuan kebudak-budakan seperti ini tetapi ini salah satu cara kami berhibur dan menggembirakan diri sendiri.Jongdae sudah berdiri tegak dihadapan katilku Di tangan kanannya dia menggenggam sebuah sikat dijadikan sebagai mikrofon.Nampak seperti tidak kena tetapi aku memilih untuk mengabaikan.Jongdae menjadi focus utamaku sekarang.

 

Tak dinafikan suara Kim Jongdae memang merdu, terutamanya kebolehan dia mengeluarkan semua not sama ada tinggi mahupun rendah.Aku mengetahui bakat semula jadinya semenjak kami bersahabat baik.Tak semua oang ada bakat seperti dia.Hanya satu dalam sejuta.Kelebihan yang hanya dimiliki oleh Kim Jongdae.Hanya dia.

 

Sungguh aku terhibur dengan perlakuan Kim Jongdae, si teman baik sejak aku masuk ke alam sekolah menengah.Dia mungkin gila-gila dan sengal tetapi aku tahu dia sebenarnya seorang yang penyayang dan baik hati.Kalau tak, masakan dia boleh tahan dengan perangai aku yang berbagai jenis ni.

 

 

 

 

 

<=>

 

 

 

 

 

"Jung Feylin! Mana kerja yang saya suruh siapkan haritu?!"

 

Pertanyaaan daripada guru matematik kami, Encik Kang In membuat aku berdiri kaku menunduk.Kaki aku menguis-nguis lantai.Buntu hendak memberikan jawapan."Saya tanya ni, mana kerja yang saya suruh siapkan? Awak tahu tak sekarang ni dah nak akhir tahun, bila nak akhir tahun maknanya awak nak ambil periksa!" Aku tahu ni silap aku, tapi sumpah! Kerja sekolah tu aku dah siapkan dan aku dah bawa pun pergi sekolah, lepastu…Aku tak ingat.Curse myself sebab sikap pelupa ni tak pernah nak hilang!

 

Dammit Fey!

 

"Awak ingat saya suka ke nak tengking-rengking macam ni? Ingat saya suka nak marah awak?Cepat keluarkan kerja sekolah yang saya beri hari tu!"Rotan buluh Encik Kangin melibas meja aku.Aku memejamkan mata mendengar bunyi libasan itu.Mendengar bunyinya sahaja sudah cukup menggentarkan aku yang dilabel sebagai ‘pesalah’ sekarang ini.

 

Mengerikan!

 

Agaknya inilah balasan kerana bangun lambat pada pagi tadi walaupun eomma sudah berleter panjang mengejutkan aku untuk bangun dari tidur.

1-Aku memang tidur mati.

2-Aku memang tidak bersalah!

 

"Saya…Saya dah siapkan, saya dah bawa masuk dalam bag….Tapi lepastu, saya tak pasti macam mana buku tu boleh hilang…"Mata Encik Kangin hampir tersembul keluar mendengar jawapan aku.Kembang-kempis hidungnya bernafas, seperti seekor kerbau yang dipermainkan menggunakan kain berwarna merah dan bersedia untuk menanduk dengan sepenuh kekuatannya.

 

! I’m really in a deeeeeep !

 

Tuhan, aku tahu aku banyak buat dosa, tapi tolonglah lepaskan aku kali ini."Kamu keluar dari kelas saya, SEKARANG! BERDIRI SAMPAI HABIS WAKTU SAYA!!" Rasanya, no mercy this time.Aku terkejut dengan tengkingannya namun aku akur, dengan langkah yang longlai aku melangkah keluar.Aku tahu ada rakan-rakan kelasku yang bersimpati namun ada juga yang menggunakan kesempatan ini untuk mentertawakan aku.Pintu kelas aku buka dan yeah…Berdiri lah kat situ untuk satu jam lagi.

 

Tapi tak sampai beberapa minit aku berdiri, pintu bilik darjah terbuka dan keluar satu susuk tubuh mengambil tempat disebelah aku.

 

 

Dia tersengih lebar.

 

 

"Apa sengih-sengih?"

 

"Saja tengok kau kena denda…"

 

Aku menceb

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Epilogue HWWTB dah keluar~ Come here and read it guys :p

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 5: Tak saba tunggu epilog T.T
QuincyOat
#2
Chapter 5: Kyak~~! Boleh dapat kaviti aku baca chap ni! Gila sawit sangat !!
Haha....Okay, I tunggu epilog kisah ni! Hwaiting!
QuincyOat
#3
Chapter 2: Jongdae, you might catch my eyes but you'll never catch my hearteu sebab Coups cakap over his dead body first before you flirt me with your mischievious attitude! Okay, tipu je. You're too sweet dalam ni! Jeles dengan Fey dapat member terbaik dari langit macam Jong-Sweet-Day ni!