Blood Is Thicker Than Water

The Secret Liars

Kris's POV

"W-what happen?!" Aku tergagap-gagap. Tzuyu berpaut di leher aku dalam keadaan mata terpejam kerana menahan sakit.

"Ughh!! It's...it's HURT!" Beritahu Tzuyu dengan nafas tercungap-cungap. Lingkaran tangannya pada leherku semakin erat menyebabkan aku tercekik. Tambahan lagi, Tzuyu telah bergantung seratus peratus berat tubuh badannya dekat aku menyebabkan kami berdua terjatuh ke lantai di tengah pintu kerana aku berada dalam keadaan tidak bersedia.

'Okay, what the damn hell is this?!' Mataku membesar dua kali ganda bila Tzuyu rebah di atas dada aku. 'Hell!' Aku menjerit di dalam hati. Tapi jangan risau, kami tak sempat pun nak buat cerita hindustan sebab suasana memang tak mengizinkan, dan aku memang tak ada hati sikit pun, okay!

Tzuyu pantas duduk dalam keadaan perutnya dirapatkan ke paha sambil menangis kecil. Aku segera bangun dan melutut di sisinya dengan muka speechless.

"God! Help me! Ugghh!" Jerit Tzuyu lagi sambil meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang. Pergerakannya sudah tidak tentu arah. Sesekali dia membongkok di lantai, sesekali dia mengiring ke kiri dan ke kanan dan begitulah seterusnya. Aku pula risau sampai tahap aku hanya jadi pemerhati tanpa melakukan apa-apa. Dia sakit apa sebenarnya?

"Kris!" Tiba-tiba saja Tzuyu menangkap tangan aku secara mengejut membuatkan jantung aku hampir melayang kerana terperanjat. Sejuk. Tangannya benar-benar sejuk. "Boleh tak...boleh tak...kau-" Ayat Tzuyu tersekat-sekat. Aku melihat pada bibirnya, sangat pucat dan kering.

"Apa? Apa boleh aku tolong?" Soalan paling bodoh aku pernah soal setakat ni. Okay, aku tak percaya yang aku akan berhadapan dengan situasi tak masuk akal ni. Baru siang tadi kami bertengkar macam perang dunia ketiga nak meletus, dan sekarang ni boleh pula aku bantu dia seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami? Like seriously?

"Kris..." Tzuyu cuba bertenang dan menarik nafas. Entah kenapa aku pula yang berdebar-debar. Aku tak tahu reaksi dia sekarang ni sebab Tzuyu menundukkan kepalanya. "...perut aku sakit sangat... I can't stand it anymore..." Tangis Tzuyu dengan lemah. "Arrh..." Tzuyu memejamkan matanya. Serentak dengan itu tangan aku digenggam untuk melepaskan geram. 'Dia cuba nak remukkan tulang tangan aku ke apa?' Aku bertanya di dalam hati.

"Jadi kau nak aku buat apa?"

"Tolong, aku dah tak tahan!"

"Ya, aku tahu! Sekarang ni apa aku nak buat?"

"Ugh! Shut up!"

"Tadi kau yang nak minta tolong."

"Tolong cari ubat 'painkiller' dalam bilik aku!"

"Gosh!" Aku memegang kepala. "Cakaplah awal-awal! Wait, aku cari." Aku segera berdiri tapi Tzuyu tidak mahu melepaskan tangan aku.

Aku memandang matanya.

Hening...

"...bawa aku pergi tandas...i think...i think i got constipation..." Ujar Tzuyu perlahan.

Aku menghembus nafas pendek. 'i feel nervous for no reason.' "Let's go." Nak tak nak, aku terpaksa memapah Tzuyu menuju ke tandas. Tanpa berfikir panjang, aku menarik sebelah lengan Tzuyu untuk membantu dia berdiri. Kemudian Tzuyu kelihatan teragak-agak untuk mendekati aku. Tak payah cakap, aku tahu apa perasaan dia sekarang ni. Sangat tak selesa! Tapi aku seorang yang profesional. Dengan selamba aku meraut lengannya dan meletakkan di atas bahu aku. 

"Kenapalah aku kena buat semua ni..." Sindirku. Tzuyu hanya membisu. Mungkin dia juga rasa malu minta pertolongan dari aku setelah apa yang dia lakukan pada aku siang tadi. Dia tampar aku. Aku ulang sekali sekali lagi, dia tampar aku! 

Lupakan semua tu dulu, 'Just for today'. Aku mengingatkan diriku berkali-kali. Kalau Tzuyu boleh buat, terpaksa call aku pergi rumah dia walaupun aku tahu dia benci aku,  kenapa aku tak boleh, kan?

Aku betul-betul dah lupa tentang Nini saat ni.

"Aku tolong ni sebab Nini. Just saying." 

"Bukannya aku nak pun semua ni berlaku!" Ujar Tzuyu terasa pedas.

"Just shut up!" Aku mula rasa annoyed


 

Aku menolak pintu bilik Nini perlahan-lahan. Melihatkan keadaan Nini, timbul rasa bersalah dalam diri aku.

"Nini..." Aku berjalan ke arah Nini yang sedang memeluk teddy bear di atas katil sambil tersedu-sedu menangis.

Nini mengangkat mukanya, memandang aku dengan penuh emosi. "Papa, is that you? Isk...isk..." Nini menyoal sambil menggosok-gosok matanya yang merah dan basah. Tanpa berlengah, aku segera  duduk di sisinya lalu mengangkatnya di ribaku.

"See, papa tak pergi mana-mana, kan. Sekarang papa ada dekat sini. Dah, jangan nangis. Nanti anak papa tak comel." Aku mengesat air matanya menggunakan tangan.

Dari tubir mataku, aku terpandang kehadiran Tzuyu di tepi pintu sambil berpeluk tubuh. Wajahnya menunjukkan yang dia kurang senang melihat aku bersama Nini. Tidak sampai sesaat, kelibat Tzuyu hilang dari pandangan.

"...tadi Nini cari papa. Isk...isk...herrrr...."

"Ya...i know, i know. Papa minta maaf, okay?" 

Memandangkan Nini masih belum berhenti menangis, mungkin terkejut dengan kehadiran aku, aku berdiri dan menggendong Nini seperti seorang ayah yang sedang berusaha mendodoikan anaknya. Begitulah apa yang aku lakukan sekarang ni. Aku rasa sangat janggal. Ia satu pengalaman baru buat aku tapi dalam masa yang sama, aku rasa...seronok? Aku tak tahu pula ia boleh buat aku rasa bangga.

"Sshh..it's okay. Papa ada.. " Aku berjalan mundar-mandir sambil menepuk-nepuk belakangnya. Nini membenamkan mukanya pada bahuku dan memeluk leherku dengan erat seperti takut aku akan melarikan diri. Aku benar-benar tersentuh membayangkan betapa Nini sayangkan aku dan menganggap aku sebagai orang penting dalam hidupnya. Sedangkan aku...selama ni tidak pernah pun berada di sampingnya.

"Papa, Nini rindu papa. Jangan tinggalkan Nini lagi." Sejuk hati aku mendengarnya. Aku betul-betul tak tahu nak bagi respon macam mana. Aku tak pernah ada anak perempuan selama ni. Kalaulah Tzuyu nampak kelakuan Nini terhadap aku sekarang ni, aku yakin dia mesti cemburu dengan kasih sayang Nini terhadap aku.

"Papa janji tak akan tinggalkan Nini lagi." Aku terpaksa berbohong. "Tapi dengan satu syarat, Nini kena berhenti menangis. Boleh?" Soalku dengan lembut. Nini mengangkat mukanya dan memandang aku dengan bingung. Tangisannya tiba-tiba redah tapi masih tersedu-sedu. Aku tersenyum di dalam hati apabila melihat Nini berusaha menahan suaranya daripada terkeluar. My giant baby~

"Ehem.Kedengaran suara Tzuyu berdehem. Aku melarikan pandanganku ke arah Tzuyu yang baru saja masuk dan berjalan ke arah aku dan Nini.

"Sekarang Nini dah tak nangis lagi, kan? Come here, baby. Come with mama. Nini mesti tidur. Dah lewat ni." Pujuk Tzuyu sambil menghulurkan tangannya beserta senyuman yang paling manis aku pernah tengok setakat hari ni. Wau, macam mana dia boleh buat semua tu? Tzuyu sangat pandai menyembunyikan perasaannya. Aku tak percaya dia boleh bertukar menjadi seorang pembunuh bersiri di depan aku, dan bertukar menjadi seorang ibu yang paling bahagia di dunia di hadapan Nini bila-bila masa saja yang dia nak. 'Aku mesti berhati-hati dengan perempuan ni.' Dia bukan lagi gadis mentah yang pernah aku 'tipu' 4 tahun dulu.

"No...I wants to sleep with papa...herrrr...." Nini hampir menangis. Kakinya sangat erat mengelilingi pinggang aku kerana tidak ingin Tzuyu mengambilnya. 

"But 'he' can't stay . 'He' must go home. Nini boleh tidur dengan mama." Tambah Tzuyu.

'What does she mean by he?' Bukankah dia sepatutnya menggunakan gelaran papa?' Okay, aku betul-betul dah hilang sabar dengan perempuan ni. Jelas sangat yang dia tak nak Nini panggil aku papa.

"Lord! Can you see it? Nini nak dengan aku. Nini menangis pun sebab cari aku. So what's the matter if she stay with me for the night. Please, don't be selfish. Demi Nini..." Aku sedaya upaya mengawal intonasi suaraku memandangkan aku tak nak Nini berkecil hati. Tapi itu tidak menghalang Tzuyu untuk melawan aku balik. Dari cara dia tengok saja aku tahu sekarang ni Tzuyu benar-benar tengah menahan kemarahannya daripada meletup. 

"Tapi. Aku. Tak nak. Kau. Bawa. Dia. Keluar. Dari. Rumah ni!" Dengan perasaan geram Tzuyu menyebut satu-persatu perkataan tersebut. Wajahnya merah ibarat bila-bila masa saja dia boleh tumbuk aku sekarang ni. Tapi aku hanya buat muka selamba. Entah kenapa aku rasa puas hati bila tengok dia marah. Mungkin itu adalah satu kemenangan buat diri aku.

"I can stay." Pendek. Ringkas. Aku tersenyum di dalam hati sambil menatap mata Tzuyu. Dia mengetap gigi dengan lebih kuat ibarat boleh memutuskan daging aku.

"Please mama...Nini nak tidur dengan papa. Please...please...please..." Giliran Nini pula yang memujuk mamanya bersisakan tangisan dan matanya yang sedih persis hamster. Aku tersenyum melihat betapa comelnya makhluk ciptaan Tuhan yang berada di dakapan aku sekarang ni. "...atau mama nak tidur dengan papa juga..."

'What the mathaf*cker??!!??!!' Aku menjerit di dalam hati dengan soalan yang tidak diduga itu. Melihatkan reaksi Tzuyu, aku yakin dia juga menjerit perkataan yang sama di dalam hatinya. "Ma...i love you, i love papa too~ Please let papa stay...please oh please please..." Nini berusaha bersungguh-sungguh memujuk Tzuyu dengan suara serak-serak basah. Air matanya menunggu masa untuk jatuh semula. Aww, cuba cakap macam mana aku tak sayang Nini kalau macam ni lah perasaan dia terhadap aku. Aku tahu Nini rindu aku sangat-sangat.

Tzuyu tersenyum kecil mendengar perkataan ikhlas dari Nini. 

"Please?" Aku turut bertanya dengan melihat mata hitamnya. Biar dia dapat rasa keikhlasan aku.

Lama Tzuyu terdiam..."Okay, fine. Nini boleh tidur dengan...boleh tidur berdua." Ucap Tzuyu kelihatan tidak bermaya dan tiada semangat. Mungkin disebabkan dia letih asyik memikirkan kondisi Nini yang menangis sampai tengah malam. Tapi aku perasan Tzuyu masih mengelak untuk membahasakan aku sebagai papa di hadapan Nini. 

"Good night darling. Mama love you to." Ucap Tzuyu sambil mengemaskan rambut Nini yang panjang mengurai ke belakang lalu mencium keningnya dengan mata yang kuyup. Dan aku? Langsung tidak bergerak seinci pun sebab aku rasa saaaangat awkward bila Tzuyu mencium Nini ketika dia berada dalam dakapan aku.

"Just for tonight." Tzuyu menujukan amaran tersebut kepada aku dengan suara separa berbisik. Aku hanya membalas dengan renungan.

Sebaik saja Tzuyu mula meninggalkan bilik, tiba-tiba Nini memanggil Tzuyu.

"Ma, you didn't kiss papa." 

'What?! No way!' Mata aku terbeliak serta merta. Pandangan aku dan Tzuyu bertembung secara tidak sengaja tapi yang peliknya aku seorang saja yang terkejut bagai nak rak. Boleh pula Tzuyu merenung aku dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan. 'Okay, what the fish is that?' Kenapa dia pandang aku macam tu? Menakutkan…

"I think...i think i need to go to the toilet." Tzuyu memegang perutnya dengan muka tidak selesa. 'Grrr...dia selalu buat aku nervous tanpa sebab.' Perempuan ni sesuatulah. 


 

Tzuyu's POV

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Apa yang aku telah lakukan dari tadi ialah keluar masuk tandas, asyik termenung tak dapat tidur, dan duduk membongkok dekat lantai sebab sakit perut. Hari ni ialah hari yang paling malang aku alami satakat tahun ni.

"Ugh...aku benci sembelit..." 

Aku menutup pintu tandas kemudian berjalan sambil memegang pinggang menuju ke katil. Like seriously? Pasal sembelit ni lah aku hampir buat drama dengan Kris tadi. Memalukan! Sekarang ni pula, aku tak dapat tidur sebab perut aku asyik meragam. Sembelit satu hal, tinggalkan Nini dekat lelaki tu pun satu hal.

Macam mana aku tak risau? Kris ialah lelaki yang cuba nak rampas Nini. Tinggalkan Nini seorang diri dekat lelaki tu adalah keputusan paling bodoh! Tapi malangnya aku sentiasa mengalah dengan permintaan Nini. She just..she just too precious dan aku tak sampai hati tengok dia menangis berterusan.

"Hhh..." Aku mengeluh. Lantas aku merebahkan diri aku di atas katil dan termenung sendirian memandang siling. Sunyi...hanya bunyi jam saja berdetik. Walau penat macam mana sekali pun, aku tetap tak dapat tidur. Fikiran aku tetap melayang memikirkan Nini.

Akhirnya, aku duduk semula. Aku simpulkan yang aku tak dapat tidur selagi aku tak dapat tengok muka Nini. Jadi aku keluar dari bilil aku dan berjalan ke bilik Nini senyap-senyap.

Ketika aku menolak pintu bilik tersebut...

Aku terpaku...Nini sedang terlena tidur di atas tubuh Kris dalam keadaan pipinya disandarkan pada dada lelaki itu. Tangannya yang pendek  sedang erat memeluk Kris dan Kris juga sebaliknya. Bagaikan ada arus elektrik yang mengalir di dalam tubuhku membuatkan buluh romaku tegak berdiri. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku saat ni. Hatiku menjadi luluh tapi dalam masa yang sama aku rasa benci dan marah!

Aku perasan sesuatu...Nini dan Kris ada banyak persamaan. Kedua-duanya mempunyai tabiat tersenyum dalam tidur. Lagi satu, Nini sangat tinggi bagi kanak-kanak seusianya. Tengok sajalah kaki Nini yang panjang bila tidur di atas tubuh Kris. Satu benda yang sangat ketara, Nini sangat keras kepala sama macam 'ayah kandung' dia. 'Aku benci...' Macam mana Nini boleh mewarisi semua sifat dari lelaki tu? Sedangkan aku yang korbankan hidup aku selama ni membesarkan Nini tapi Kenapa Nini tetap berkelakuan sama seperti Kris? Kenapa? 'Ini tak adil. She's my daughter!'

Tanpa aku sedari, aku telah merenung mereka hampir seminit tanpa bergerak seinci pun, dan tiba-tiba saja Kris membuka matanya dan pandangannya tepat mengarah ke arah aku membuatkan jantung aku hampir tercabut kerana terkejut.

'Gosh!' Jeritku di dalam hati sambil memegang dada.

"Kau tak percaya aku, kan?" Kris menyoal sinis sambil mengalihkan Nini di tepi lalu duduk di tepi katil. "Kau takut aku bawa dia lari?" Tambah Kris. Tapi aku hanya memberi pandangan meluat. Aku memang meluat. Sangat-sangat meluat.

"Kalau kau cuba-cuba, aku tanpa teragak-agak bunuh kau." Aku bercakap perlahan tapi tegas.

Kris tersengih. Dia berdiri lalu menyelimutkan Nini. Kemudian Kris berjalan melintasi aku yang berdiri di pintu menuju ke luar bilik. Sebaik saja Kris berada di luar, sekelip mata saja tangannya menarik pinggangku dengan kasar dan sebelah tangannya pula mengcengkam pergelangan tanganku. Aku tersentak dan cuba lepaskan diri tapi Kris bertindak memulas pergelangan tanganku dengan lebih kuat menyebabkan aku berhenti melawan. 'Oh ! Tangan aku pedih, tahu tak!'

"So what if i take Nini with me? She's my daughter!" Tegas Kris di hadapan muka aku. Aku kaku dan memandangnya tanpa berkelip. Senyuman yang aku lihat tadi tiada lagi di wajah lelaki itu. Kalaulah mata Kris umpama pedang, dah lama mata aku jadi buta sebab renungan Kris sangat tajam.

"Aku tak suka cara kau cakap dengan aku." Kris memberi teguran tegas.

"Tch!" Aku tersenyum sinis. "Berapa orang perempuan yang dah jadi mangsa kau?" Soalan aku membuatkan kening Kris hampir bercantum.

"Apa maksud kau?!" Intonasinya masih dingin sama seperti tadi.

"Tengok dari cara kau layan aku, aku tak hairan kalau selama ni dah banyak perempuan yang menjadi mangsa nafsu kau, dan bila kau dah bosan, kau layan diorang sama macam kau layan aku, kan? Kau lah lelaki paling berhati busuk yang pernah aku jumpa setakat ni."

"Kau! Jaga mulut kau sikit!!" Tanpa teragak-agak, Kris menolak aku rapat ke dinding sehingga terdengar bunyi hentakan yang kuat ketika dinding dan belakangku bertembung. 'DAMN IT!' Aku benar-benar terkejut. Kedua-dua bahuku ditekan kuat ke dinding menyebabkan aku tidak mampu melawan.

"That's not true! You're the first and the last gadis yang pernah aku sentuh! So keep your bad thoughts about me! I'm not the same person i were four years ago!" Tengkingnya tepat di hadapan muka aku. Aku terpaksa menoleh ke kiri menunjukkan betapa kuat suaranya. Tidur Nini juga terganggu menyebabkan kami berdua menoleh serentak ke arahnya. Setelah memastikan Nini telah betul-betul tenang, kami bertentangan mata semula...

"Tapi kau masih layan aku dengan teruk!! You said you're not the person you once was, tapi kenapa?!" Aku mula sebak. "...kenapa kau berani bersikap kasar dengan aku?! Badan aku sakit, tahu tak?! Arrrhhhh!" Aku menjerit sepuas-puasnya untuk melepaskan geram. Aku tak tahu kenapa masa ni juga air mata aku nak keluar. Bayangkan, aku benar-benar kecewa dengan kelakuan Kris dari dulu sampai sekarang sampai tahap hati aku nak gantung diri.

Melihatkan air mata mula bertakung, cengkaman tangan Kris pada bahuku mula terlepas. Sekurang-kurangnya dia masih ada perasaan bersalah terhadap aku. Atau pun dia cuma takut perangai gila aku akan keluar bila aku menjerit tadi. Itu aku tak tahu. Dengan pandangan kabur kerana dilitupi air mata, aku mengesat air mataku yang hampit jatuh. 'Aku tak boleh nangis depan dia!'

"Tapi kau yang paksa aku buat semua ni...Kalau kau tak melawan, aku tak akan-"

"Bagitahu aku, macam mana aku tak melawan?! Kau tiba-tiba datang nak rampas Nini dari aku. Aku yang bertarung hidup melahirkan Nini! Dan kau, orang yang sepatutnya berada di sisi aku semasa aku melahirkan dia, pergi mana?! Malah lelaki yang bukan bergelar ayah Nini yang temankan aku masa tu! Goddd!! Tolonglah! Tolong, tolong, tolong faham situasi aku sekarang ni! Kau nak tengok aku bunuh diri dulu ke baru kau nak faham?! Tell me, and i will kill myself in front of you right now!" Aku menghentak-hentak kaki sambil mecengkam rambutku dengan kasar. Aku tak peduli kalau rupa aku dah macam orang tak siuman. Tahap kecewa aku sekarang ni dah mampu buat aku bunuh diri, tahu tak?

"W-whats wrong with you?" Dahi Kris berkerut tapi melalui nada suaranya, aku tahu dia risau.

"What? What is wrong with me? Nothing is wrong with me! You're the one with a problem here!"

"You're crazy..." Hanya itu Kris mampu ucapkan. Walaupun suaranya tidak ditujukan kepada aku , tapi aku masih mampu mendengar dengan jelas.

"Baru kau tahu aku selama ni gila?" Aku cuba sedaya upaya untuk buat hati Kris rasa annoying. Ternyata berkesan. Kris memandang aku dengan wajah berkerut dan tidak puas hati.

"Menyesal aku tolong kau tadi!" Luah Kris. "Kalau bukan sebab kau perempuan yang dah lahirkan anak aku, dah lama aku biarkan kau tadi pitam dekat pintu tu. Lantaklah apa nak jadi. Kau langsung tak tahu nak ucap terima kasih, kan?"

"Jangan jadi bodoh! Hal kecil tu pun kau nak besar-besarkan? Kau jangan lupa..." Aku menudingkan jariku ke arah Kris beserta ratapan sinis. "...yang kau pernah musnahkan hidup aku! Okay, okay..." Aku mengangkat tangan cuba bertenang kemudian tersenyum. "Terima kasih sebab dah rampas kehormatan aku. Terima kasih sebab tak bertanggungjawab terhadap kandungan aku. Terima kasih sebab biarkan aku seorang diri tanggung semua keperitan mengandungkan anak kau. Thank you sangat-sangat. Kau tahu tak..." Aku mengetap gigi merenung Kris. "...yang beranak tu sakit dia macam mana?! Sakitlah bodoh! Eeee!!" Tanpa teragak-agak aku memukul bahu Kris bertubi-tubi. God! Aku geram! Aku geram sangat-sangat! 

"Yah! Yah!" Kris berusaha melindungi dirinya menggunakan tangannya yang panjang tu. Memandangkan aku tak nak berhenti, Kris bertindak memegang kedua-dua tangan aku dan menarik aku ke arahnya sehingga muka kami hampir tersembam.

"Listen!" Kris semakin mendekatkan mukanya membuatkan aku meneguk air liur. Kris diam sesaat. Kami bertentangan mata buat seketika.

"Lain kali...aku cabar kau! Aku cabar kau jangan call aku atau minta pertolongan dari aku bila Nini menangis semula. Aku nak tengok sejauh mana Nini tak perlukan aku dalam hidup dia macam yang kau cakap!" Sinis Kris dan terus membuang tangan aku dengan kasar.

'Aku nak tengok sejauh mana Nini tak perlukan aku dalam hidup dia macam yang kau cakap!' Kata-kata Kris asyik berputar-putar di telinga aku. Aku termenguh serta merta seperti orang dipukau.

Beberapa saat kemudian, aku terdengar Kris keluar daripada rumah dan menutup pintu. Aku bersandar di dinding. Semangat aku hilang...

'Hhhh..' Aku mengeluh panjang. "But that's not fair..."


Kris's POV

Selepas berjalan melintasi beberapa bangunan apartment, akhirnya aku berhenti di sebuah kedai serbaneka 24-jam untuk membeli rokok. Agaknya dah lama aku tak macam ni, maksud aku...aku perasan yang aku sekarang ni dalam keadaan dilema dan bingung. Banyak sangat benda yang berada dalam fikiran aku sekarang ni. Sangat banyak.

"Juh gi yo? Errr...ehem!"

Aku kembali ke dunia nyata apabila juruwang lelaki dihadapanku berdehem. Aku memandangnya tanpa perasaan. Sesaat...dua saat...Juruwang tersebut memandang aku dengan janggal.

"Ni lebih duit tuan. Sila datang lagi. Terima kasih." Ucapnya kemudian tersenyum.

"Keep the change." Aku berkata dengan nada mendatar. Aku mencapai rokok tersebut dan segera pergi membuatkan juruwang itu terpinga-pinga.


 

Aku berhenti di sebuah kerusi kayu berhadapan dengan taman permainan tidak jauh dari apartment tempat Tzuyu menginap. Hanya bangunan apartment setinggi langit saja yang menjadi pemandangan mata aku sekarang. Kosong dan sangat membosankan.

'Park Siyeon, mama dah pecat!'

"Aishh!!" Mesej yang dihantar mama membuatkan aku rasa marah. Seperti yang mama janji, kalau aku tak balik China, personal assistant aku akan dipecat serta merta, dan sekarang ni ia betul-betul terjadi. "Ditaktor..."

Tanpa membuang masa, aku membuka kotak rokok yang aku beli tadi dan segera mengeluarkan sebatang rokok. Aku merenung lama rokok tersebut sebelum menghisapnya. Aku terpaksa berfikir dua kali sebelum menghisapnya sebab aku...dah isyhtiharkan diri aku 'bebas rokok' sejak empat tahun yang lalu. Kalau aku hisap juga, maknanya aku akan menjadi 'orang itu' semula...'Hhhh...' Hanya memikirkan peristiwa empat tahun lalu mampu membuatkan aku menjadi serabut.

Seingat aku, dalam masa empat tahun sejak pertengkaran besar antara keluarga Tzuyu dan mama aku, hanya sekali saja aku pernah menghisap rokok, dan ironiknya bukan disebabkan kes aku dengan Tzuyu tapi disebabkan aku tak dapat terima kenyataan bahawa 'perempuan' tu dah kahwin dengan orang lain.

Sekarang ni, senarai aku akan menjadi dua dan sebabnya ialah bila aku dapat tahu ibu kepada anak aku sendiri berusaha untuk memisahkan kami berdua.

Aku menutup mata dan bayangan Nini serta merta bermain-main di hadapanku. Senyumannya, mulutnya ketika merajuk dan matanya ketika marah. Kemudian suaranya yang nyaring apabila ketawa terngiang-ngiang di telingaku...cukup membuatkan aku tersenyum tanpa sedar. Apabila aku membuka mata dan melihat ke arah rokok tersebut, timbul satu perasaan yang tidak menyenangkan membuatkan aku membuang rokok tersebut ke lantai dan memijaknya.

Sangat jelas aku buat ni sebab Nini. 'Aku dah berubah?'. Well, sejak mula aku lagi aku tak expect akan timbul rasa sayang terhadap Nini, cukup sekadar aku ambil Nini di bawah jagaan aku atas sebab-sebab tertentu, tapi nampaknya...niat aku dah terpesong. Aku cuba rampas kasih sayang Nini terhadap ibu kandung dia. 'Really? But it's a good news to be honest'.

Aku tersenyum sinis dan segera berdiri untuk meninggalkan tempat tersebut tapi malangnya ketika aku ingin mencari kunci kereta di dalam poket seluar, ianya kosong.

Aku mengetap gigi. "God...why? Why now? Ugh! i hate this." Aku terpaksa berdepan dengan Tzuyu sekali lagi.


 

Aku berdiri di hadapan pintu apartment milik Tzuyu hampir seminit. 'Okay, aku cuma ambil dan terus belah.' Aku mengangkat tangan untuk menekan loceng tapi aku turunkan semula kerana aku rasa tak perlu. Akhirnya, aku hanya memusing tombol pintu dan ternyata pintu tersebut tidak berkunci. 'Memudahkan kerja aku sebenarnya.'

Sebaik saja aku membuka pintu, 20 minit yang lepas di tempat yang sama aku tinggalkan Tzuyu sebentar tadi, ternyata dia masih berada di tempat yang sama tanpa berganjak seinci pun. 

Sebelum melangkah masuk, aku cuba melihat dengan lebih jelas keadaan Tzuyu terlebih dahulu. Okay, memang sah dia dah tertidur sebab mata Tzuyu terpejam rapat. Dia tertidur dalam keadaan bersandar sambil memeluk lututnya kerana kedinginan.

Aku berjalan mendekatinya dan duduk sama rendah. Lalu aku sengaja mencucuk pipinya dua kali. Aku tersengih sinis. 'Macam mana dia boleh tidur dalam keadaan macam ni? Tsk.. tsk...' 

"Pabbo...kau cakap kau tak percaya aku. Tapi kau sendiri biarkan pintu rumah tak terkunci...senanglah aku masuk dan bawa lari Nini..." Aku bercakap sendirian di hadapannya. Tapi sudah tentu Tzuyu tak mampu nak jawab sebab dia dah tak sedarkan diri.

Pada masa yang sama, aku perhatikan wajah Tzuyu...kulitnya yang mulus, matanya yang tertutup, hidungnya yang mancung, dan bibirnya yang pucat...dan aku realise something, "You're still too young..."

Tiba-tiba aku tergerak hati untuk menghantarnya masuk bilik. Aku tak percaya aku buat semua ni. Perlahan-lahan aku mengangkat Tzuyu dengan cara bridal style dan membawanya masuk ke bilik. Aku letakkan dia di atas katil dengan berhati-hati. Kemudian aku selimutkan dia, dan sempat mematikan lampu sebelum keluar.

Ketika aku ingin menjenguk Nini di dalam biliknya, telefon milik Tzuyu yang terletak di sofa berdering tanda ada panggilan baru masuk.

Pada mulanya aku membiarkan saja, tapi macam ada satu perasaan yang timbul menyuruh aku melihat telefon tersebut. Aku segera mengambilnya dan melihat nama pemanggil.

'Nana Unnie'

Aku termenung lama...membiarkan nada dering tersebut berbunyi sendirian. Sesuatu telah memukul hati aku saat ini...

'Titt'

"Hello Tzuyu, Nini macam mana sekarang?I hope she's just fine."

"....."

"Nini dah berhenti menangis ke? Unni dah tak dengar suara dia?"

"....."

"Tzuyu?"

"Mereka dah tidur." Aku menjawab dengan nada mendatar.

"S-siapa?" Soal Nana rasa bersalah.

"Kau rasa?"

"S-siapa? Ka-kau...? Ta-tapi..."

Panggilan terputus serta merta. Aku mengangkat bahu. "Perlu ke terkejut macam tu sekali?"

Selang beberapa saat, aku kembali semula ke bilik Nini. Tidur di sisinya, melingkari tanganku di tubuhnya dan memberinya pelukan seorang ayah yang paling hangat.

"Papa..." Ucap Nini. Mengingau.

"Shhh...it's okay..."


 

 

Huhuhu, lama tak update. 

Anyway, cerita sebenar baru bermula.

So setakat ni yg sy boleh cerita ialah, Kris sebenarnya akan berkahwin dlm masa seminggu dgn gadis pilihan mama dia iaitu Xinyi tp dia nak tunda dulu sebab nak jalankan plan dia ambil Nini. Sementara Tzuyu dgn Chanyeol pula setakat ni masih kekalkan status hubungan mereka sebagai kawan. And lastly, Nana. Ah nak ckp sikit, setakat ni Nana yang menyimpan rahsia yang paling besar antara mereka semua. Hanya seorang ja yg tahu. Jeng jeng jeng...

p/s: Sorry, banyak guna perkataan english, dah lah tak betul. Hehehe

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 4: fanfic niyh mmg best ~^_^~ poster nyer pon cute sgt~ palli update yaa authornim!!
LUTADIAS_xx #2
Chapter 4: konflik..konflik..ish ish..asyik2 bergaduh. Aku tumbuk juga kris nnt. tapi apa rahsia kris? nana pun. sy nak tahu sangat2. keep update! hwaiting!

lagi satu, sy suka poster utk setiap chap tu :) nice~
LUTADIAS_xx #3
Chapter 2: Daebakkk!! sy tak tahu pun ff ni wujud.
banyak sgt konflik, sy suka! hhaha
p/s: authornim, cpt bgtau apa rahsia kris. sy dah tak sabar ni
sitifadhlina #4
Chapter 2: Pali update tak sabar nak tahu niat kris tu
2Cool_4Skool #5
Chapter 2: apa rahsia nana? dia kenal kris sblum ni ke? hmm something fishy...
Dreamwalkerxx #6
Chapter 2: jahatnya kris. ksian tzuyu
apa rancangan kris? sy dah tak sabar nak tau rancangan dia tu
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 1: *crying at the corner* huwaaa ada my husband kris. tp knp dia jahat sgt dlm ff ni hahaha XD
tolong jaga kris baik2 utk saya authornim. jgn suruh dia jahat sgt dkt tzuyu. lol apa yg aku mrepek ni
BlueOceanHeart #8
Chapter 1: mcm baca novel XD
sy memang dah lama suka kris dgn nini sbg ank dgn bapa masa tgk movie SOWK tu lagi. sweet sgt~
kbetulan sy trjumpa ff ni, wah happy gila
iKONic_hanbin #9
Chapter 1: wow best! best!
sy tunggu apa rahsia yg authornim ckp tu, ok
update soon :)
Dreamwalkerxx #10
Chapter 1: kejap, so kris tak kenal tzuyu?? LOL. daebak!
tak sabar sy nak tahu cerita drg yg strusnya.