A Painful Memories

The Secret Liars

CHAPTER 2

 

Tzuyu's POV

"Dulu masa aku dan kau tengah-"

Hening sesaat. Kris sedar dia telah tersalah cakap.

"Kenapa? Kenapa tak teruskan?" Aku mencabar Kris memandangkan aku sakit hati melihat mukanya. "Kenapa tak cakap je yang kau tak tahu pun aku masih bawah umur masa kita buat benda kotor tu, dan sekarang ni kau tak percaya yang aku masih muda?"

Ada perubahan pada wajah Kris apabila mendengar ayat yang aku ucapkan. Malu? Sentap? Itu aku tak tahu. "Jadi sekarang ni kau nak salahkan aku?" Soal Kris dengan intonasi rendah tapi boleh buat telinga aku bernanah. Sangat sinis.

Aku memandangnya tidak percaya. Seolah-olah dia juga salahkan aku sedangkan aku yang menjadi mangsa dalam perkara ni. Kris betul-betul dah cabar kesabaran aku. "Ya! Sebab kau lelaki tak bertanggungjawab! Kau tak rasa bersalah sikit pun bila aku bagitahu kau perkara sebenar. Malah kau hina aku depan mama kau dan mama aku. Kau tahu tak perasaan aku masa tu macam mana? Harta mak bapak kau pun masih belum mampu ganti semua keperitan yang aku tanggung selama ni!" Aku luahkan semua perkara yang menjadi mimpi ngeri aku selama ni dengan kecewa dan marah. Aku dah tak peduli dengan orang sekeliling.

Nampaknya Kris tidak ingin mengalah malah melawan balik kata-kata aku. Aku tak sangka lelaki macam Kris wujud di dunia ni. Hipokrit! Kesengsaraan yang dia bagi pada aku selama ni sedikit pun tidak mengundang rasa bersalah di hatinya.

"Aku buat semua tu sebab imej aku. Aku kena jaga nama baik keluarga aku. Lagi pun aku tak pernah menafikan kandungan kau adalah anak aku. And that's enough!"

"Ha!" Aku ketawa palsu dan memberikan Kris senyuman sinis."Tengoklah siapa yang bercakap? Nak jaga imej? Tak pernah menafikan? Oh really? Tapi tak nak bertanggungjawab dengan tak mengaku anak bukan benda yang sama? Just how shameless you're gonna be? You ing bastard!" Aku meninggikan suara kerana sudah tidak mampu mengawal perasaanku lagi. Automatik aku mengangkat tangan ingin menampar Kris tapi Kris terlebih dahulu menahan pergelangan tanganku.

"Kali ni aku tak akan lepaskan."Ujar Kris kemudian menarik kasar pinggang aku sehingga jatuh di dakapannya. Kris merenung aku dengan tajam. Aku memandang cemas ke kiri dan ke kanan kerana takut ada orang yang melihat. Kemudian aku memandang Kris semula dan cuba melepaskan tangan aku tapi Kris bertindak memulasnya sehingga aku terpaksa mengerang kesakitan di dalam hati.

Dalam keadaan tangan kanannya melingkari seluruh tubuhku dan sebelah lagi memegang pergelangan tanganku dengan erat, aku membalas renungannya dengan tajam menunjukkan aku tidak gentar dengan ugutannya.

"Nini anak aku! Selama ni kau anggap dia tak wujud pun, dan sekarang ni kau tiba-tiba muncul nak rampas dia dari aku? Langkah mayat aku dulu! Kau cuba culik Nini dari aku!" Aku menjerit di hadapan muka Kris dengan sangat kecewa.

Mendengar perkataan culik, ekspresi wajah Kris berubah serta merta. Mungkin aku benar-benar telah mencabar kesabarannya. "What the hell are you talking about?!" Kris menjerit balik ke arah aku dan intonasinya dua kali ganda lebih kuat dari aku menyebabkan aku terpaksa menutup mata. "Nini anak aku juga! Kau tak ada hak nak pisahkan kami! Kalau aku ambil dia dari kau sekali pun, itu bukan satu kesalahan sebab aku ada hak sebagai ayah dia!"

"Apa maksud kau anak aku juga? Excuse me, Nini cuma ada aku dan selama-lamanya milik aku! Dia tak perlukan kau dalam hidup dia. Aku seorang saja dah cukup berikan dia kasih sayang. Kau cuma lelaki yang tak bertanggungjawab yang tiba-tiba mengaku sebagai ayah Nini!"

"Look how ignorant you are. Kau boleh cakap apa yang kau suka. Terserah! Tapi kau kena ingat-" Kris menolak aku menjauhi dirinya dan menuding jarinya di hadapan muka aku."...kau tak dapat halang takdir yang darah mengalir di tubuh Nini adalah darah aku. And one more thing, cuba jelaskan dekat aku kenapa Nini asyik cakap dia rindukan aku? Apa makna semua tu? Are you blind or what? Terang-terang dia juga perlukan kasih sayang aku!

...Sedangkan masa aku jumpa dia buat pertama kali, Nini sendiri dah tahu yang aku ialah papa dia, dan kau patut tengok betapa gembiranya Nini bila aku muncul depan dia. Sekarang, kau sanggup nak pisahkan dia dari aku sekali lagi dan tengok dia bersedih?"

Soalan Kris meninggalkan aku terdiam seribu bahasa. Aku tercegat tanpa bergerak dan cuba mencerna ayat Kris satu-persatu. Nini dah tahu identiti sebenar Kris sejak dulu lagi? Tapi macam mana?

Sekarang aku faham kenapa Nini selalu mimpi pasal Kris sebab Nini tahu rupa sebenar Kris. Betapa luluhnya hati aku. Tapi ini tak bermakna aku akan serahkan Nini kepada lelaki tak guna tu.

Aku kembali sedar. Aku mengenggam buku limaku dan cuba mengingatkan diriku berkali-kali agar bertenang. Aku kembali merenung Kris dengan tajam. "Kau silap. Nini tak perlukan kau. Dia masih kecil dan tak faham apa sebenarnya yang berlaku sekarang ni. Bila dia dah besar, masa tu baru kau tahu rasa..." Aku mengetap bibir, "...yang Nini akan benci kau sebagaimana aku bencikan kau sebab dia dah boleh faham yang kau sebenarnya lelaki yang tak bertanggungjawab semasa dia dikandungkan dan kau tak pernah ada di samping aku semasa dia berada dalam kandungan." Aku berhenti seketika, cuba mengawal pernafasanku... "Jadi, jangan nak berlagak seperti kau orang penting dalam hidup Nini sebab kasih sayang dia dekat kau...tak akan bertahan lama!"

Aku melihat Kris tersentap dan kaku dengan kata-kataku tapi kembali sedar dalam masa sesaat. Serentak dengan itu tangannya menarik kasar kedua-dua bahu aku ke dadanya sehingga tiada ruang antara kami. Aku tersentak dengan layanannya. Kris mecengkam bahuku dengan kuat dan ianya sangat sakit. Aku bergelut di bawah tubuhnya yang tinggi dan besar itu sehingga aku terpaksa mendongak dan merasakan diriku sangat kecil saat ini.

"Listen carefully, don't you dare say my daughter will gonna hate me..." Kris menarik nafas berat, cuba mengawal kemarahannya, "...and don't you dare say that she doesn't need me! Kau tak tahu kau tengah bermain dengan siapa sekarang ni. Kalau kau cuba-cuba nak pisahkan aku dengan Nini...kau sendiri tahu aku macam mana. Aku sanggup buat apa saja demi mendapatkan apa yang aku nak!" Kris mengoncang bahuku, aku hanya mampu membalas renungannya dengan kaku. "Jadi jangan paksa aku untuk bawa kes ni di mahkamah sebab bila melibatkan mahkamah...there is no chance you gonna win againts me. Kau sendiri faham kan?" Kris melepaskan aku begitu saja.

Aku meneguk air liur, speechless dan kecut perut apabila Kris melemparkan ugutan itu hanya tiga inci saja jauhnya dari muka aku. Apa yang aku rasakan saat ini, tiada seorang pun yang mampu mengungkapkannya. Sedikit sebanyak kata-katanya memberi kesan mendalam di dalam hati aku. Kalau betul Kris bawa kes ni di mahkamah, itu petanda buruk dan aku sangat takut. Sebab aku tahu tiada jalan untuk aku menang melawan Kris memandangkan aku tahu macam mana permainan kotornya. Walaupun hak jagaan Nini sudah semestinya di pihak aku, tapi dengan taktik kotor Kris, Nini pasti jatuh di tangan dia.

Dengan penuh emosi, aku menjerit sepuas-puasnya di hadapan muka Kris. "KAU INGAT KAU SIAPA BOLEH SESUKA HATI MUNCUL DARI BAWAH TANAH MACAM DAJAL DAN TIBA-TIBA NAK REBUT NINI DARI AKU?! 4 TAHUN BERTURUT-TURUT KAU BUANG AKU, KAU LANGSUNG TAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KANDUNGAN AKU, KAU TAK PERNAH TANYA PASAL NASIB AKU DAN KANDUNGAN AKU, DAN SEKARANG DENGAN TAK TAHU MALUNYA KAU MENGAKU NINI SEBAGAI ANAK KAU? AKU YANG JAGA DIA SELAMA NI-" Aku memukul-mukul dadaku dengan penuh frustasi dan emosi, "AKU YANG MENGANDUNGKAN NINI SELAMA 9 BULAN. AKU YANG LALUI SEMUA KESENGSARAAN MENGANDUNGKAN DAN MELAHIRKAN NINI, BUKANNYA KAU!"

Aku hampir menangis lebih-lebih lagi mengenangkan kembar Nini yang telah gugur. Bila-bila masa saja Kris boleh nampak aku terduduk di atas lantai sekarang ni sambil meraung-raung. Betapa pedihnya hati aku bila memori 4 tahun dulu datang kembali.

Melihatkan air mataku mula bertakung di kelopak mata, wajah dingin Kris mula kendur, tidak sebengis yang tadi. Aku yakin sedikit sebanyak luahan aku memberi kesan di hatinya, dan ia terbukti apabila suara Kris muka kedengaran normal.

"Aku tak pernah kata yang kandungan kau bukan anak aku...aku cuma tak nak bertangg-"

"Shut up! And get out!"

"Okay, okay. Aku akan pergi..." Ujar Kris sambil mengangkat tangannya seperti orang mengaku kalah, dan ia adalah perkara baru buat aku bila melihat Kris tidak melawan balik kata-kata aku. "...but first, bagitahu aku nama kau dan alamat rumah kau. Just in case...you know."

Aku mengerutkan dahi kemudian tersenyum sinis. Dia ingat aku bodoh? Dia nak tanya pasal maklumat peribadi aku supaya senang dia nak rancang jatuhkan aku? Satu perkara lagi yang mengejutkan aku...dia tak tahu pun nama aku, perempuan yang telah melahirkan Nini? What a stup*d father is that?

"TCH! Sedangkan nama aku pun kau tak tahu, perempuan yang telah melahirkan 'anak' kau, macam mana kau layak jadi ayah Nini?"

"Oh sekarang ni kau dah mengaku yang Nini anak aku?" Sindir Kris. Aku terdiam sesaat, menyedari aku telah tersalah cakap dan ingin melawan balik, tapi Kris menghalang aku.

"Nah, let just stop there. I won't fight with you over this things again. You're just so stuborn to accept the truth."

Mata aku terbeliak serta-merta, tidak percaya dengan apa yang aku dengar. "Apa kau cakap? Excuse me-"

"Chou Tzuyu."

Chanyeol memotong perbualan aku dengan pandangan yang sukar diramal. Aku mencari kelibat Nini. Chanyeol telah menyerahkan Nini kepada seorang ahjumma yang telah membawanya masuk ke dalam kedai permainan.

"Another stupid ..." Kris bermonolog sendirian dengan sangkaan kami tidak mendengar suaranya. Dari sisi pandanganku, aku dapat lihat Chanyeol sedang merenung Kris dari atas sampai ke bawah.

"Jom." Chanyeol memegang pergelangan tanganku dan aku memandang mukanya. "Tak guna kau lawan cakap lelaki yang hipokrit macam ni. Dia tak akan faham apa yang kau rasa." Tegas Chanyeol dan terus membawa aku pergi tanpa banyak karenah tapi Kris pantas menangkap pergelangan tanganku.

"Tunggu!"

"Ish! Lepaslah." Aku cuba menarik tanganku tapi Kris tidak ingin melepaskannya membuatkan Chanyeol tidak puas hati.

"You're so rude, man." Ujar Chanyeol dalam intonasi yang masih terkawal. "Aku boleh kenakan kau tindakan undang-undang sekarang juga atas penderaan emosi dan psikologi terhadap seorang perempuan. Jangan ingat aku tak nampak apa yang kau buat dekat Tzuyu tadi." Chanyeol memberi amaran keras tetapi Kris ketawa seakan apa yang dikatakan oleh Chanyeol sebentar tadi adalah satu jenaka.

Chanyeol memberi Kris pandangan tajam, begitu juga aku.

"Are you kidding me? Kau siapa? Banyak sangat tengok drama huh?" Suara Kris sangat menyakitkan hati sehingga menggugat kesabaran Chanyeol.

Tanpa teragak-agak Chanyeol menerjah ke arah Kris dan Kris juga melakukan perkara yang sama, tetapi aku bertindak pantas menahan tubuh Chanyeol ketika genggaman tangan Kris di tanganku terlepas.

"Chanyeol, don't. Biarkan dia." Tegasku. Mata Chanyeol tidak lari menatap Kris dan Kris juga sebaliknya sehinggalah kami ingin beredar.

"Salahkah aku nak tahu tempat tinggal anak aku sendiri?" Soal Kris antara marah dan kecewa apabila kami meninggalkannya.

" off!" Ujarku tanpa menoleh ke belakang.

"Perkara ni belum selesai, CHOU TZUYU..." Kris memberi amaran tapi aku berpura-pura tidak dengar.


Kris' s POV

"Chou Tzuyu..." Aku tersenyum sinis. Jauh di sudut hati aku, api sedang membara-bara.

Aku menghentak streng keretaku dengan frustasi. Tak pernah dalam kamus hidup aku seorang perempuan berani melawan aku. Selalunya mereka yang terhegeh-hegeh walaupun aku tak berkenan.

Aku buntu! Macam mana aku nak yakinkan Tzuyu yang aku nak Nini dalam jagaan aku? Walaupun aku dah gertak dia, tapi dia tetap berani melawan aku balik. Nampaknya tanggapan aku terhadap perempuan tu meleset sama sekali. Dia bukan lagi seorang remaja yang mudah diguna-gunakan, sekarang dia dah berubah menjadi perempuan yang lebih matang dan keras kepala. Ini akan menyukarkan aku untuk mendekati Nini.Kalau benda ni berterusan, tentu rancangan aku selama ni tak akan berjaya.

Aku cuba bertenang dan berfikiran rasional. Kalau difikirkan balik, sudah tentu Tzuyu tak akan menyerahkan Nini dalam jagaan aku setelah apa yang aku lakukan dekat dia selama ni. Aku tahu dia benci aku lebih dari segalanya dan aku tak harap pun dia maafkan aku. Tapi cubaan dia nak halang aku dekat dengan Nini dah melampau. I mean, setiap orang ada pandangan yang berbeza, sejahat mana aku sekali pun, aku rasa aku masih ada hak terhadap Nini. Dia adalah hasil daripada benih aku sendiri. Panggil lah aku lelaki dayus, aku tak kisah.

'Tunggu dan lihat...' Aku mengingatkan diriku berkali-kali. Aku akan buat apa saja demi mendapatkan Nini di dalam jagaan aku. Aku tak nak plan yang aku rancang selama ni gagal begitu saja. Kalau gagal, ia bukanlah petanda yang baik buat aku.

Aku mencapai telefonku dan melihat pada skrin. 49 panggilan tidak dijawab. Satu angka lagi genap 50. Siapa lagi kalau bukan mama yang tengah tercari-cari keberadaan aku sekarang ni. Aku dapat bayangkan bagaimana meradangnya dia sekarang ni sebab 'anak lelaki' dia telah lari di saat-saat genting iaitu seminggu lagi tarikh perkahwinan aku. Well, lebih kepada perkahwinan paksa.

Orang tua tu langsung tak tahu aku ada di Korea, dan kalau dia tahu, sekarang juga dia hantar pasukan tentera untuk tangkap aku pulang ke China. Satu-satunya manusia yang tahu aku di sini ialah PA aku sendiri, Park Siyeon.

Dia telah berkhidmat dengan aku sejak pertama kali aku menjadi pelatih di syarikat keluarga aku lagi. Sampai sekarang dia masih setia dengan aku. Dia yang tolong aku cari maklumat pasal keluarga Tzuyu. Aku tak tahu langsung diorang dah berpindah di Korea.

Sekali lagi telefon aku bergetar menandakan ada panggilan baru masuk, dan kali ni bukan dari mama tapi, 'Petty Girl'.

"Hm, kenapa?" Aku menjawab bersisakan perasaan marah sebentar tadi.

"...just terus terang dengan saya yang awak tak nak kahwin dengan saya. Tak perlu nak hilangkan diri di saat akhir. Ia bukan keputusan yang bijak. Tu cuma akan memburukkan nama keluarga awak dan saya."

"Xinyi, listen." Aku menarik nafas dalam... "Bagi aku masa. Memang betul aku tak nak teruskan perkahwinan tu, tapi cuma untuk masa ni. Bagitau semua orang, aku akan kahwin bila-bila masa aku nak. Yang penting bukan masa yang terdekat ni."

Otak aku tengah serabut sekarang ni. Aku bermati-matian menjalankan plan aku di Korea, diorang pula tengah sibuk uruskan perkahwinan aku di China. Aku tak sampai hati nak bagitahu Xinyi perkara yang sebenar. Xinyi gadis yang sangat baik dan naif. Macam mana aku tergamak nak lukakan hati dia?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tergamak bertindak kejam dekat Tzuyu tapi tidak pada Xinyi? Itu dulu. Hanya aku saja yang tahu sebabnya.

"...Kris, just bagitahu mama awak dan keluarga saya yang awak tak nak kahwin dengan saya. That's it." Suara Xinyi kedengaran sedih dan kecewa tapi masih ada hati nak dengar pengakuan aku? Aku tak yakin dia boleh terima kata-kata aku tanpa menangis. Aku kenal sangat perangai gadis macam Xinyi.

"Fine..." Hening seketika. Aku sedang menyusun kata-kata yang sesuai. Belum sempat aku menyambung perbualanku, kedengaran suara mama merampas telefon dari Xinyi.

"Bagi sini. WU YIFAN! Tell me where are you now?! Jangan cakap yang kamu nak batalkan majlis perkahwinan kamu! Kamu jangan nak buat kerja gila, menghilang di saat akhir! Kamu jangan bagi mama malu! Pulang sekarang juga atau-"

"Atau mama akan hantar orang untuk tangkap saya macam yang mama pernah buat dulu, kan? Am i right?" Aku menjawab tenang malah masih mampu tersenyum. Aku sudah lali dengan perangai orang tua tu. Tak pernah dibuat orang menghantar pasukan penyelamat semata-mata nak cari aku yang tengah ponteng kelas. Sejak kejadian tu, aku tak pernah lagi ponteng kelas sebab aku malu dengan tindakan mama dan bukannya takut.

"Wu Yifan..." Mama merendahkan intonasinya sambil menarik nafas panjang. "...tunjukkan diri kamu sebelum esok pagi atau... mama pecat PA kesayangan kamu."

"What?!" Aku menyoal terkejut. Tapi panggilan telah pun diputuskan. 'Ah, mama dah melampau!' Suka hati dia nak pecat orang yang tak bersalah. Jangan hairan kalau perangai aku selama ni macam setan, sebab mama aku sendiri berlakuan kejam. Sudah tentu aku mewarisi sifat tersebut dari mama sebab papa aku langsung tak macam mama, dan oleh sebab itu jugalah mama dan papa aku bercerai.


Tzuyu's POV

Tangan aku menggigil sebab aku langsung tak makan dari pagi tadi sehinggalah jam menunjukkan pukul 2 pagi. Semuanya disebabkan aku terpaksa melayan karenah Nini yang tidak berhenti menangis sejak Kris pergi. Hati aku terseksa sebab tak sanggup dengar tangisan Nini yang lebih kuat daripada biasa.

Mukanya sangat merah kerana asyik meraung memanggil 'papa'. Sesekali dia terbatuk-batuk kerana tersedak. Cuba cakap, macam mana aku tak risau melihat Nini terpaksa menanggung sakit demi lelaki yang aku paling benci di dunia ni.

Apabila Nini letih, barulah tangisannya redah kerana tertidur. Tapi hanya untuk sementara. Apabila Nini terjaga, dia akan menangis kembali dan meracau-racau memanggil Kris.

Apa keistimewaan yang ada pada Kris sehingga Nini berkelakuan begitu? Aku tak faham. Bermacam-macam taktik telah aku lakukan untuk memujuk Nini, satu pun tidak berguna. Aku hampir turut sama menangis bila Nini menolak tangan aku, tidak ingin aku menyentuhnya, malah menangisi Kris dan menyuruh aku memulangkan semula papanya. Sampai begitu sekali. Bayangkan betapa luluhnya hati aku sebagai ibu Nini yang telah membesarkan dia selama ni, sedangkan Kris baru muncul sehari dan telah berjaya mencuri hati Nini dari aku?

Aku memicit dahiku yang mula sakit sambil bermundar-mandir di ruang tamu. Aku sangat risau. Aku buntu. Aku tidak tahu ingin meminta tolong kepada siapa. Aku ialah ibu tunggal yang baru berumur 21 tahun dan tidak pernah melalui semua ni.

Aku meminta tolong pada Chanyeol, tapi Chanyeol sangat sibuk hingga larut malam sebab ada kes yang perlu dia selesaikan. Tapi aku sempat bercakap dengannya di telefon.

"Tzuyu, kau okay, kan?" Chanyeol menyoal tentang aku terlebih dahulu.

"Aku okay. Sekarang apa aku nak buat? Nini tak nak berhenti menangis. Aku risau sebab dia asyik tersedak dan hampir muntah. Kalau berterusan macam ni, aku risau pasal kesihatan Nini."

"Ya. Aku dapat dengar suara Nini dari sini. Sangat kuat. Sorry aku tak dapat jenguk dia." Chanyeol kedengaran bersalah dan risau seperti aku. Tanpa melihat mukanya saja aku dah tahu.

Setelah hampir tiga saat Chanyeol diam kerana suara Nini memanggil 'papa' kedengaran dari dalam bilik, akhirnya dia menyambung semula perbualan yang terputus. "...hanya satu cara saja boleh buat Nini berhenti menangis."

"Apa? Demi Nini, aku sanggup buat apa saja. Sekarang bagitau aku." Suaraku kedengaran sangat terdesak. Pada tahap ni, aku memang tidak kenal erti sabar.

"...bawa Kris jumpa Nini."

"What?! NEVER."

" Kau cakap kau sanggup buat apa saja."

"Ya, tapi bukan itu. Aku tak akan pernah jilat ludah aku balik. That's a stupid thing i have to do so far." Aku membantah setegas-tegasnya dengan nada separuh berbisik kerana risau Nini akan dengar.

"Chou Tzuyu, listen. Aku tahu kau benci lelaki tu sampai tahap nak bunuh dia. Percaya aku Tzuyu. Aku pun benci dia empat tahun berturut-turut sampai aku nak tumbuk muka dia siang tadi! Pasal dialah pertunangan kita putus begitu saja. For the sake of Nini, bring Kris over."

Aku mengetap bibir. Mendengarkan Chanyeol sanggup menyentuh pasal kisah silam kami, terlintas di fikiranku bahawa Chanyeol sangat serius saat ini. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia kata.

"Kau tak faham Chanyeol..."Aku menjawab lemah. Entah kenapa aku perlu sebak sekarang ni juga. "Kau cakap macam benda ni sangat mudah-"

"Memang mudah. Kau sendiri buatkan ia sukar. Dalam situasi macam ni, aku sarankan kau rendahkan sikit ego kau demi Nini. Belakangkan dendam kau terhadap Kris selama ni dan fikir tentang nasib Nini. Just for today."

Aku tersentap. Apa yang Chanyeol katakan semuanya betul. Tapi aku masih berusaha mencari alasan. Bukan mudah untuk aku bawa Kris jumpa Nini begitu saja. "Tapi aku tak tahu langsung pasal Kris. Aku tak ada nombor telefon dia."

"Aku akan cari." Tiga perkataan dari mulut Chanyeol automatik membuatkan hati aku berdebar-debar. Aku sendiri tak tahu kenapa. Berlatarkan pekerjaan Chanyeol sebagai detektif polis, sudah tentu Chanyeol akan mendapat nombor telefon Kris di hujung jari saja.

Tidak lama selepas itu, kami menamatkan perbualan kami apabila aku dua hati dengan cadangan Chanyeol.

Seperti yang aku jangka, setengah jam kemudian, aku mendapat mesej daripada Chanyeol yang berbunyi, 'In case kau tukar fikiran, ni no telefon Kris.'


 

Aku berdiri di pintu bilik Nini sambil melihat Nini menangis. Dia langsung tak nak pandang aku. Apabila aku bersuara, setiap kali itu juga suara tangisan Nini menjadi kuat seperti memberontak. Jadi aku bercadang untuk mendiamkan diri saja dengan mata yang berair. Kepada siapa lagi harus aku meminta tolong?

Aku rasa ia bukanlah keputusan yang bijak untuk memberitahu mama kerana aku yakin seratus peratus mama akan bertindak membunuh Kris sebaik saja dia dapat tahu Kris muncul semula lebih-lebih lagi ingin merampas cucunya. Yang tinggal sekarang ni hanyalah kakak aku, Nana.

"W-what? Kris? Maksud kau Kris Wu? Kenapa dia tiba-tiba munculkan diri dan nak ambil Nini dari kau?!" Nana menjerit di seberang talian, antara terkejut dan tidak percaya. Aku tak tahu pula tahap kebencian kakak aku terhadap Kris sama seperti aku.

"Tak tahu. Saya tak tahu. Dialah penyebab Nini menangis satu hari. Sekarang ni apa saya nak buat? I'm so scared. Kalau Nini menangis terus..." Aku memejam mata, sesuatu menghantui aku saat ini. "...saya takut penyakit saya datang balik. Unni tahu kan apa maksud saya. Saya tak boleh dengan benda-benda macam ni. Unni, boleh tak unni pulang sekarang instead of tomorrow?" Betapa risaunya aku sehingga menyuruh Nana pulang ke Korea malam ini juga yang kini berada di New York.

Sebut tentang penyakit, hanya mama, Nana, dan Chanyeol saja tahu tentang sejarah silam aku. Meroyan? 

"Okay, let me take a breath first." Nana menarik nafas panjang, cuba mengawal emosinya. "Sekarang ni, bawa bertenang dulu. Jadi apa yang Chanyeol cakap? Unni tahu dia orang pertama kamu akan telefon dalam bab macam ni memandangkan dia seorang saja ada idea yang masuk akal."

Aku terdiam. Sedangkan kakak aku sendiri tahu tentang kebolehan Chanyeol.

"He said...bring Kris over."

"What?! No!" Jerit Nana dengan lantang sehingga aku terpaksa menjauhkan telefon dari telingaku. "No, no, no. Kau dah lupa apa yang dia dah buat dekat kau selama ni? Dialah penyebab kita hidup susah, kena pandang hina, sampai kita terpaksa keluar dari negara sendiri. Jangan pernah terfikir nak temukan Nini dengan Kris."

Wau, Nana betul-betul naik angin, dan ia adalah perkara baru buat aku. Maksud aku, aku faham Kris sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan kakak aku, tapi aku tak tahu pula dendam dia sangat mendalam sampai macam tu sekali.

"Unni, i think you're the one who need to calm down right now."

Hening...

Nana seperti sedang menyusun kata-kata.

"Unni...unni bukan apa. Unni cuma...i mean, you're my sister. Unni tak akan biarkan lelaki tu hancurkan hidup kau balik." Ucap Nana sedikit gagap, dan aku percaya apa yang dia katakan. "Tapi kalau kau nak juga temukan diorang demi kebaikan Nini, unni tak halang. Tapi lebih baik jangan. I...i mean, terpulang dekat diri kau sendiri."

Kening aku hampir bercantum. Pertama kali dalam hidup aku mendengar kakak aku tidak yakin dengan jawapannya sendiri. Dia tak nak aku temukan Nini dengan Kris, tapi dalam masa yang sama dia juga nak temukan mereka demi kebaikan Nini.

Akhirnya, perbualan kami tamat tanpa ada sebarang kesimpulan. Aku terduduk di sofa. Sesuatu mencucuk-cucuk bahagian tengah bawah dadaku dan ia sangat sakit.

Aku rasa gastrik aku datang balik. Aku membongkok sambil menekan-nekan bahagian yang pedih. Mata aku terpejam menahan sakit usus perutku yang seperti dipulas-pulas. Di tambah lagi dengan suara tangisan Nini, kepala aku bertambah pening.

Aku membaca mesej Chanyeol sekali lagi, aku merenungnya agak lama, kemudian mengetap bibir dan mengeluh panjang. 'I can't believe i'm doing this.'

Aku tak ada pilihan lain.


Kris's POV

"Aish, manusia bodoh mana pula yang call orang pagi buta ni?" Dalam keadan meniarap dan mata terpejam, aku mencapai telefon yang terletak di meja tepi katil. Tiada orang lain lagi dalam hidup aku yang tak senang tengok orang duduk diam selain mama. Apa yang dia nak dari aku? Tak boleh ke call besok aje? Mesti dia nak ugut aku untuk pulang rumah sebelum dia pecat PA aku.

'Aish, sabarlah!' Aku menjerit di dalam hati apabila nada dering telefonku tidak berhenti berbunyi. Aku melihat pada skrin, 'bukan mama?', tapi nombor yang tak dikenali.

"Hello?" 

"....."

Bila aku jawab, tak nak pula bercakap. "Kalau tak nak cakap, aku letak."

"Nanti!"

'Suara perempuan?' "...siapa?"

"...ni aku."

"Aku tak kenal dengan nama orang 'ni aku'. Sorry."

Tolonglah. Bukan dia seorang saja perempuan yang aku kenal, banyak lagi. Jadi macam mana aku nak tahu dia sebenarnya siapa kalau itu saja yang dia cakap.

"M-mama Nini."

Mata aku menjadi segar serta merta. Wau? Apa mimpi dia tiba-tiba call aku pagi buta? Nak maafkan aku? Sudah tentu tidak.

Aku cuba berlagak tenang dan bersuara dingin seperti selalu. "Hm, kenapa? Akhirnya kau dah berubah fikiran?"

Aku tertanya-tanya kenapa dia tiba-tiba call aku. Setelah dia tampar aku pagi tadi, menjerit depan muka aku, maki-hamun segala, aku tak rasa ego perempuan dia membolehkan dia bercakap dengan aku lagi tanpa ada hal penting yang dia nak bagitahu.

"Sebelum tu, jangan perasan yang aku nak maafkan kau. Jangan ingat aku call kau sebab aku dah berubah fikiran. Aku buat ni demi-"

"Straight to the point." Aku memotong perbualannya dan aku tahu dia akan maki hamun aku dalam hati.

"...Nini. She's..."

"What? What happen to her?!" Aku menyoal panik dan serta merta terduduk. Sedangkan aku sendiri terkejut dengan diri aku sendiri bagaimana aku boleh risau sampai macam ni sekali bila dengar ada sesuatu berlaku pada Nini. But she's my daughter after all.

"...kau tahu tak dia tak berhenti menangis sampai tahap dia asyik terbatuk-batuk sejak kau muncul pagi tadi. Sebab kaulah dia terpaksa rasa semua ni. Aku risau." Terdengar keluhan dari mulutnya. "A-aku sendiri terpaksa cakap benda ni...but...can you please come over?" Suara Tzuyu kedengaran sangat terpaksa.

Ini ialah peluang aku untuk meyakinkan Tzuyu bahawa aku sangat mengambil berat terhadap Nini. Tanpa berfikir panjang aku melompat dari katil dan mencapai T-Shirt yang tersidai di atas kerusi.

"Give me your address!"


'Such a stubborn girl, keras kepala, ego setinggi gunung.' Dari siang tadi lagi Nini menangis, baru sekarang Tzuyu bagitahu aku? 

Aku tahu dia menyimpam dendam terhadap aku, tapi dalam situasi macam ni, tak boleh ke dia simpan dahulu perasaan dendam dia tu, dan dahulukan Nini dalam perkara ni.

Nampaknya aku betul-betul risau terhadap kondisi Nini sehingga aku rasa nak rempuh saja pintu lif yang belum terbuka di hadapan aku sekarang. Aku pun tak sangka aku sangat ambil berat terhadap Nini secepat ni. Baru berapa jam kami berjumpa. Tak sampai sehari. Tapi Nini dah berjaya mencuri perhatian aku. Apa dah jadi dengan aku?

Sebaik saja pintu lif terbuka, aku bergegas keluar dan berlari mencari nombor apartment yang Tzuyu berikan. Apabila aku berjaya menemuinya, aku menekan loceng pintu bertubi-tubi.

Hampir lima saat, pintu terbuka...

Mataku serta merta terpaku apabila melihat wajah Tzuyu yang pucat lesi dan berdiri dengan lemah. 

Belum sempat aku bertanya, Tzuyu terlebih dahulu rebah ke hadapan. Nasib baik aku sempat memeluknya. 'What the heck!'

 

Bersambung...


 

Alamak, mampuslah Kris haha XD Well, macam yang korang baca, Kris nak ambil Nini sebab dia ada niat lain. Niat baik atau jahat, nanti saya pecahkan rahsia, okay XD.

Lagi satu, Nana asyik overreacting bila sebut pasal Kris, kan? kan? kan? Apa yang rahsia Nana simpan selama ni eh? 

Teruskan membaca dan jgn lupa tinggalkan komen :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 4: fanfic niyh mmg best ~^_^~ poster nyer pon cute sgt~ palli update yaa authornim!!
LUTADIAS_xx #2
Chapter 4: konflik..konflik..ish ish..asyik2 bergaduh. Aku tumbuk juga kris nnt. tapi apa rahsia kris? nana pun. sy nak tahu sangat2. keep update! hwaiting!

lagi satu, sy suka poster utk setiap chap tu :) nice~
LUTADIAS_xx #3
Chapter 2: Daebakkk!! sy tak tahu pun ff ni wujud.
banyak sgt konflik, sy suka! hhaha
p/s: authornim, cpt bgtau apa rahsia kris. sy dah tak sabar ni
sitifadhlina #4
Chapter 2: Pali update tak sabar nak tahu niat kris tu
2Cool_4Skool #5
Chapter 2: apa rahsia nana? dia kenal kris sblum ni ke? hmm something fishy...
Dreamwalkerxx #6
Chapter 2: jahatnya kris. ksian tzuyu
apa rancangan kris? sy dah tak sabar nak tau rancangan dia tu
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 1: *crying at the corner* huwaaa ada my husband kris. tp knp dia jahat sgt dlm ff ni hahaha XD
tolong jaga kris baik2 utk saya authornim. jgn suruh dia jahat sgt dkt tzuyu. lol apa yg aku mrepek ni
BlueOceanHeart #8
Chapter 1: mcm baca novel XD
sy memang dah lama suka kris dgn nini sbg ank dgn bapa masa tgk movie SOWK tu lagi. sweet sgt~
kbetulan sy trjumpa ff ni, wah happy gila
iKONic_hanbin #9
Chapter 1: wow best! best!
sy tunggu apa rahsia yg authornim ckp tu, ok
update soon :)
Dreamwalkerxx #10
Chapter 1: kejap, so kris tak kenal tzuyu?? LOL. daebak!
tak sabar sy nak tahu cerita drg yg strusnya.