The Comeback

The Secret Liars

CHAPTER 1

Tzuyu's POV

Aku meletakkan sekumtum bunga kekwa di atas sebuah makam dengan perasaan pilu. Hari ni telah genap 4 tahun kembar Nini meninggalkan kami sekeluarga. Ya, sebenarnya aku mengandung anak kembar tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Aku terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila seorang pemandu mabuk secara tidak sengaja melanggar lampu merah ketika aku sedang melintas. Akhirnya, aku dikejarkan ke hospital. Nini dilahirkan secara pre-mature, dan kakaknya pula tidak dapat diselamatkan.

"Ma, hari ni hari jadi jiejie, kan ma? Sama macam Nini?" Suara manja Nini memecahkan suasana hening antara kami. Aku melutut sama tinggi dengannya dan memegang kedua-dua pipinya.

"Jiejie dan Nini kan kembar. Ingat lagi tak kembar tu apa?"

"Kembar tu, bila ada dua-" Nini menunjukkan dua jari kenitnya dengan naif. "...yang sama rupa macam Nini dan jiejie." 

"Whoa, pandainya anak mama." Aku bertepuk tangan untuk menyedapkan hatinya. Nini tersenyum bangga. Dengan melihat senyumannya saja sudah cukup buat aku gembira. Kalaulah kakaknya masih hidup, sudah tentu kegembiraanku juga bertambah dua kali ganda.

"Ehem-" Aku menoleh ke kiri apabila mendengar orang berdehem. Chanyeol sedang tersengih memandang kami.

"Samchon!" Nini berlari ke arah Chanyeol dan Chanyeol menyambutnya dengan gembira. Dia mengangkat Nini di dakapannya dan berjalan mendekati aku.

"Nini, kan mama dah cakap jangan panggil samchon. Panggil oppa." Aku menegur kesilapannya. Sejak dari dulu lagi Nini menggelar Chanyeol sebagai samchon. Nak kata Chanyeol ni cukup tua buat Nini, tak lah tua sangat.

"Takpe, yang penting Nini sayang samchon macam Nini sayang mama, kan?" Chanyeol menyoal sambil membelai rambut Nini dengan penuh kasih, dan Nini tersenyum gembira Chanyeol berada di pihaknya.

"Nini saaayang samchon. Nini saaayang mama." Ujar Nini bersungguh-sungguh.

"Really? Whoa, bertuahnya mama dapat anak macam Nini; Malangnya samchon dapat ex-fiance macam mama." Chanyeol mengecilkan suaranya sambil mengetap bibir menahan ketawa.

'Nak sindir aku lah tu.' Aku menjulingkan mata ke atas.

"Ex-pionse tu apa mama?" Soalan Nini membuatkan aku dan Chanyeol terkedu. Kami berbalas pandangan. Ingatkan Nini tak dengar, rupanya pendengaran Nini lagi tajam dari aku. Aku merenung Chanyeol, biarkan dia yang jawab sebab dia yang mulakan dulu.

"Ex-fiance tu..." Chanyeol mati akal menjawab soalan Nini. "...bila dua orang dah tak serasi dan bersetuju nak...nak jadi kawan!"

"Ha!" Ketawa aku meletus mendengar jawapan Chanyeol.

"Kenapa mama dan samchon tak serasi?" Soalan Nini sekali lagi membuatkan aku dan Chanyeol terdiam. Kenapalah Chanyeol mulakan ni semua? Bukannya dia tak tahu Nini suka bertanya benda yang dia tak tahu.

"A'ah lah, mama lupa nak cakap." Aku sengaja bercakap dengan lantang untuk menarik perhatian Nini. "Hari ni kita nak beli hadiah Ninilah~ Mama dah fikir nak belikan anak mama Barbie Doll, tapi dengan syarat dia tak degil dan dengar cakap mama."

"Ahhh?" Chanyeol membuka mulutnya memandang Nini; berpura-berpura terkejut, dan Nini juga meniru gaya Chanyeol.

"Nini tak degil, kan?" Soal Chanyeol.

Nini mengangguk.

"Nini dengar cakap mama, kan?" Nini mengangguk lagi. Aku perhatikan ja perangai mereka.

"Good girl~" Chanyeol mengusap rambut Nini, dan Nini menyandarkan kepalanya pada bahu Chanyeol sambil tersenyum malu.

Perangai mereka tak ubah seperti anak dan bapa. Aku sendiri tak pernah halang Nini rapat dengan Chanyeol sebab Chanyeol telah banyak berjasa dengan aku. Kalau bukan sebab Chanyeol, aku tak mungkin dapat mulakan hidup baru seperti sekarang ni. Bayangkan betapa kecewanya dia bila dapat tahu aku mengandung anak orang lain. Dia putuskan pertunangan kami serta merta dan dia sendiri bersumpah tak akan pernah berjumpa dengan aku lagi.

Sebulan berlalu, Chanyeol yang masa tu masih menetap di China, terdengar berita yang keadaan aku tak stabil dan terseksa ketika mengandungkan Nini dan kembarnya. Akhirnya Chanyeol terbuka hati terima aku semula sebagai 'kawan' dan menetap di Korea.

Hari demi hari, akhirnya kami menjadi kawan baik sampai sekarang. Dia dan keluarga akulah yang menjadi pendorong aku selama ni. Semasa aku sarat mengandung, Chanyeol sentiasa ada di sisi aku sehinggalah Nini dilahirkan, dan Chanyeol masih tetap setia di sisi aku membesarkan Nini bersama-sama.

Di hari Chanyeol putuskan hubungan kami, itulah kali terakhir kami berbincang tentang perasaan masing-masing.


Aku memakir mini cooper ku di hadapan rumah mama diikuti Chanyeol yang memakirkan keretanya di belakang kereta aku.

Sebenarnya kereta tu hadiah daripada kakak aku, Nana, yang kini menetap di oversea. Kalau aku yang beli, memang tak lah. Aku sendiri masih bergelar pelajar. Mana ada duit sebanyak tu. Lainlah macam kakak aku. Seorang supermodel antarabangsa. Kahwin dengan ahli politik (yang aku layak gelar ahjussi) sebab umur dia mencecah 40 tahun. Bayangkan umur kakak aku masih 25. Betapa jauhnya jarak umur mereka. Betullah kata orang dulu-dulu, cinta itu buta.

Seingat aku, sebelum kakak aku berkahwin dengan abang ipar aku, dia ada teman lelaki yang turut berkecimpung dalam industri yang sama, iaitu modeling, dan paling penting dia juga terlibat dengan dunia korporat.Wah, hebat kakak aku.

Lepas tu, aku dah tak tahu apa dah jadi dengan hubungan mereka. Mungkin mereka putus sebab kakak aku dah jatuh cinta dengan seorang ahjussi.

"Haramoni! Tengok hadiah Nini!" Nini sudah berlari mendapatkan neneknya yang menyambut kedatangan kami di muka pintu. Aku dan Chanyeol pula sedang mengangkat barang-barang yang kami beli di pasar tadi. Sempat lagi Chanyeol menolak aku menggunakan pinggulnya sehingga aku hampir terjatuh.

"Yah!" Aku menjerit geram. Chanyeol hanya menahan ketawa tanpa menghiraukan aku.

"Ommoni. Anyeonghaseyo." Chanyeol menyapa mama aku dengan gembira. Mama aku membalas dengan pelukan. Mungkin oleh sebab keluarga Chanyeol semuanya berada di China, dan Chanyeol seorang saja yang terpelanting jauh di Korea kerana mendapat pekerjaan sebagai polis di sini, Chanyeol melayan mama aku sama seperti dia melayan omma dia. Mama aku sendiri telah menganggap Chanyeol sebagai anak dia di samping rasa bersalah kerana anak dia(iaitu aku) telah merosakkan masa depan Chanyeol.

"Ma, Tzuyu? Peluklah Tzuyu juga." Aku memuncungkan mulut. Sengaja. Sekali sekala nak bermanja dengan mama sendiri, apa salahnya.

"Hmph, kamu hari-hari mama nampak. Chanyeol jom, angkat barang-barang ni dekat dapur." Mama mengendahkan aku. Dari dulu sampai sekarang mama tak pernah berhenti menyakat orang.Mereka berjalan bersama-sama memasuki dapur.

Aku menjulingkan mata ke atas.


Aku berdiri di sisi mama dan merenungnya mengacau seaweed soup. Dia menyudip sup tersebut dan merasa sedikit. Kemudian dia menyuakan ke arah aku.

"Hm! Sedapnya ma."

Mama tersenyum dan mematikan api. Dia mengangkat periuk tersebut di atas meja makan di mana Chanyeol dan Nini sedang duduk sambil menyuapkan cereal ke arah Nini. Sementara Nini sedang menyikat rambut anak patungnya yang baru dibeli tadi.

"Chanyeol, Nini, jom makan." Ujar mama. Aku mengambil tempat duduk di hadapan Chanyeol dan mama pula duduk di sebelah aku.

"Yeol, kau tak kerja ke hari ni? Nanti apa kata boss kau pula." Aku menyoal sambil menghidangkan nasi. Aku faham Chanyeol nak temankan aku sambut birthday Nini, tapi tak payahlah sampai tak masuk kerja.

"Hari ni hari ahad sayang. Aku off kerja kecuali ada panggilan. Kau sendiri tak masuk kerja, kan?"

Aku menepuk dahi. 'Lupa pula hari ni hari ahad'. Kebelakangan ni, otak aku serabut sikit. Jadi ibu tunggal, bekerja siang hari, bila malam nak kena hadir ke private colleague lagi. Bukan senang tau tak nak buat semua tu dalam masa 24 jam.

"Jal meokgesseumnida~" Ucap Nini sambil menundukkan kepalanya apabila makanan sudah terhidang. Suaranya saja sudah mampu membuatkan kami bertiga tersenyum.

Hampir 15 minit kami berborak sambil menjamu makanan, tiba-tiba mama menyoal soalan pelik ke arah Chanyeol.

"Selama ni Tzuyu pernah masakkan kamu makanan tak?"

Aku dan Chanyeol berbalas pandangan. Hairan dengan soalan mama. "Pernah..." Jawab Chanyeol teragak-agak.

"Of course pernah. Dulu masa Chanyeol sakit, siapa yang masakkan dia bubur? Saya. Siapa yang suapkan Chanyeol? Saya. Siapa yang bawa dia pergi hospital? Saya-" Aku terdiam apabila melihat mama tiba-tiba ketawa dan menghiraukan kata-kata aku. Aku melihat Chanyeol untuk mencari jawapan. Chanyeol pula mendiamkan diri. Aku dapat lihat perasaan janggal melalui matanya.

Aku ada salah cakap ke?

"Siapa yang pujuk mama menangis bila kena tahan di hospital? Samchon!" Nini tiba-tiba menyampuk sambil mengangkat sebelah tangannya di udara dengan teruja.

Chanyeol hampir tersembur mendengar ayat Nini lalu terbatuk-batuk kerana tersedak. Perlu ke sampai terkejut macam tu sekali?

"Whoa, Nini masih ingat? Nini baru dua tahun masa tu." Aku rasa takjub seketika.

"Samchon cakap kan ma...perempuan bila menangis nampak comel." Tiba-tiba Nini memalingkan mukanya ke arah Chanyeol. "Samchon, mama Nini comel tak?"

Aku dan Chanyeol berbalas pandangan sekali lagi. Well, sebenarnya aku pun curious dengan jawapan Chanyeol. Apa agaknya tafsiran Chanyeol terhadap aku? Aku tahu soalan Nini tak lah serius sangat, tapi aku tetap nak dengar. Jangan salah sangka, okay.

Aku sengaja merenung Chanyeol untuk memberinya tekanan.

"Kalau Nini comel, mama Nini pun mestilah comel." Bukan main lancar Chanyeol bagi jawapan cliche dekat Nini. Tapi sayangnya bukan jawapan itu yang aku nak dengar.

"Nini, tunjuk dekat samchon, macam mana Nini buat aegyo bila mimpi hantu. Semalam Nini tunjuk dekat mama, kan. Tunjuk dekat samchon pula, mesti samchon suka." Aku berkata dalam nada separuh berbisik. Nini tersipu-sipu malu seperti gadis matang dan mengundang senyuman di bibir Chanyeol.

"Ah, jinja?" Chanyeol berpura-pura terkejut bercampur teruja. Tiba-tiba Nini bangun dari kerusi dan berjalan ke arah aku. Dia cuba mencapai ketinggianku dan aku pun merendahkan kepalaku kerana Nini ingin membisikkan sesuatu.

Chanyeol perhati saja sambil tersengih.

Apabila Nini memberitahu niatnya, aku ketawa geli. "Ohhh, Nini tak nak samchon tengok bila Nini buat aegyo. Dia nak samchon pandang tempat lain."

"Mama..." Nini memuncungkan bibirnya kemudian kembali tersipu malu. Mama dan Chanyeol hanya tergelak kecil.

"Okay, samchon tak akan tengok." Chanyeol berpura-pura menutup mukanya menggunakan tapak tangan dan mengintai di sebalik jarinya. Perlahan-lahan Nini mengeluarkan suaranya.

"Na kkung kkko-tteo~ Kising kkung kko-tteo~" Ucapnya dengan ekspresi muka yang sangt comel. Kamudian Nini ketawa terkekeh dengan aegyonya sendiri. Ah, rasa nak cubit pipi Nini yang bulat tu sekarang juga. 

"Wahhh..." Kami bertiga bertepuk tangan. Chanyeol tak berhenti-henti berkata 'ah kyeopta' dengan mukanya yang merah kerana asyik ketawa. Aku dapat lihat Chanyeol suka dengan budak-budak.

Akhirnya, makan tengah hari kami berakhir dengan sebuah senyuman yang besar.


"Nini, bangun sayang. Mama dah lambat masuk kerja ni. Nini pun kena pergi sekolah." Aku menarik selimut yang melitupi tubuh Nini dan segera melipatnya. Nini mengiring ke kanan dengan mata yang masih tertutup. Dia cuba mencari posisi yang selesa sambil melipat kakinya mendekati perut kerana kesejukan setelah aku mengambil selimutnya.

"Nini? Sayang, bangun sayang." Aku menepuk-nepuk pahanya pula. Selalunya Nini akan menangis kalau aku bangunkan dengan cara paksaan, sebab tu lah aku kena pandai pujuk supaya dia bangun tanpa merengek.

Aku kena fikirkan sesuatu. Kalau tak, alamatnya lambatlah aku masuk kerja. "Whoa, tengok ni! Apa benda ni? Comelnyaaa!" Suara aku tak ubah seperti guru pra-sekolah untuk menarik perhatian Nini.

Akhirnya Nini membuka mata dengan layu, tapi sekejap saja. Kemudian tertutup balik seperti ada pemberat di kelopak matanya. Ah, comel.

Aku tak ada cara lain. Aku ambil telefon dan pasang lagu kegemaran Nini, 'The Three Bears'.

Lagu mula berkumandang dan aku turut sama menyanyi macam budak-budak. Nini membuka matanya perlahan-lahan dan memandang aku dengan kosong. Mungkin dia berfikir 'apalah mama aku buat awal pagi ni'.

Kom se ma-ri-ga (There are)

han chi-be-i-so (three bears in a house)

appa gom (father bear)

omma gom (mommy bear)

ae-gi gom (baby bear)

Nini mula menunjukkan rasa minat. Bibirnya mengukir senyuman melihat aku berlakuan seperti kanak-kanak. Dia segera duduk dan turut sama menyanyi dengan suara seraknya kerana baru bangun tidur.

♬appa gommun dung-dung-hae(Daddy bear is fatty)

omma gommun nal-shi-nae(Mommy bear is slim)

ae-gi gommun no mu-gwi-yo-wo(Baby bear is too cute)

eeshuk eeshuk cha-han-da (Shrug! Shrug! You are doing well!)

"Kyaaa~" Aku menyerang perut Nini sehingga dia terbaring lalu menggelitiknya sebaik saja lagu berhenti. Nini menjerit geli sambil ketawa terkekeh-kekeh. Riuh satu bilik dengan hanya suara Nini ketawa. Saat macam inilah yang aku sangat suka di mana aku mampu mendengar suara Nini ketawa dan melihatnya tersenyum.

Aku perasan suara Nini pandai hilang-hilang kerana kehabisan oksigen. Akhirnya aku berhenti sebelum ada orang yang pengsan. Hehe~

"Ma, semalam kan...Nini kan...mimpi pasal kita." Nini menberitahu pasal mimpinya sambil duduk di ribaku dan melingkari tangannya pada leherku dengan manja.

"Betul ke? Sayang mimpi pasal apa?"

"Nini...nampak papa dengan mama dengan Nini."

Aku terkedu. Mataku terbuka luas. Terasa seperti arus elektrik meresap masuk melalui urat sarafku. Aku tak sangka Nini akan akan bercakap pasal benda ni lagi. Pasal 'ayah kandung' Nini.

Aku dah cuba semua benda supaya Nini terleka dan lupa pasal ayah kandung dia. Tapi setiap minggu, pasti Nini akan bertanya benda yang sama, dan setiap kali itu jugalah hati aku sakit bagai dikoyak-koyak. Aku yang mengandungkan Nini selama 9 bulan. Aku yang merasa semua keperitan tu, bukannya lelaki jahanam tu.

"Nini..." Aku memuncungkan bibir tanda merajuk. Aku menyentuh kedua-dua belah pipinya dan menghadapkan mukanya memandang muka aku. Nini membalas dengan pandangan yang sangat naif. Kalaulah dia faham apa sebenarnya yang berlaku...

"Nini dah janji tak akan tanya pasal papa lagi, kan? Mama kan ada. Nini tak perlukan papa."

"No! Mama lain. Mama bukan papa. Nini nak papa. Nini rindu papa. Semua kawan Nini dekat sekolah ada papa." Nini juga memuncungkan bibirnya. 

Aku tak tahu nak kata apa. Melihat muka Nini bersedih, hati aku bertambah pedih dan perasaan benci aku terhadap lelaki tu semakin menjadi-jadi.

"Mama sedih ni..." Aku mencari jalan untuk membuat Nini terleka, dan selalunya idea aku berhasil. "Anak mama dah tak dengar cakap mama...mama sedih. Isk...isk..."

Aku berpura-pura menangis. Kalaulah aku jadi pelakon, rasanya dah lama aku dapat anugerah pelakon wanita terbaik. Aku meneruskan lakonanku dan mencuri pandang ke arah Nini. Nampaknya Nini sangat percaya dengan tangisanku. Matanya berkelip-kelip dengan muka ingin menangis. Mulutnya saja sudah kemik kerana berusaha menahan suaranya daripada terkeluar. Aww~ poor my little baby.

"Alolo~" Aku memeluknya. Barulah suaranya kedengaran. Nini menangis sambil memeluk leher aku dengan erat. Tentu dia fikir yang dia dah lukakan hati aku. Sepatutnya aku rasa bersalah, tapi aku tergelak kerana geli hati. Kalau mama aku nampak, dah lama dia marah aku sebab nangiskan cucu dia.

"Sorry...mama minta maaf sayang." Aku menepuk-nepuk belakangnya sambil memujuknya supaya berhenti menangis. 


 Chanyeol's POV

"So sekarang ni kau terpaksalah ikut kereta aku, kan?" Aku menyoal Tzuyu yang sedang termenung memandang ke luar tingkap kereta. Sebenarnya kereta Tzuyu buat hal pagi tadi. Jadi dia minta tolong aku hantarkan Nini pergi pusat penjagaan kanak-kanak dan hantar dia ke pejabat sekali. Aku tanpa teragak-agak menghulurkan bantuan.

Tzuyu hanya mengangguk tanpa menolehkan kepalanya. Aku meneruskan pemanduanku tanpa bercakap banyak. Ada sesuatu yang tak kena dengan Tzuyu. Ya, aku perasan itu. Memandangkan ada Nini duduk di belakang, aku simpan dulu soalanku sehinggalah Nini sampai di sekolahnya.

"Bye sayang." Aku memerhatikan Tzuyu menghantar Nini di pintu. Nini memberikan ciuman di bibir mamanya tanpa disuruh oleh Tzuyu. Betapa indahnya hubungan ibu dan anak antara Tzuyu dan Nini sehingga membuatkan aku tersenyum tanpa sedar.

Kemudian aku terdengar suara Nini mengucap selamat tinggal ke arah aku. "Bye samchon!" Jerit Nini. Aku melambai ke arah Nini dengan muka teruja. Kemudian dia berlari masuk ke dalam kelas. 


 "Mind to tell me what's going on?"

Tzuyu agak terkejut dengan soalan yang aku tujukan. "Hm?" Dia menyoal aku semula seperti apa yang aku soal tadi tidak sampai di telinganya.

"Aku tengok macam ada sesuatu yang menganggu fikiran kau sejak pagi tadi, dan aku yakin bukan pasal nasib kereta kau yang rosak tu atau pasal lambat masuk kerja." Aku berkata sambil membelok streng kereta ke kiri.

Tzuyu tidak menjawab malah merenung aku yang sedang memandu, dan aku yakin juga yang dia bukan sedang fikir pasal aku walaupun matanya mengarah ke arah aku.

"Jauh melayang. Dah sampai mana? New York? Paris? London?" Aku tersengih. Tidak sampai sesaat, Tzuyu akhirnya bersuara.

"Nini...Dia tanya pasal ayah kandung dia lagi..."

"Ow?" Itu saja yang terkeluar daripada bibir aku.

"Aku tak tahulah nak buat macam mana lagi. Aku dah buat macam-macam supaya Nini lupa pasal papa dia, dan Nini sendiri tak pernah tengok muka lelaki tu. Jadi macam mana perasaan sayang dia terhadap lelaki tu boleh sangat mendalam? Aku tak fahamlah." Tzuyu nampak emosi. Aku tidak bersuara malah memberi peluang kepada Tzuyu untuk menceritakan lagi masalahnya.

"Setiap kali Nini tanya pasal lelaki tu, setiap kali itu jugalah aku berfikir 'adakah aku selama ni tak cukup berikan Nini kasih sayang?'. I feel bad for her. Semua kawan-kawan dia ada ayah. Aku dapat lihat dari mata Nini yang dia rasa cemburu setiap kali tengok kawan-kawan dia kena jemput oleh ayah mereka. Sedangkan Nini, dia tak pernah rasa semua benda tu."

Inilah Tzuyu yang aku kenal. Dia akan pastikan semua masalah yang terbuku dihatinya diluahkan kepada orang yang dia percaya dengan harapan hati dia akan berasa ringan sedikit.

"You shouldn't get upset over this. Aku rasa ia perkara normal bagi kanak-kanak seusia Nini. Mereka selalu rasa curious terhadap sesuatu. Lama-kelamaan, pasti Nini akan biasa hidup tanpa papa dia. Semakin dia membesar, semakin dia faham apa sebenarnya yang berlaku. Jadi kita cuma perlu bersabar sehinggalah hari tu sampai." Aku cuba memberikan nasihat sebaik mungkin kepada Tzuyu tanpa mengecilkan hatinya.

"I guess, you're right...Dulu masa kecil, aku pun selalu tanya mama pasal papa. Sekarang baru aku faham macam mana perasaan mama bila aku hari-hari cari papa.Nini masih budak-budak lagi. Dia tak faham apa sebenarnya yang berlaku-" Tzuyu tiba-tiba terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Yeol, kau rasa aku patut bagi Nini adik lelaki tak? Supaya dia tak bosan?"

"What?" Mata aku terbeliak dan hampir tersedak. Bukan hampir, memang tersedak pun. Tzuyu membantu memukul-mukul batang leher aku sambil ketawa.

"Oh my gosh, aku cuma main-mainlah. Kau suka sangat overreacting, kan."

Aku menjulingkan mata ke atas. 'Agak-agaklah nak buat lawak sekali pun.' 


Nini's POV

Semua kawan Nini dah pulang dengan papa mereka. Papa mereka semua nampak baik. Nini seorang saja yang tak ada papa. Nini selalu tanya mama, papa Nini dekat mana? Tapi mama selalu menangis(taktik Tzuyu) bila Nini cakap pasal papa.

Mama kata Nini tak perlukan papa sebab mama saja dah cukup. Mama adalah segala-galanya untuk Nini. Mama tak tahu, sebenarnya Nini pernah tengok gambar papa tapi Nini tak nak mama menangis. Jadi Nini simpan rahsia ni sorang-sorang. Nini dapat tahu rupa sebenar papa bila Nini dengar haramoni dan imo(Nana) tengah bercakap di ruang tamu.

"Bila mama kemas barang-barang dekat bilik kamu, mama terjumpa banyak majalah yang ada gambar lelaki tu. Mama nak kamu buang semua majalah tu sebelum Tzuyu atau Nini nampak. Kesian adik kamu, nanti emosi dia terganggu balik, dan kalau Nini nampak gambar tu, kamu tentu tak nak bertengkar dengan Tzuyu, kan?"

"Come'on ma. Saya simpan majalah tu sebab ada rupa saya. Lagi pun Tzuyu tak akan jumpa majalah tu di bawah katil saya."

Setiap malam bila mama pergi kelas, mama akan tinggalkan Nini di rumah haramoni, dan Nini selalu masuk bilik imo nak tengok rupa papa puas-puas dalam majalah.

Rupa papa saaangat kacak, mama pula saaangat cantik, dan Nini saaangat comel. Jadi kenapa mama tak nak papa?

Nini bosan duduk sini sorang-sorang. Kenapa mama lambat hari ni? Nini nak tidur supaya Nini dapat jumpa papa dalam mimpi.

"Sophia, wake up. Your papa is here." Pelik. Suara sonsaengnim masuk dalam mimpi Nini. Bila Nini buka mata, Nini nampak sonsaengnim dan...papa?!

"Papa?" Nini menggosok mata berkali-kali. Adakah Nini tengah bermimpi? Kenapa Nini rasa papa macam benar-benar wujud?

Bila papa datang dekat, papa terus melutut depan Nini dan peluk Nini dengan erat. Nini rasa saaangat hangat dan selesa.

Kemudian papa pegang kedua-dua belah muka Nini dengan tapak tangan papa yang besar dan pandang Nini macam mama selalu buat. "This is my baby, right? My little baby?"

Papa soal soalan pelik. Muka dia nampak sedih. Adakah papa juga akan menangis macam mama? Bila Nini menangis, mama selalu peluk Nini. Jadi kalau mama nampak papa menangis, mesti mama pun akan peluk papa.

"What's your name darling?" Papa soal soalan pelik lagi.

"Nini." Nini pandang muka papa puas-puas. Muka papa dalam majalah sebiji macam yang sekarang ni.

"Nini? Comelnya nama anak papa." Nini tersenyum sebab papa puji Nini. Kemudian papa bermain-main dengan rambut Nini yang panjang."You're definitely my daughter. Your look just like me. Even your smile is beautiful too." Ucap papa dengan sangat bangga.

"Pa, bagitahu mama tolong jangan bangunkan Nini dari tidur, okay? Nini nak main dengan papa puas-puas sebelum Nini bangun dan pergi sekolah."

Papa tersenyum dan mengusap pipi Nini. "Ini bukan mimpi sayang. Papa dah datang nak ambil anak papa. Nak jumpa anak papa. Nak main dengan anak papa."

Nini pandang papa dengan muka tidak percaya. Jadi ini bukan mimpi? Nini happy! Nini peluk papa erat-erat dan papa cium dahi Nini. Sekarang mimpi Nini dah jadi kenyataan.

"Nini rindu papa."


Tzuyu's POV

"Alamak, Nini mesti merajuk sebab aku lambat jemput dia!"

Aku bergegas keluar dari kereta Chanyeol. Apabila aku memandang ke arah taman permainan tempat Nini selalu tunggu, seorang kanak-kanak pun tidak kelihatan.

"Mungkin cikgu dia suruh tunggu dekat dalam." Bagitahu Chanyeol yang baru tiba dari mengunci pintu kereta. Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam dan mataku melilar mencari Nini.

Tapi kosong.

"Uh, Nini mana?" Aku bertanya apabila seorang pengasuh menyapa kehadiran aku dan Chanyeol.

"Nini dah pulang. Baru lima minit yang lepas."

"What?!"Mata aku terbeliak, begitu juga Chanyeol.

"Tak mungkin! Saya sendiri baru sampai! Bila masa saya jemput Nini!" Aku menjerit serta merta menyebabkan pengasuh tersebut terkejut dan takut. Chanyeol memegang bahu aku, menyuruh aku bertenang. Macam mana aku nak bertenang? Seseorang mungkin telah menculik Nini dan dia berada dalam keadaan bahaya sekarang ni!

"Tapi ayah dia sendiri yang datang ambil."

"NINI TAK ADA AYAH!!" Aku hampir terkena serangan jantung. Aku panik. Macam mana boleh jadi macam ni!

"Selama ni saya yang hantar dia! Saya yang jemput dia! Awak sebagai pengasuh kena peka! How can you be so unresponsible?!" Aku memegang dahi yang mula berdenyut-denyut. Chanyeol semakin risau sama seperti aku.

"Look, bawa bertenang dulu." Chanyeol cuba menyelamatkan keadaan. Thanks God! Nasib baik ada Chanyeol. Kalau aku seorang, aku tak yakin aku mampu tangani semua perkara ni. "Macam mana dia boleh bawa Nini pulang? I mean, dia jemput Nini dekat luar atau masuk sini dan minta kebenaran dari cikgu?"

"Dia sendiri yang jumpa cikgu dan mengaku sebagai ayah Nini..." Pengasuh itu tertunduk.

"That's nonsense! Mereka nak culik Nini! Chanyeol, anak aku Chanyeol!" Aku mula menangis dan tidak tentu arah. Nini adalah satu-satunya sebab kenapa aku masih sanggup hidup sampai sekarang. Macam mana kalau ada apa-apa terjadi dekat Nini? Aku tak dapat bayangkan hidup aku bila Nini tak ada. Kalau ada apa-apa terjadi pada anak aku, aku tak akan maafkan orang tu sampai aku mati! Dan aku akan pastikan hidup dia menderita!

"Takkan lah. Puan serius?" Pengasuh tersebut menjadi panik apabila keadaan semakin huru-hara.

"Awak nampak saya tengah main-main ke sekarang ni?!" Aku menjerit balik, tidak puas hati dengan soalan bodohnya. Lembap!

"B-biar saya laporkan perkara ni pada cikgu yang mengajar Nini." Ucapnya tergagap-gagap kerana panik. Dia bergegas ingin masuk ke bilik guru tapi Chanyeol menahannya.

"Tunggu! Boleh saya tahu rupa lelaki tu macam mana?"

"Ya. Seingat saya, lelaki tu berambut perang, memakai seluar berwarna hitam dan jaket hijau. Orang dia sangat tinggi. Rupa dia nampak familiar tapi saya tak ingat."

"Aku tak ada keluarga lelaki selain kau Chanyeol." Aku menekankan perkataan lelaki dengan tegas sebagai peringatan.

Chanyeol mengerutkan dahi dengan wajah serius. "Sekarang laporkan perkara ni pada cikgu Nini." Pintah Chanyeol. Tanpa membuang masa, pengasuh tersebut berlari masuk ke dalam bilik guru. Sementara Chanyeol pula sedang berusaha menenangkan hati aku.

"Chanyeol, tolong aku. Nini..." Aku menangis tersedu-sedu dengan bibir menggigil dan tangan menggeletar.

Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ini. Aku cuba berfikiran positif tapi tak mampu. Semakin banyak aku berfikir, semakin deras air mata aku mengalir.

Chanyeol menekap kedua-dua belah tangannya pada pipi aku dan mendongakkan muka aku agar melihatnya. Mata hitamnya tepat memandang mata aku seperti sedang memberikan aku kekuatan dan kepercayaan bahawa semuanya akan okay.

"Tzuyu, look into my eyes. Jangan panik dulu!" Tegasnya. Aku memandang mata Chanyeol seperti yang disuruh bersama linangan air mata. Aku dapat merasakan keikhlasan pada mata Chanyeol bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku apabila perkara yang melibatkan keselamatan Nini.

"Kita akan cari Nini. Kita akan cari Nini sampai dapat, okay? Aku janji akan tolong kau. Tapi kau kena yakin yang Nini tak apa-apa."

Aku mengangguk. Chanyeol mengesat sisa air mata aku menggunakan jarinya. "Aku akan minta bantuan dari team aku untuk cari Nini supaya cepat. Sebab kalau diikutkan, kita mesti buat laporan selepas 24 jam Nini hilang. Sekarang ni, kita ke balai polis."


Sepanjang perjalan ke balai polis, aku dan Chanyeol langsung tidak bercakap. Chanyeol sedang fokus ke arah pemanduannya yang memang laju dari biasa dan aku asyik meramas-ramas tanganku kerana risau. Itulah habit aku sejak kecil bila aku gemuruh dan Chanyeol pun tahu.

Ketika kereta Chanyeol sudah memasuki kawasan pekan, tiba-tiba mata aku menangkap satu bag Disney berwarna merah jambu yang sangat familiar sedang dipakai oleh seorang kanak- kanak perempuan yang sedang berdiri di hadapan pintu bakery.

Apabila aku melihatnya dengan lebih jelas, budak itu ialah Nini!

"Chanyeol berhenti! Berhenti Chanyeol!" Aku memukul-mukul lengan Chanyeol dengan cemas menyebabkan Chanyeol terkejut dan hampir menekan break di tengah jalan raya. Akhirnya, Chanyeol memakir di tepi jalan berhadapan dengan bakery tersebut.

Sebelum kereta itu berhenti sepenuhnya, aku terlebih dahulu membuka pintu dan tergesa-gesa berlari mendapatkan Nini. Chanyeol mengejar di belakang dengan cemas sama seperti aku.

"Nini!" Aku menjerit memanggilnya. Dia menoleh ke belakang dan tersenyum apabila memandang aku. Syukur! Nini tak apa-apa.

"Mama!" Nini membalas pelukan aku apabila aku mendakapnya dengan erat. Aku terus melutut sama tinggi dengannya sebaik saja aku sampai di situ. Kemudian aku memegang kedua-dua pipinya dan memandang mukanya puas-puas.

"Nini pergi mana? Kenapa buat macam mama ni? Tahu tak mama risau. Mama tak nak apa-apa terjadi pada anak mama. Tolong jangan buat macam ni lagi sayang. Nini janji jangan tinggalkan mama?" Aku mengelap mukanya dan mendakapnya sekali lagi sambil mengusap-ngusap rambutnya di belakang. Air mata hanya menunggu masa saja untuk jatuh.

Pada saat itu juga aku aku terpandang satu figura berseluar hitam sedang berdiri di belakang Nini. Aku mendongak memandang wajah empunya kaki yang panjang itu, dan mataku serta merta terbeliak. Aku terkesima. Begitu juga dengan Chanyeol yang berdiri di sebelah aku. Malah lelaki yang mengaku sebagai papa Nini itu turut sama terkejut. Buat seketika otak aku menjadi blank.

"Nini?"

"Papa!" Automatik Nini melepaskan dirinya dari aku dan berlari ke arah lelaki itu kemudian memeluk kakinya. Begitu mudah Nini pergi ke arah lelaki itu dan menggelarnya papa?

Nafas aku mula tidak teratur. Aku mengetap bibir menahan perasaan marah yang membuak-buak dan aku yakin Kris dapat melihatnya sendiri melalui mataku. Aku dapat merasakan darah panas menyerinap masuk ke dalam tubuhku. Aku tak sangka akan berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi setelah 4 tahun berlalu.

"Chanyeol, bawa Nini masuk!" Pintahku dengan tegas. Chanyeol tersalah tingkah. Sama ada dia risau aku akan buat kerja gila atau dia risau Kris yang akan menyakiti aku.

"Mari Nini, masuk kereta." Pujuk Chanyeol sambil menarik lengan Nini tapi Nini berkeras dan berpaut pada kaki Kris. Apa yang lelaki ni dah buat sampai Nini dah pandai melawan? Lelaki tu dah racun fikiran Nini dan jangan ingat aku akan maafkan dia!

"Tak nak! Nini nak papa!" Nini mula menangis. Orang ramai mula memandang ke arah kami. Kris yang pada mulanya tidak sedap hati melihat Nini menangis, akhirnya dia membela Nini.

"Kau siapa? Kenapa kau nak ambil anak aku dari aku?" Soalan tidak tahu malu itu ditujukan ke arah Chanyeol membuatkan Chanyeol menegakkan badannya dan memandang Kris dengan tajam.

"Chou Sophia!" Aku terpaksa menegaskan suaraku ke arah Nini dan Nini faham aku hanya memanggilnya dengan nama sebenar apabila aku tengah marah. Akhirnya Nini melepaskan tangannya dan menyerahkan dirinya sendiri kepada Chanyeol sambil menangis.

Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan,

Ppak!

Aku menampar pipi Kris dengan segala kudrat yang ada dan dendam yang aku simpan selama ini. Muka Kris tertoleh ke sebelah kiri ketika aku menamparnya menunjukkan betapa kuatnya tenaga yang aku gunakan.

Perlahan Kris memegang pipi kanannya yang mungkin terasa panas. Kemudian dia meregang-regangkan mulutnya yang kebas dengan muka berlagak nak mampus!

"Aku lepaskan kau kali ni...sebab aku layak terima tamparan ni."

Kata-kata Kris kedengaran seperti satu ugutan di telingaku walaupun dia sedang mengaku salah. Dan itu cuma membuatkan aku bertambah menggeledak.

"You deserve more than this! Kau kira bertuah sebab aku tak bunuh kau hari ni!" Aku menuding jariku tepat di hadapan matanya membuatkan matanya terbuka luas. Kenapa? Dia ingat aku tak berani lakukan semua tu? Sekejam-kejam keluarga dia terhadap keluarga aku, aku boleh jadi lebih kejam dari itu sekiranya kesabaran aku melebihi tahap.

Kris memandang aku dengan pandangan yang sukar diramal. Kemudian dia membuka mulut sekali lagi. "Kau.." Kris memerhatikan aku dari atas sampai ke bawah dengan muka loya. "...mama Nini? But you're so young to be a mother. How can..."

Dia tanya aku mama Nini? Aku tak salah dengar? Layakkah dia mengaku Nini sebagai anak dia sedangkan ibu kepada anak dia sendiri dia tak tahu?

Aku menarik nafas. Cuba bersabar dan memberikan senyuman sinisku. Aku biarkan dia habis bercakap terlebih dahulu.

"Dulu masa aku dan kau tengah-"

Ayat Kris terputus begitu saja. Dia tidak mampu meneruskan perkataan tersebut yang aku sudah agak apa ayat yang seterusnya.  Sekurang-kurangnya dia tahu malu dengan kesilapan dia sendiri.

 

Bersambung...


 

Pertengkaran akan bersambung di chapter yang seterusnya, okay. Haha XD

Well, apa pandangan korang pasal fanfic ni? Ada kekurangan? Penambahan? Atau ada apa-apa korang tak puas hati dengan watak-watak di atas? Macam nak tumbuk muka Kris? 

Silakan komen. Luahkan segala-galanya. Saya tak makan orang pun~

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 4: fanfic niyh mmg best ~^_^~ poster nyer pon cute sgt~ palli update yaa authornim!!
LUTADIAS_xx #2
Chapter 4: konflik..konflik..ish ish..asyik2 bergaduh. Aku tumbuk juga kris nnt. tapi apa rahsia kris? nana pun. sy nak tahu sangat2. keep update! hwaiting!

lagi satu, sy suka poster utk setiap chap tu :) nice~
LUTADIAS_xx #3
Chapter 2: Daebakkk!! sy tak tahu pun ff ni wujud.
banyak sgt konflik, sy suka! hhaha
p/s: authornim, cpt bgtau apa rahsia kris. sy dah tak sabar ni
sitifadhlina #4
Chapter 2: Pali update tak sabar nak tahu niat kris tu
2Cool_4Skool #5
Chapter 2: apa rahsia nana? dia kenal kris sblum ni ke? hmm something fishy...
Dreamwalkerxx #6
Chapter 2: jahatnya kris. ksian tzuyu
apa rancangan kris? sy dah tak sabar nak tau rancangan dia tu
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 1: *crying at the corner* huwaaa ada my husband kris. tp knp dia jahat sgt dlm ff ni hahaha XD
tolong jaga kris baik2 utk saya authornim. jgn suruh dia jahat sgt dkt tzuyu. lol apa yg aku mrepek ni
BlueOceanHeart #8
Chapter 1: mcm baca novel XD
sy memang dah lama suka kris dgn nini sbg ank dgn bapa masa tgk movie SOWK tu lagi. sweet sgt~
kbetulan sy trjumpa ff ni, wah happy gila
iKONic_hanbin #9
Chapter 1: wow best! best!
sy tunggu apa rahsia yg authornim ckp tu, ok
update soon :)
Dreamwalkerxx #10
Chapter 1: kejap, so kris tak kenal tzuyu?? LOL. daebak!
tak sabar sy nak tahu cerita drg yg strusnya.