Chapter 4

The Pretty Boy
Please Subscribe to read the full chapter

Hatinya berdebar tiba-tiba. Tak tahu kenapa dia teringin mahukan jawapan dari doktor tentang kesihatan seniornya. Ish hati ni.

"Saya rasa kamu punya senior bukan letih sahaja. Dia ada sakit lain juga. Sakit macam..."

"Doktor! Saya dah boleh keluar ke? Boleh saya sambung latihan?" soal Eunha tiba-tiba yang baru keluar. Dia hampir menghancurkan rancangan abangnya.

Terkejut Jungkook dengan kehadiran seniornya lalu beredar dari situ sebelum seniornya nampak.

Eunha perasan pada Jungkook yang melarikan diri itu. Dia geram. Kenapa Jungkook juga yang tolong dia? Kenapa bukan orang lain. Ish! Aku benci Jungkook. Benci tengok muka dia!

"Doktor, saya nak cakap sesuatu. But, doktor kena rahsiakan apa yang saya cakap semua ni. Okey?" kata Eunha lalu mengukirkan senyuman. 

 

 

J-Hope berlari ke arah Eunha selepas melihat Eunha tiba di stadium memanah. Eunha memang benci memanah.

"Eunha pergi mana tadi? Jurulatih dah marahlah sebab tunggu Eunha," tanya J-Hope dengan suara yang perlahan. Walaupun ada sedikit dia marah tetapi, dia masih perlahankan suaranya sebab tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka berdua.

"Sorry. Eunha ada masalah teknikal tadi. Okey! Lebih baik cepat." Eunha menarik tangan J-Hope supaya malas menjawab macam-macam soalan dari kawan abangnya ni.

J-Hope menggeleng sahaja. Perangai abang dengan adik, sama je. Dah adik beradik macam mana.

 

 

Peluh menitis di muka Eunha. Tidak tahu gementar sebegini. Dia memandang tangannya yang sedang memegang pemanah tersebut. Inilah kali pertama dia memegang pemanah yang betul. Selalunya dia memegang pemanah mainan sahaja. Masalahnya dia tak pandai memanah. J-Hope belum ajar dia lagi.

"Good luck Jun Hyung! Dia pasti dapat markah 10. Selalunya dia dapat markah tulah. Paling kurang pun, dapat markah 8," kata salah seorang pelajar di situ.

Lagi gementar Eunha dibuatnya apabila mendengar kata-kata itu. Tak sangka abangnya sehandal itu. Patutlah ramai peminat. Tak tahu nak bangga atau tak sebab dia tengah gementar. 

Matanya memandang kepada J-Hope. Menunjuk muka kesian tanpa pengetahuan orang. J-Hope mengukirkan senyuman kepada Eunha. Dia tahu Eunha sedang gementar.

Sorry, Eunha sebab tak sempat nak ajar Eunha memanah. Tiba-tiba je jurulatih datang.  Lepastu suruh memanah, bisik J-Hope.

Mata Eunha mengalih ke arah kanannya iaitu Jungkook bersama kawannya. Mesti DK. Ish! Dia langsung tak pandang orang memanah. Dia tak tahu ke seniornya memanah. Eh, Eunha! Lebih baik dia tak payah tengok kau! Kaukan bukan pun pandai memanah. Karang tersasul kau memanah, siapa yang dapat malu. Abang kau juga yang malu sebab kau tengah jadi abang kau! Hatinya menjerit kepadanya.

"Jun! Kenapa kamu tak mula lagi? Dah lebih seminitlah kamu pegang pemanah tu. Kamu tak tahu ke peraturan memanah? Tak boleh pegang lama-lama pemanah itu jika kamu sudah masuk ke dalam kotaknya," cakap jurulatih itu.

Eunha menundukkan kepalanya pada jurulatih itu. Memang dia tak tahulah. Dia bukan seorang pemanah. Ish, sabarlah! Kenapalah aku setuju ikut rancangan bodoh ni. Tak tahu sama ada nak menyesal ke tak.

Eunha menarik nafas dahulu sebelum mula memanah. Dia menarik dengan perlahan-lahan. Namun, tali getah yang dipegangnya terlepas. Nasib baik benda pencucuk itu tidak kena pada matanya. Otot lengannya kejang. Tak tahu kenapa. Semua orang di situ mengelakkannya.

Matanya terpandang pada Jungkook. Bukan main gelak dia gelakkan aku. Sah! Dia memang bencikan abang aku.

"Jun! Kamu dah kenapa?! Kamu macam orang tak pandai main! Sekarang kamu keluar. Jungkook! Turn kamu pula. Tunjuk skill kamu!" arah jurulatih itu.

Eunha berjalan perlahan sambil matanya melihat Jungkook yang baru melepasinya. Jungkook sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Eunha. Dia bencikan itu.

Jungkook mula menunjukkan skill memanahnya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Buddyaroha
#1
authornim keep writing..
i love your fanfic. hwaiting!
srisabrina
#2
Chapter 1: Wah wah..fanfic baru!Daebak!Palli update authornim..Btw igt saya lagi tak?Ahaha..
Iamneversure #3
Oh my eunkook~~ first time nak try yang malay punyer since I'm a btsxgfriend trashh, haha. Update kay authornim! have fun in writing! Fightingg!
girly_
#4
Wah! Bts! Saya suka, saya suka!
eh? Ada sana dari twice? Uu~ interesting
girly_
#5
Wah! Bts! Saya suka, saya suka!
eh? Ada sana dari twice? Uu~ interesting