Bab 2

Misi Mencari Cinta Sung Jae

Min Hyuk menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ilhoon pula masih lagi mengeluh untuk kali ke berapa. Entah Min Hyuk pun tidak tahu.

Mereka berdua sedang duduk di atas tangga sekolah pada hari itu. Sung Jae seperti biasa – mengingatkan mereka tentang cinta hatinya atau tiada maaf buat Ilhoon.

Min Hyuk dan Ilhoon rasa buntu. Sakit kepala mereka berfikir tentang gadis yang dijumpai oleh Sung Jae tempoh hari. Dahlah ciri-ciri gadis yang disebutkan oleh Sung Jae tu ada pada setiap orang yang dijumpai oleh mereka.

“Wei, Ilhoon…camne ni?” Min Hyuk bersuara, sugul.

Ilhoon mengeluh lagi. Kesian kau Ilhoon…

“Aku tak tahu. Sung Jae ni…eii, geram aku. Nak je aku kenakan dia. Tiada maaf bagimu…kan aku buat-buat merajuk habis dia karang!”

Min Hyuk menonyoh kepala Ilhoon lembut. “Ngek kau! Lagilah dia tak bagi maaf, cerdik bebenor kau ni1 Lagi si Sung Jae tu suka adalah!”

Ilhoon berpaling ke arah Min Hyuk. “Yalah. Ya tak ya juga. Aku je yang rugi, si bertuah tu tak ada apa-apa pun.”

Mereka berdua kembali diam, berfikir sehingga satu suara menyergah.

“Hoi, tak masuk kelas ke?!”

Terkejut beruk Ilhoon dan Min Hyuk apabila disergah oleh si ketua pelajar bernama Namjoon. Sebelum mereka didenda oleh Namjoon, cepat-cepat mereka melarikan diri dari situ. terkocoh-kocoh mereka mendaki anak tangga sehingga Ilhoon terlanggar Do Kyungsoo.

“Adoi, mak nenek aku! Patah riuk tulang belakang aku!” D.O terjerit kecil. Ilhoon yang berada di atas D.O segera menolong D.O bangun.  

Min Hyuk pula sempat mengambil nafas lega. Dia hanya memandang D.O dan Ilhoon yang kini berdiri dengan tegap. D.O pula melakukan aktiviti pemanasan badan di pinggang dan kakinya untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau patah tulang. Ilhoon sibuk bertanya D.O, dia okey atau tidak.

“Aku okey, nasib baik tulang aku tak patah riuk kau kerjakan.” balas D.O.

“Sorrylah, aku dan Min Hyuk lari daripada Namjoon tadi. Nasib malang kitorang jumpa dengan dia.”

D.O mengangguk faham. “Kenapa korang tak masuk kelas?”

“Kitorang terlupa masa yang berlalu sebab asyik fikir pasal Sung Jae punya buah hati…”

“Hah?” mata D.O membulat mendengar jawapan selamba Min Hyuk. “Pasal tu je? Ish, te…” belum sempat D.O mengatakan teruk kepada mereka berdua, Ilhoon pantas memotong.

“Sung Jae tak nak bagi maaf dia kat aku kalau aku tak cari perempuan tu.”

“Kenapa pula?”

Lalu, untuk memendekkan cerita, Min Hyuk bercerita dari A-Z kepada D.O mengenai apa yang menyebabkan mereka terlibat dalam kerja gila yang menyakitkan hati dan menyerabutkan otak serta perasaan itu.

“Hmm…aku boleh tolong kut…”

Bersinar-sinar mata Min Hyuk dan Ilhoon mendengar apa yang diucapkan oleh D.O.

“Jangan suka sangat…” ujar D.O. Min Hyuk dan Ilhoon perlahan-lahan mengendurkan senyuman mereka.

“Kita perlukan bantuan Diva Gosip sekolah.”

Min Hyuk dan Ilhoon terdiam. “Maksud kau…” Ilhoon bersuara.

D.O mengangguk. “Ya, si Baekhyun eyeliner tu.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet