Bab 3

Misi Mencari Cinta Sung Jae

Byun Baekhyun atau nama pendeknya Baekhyun atau Baek. Dikenali sebagai Diva Gosip sekolah kerana mulutnya terlebih gula daripada pelajar perempuan di sekolahnya – apabila terlebih gula, tentulah info dalam sekolah terlalu banyak dalam pengetahuan eyeliner tu. Setiap pelajar yang mahu maklumat mengenai seseorang atau barang, akan mencari Baekhyun untuk menyelesaikan masalah mereka. Tak lupa juga, moto Baekhyun.

No FOC. Tiada free of charge di sini.”

Bermakna pelajar yang meminta bantuan Baekhyun perlu membayar  pemuda itu atas khidmatnya bergantung pada tempoh masa yang pemuda itu perlukan berdasarkan apa khidmat yang diperlukan oleh mereka.

Apabila loceng terakhir sekolah berbunyi – menandakan waktu pembelajaran sudah tamat, D.O bergegas ke kelas Ilhoon dan Min Hyuk. Nasib baik Ilhoon dan Min Hyuk sekelas, kalau  tak jenuh dibuatnya D.O yang jatuh lantai tadi mahu berjalan ke sana ke sini.

“Lama tunggu?” soal Min Hyuk apabila mendapati D.O sedang bersandar di dinding luar kelas mereka.

“Taklah, dalam lima minit je.” jawab D.O, tenang.

Ilhoon muncul di sisi Min Hyuk. “So, jom pergi jumpa Baek eyeliner tu.”

D.O mengangguk dan mula melangkah ke hadapan, Ilhoon dan Min Hyuk mengekori D.O dari belakang,

Mereka bertiga keluar dari pintu pagar sekolah dan menuju ke sebuah kafe yang terletak berhampiran sekolah mereka. D.O, Ilhoon dan Min Hyuk memilih meja yang tersorok di hujung kafe, dan menunggu pelayan datang untuk mengambil pesanan.

“Nak minum apa?” muncul seorang pelayan membawa tiga buku menu.

“Err, latte satu.” Min Hyuk menjawab.

“Capuccino ais.”

Ice blend strawberry.” D.O menutup buku menu.

“Makan?”

“Hrmm…” Ilhoon membaca menu makanan satu per satu.

“Kek keju, nak dua potong.” kata Ilhoon.

“Ramen satu, ramen keju.” Min Hyuk pula menjawab.

“Bagi aku, sandwich telur dan keju dahlah.”

Pelayan itu mengangguk sambil menulis pesanan mereka.

Sebelum pelayan itu pergi, D.O bersuara. “Eyeliner, kitorang nak jumpa kau.”

Pelayan itu tersenyum. Dia berlalu dari situ.

“Kau yakin ke tu Baek eyeliner?” soal Ilhoon, ragu-ragu.

“Apa pula tak yakinnya? Dia best friend aku tau!” jawab D.O, bangga.

Baekhyun datang 10 minit kemudian dengan air yang dipesan oleh mereka bertiga. Baekhyun duduk di sebelah D.O.

“Aku dah dengar daripada D.O kat sekolah tadi. Katanya korang perlukan pertolongan untuk cari seorang awek ni…”

Ilhoon dan Min Hyuk mengangguk serentak. “Apa yang boleh aku bantu? Tapi, syaratnya…bayaran ya…”

“Aku tak kisah bayarannya….” kata Ilhoon dan dia mendapat sikuan percuma daripada Min Hyuk.

Duit tu beb! Tak kisah pulak dah Ilhoon ni!

“Okey, fine! Aku kisah. Tapi, aku memang nak kau ciri budak perempuan dengan ciri-ciri ni…err…”

Min Hyuk mengeluarkan sehelai kertas yang ditulis oleh Ilhoon tentang ciri-ciri gadis yang dicari oleh Sung Jae.

Baekhyun membaca kertas itu berhati-hati. “Kat kawasan mana ni?”

“Kawasan perumahan Sung Jae.” jawab Min Hyuk.

“Hrmm…” Baekhyun menyentuh dagu, berfikir. “Kalau tak ada gambar memang susahlah sikit, bayaran aku tinggilah sebab ambil masa juga nak cari dia ni.”

Ilhoon dan Min Hyuk mengangguk. “Berapa bayarannya?”

“Tengoklah berapa lama masa aku ambil.” balas Baekhyun dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello, Chanyeol.”

“Apa dia?” jawab Chanyeol di talian.

“Tolong aku, Yeol. Kau tinggal di kawasan Lavender, kan? Sama dengan Sung Jae, tolong cari seseorang…” Baekhyun kemudiannya menerangkan ciri-ciri gadis itu dan Chanyeol bersetuju dengan syarat Baekhyun perlu berkongsi bayaran dengannya.

“Okey, settle.” Baekhyun tersengih setelah menutup telefon bimbitnya.

“Err…kau buat tak kerja sebenarnya ni?” soal Ilhoon, ragu-ragu. Baekhyun mengangguk. “Macam mana?”

“Aku kan Diva Gosip sekolah, kalah budak perempuan. Jadi, tentulah aku cari gossip kat sekolah-sekolah berdekatan kawasan tu. Apalah kau ni.” balas Baekhyun. “Bayaran kita bincang lepas seminggu. Kalau seminggu takde hasil, tengoklah macam mana. Kalua tak aku kena minta geng aku yang lain tolong juga.”

Ilhoon dan Min Hyuk menunjukkan thumbs up. Setuju sahajalah, wahai kawan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet