Bab 1

Misi Mencari Cinta Sung Jae

Pada suatu hari yang tenang, yang sememangnya tenang, walaupun cuaca nampak tak tenang, seorang pemuda berdiri  di depan taman bunga. Dia menyilangkan tangan ke dada, menunggu seseorang walaupun cuaca semakin berangin pada petang cuti musim bunga itu.

Sung Jae mengetap bibir geram. Dia mengerling ke arah jam yang dipakainya.

“Dah nak sejam si Ilhoon ni minta aku tunggu dia, mana mangkuk tu ek?” omel Sung Jae geram. Hatinya mula panas walaupun cuaca berangin dan sejuk. Cuaca itu tidak mampu menyejukkan hatinya yang semakin membara ala ala gunung berapi nak meletus.

Mana Sung Jae tak marahnya, kalau si budak bertuah Ilhoon tu minta dia tunggu di taman, tapi bila dia sampai di taman tersebut, batang hidung Ilhoon pun tak nampak lagi. Sung Jae pasti dia bukannya seorang yang datang awal sangat, jadi terlajak awal bukan dalam perkiraan masa.

Memang sah bagi Sung Jae, Ilhoon yang lambat pada pertemuan mereka.

Sung Jae masih lagi menunggu Ilhoon di taman itu, kerana lenguh berdiri dia berjalan ke arah bangku yang disediakan di taman itu. Sung Jae melabuhkan punggungnya dan melihat sekeliling, mana tahu nampak bayang si Ilhoon bertuah tu.

Sung Jae mengambil keputusan untuk mengeluarkan telefon bimbitnya yang diberi nama Galaxy Note 3 oleh pereka telefon, Sung Jae juga beri nama pada telefonnya, nama manjalah katakan. Nama telefon bimbit Sung Jae ialah Paruru.

Dalam diam, Sung Jae sebenarnya peminat Paroro. Tapi, nak bagi kelas handset dia yang lawa dan elegan, dia bagi nama Paruru. Nanti, si Ilhoon dan Min Hyuk ketawakan dia kalau dapat tahu nama asal sebenar telefon Sung Jae. Dua orang tu bukan boleh kira, asyik nak perkenakan orang sahaja setiap masa.

Tiba-tiba, Sung Jae ternampak sebuah topi melayang ke arahnya ditiup angin. Sung Jae menangkap topi tersebut dan melihat sekeliling. Mana tahu si pemilik topi putih beriben hijau ada di sini mencari topinya.

Hmm, nasib kaulah Sung Jae, tunggu Ilhoon satu hal. Kena pulangkan topi ni satu hal lagi. Omel Sung Jae dalam hatinya.

“Ehem…” satu suara berdehem, mengejutkan Sung Jae dari lamunan pendeknya.

Sung Jae berpaling ke kanan dan melihat seorang gadis sedang berdiri di hadapannya. Gadis itu memakai gaun hijau paras lutut dipadankan dengan sneaker merah. “Ya?”

Sung Jae mengangkat kening, rasa blushing pula tengok gadis cantik di hadapannya. Sung Jae mula rasa ada taman bunga dalam hatinya, bertuah juga Ilhoon datang lambat, dapat peluang bercakap dengan gadis cantik ini. Alang-alang tu, dapatlah mengurat tuan punya badan jugak. Manis je orangnya. Sung Jae rasa sejuk hatinya.

Dah dah lah tu merapu, Sung Jae oi. Berbalik kepada gadis tadi, Sung Jae masih lagi memandang gadis berambut lurus tetapi ikal di hujungnya.

“Nak topi saya balik.” ujar gadis itu. Dia hanya menunduk melihat pavement taman itu. Tidak berani mengangkat muka.

Muka aku handsome sangat kut…desis hati Sung Jae melihat budak malu-malu kucing di hadapannya ini. Sung Jae menyerahkan topi putih itu kepada gadis itu. “Terima kasih.” ucap gadis itu dan mengangkat mukanya.

Sung Jae terkaku sebentar. Rasa star struck pula bila melihat gadis itu tersenyum ke arahnya. Mata coklat cairnya bersinar galak.  Sung Jae dapat merasakan yang jantungnya berdegup kencang melihat gadis itu.

“Sama-sama.” balas Sung Jae. Gadis itu kemudian berlalu pergi, meninggalkan Sung Jae yang masih lagi kaku dengan imaginasinya.

“Woit, Sung Jae!” jeritan Ilhoon mengejutkan Sung Jae dari lamunannya.

“Cis, time ni jugak dia datang kacau aku!” gerutu Sung Jae sambil menjeling Ilhoon di hadapannya. Ilhoon tersengih-sengih seperti kerang busuk di hadapannya, Sung Jae pula rasa hatinya bernanah macam nak genyeh mulut Ilhoon dengan cili sekarang ni. Dahlah datang lambat!

“Apa dia?” tanya Sung Jae.

Sorry, aku terlajak tidur tadi.” jawab Ilhoon.

Sung Jae bercekak pinggang. Ha, nilah sebab aku kata Ilhoon budak bertuah, tengok…time dia buat salah dia sengih macam kerang busuk, tapi nasib baik mulut dia tak busuk. Detus Sung Jae dalam hati. Dia teringat kembali gadis tadi.

Sung Jae tersenyum sinis.”Ilhoon, kau datang lambat kali ni…aku takkan maafkan kau dengan mudah.”

Muka Ilhoon berubah cemberut sedikit. “Aku akan maafkan kau kalau kau tolong aku cari cinta hati aku.”

Ilhoon mengerutkan keningnya. “Sejak bila kau ada cinta hati ni?” soal Ilhoon.

Sung Jae tersenyum bahagia.”Sejak tadi~”

Dan Ilhoon rasa nak muntah mendengar ayat berbunga Sung jae.

Ah sudah.Habislah aku! Desis Ilhoon.

#

“Kau jumpa tak lagi cinta hati aku, Ilhoon?” soal Sung Jae sebaik sahaja Min Hyuk dan Ilhoon duduk di hadapannya di dalam café.  Sung Jae menyisip latte yang diordernya.

Ilhoon dan Min Hyuk berpandangan antara satu sama lain. “Aku tak jumpa lagi dia, lagipun mana ada gambar. Mana nak cari?” Ilhoon menggaru kepalanya yang tak gatal.

Sudah dua hari, dia cuba mencari cinta hati si Sung Jae, namun kerana kekurangan informasi. Ilhoon terpaksa mengehentikan cariannya.

Sung Jae pun satu, bagi maklumat kata budak tu kulit putih susu, mata coklat cair, hidung mancung dan bibir bak delima merekah serta rambut lurus yang ikal di hujung. Masalahnya, Sung Jae tahu tak berapa ramai perempuan ada ciri-ciri macamtu, suruh Ilhoon cari seorang je. Mana tak gila jawabnya?

Tempat tinggal apatah nama pun tak tahu. Sudahlah bermimpi Sung jae.

Sung Jae mendengus geram, dia kemudian tersenyum jahat. Naik pula bulu roma si Ilhoon dan Min Hyuk melihat wajah Sung Jae berubah.

“Baru ingat nak belanja, kau orang tadi. Hmm, takpelah…aku lupakan jelah niat aku.” perli Sung Jae. Konon macam menyesallah tak boleh belanja Ilhoon dan Min Hyuk. Namun, dalam hati ada sorakan bahagia sebab tak perlu belanja dua orang ni. Saja je, Sung Jae nak troll balik dua orang bertuah ni. Asyik-asyik dia je yang kena bila ke café, nah ambik sekali aku punya troll.

Sung Jae ketawa diam-diam dalam hati apabila wajah Ilhoon dan Min Hyuk berubah kelat.

“Kau tahu tak siapa budak tu?” tanya Min Hyuk bagi pihak Ilhoon.

Yalah, ada orang nama Sung Jae tu tak nak bagi kemaafan kat Ilhoon selagi dia tak dapat cari cinta hati Sung Jae jumpa kat taman tempoh hari. Jadi, tak pasal-pasal Ilhoon drag si Min Hyuk sekali dalam pencarian entah apa-apa  ni.

Sung Jae mengangkat bahu sambil buat poker face. Boleh tahan si Sung Jae punya keras kepala. Hari di mana Ilhoon minta maaf, Sung Jae tetap demand nak Ilhoon cari gadis yang ditemuinya. Apabila Min Hyuk masuk campur dengan memujuk Sung Jae untuk memaafkan Ilhoon, tak pasal-pasal Sung Jae beri idea bernas minta dia join sekali tolong Ilhoon.

Ilhoon pun apa lagi, dengan gembiranya dia buat puppy eyes nak minta Min Hyuk tolong dia. Tidak mahu menghampakan Ilhoon, sahabat baik trolling dia, Min Hyuk hanya mengangguk untuk menolong Ilhoon.

“Sung Jae, kau dah siap ke nak sambut junior tahun satu tahun ni?” tanya Ilhoon.

Sung Jae mengangkat kening, tidak memahami soalan Ilhoon. “Kau kan salah seorang ahli persatuan pelajar…” Min Hyuk menyampuk, namun ada nada sinis menyidir Sung Jae di hujung ayat. Macam manalah Sung jae boleh lupa dia ahli persatuan pelajar?

Angau benar si Sung Jae ni.

“Oh, yang tu presiden, naib presiden, setiausaha, naib setiausaha dan biro dokumentasi punya hal. Aku tak kena, aku kan juru audit yang bertauliah.” balas Sung Jae dengan senyuman seindah matahari.

(Apa punya metaforala si penulis guna)

Min Hyuk dan Ilhoon buat-buat batuk. Nak menyindir Sung Jae lah tu.

Sung Jae tidak berkata apa-apa. Dua rakan baiknya memang sehati sejiwa dalam trolling orang. Nak buat macam mana lagi.

“Korang, ingat tu…aku punya cinta hati.” ujar Sung Jae memandang ke arah Min Hyuk dan Ilhoon. “Atau no forgiveness for Ilhoon.”

Sung Jae tersenyum senget macam orang jahat. Min Hyuk dan Ilhoon mendiamkan diri, berfikir cara untuk mencari gadis yang dimaksudkan Sung Jae.

Hesh, nasib korangla. Tak tahu lagi diri tu kena trolling dengan Sung Jae bertuah tu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet