Chapter 6

Dear My Tinkerbell

Selepas selesai sesi temubual bersama Ommanya, Xiumin meminta diri ke bilik untuk berehat. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya dia terus melemparkan dirinya di atas tilam empuknya itu. Xiumin melihat siling biliknya yang direka seperti awan dan ada kepingan pelekat bercahaya berbentuk bintang yang ditampal memenuhi siling bilik tersebut. Pelekat tersebut akan bercahaya pada waktu malam sabaik sahaja lampu bilik dimatikan. Xiumin tersenyum apabila teringat idea kreatif Hyemi itu.

 

 

Flashback

Minseok terjaga apabila terdengar bunyi deringan telefon yang terletak di sebelah tempat tidurnya. Perlahan-lahan Minseok bangun dan mencari telefon itu. Sebaik sahaja Minseok menoleh ke kirinya kelihatan Hyemi masih nyenyak tidur. Minseok tersenyum sendiri apabila teringat pekara semalam.

“Hyemi ah..” Panggil Minseok.

Hyemi yang masih nyenyak tidur perlahan-lahan membuka matanya lalu melihat Minseok di hadapannya. Wajah Hyemi yang baru bangun tidur kelihatan sangat comel sekali.

“Wae, Minseok ah?” Soal Hyemi yang masih mamai.

“Handphone kau ni berbunyi dari tadi.” Ujar Minseok lalu menyerahkan Handphone tersebut kepada Hyemi.

Hyemi mengambil handphone itu lalu menekan butang ‘Answer’.

“Hello?”

‘Selamat pagi sayang! Hari yang cerah bukan? Sayang dah bangun tidur belum?’ Kedengaran suara ceria Taehyun dari corong speaker.

“Kau nak apa telephone aku pagi-pagi ni ha monyet?” Soal Hyemi yang jelas bengang tidurnya diganggu.

Hihihi. Dengar dari suara, mesti kau baru bangun tidur betul tak? Aku bukan tak tau perangai kau tu kalau baru bangun tidur mengalahkan orang tengah PMS.’ Usik Taehyun.

“Hii…apa kau merepek sampai PMS segala macam ni..Strait to the point boleh tak?” Hyemi semakin rimas dengan loyar buruk si Taehyun.

‘Okay,okay aku nak cakap lah ni… Pasal semalam tu sorrylah tak dapat tolong kau dengan Minseok. Manalah kitaorang tau nenek sihir tu nak datang melawat.’ Jelas Taehyun.

“Oh pasal tu je ke? Ingat apa tadi. Tak apalah dah setel pun.” Ujar Hyemi lalu melihat Minseok yang terkebil-kebil melihatnya.

‘So malam tadi dia tidur mana?’

‘Minseok?’

‘Yelah takkan kau pulak.’

‘Hm, aku bawak dia balik dengan aku.’

‘Oh…..”

Senyap…..

‘OMG YOON HYEMI!!!! WHAT HAVE YOU DONE TO OUR INNOCENT MINSEOK???!!!’

Telinga Hyemi hampir pekak dek pekikkan Taehyun. Hyemi segera menggosok telinganya yang berdesing kuat itu. Minseok panik melihat Hyemi yang tiba-tiba mengelumpar di atas tilam.

“Sakitlah telinga aku setan!” Marah Hyemi. “Bukan seperti yang kau fikirkan! Kau ingat aku macam kau ke? ert!”

‘Yah!Aku bukan ert okay!’

“Habis tu yang kau jerit macam orang sasau tu kenapa?”

Saja je…Hehehe. Exited.’ Ujar Taehyun sambil ketawa nakal.’ Macam mana kau seludup dia ke bilik kau?’

“Hai, pandai-pandailah nak hidup..” Jelas Hyemi. “Dah! Aku malas nak layan kau. Kirim salam kat Halmeoni tau. Bye!” Hyemi menamatkan panggilan lalu bersila sambil mengadap Minseok di hadapannya.

“Good Morning!” Ucap Minseok.

“Good Morning!” Balas Hyemi sambil menghadiahkan senyuman kepada Minseok. “Meh sini kejap.” Panggil Hyemi tiba-tiba.

Minseok mendekatkan dirinya dengan Hyemi. Hyemi meletakkan tapak tangannnya di dahi Minseok.

“Baguslah kau tak kena demam.” Kata Hyemi lega. “Kau mesti laparkan. Pergi mandi dulu, lapas makan nanti aku hantar kau balik.” Kata Hyemi lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya untuk ke dapur.

Minseok hanya melihat saja kelibat Hyemi yang sedang menuju ke dapur. Matanya tertangkap sesuatu pada siling bilik tersebut.

“Ini kau ke yang buat?” Soal Minseok tiba-tiba.

“Apa?” Hyemi menoleh dari dapur. “Oh dinding tu ke? Haah, cantikkan? Dulu Mama suka decorate bilik aku dengan corak bintang.

“Sebab kau suka kira bintang kan?”

Hyemi mengangguk sambil tersenyum apabila teringatkan Mamanya.“Haah. Aku memang suka bintang. Dah, dah  cepat pergi mandi. Lepas tu kita sarapan sama-sama. Kau tak kisahkan kalau aku masak Korean breakfast.”

Minseok hanya angguk. Memang dia sudah lama tidak menikmati Korean breakfast. Lagipun masakan Hyemi sememangnya sedap. Sama seperti mendiang Mama Hyemi dulu. Dia masih lagi terpesona dengan siling bilik tersebut yang dicat seperti langit dan di tampal pelekat bersinar berbentuk bintang. Hyemi sememangnya kreatif.Minseok kemudian pergi membersihkan dirinya.

Selesai makan Hyemi dan Minseok bersiap untuk menghantar Minseok pulang. Seperti semalam mereka terpaksa berlagak seperti pencuri untuk keluar dari kawasan halaman rumah tersebut. Mereka hampir sahaja tertangkap apabila Snoopy anjing Snoodle peliharaan tuan rumah Hyemi menyalak kuat apabila terlihat Minseok. Nasib baik Hyemi sudah menyiapkan senjata rahsianya iaitu sosej kegemaran Snoopy.

“Kau tak nak masuk dulu ke Hyemi?” Soal Minseok sebaik sahaja mereka tiba di hadapan rumahnya. “Rasanya Omma dah balik dari tripnya. Dia mesti gembira jumpa kau.”

“Hm.. rasanya tak kot. Lain kali ajalah.” Ujar Hyemi lalu menepuk bahu Minseok.

“Omma rindu betul dengan kau.”Ujar Minseok kedengaran agak kecewa. “ Kau ada janji dengan sesiapa ke?”

“Er… tak Cuma..”Hyemin serba salah dibuatnya.

“Minseok ah, kau dah balik ke?”

Kedengaran suara seseorang dari pintu pagar rumah Minseok. Seorang wanita separuh usia sedang berdiri melihat mereka berdua.

“Omma!” Panggil Minseok dengan gembira lalu berlari mendapatkan Ommanya itu.

Puan Kim mendekati mereka. Minseok pantas memeluk Ommanya itu sementara Hyemi masih terpaku di tempatnya.

“Risau betul Omma bila Ms Moon cakap kamu tak balik semalam. Kamu pergi mana malam tadi?” Soal Puan Kim yang jelas sangat bimbang. Pandangannya beralih kepada Hyemi yang masih terpacak di sebelah Minseok dengan muka blurrnya. “Ni sapa?” Soalnya lagi kepada Minseok.

“Ahnyeonghaseyo Omoni.” Ucap Hyemi sambil tunduk hormat.Mata Hyemi jelas kelihatan berkaca saat itu. Wanita itu seolah-olah mengingatkannya dengan mendiang Mamanya.

“Ommo! Minseok ni girlfriend kamu ke?” Soal Puan Kim yang sangat teruja. “Aigoo cantiknya….!”

Minseok dan Hyemi berpandangan.

“Aniya Omma! Kitaorang kawan je..” Minseok pantas menyilangkan tangannya sambil menggeleng kepala dan disokong oleh Hyemi.

“Bukan ke?” Soal Puan Kim kelihatan kecewa mendengar jawapan anaknya itu.

Minseok serba salah melihat muka monyok Ommanya. Puan Kim kelihatan seperti kanak-kanak kehilangan gula-gulanya.

“Tapi.... Cuba Omma teka, muka dia macam siapa?” Soal Minseok kembali excited.

“Eo?” Puan Kim hairan dengan soalan tersebut.

Wanita itu kembali melihat Hyemi dengan lebih teliti. Malu Hyemi apabila dipandang bergitu oleh  Puan Kim.

“Mata dia macam…. " Puan Kim terkesima. "Ommo! Kamu..... Anak Hyuna ke?” Soal Puan Kim dengan reaksi terkejut.

Hyemi dan Minseok berpandangan lalu tersenyum kepada Puan Kim yang masih menunggu jawapan dari Hyemi itu.

“Ye, Omoni.” Kata Hyemi.

“Oh Tuhan!” Puan Kim berasa sangat terharu lalu memeluk erat Hyemi sambil menangis teresak-esak. “Hyuna ah… uri Hyuna ah…” Puan Kim meratap kuat membuatkan Minseok dan Hyemi turut merasa hiba. “Kamu ke mana selama ini? Puas Makcik kamu.” Soal Puan Kim sambil mengusap pipi Hyemi yang halus itu dan melepaskan pelukannya.

Hyemi pantas mengesat air mata wanita itu lalu kembali senyum.

“Panjang ceritanya Omoni, nanti biar Minseok saja yang cerita.” Kata Hyemi lalu melihat Minseok yang hanya tersenyum melihat mereka.

“Mari masuk dulu. Banyak yang Mak Cik nak tanya kamu.” Ajak Puan Kim dengan sangat teruja.

“Tapi.. Saya…..” Hyemi cuba untuk menolak perlawaan tersebut namun…

“Alah, sekejap je. Kamu ni dah lama kita tak jumpa. Yang lain tu tangguh dulu eo?” Kata Puan Kim. Dia lansung tidak mempedulikan jawapan balas dari Hyemi. Hyemi dia terpaksa pasrah dengan kehendak wanita itu.

Apa yang lucunya Puan Kim lansung tidak mempedulikan Minseok, anak kesayangannya yang masih terpacak dihadapan rumah dan terpinga-pinga melihat kerenah Ommanya itu. Namun akhirnya Minseok ketawa geli hati apabila teringat perlawaannya tadi yang ditolak habis-habisan oleh Hyemi.

“Kan dah cakap, siapa boleh lawan Puan Kim…” Kata Minseok tersengih lalu menyusuli mereka.

Banyak yang mereka bualkan. Puan Kim mendengar semua kisah Hyemi tanpa jemu. Dia bersyukur Hyemi di jaga oleh keluarga yang betul selepas sahabat baiknya meninggal dunia. Namun Puan Kim tidak bersetuju dengan Hyemi yang memilih motorsikal sebagai kenderaannya. Menurut Puan Kim motorsikal amat berbahaya untuk gadis seperti Hyemi.Lalu Hyemi menjelaskan bahawa dia lebih senang menunggang motornya daripada memandu kereta. Menurut Hyemi menaiki motor lebih cepat sampai dari kereta. Sememangnya Hyemi mewarisi sikap unik Mamanya fikir Puan Kim. Minseok di tepi menjadi pemerhati setia kepada dua wanita tersebut. Dah lama dia tidak melihat ibunya tersenyum riang bergitu.

“Thanks sebab sudi layan Omma.” Ucap Minseok sewaktu mereka tiba di hadapan pintu pagar rumahnya.

“Tak apa. Lagipun dah lama tak jumpa Omuni. Gembira bila jumpa dia lagi.” Ujar Hyemi.

“So lepas ni kau nak ke mana?”

“Ada hal kena settle kejap. Nanti aku call kau ye. Bye Minseok!” Kata Hyemi sebelum beredar dari kawasan perumahan Minseok.

 

 

 

Esoknya di sekolah…..

 

“What?!” Taehyun bagai tidak percaya. “Jadi korang dah lama kenal?” Soalnya sewaktu mereka sedang lepak di balkoni sekolah.

“Ye macam tu lah.” Jawab Minseok

“This is amazing dude.Boleh buat novel kot!”  

“Kau tak yah nak drama sangat kat sini boleh tak?” Soal Hyemi lalu duduk di sebelah Minseok yang tersengih melihat kembar tersebut.

“Jadi.... kau lah Peterpan?” Soal Haejun pula.

“Peterpan?” Bulat mata Minseok.”Macam mana korang boleh tahu pasal tu?”

“Oh,Itu sebab…”

Hyemi pantas menutup mulut Haejun dengan tapak tangannya. Minseok terkebil-kebil dengan tindakkan Hyemi itu.

“Er… Minseok kelas dah nak mula ni jom masuk!” Ujar Hyemi lalu menarik Minseok menuju ke kelas.

“Wei, tunggulah kitaorang!”

Setibanya mereka di kelas, semua mata melihat Minseok. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Mungkin mereka mengumpat soal parti hari jadi kelmarin. Mata Minseok terpandang Hana dan Jingguk sedang bermesraan di belakang kelas. Minseok berasa sangat sedih namun dia pelik bagaimana Hana lebih memilih Jingguk daripada ramai pelajar lelaki yang lebih baik dari Jingguk.

“Minseok ah, Gaja.” Hyemi menarik Minseok ke meja mereka.

Kelas berjalan seperti biasa. Minseok cuba sedaya upaya untuk tidak mempedulikan bisikan para pelajar yang mengumpatnya.

“Tak sedar diri betul.”

“Ada hati nak pikat Hana. Dia ingat dia siapa?”

“Layak ke?”

“Nerd pulak tu!”

“HAHAHA!”

Minseok hanya tunduk. Dia segan untuk melihat mereka. Dia lansung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas tersebut.

“Mr Kang.” Panggil Hyemi tiba-tiba lalu guru tersebut pantas menoleh ke arahnya.

“Ye Hyemi?”

“Saya tak dapat fokus dengan subjek cikgu harini.”

“Kenapa?” Soal Mr Kang dengan sangat perihatin. Sememangnya Hyemi pelajar favoritenya.

“Bising sangatlah Mr Kang. Rasanya mereka semua ni lebih minat bergosip dari subjek yang Mr Kang tengah ajar ni.” Ujar Hyemi lalu menjeling tajam rakan sekelasnya. Mereka semua pantas tunduk. Tidak berani untuk membalas jelingan Hyemi itu.

“Yah!Yah!Yah! Korang semua sila tumpukan perhatian atau dipersilakan keluar dari kelas ini sekarang!” Marah Mr Kang kepada mereka semua. “Faham!”

“Ye Cikgu….” Kata mereka semua.

Suasana kembali senyap dan para pelajar menumpukan perhatian di dalam kelas . Minseok menoleh ke arah Hyemi di sebelahnya.

“Gomawo Hyemi ah.” Bisik Minseok.

Hyemi hanya senyum dan mengenyitkan matanya kepada Minseok.

Tanpa mereka sedari tingkah laku mereka di perhatikan oleh seseorang dengan perasaan cemburu.

 

Sewaktu keluar dari perpustakaan sekolah, Minseok terserempak dengan Hana dan Jingguk yang sedang berduaan di koridor sekolah. Minseok berpaling untuk mengelak dari bertembung dengan mereka, Namun langkahnya dihalang seseorang. Minseok melihat gerangan orang yang menahannya. Kelihatan Sahee sedang tersengih kepadanya.

“Kau nak apa?” Soal Minseok.

“Amboi dah pandai marah sekarang nampak.” Tegur si Sahee. “Oh mentang-mentang dah ada back up besar kau dah berani ye dengan aku?”

Minseok hanya diam. Malas untuk melayan Sahee.

“Kau mesti jealous kan tengok diaorang.” Soal Sahee.

“Aku tak paham kau cakap apa. Aku pergi dulu.” Minseok cuba untuk pergi namun Sahee menahannya lagi.

“Tak paham ye, okay biar aku jelaskan.”

Tiba tiba kedengaran bilik siaran sekolah dihidupkan.

“Hello my dear friend. Since we’re still in month of February I have decided to continue our valentine program! So harini saya menerima surat dari seorang pelajar sekolah kita yang ingin meluahkan rasa cinta kepada gadis idamannya. Mungkin sebab malu jadi dia mintak rakannya menghantar surat ini untuk saya bacakan bagi pihaknya.”

Minseok melihat Sahee dengan reaksi tidak mengerti. Sahee hanya tersengih jahat kepadanya, Hati minseok tidak senang dengan reaksi tersebut.

Baiklah, Mari mulakannya. Surat ini berbunyi seperti ini…

Dear Hana,

Dari pertama kali saya jumpa awak, saya dah mula sukakan awak. Awak sangat baik hati dan pintar.

Para pelajar di sekolah senyap serta merta untuk memberi perhatian kepada isi kandungan surat tersebut.

“Siapalah yang bengap sangat tu?” Kata Taehyun.

Awak satu-satunya gadis yang melayan saya dengan baik sekali. Saya tahu awak tak mungkin suka pada saya….

“Lawak betullah dia ni.” Kata salah satu pelajar perempuan di situ.

 Tapi saya tetap ingin awak tahu yang saya suka pada awak. Sudikah awak keluar date dengan saya?

Yang ikhlas

Kim Minseok

WTH!!!” Taehyun separuh menjerit mendenagar nama Minseok sebagai pengirim surat tersebut. “Patutlah aku macam pernah dengar isi kandungan surat tu. Aku yang tulis bagi pihak Minseok.”

Bulat mata Hyemi dan Haejun mendengar kata-kata Taehyun itu.

"Kau apa??!!" Soal Hyemi jelas marah saat itu.

“Jadi kau tahu Minseok suka kat Hana?”

“Tak. Masa tu aku menawarkan diri untuk tolong tuliskan surat cinta tu bagi pihak dia. Tapi aku skip bahagian nama gadis tersebut. Tak sangka orang itu adalah Hana.”

“Hyemi kau tahu pasal ni ke?” Soal Haejun kepada Hyemi pula.

Hyemi tidak menjawab pertanyaan Haejun tersebut. Dia segera meninggalkan mereka untuk mencari Minseok.

 

Muka Minseok berubah pucat. Semua para pelajar yang lalu lalang di situ melihatnya. Dia tidak tahu bagaimana surat yang sepatutnya dia beri kepada Hana tempoh hari boleh berada di tangan DJ sekolah mereka. Setahu Minseok surat itu dia sudah koyakan selepas kecewa dengan hubungan Hana dan Jingguk.

“Sekarang kau dah faham kan?” Soal Sahee sinis.

Minseok tunduk. Mukanya merah menahan malu yang teramat.

“Hey kau rasa kau layak ke untuk Hana?” Soal Sahee. Teman-temannya yang lain tersengih jahat melihat Minseok.

Jingguk dah Hana menghampiri mereka.

“Kau ni memang tak sedar dirikan?” Soal Jingguk kepada Minseok. “Susah betullah nak sedarkan kau ni.”

Minseok melihat Hana yang di sebelah Jingguk sedang merenungnya.

“Hana ssi.. biar saya jelaskan ..”

“Maaf Minseok.” Potong Hana. “Awak dah salah faham. Saya layan awak baik sama macam saya layan yang lain. Saya… saya sebenarnya kesian tengok awak yang selalu kena buli dengan pelajar lain. Maaf sebab buat awak salah faham. Saya tak pernah ada perasaan pada awak.” Jelas Hana.

“Hana ssi…”

Minseok merasakan seperti jantungnya ditusuk-tusuk saat itu. Sememangnya dia sudah tahu bahawa Hana tidak mungkin menyukainya namun dia masih belum bersedia untuk mendengarna dari mulut Hana sendiri.

“Wei sedarlah, Muka ko tu tak hansome macam kitaorang. Dah lah cubby, Nerd pulak tu. Ada hati kat Hana. Cermin dulu muka tu…” Sindir Jingguk.”Kau cuba tanya siapa kat sini yang nak dekat kau? Tak ada tau tak!”

Semua pelajar mentertawakan Minseok. Minseok sangat malu saat itu. Dia lari meninggalkan tempat tersebut sambil menutup telinganya dari hilai tawa para pelajar di situ.

Sepanjang sesi persekolahan Minseok lansung tidak menjejakkan kakinya di kelas. Hyemi juga tidak kelihatan. Si Kembar sibuk menguruskan Sahee and dan gangnya di belakang sekolah. Menurut guru kelas mereka Minseok telah di bawa pulang oleh ibunya tengahhari tadi.

 

Minseok mengurungkan dirinya didalam bilik sebaik sahaja pulang dari sekolah. Dia lansung tidak menjawab soalan  Ommanya. Minseok juga tidak turun untuk makan malam.Puan Kim sangat bimbang melihat sikap Minseok itu.

Setelah hampir seharian mengurung diri. Pintu bilik Minseok diketuk. Puan Kim menjenguknya dari balik pintu bilik tersebut. Minseok menyelubungi diri dengan selimut tebalnya.

“Minseok ah, kamu tak lapar ke?”

“Tak.”

“Kamu okay ke?”

“Ya.Omma jangan risau. Saya penat. Nak berehat.”

Puan Kim mengeluh dia ada tahu sesuatu yang tak kena dengan Minseok.

“Yah Kim Minseok, kau betul betul nak baring macam tu sepanjang hari ke?”

Minseok terkejut mendengar suara Hyemi tersebut. Dia pantas menoleh kebelakang. Kelihatan Hyemi sedang berdiri di sebelah katil sambil merenungnya.

“Bila kau sampai?” Soal Minseok seakan tidak bermaya.

“Tadi.”Jawab Hyemi pendek. “Kau okay ke?”

Minseok diam.

“Boleh aku duduk kat sebelah kau?”

Minseok diam sebentar kemudian menganggukkan kepalanya lalu beralih ke tepi memberi ruang untuk Hyemi di sebelahnya. Hyemi pantas naik ke atas katil dan duduk di sebelah Minseok. Agak lama mereka berdiam diri. Minseok hanya tunduk dan sekali sekala mengeluh.

“Kau, tak nak kongsi apa-apa dengan aku ke?” Soal Hyemi memecahkan kesunyian.

Minseok geleng kepala.

“Betul?”

Minseok angguk.

“Araso.” Balas Hyemi lalu meletak kepala minseok ke bahunya tiba-tiba.

Minseok terpaku dibuat bergitu.

“Aku dah cakapkan, Kalau kau sedih dan tak tau nak cari siapa. Kau boleh cari aku.” Ujar Hyemi tiba-tiba. “Kenapa nak tanggung seorang diri?”

Minseok masih lagi diam.

“Pedulikan kata diaorang. Tak kisahlah mereka nak cakap apa pun. Mereka tak tahu tentang kau. Mereka hanya tahu menindas sahaja. Kau tak harus pedulikan mereka. Itu sama seperti memberi ruang untuk kau ditindas.”

Kedengaran bunyi sedu sedan Minseok.

“Minseok ah, kau… tak sendiri. Kau ada aku. Jadi….. Kalau kau rasa kau dah tak larat untuk berdiri, pegang tangan aku. Biar kita cari jalan keluar sama-sama hm?” Ujar Hyemi lalu menggenggam tangan Minseok.

Minseok hanya angguk. Dia sangat terharu saat itu.

“Gomawo, Hyemi ah.” Ucap Minseok sambil mengesat air matanya.

“It’s gonna be alright okay. You’re not alone anymore. I’m here for you now.”

Minseok angguk lagi. Mereka kekal di posisi bergitu sehingga Minseok terlelap akibat kepenatan menagis seharian. Minseok masih belum melepaskan pegangan tangannya pada Hyemi. Dia berasa selamat di sisi Hyemi saat itu.

“Minseok ah, aku janji aku akan tolong kau buat diaorang menyesal dengan apa yang diaorang buat kat kau sekarang.” Setelah lama menemani Minseok Hyemi juga turut tertidur.

Puan Kim yang datang menjenguk mereka dari pintu bilik tersenyum melihat mereka.

“Hyuna ah, gomawo hantar Hyemi untuk Minseok.”Kata Puan Kim sambil mengesat air mata di pipinya.

 

“Kita nak buat apa kat sini? Kau cakap kau nak tolong aku.” Soal MInseok sebaik sahaja dia dan Hyemi tiba di hadapan pusat beli belah terbesar di bandar tersebut. “Kau nak beli baju ke Hyemi?” Minseok masih kebingungan.

Hyemi menggeleng kepala lalu tersengih melihat Minseok. Dalam pada masa yang sama Si kembar muncul berpakaian segak sekali.

“Korang pun ada kat sini jugak?” Soal Minseok melihat si kembar yang turut memberikan respond yang sama seperti Hyemi.

“Okay guys, Mamat satu ni banyak tanya dari tadi. So sekarang aku serahkan dia ni kat korang. Pepandailah korang nak buat apa yang patut ya.” Ujar Hyemi lalu menolak Minseok kepada Si Kembar.

Si kembar menyambut Minseok dengan senyuman yang mencurigakan membuat Minseok kecut perut.

“Korang nak buat apa kat aku?” Soal Minseok mula panik. “Hyemi…..?”

Hyemi mengeluh melihat riak muka Minseok yang panic tak tentu pasal itu.

“Relax Minseok. Kau ikut je diaorang ni.” Hyemi untuk menenangkan MInseok. Okay, nanti aku jemput kau lepas semua dah settle. Bye Minseok!” Ujar Hyemi sebelum meninggalkan Minseok bersama Si Kembar.

“Betul tu.” Sokong Taehyun. “Tak kan kau tak percaya kat aku ke?”

“Tak!”Jawab Minseok.

“YAH!” Taehyun geram.

“Padan muka kau!” Ejek Haejun kepada Taehyun. “Minseok kau jangan risau kitaorang nak tolong kau.”

“Hyemi ah…” Minseok seperti mahu menangis ditinggalkan bergitu.

“Okay, sekarang kau milik kitaorang. Jom!Jom!” Kata Taehyun dengan sangat teruja lalu mengheret Minseok ke dalam pusat beli belah tersebut.

Ternyata Hyemi meminta bantuan Taehyun dan Haejun untuk mengubah image nerd Minseok. Pelbagai imej baru mereka cuba kepada Minseok. Dari atas sampailah ke bawah. Semuanya diubahsuai oleh mereka berdua. Kadang-kadang sempat jugak mereka berdua bertengkar disebabkan berlainan pendapat. Cukup membuatkan Minseok naik pening melihat mereka.

 

 

Lima Jam Kemudian……

 

 

“Manalah diaorang ni…” Hyemi mundar mandir di hadapan Bangunan tersebut sementara menunggu teman-temannya.

“Hyemi ah!!!” kedengaran suara Taehyun memanggilnya.

Hyemi pantas menoleh ke arah mereka. Kelihatan Sikembar melambai-lambai ke arahnya dengan gembira sekali. Namun Hyemi tidak mempedulikan mereka. Dia sibuk mencari kelibat Minseok.

"Mana MInseok?" Soal Hyemi sebaik sahaja mereka menghampirinya.

Si kembar tidak menjawab hanya tersenyum sesama sendiri.

"Hyemi ah...!"

Kedengaran suara Minseok dari jauh. Hyemi pantas menoleh dan terpaku melihat susuk tubuh di hadapanya itu.

"So.. how do I look?" Soal Minseok yang segan ditenung sebergitu oleh Hyemi.

“Minseok ah??!!"

Image result for xiumin handsome

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Freedert #1
Dah nak habis ke cerita ni? x sabar nak tunggu next chapter. Nak tahu ending XiuMi.
arabella12 #2
New chapter will be update within 24 hour. \(^_^)/
Freedert #3
Oh no!!!! Xiumin dlm bahaya!!
arabella12 #4
Tq to all af you for your support!
Freedert #5
Chapter 20: Best cerita la ni! My 1st ff. Hyemi n Xiumin cute gilee!! Keep update k!
scarletloveu #6
Chapter 18: Cian hyemi....hana dgn mak die mmg kejam gila. Kucing sye kat rumh pun tahu syg ank die!Yes......!hyemi bukan isteri harry. Tapi edward tu ank sape authornim? camne hyemi bley de ank klu dia lom kawin. Jgn2 edward tu ank XIUMIN? palli update ok!
lucius21 #7
Hi! Good chapter!