Misteri Bilik Muzik [Part2]

Tea Party At Midnight

Taehyung POV

 

Aku pun segera ambil telefon di poket seluar sekolahnya. Jari ku mula mendial 999 di button nombor telefon.

 

Selepas tu, polis datang ke sekolah kami. Bila mayat tu dibawa oleh forensik, kami disoal siasat. Kami beritahu segala-galanya. Polis macam tak percaya yang ‘mayat’ tu beri petunjuk kepada kami tentang keberadaan mayatnya. Kemudian, kami mendapat tahu identiti pelajar lelaki itu adalah Seungchol dan dia dibunuh pada 20 tahun yang lepas. Begitu lama mayat itu tertanam di dinding bilik musik ni, tapi nak buat macam mana? Kalau nak tangkap pembunuh tu mungkin dah terlambat sebab kami tak tahu keberadaannya sekarang.

 

Endflashback

 

Author POV

 

“macam tulah ceritanya,”jelas Taehyung panjang lebar.

 

Jam tangan milik Mingyu menunjukkan pukul 1.45 pagi. Perjumpaan jamuan teh berakhir disini. Semua rasa berpuas hati mendengar cerita dari Castelian Highschool. Mingyu kata jamuan ini akan berakhir pada pukul 2.15 pagi. Sambil tu, Jimin pun suruh mereka menghayati permandangan di sekolah ni. Luhan dan Minhwan rasa nak duduk di pondok bersebelahan kolam yang didiami dengan pelbagai jenis ikan. Mereka pun nak bualkan sesuatu yang patut dirahsiakan dari semua ahli jamuan teh tengah malam ni. semasa berbual secara berbisik, Luhan dan Minhwan luahkan rasa tak kena dengan cerita Taehyung dan Henry tadi. Perkataan yang mengganggu mereka, ‘mayat pelajar lelaki itu dibunuh 20 tahun yang lepas’. Ayat yang merujuk ‘20 tahun yang lepas ni’ sama macam cerita  Jungkook dan Jaejin yang dibunuh 20 tahun yang lepas di Almist Highschool dan berkaitan berpuluh pelajar disekolah Almist dibunuh oleh pengetua mereka sendiri.

 

“Minhwan..,”bisik Luhan.

 

“aku tahu apa kau nak cakap. Mungkin pembunuh tu Cikgu—maksud aku, bekas pengetua kita..,”Minhwan mula tersasul sedikit.

 

“macam tak ada kaitan. Sebab cerita Taehyung ni berlaku dekat Castelian Highschool bukan sekolah kita pun,”jelas Luhan pula lalu dia bangun dari kerusinya sambil memegang buku merah iaitu buku ahli jamuan teh pada tengah malam ni.

 

Jungkook dan Jaejin mula muncul dihadapan Luhan dan Minhwan. “hai!!” lambai Jaejin dan Jungkook.

 

Minhwan terlompat ke tepi sikit sebab terkejut. “aish!! Korang ni buat aku terkejutlah!!”

 

Luhan pula dah biasa dengan kemunculan mereka berdua, jadi dia tak terkejut sangat. “mana korang pergi tadi??”

 

“aku dan kookie pergi satu tempat yang menarik. Kitorang nampak banyak keranda dekat bawah sekolah ni,”jawab Jaejin lepastu dia menunjukkan satu buku warna hitam kepada Luhan dan Minhwan.

 

Jungkook menyambung semula. “lepastu, kitorang pergi perpustakaan. Tapi kitorang rasa lebih baik kitorang pergi bilik pengetua,”

 

“apa??!! Kau pergi bilik pengetua??”terkejut Luhan sambil menerima buku warna hitam tu dari Jaejin.

 

Jungkook tersenyum misteri. “kalau kita nak bongkar rahsia bukanlah dari ‘bawah’...kenalah cari dari ‘atas’ dulu...betul tak, JJ??”

 

Jaejin tertawa kecil. “haha...nak buat macam mana? Kitorang buat ni ikut kata hati sendiri dan akhirnya kami jumpa buku ni,”

 

Luhan dan Minhwan lihat isi kandungan buku warna hitam. Mereka nampak gambar peta yang menunjukkan lorong bawah tanah ni bercantum diantara Summer Highschool, Almist Highschool, Castelian Highschool dan akhir sekali, Empire Highschool. Selain dari gambar peta, mereka menjumpai gambar sekumpulan pelajar yang berlainan sekolah. Bila tengok betul-betul, gambar Pengetua Sungmin semasa muda pun ada.

 

“apa ni?!!!”Minhwan menyelak muka surat yang seterusnya lagi.

 

Mereka menjumpai satu nota panjang. Ia tertulis : seperti biasa, setiap tahun...pelbagai sekolah akan menghadiri jamuan teh tengah malam ni untuk meneruskan tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang kita. Dimana....malam yang akan kami kongsikan perkara ‘gelap’ dan mengorbankan seorang pelajar untuk merasmikan jamuan teh tengah malam ni.

 

Selepas membacanya, mereka berempat dapat mendengar jeritan Henry sekuat-kuatnya. Langkah mereka mula bergerak laju ke tempat dimana Henry berteriakan. Takkanlah apa yang ditulis dalam nota tu sememangnya betul?! Sampai ke tempat Henry menjerit, mereka nampak Henry terbaring di atas lantai yang masih mengerang kesakitan kerana paha dia ditikam dengan pisau dapur.

 

“Henry!!!”teriak Taehyung lalu dia tarik kain meja dan mengoyakkan sedikit untuk mengikat paha Henry yang mula berlumuran darah.

 

“apa dah jadi ni??”soal Luhan yang kesesakan menarik nafasnya selepas pecut berlari kesini.

 

Henry pun mula bercakap. “kitorang berdua......nampak..Jack The Ripper.....masa kitorang nak pergi ke pokok besar tu,”

 

Sampuk Taehyung. “jangan banyak cakap! Nanti kau kehilangan banyak darah!!” dia memandang Minhwan. “tolong telefon ambulan!!”

 

“ya!!”jawab Minhwan, dia segera mendail nombor ambulan dengan segera.

 

Pelajar yang lain pun datang ke arah mereka dan bertanyakan keadaan Henry. Luhan mendiamkan diri sahaja. Ambulan pun datang. Henry dihantar ke hospital, Taehyung pun ikut sekali. Selepas tu, tinggal Summer Highschool, Almist Highschool dan Empire Highschool. Minhwan fikir, orang yang menikam Henry tu di kalangan mereka berempat. Jungkook setuju pernyataan Minhwan.

 

“Jimin...”kata Luhan.

 

Jimin mengelengkan kepala. “aku tak tahu,”

 

Mingyu pun mengiyakannya. “pengetua kitorang yang suruh kitorang adakan jamuan teh tengah malam ni. kitorang tak tahu apa-apa!! Sumpah!!”

 

“tipu!!!! kau nak bunuh kitorang kan??!”marah Himchan yang mula bersuara.

 

“jangan banyak cakap lagi! Kitorang nak bawa korang berdua ke balai polis!!”Myungsoo menarik lengan Jimin dengan kasar.

 

“berhenti!!!!!”teriak Minhwan sekuat hatinya.

 

Semua terdiam. Muka comel, tapi teriakannya memang boleh pecahkan telinga orang. Luhan memang kenal sangat Minhwan yang selalu hilang sabar.

 

“kita semua tak tahu siapa yang tikam Henry, dan apa yang Henry bagi tahu dekat aku dan Luhan tadi, dia dan Taehyung nampak Jack The Ripper yang bertopeng menikamnya. Jadi kita tak tahu siapa identiti Jack The Ripper ni. Lagi pun, Henry cuma tercedera je. Kita tak payah nak risau sangat keadaan dia dan aku tak suka kalau sesama kita bergaduh. Ni merumitkan lagi keadaan. Faham tak??!”terang Minhwan.

 

Semua mendiamkan diri. Nak tak nak, kata Minhwan memang betul. Dengan rasa berat hati dan tak puas hati pun ada, jamuan teh itu berakhir dengan begitu saja. Keesokan paginya, Jimin dan Mingyu pergi berjumpa dengan Pengetua Summer Highschool, Pengetua Lin Jae Bum.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD