Pengenalan Ahli

Tea Party At Midnight

Pukul 11.45 malam

 

Luhan dan Minhwan baru sampai dihadapan pintu pagar Summer Highschool. Mereka dapat dengar bunyi alunan muzik waltz dari jauh. Luhan memberhentikan langkahnya. Dia nampak sesuatu.

 

“kejap!”Luhan memegang bahu Minhwan.

 

 

Minhwan memberhentikan langkahnya. “k-kenapa ni??”soal Minhwan.

 

 

“tak ada benda. Mungkin aku salah tengok...”kata Luhan, kakinya melangkah kehadapan semula. Bisik dalam hati Luhan. “tadi tu....aku nampak Jack The Ripper ke.....?”

 

 

“Luhan! Minhwan!”Jungkook dan Jaejin mula muncul dihadapan mereka berdua.

 

 

Luhan dan Minhwan terperanjat sehingga kad jemputan mereka pegang tadi terjatuh ke lantai simen sekolah.

 

 

“yahh!! Terperanjat aku nampak korang berdua muncul macam ni!”Luhan ingin mengambil kad jemputan tu dekat lantai simen tapi ada seseorang yang ambil.

 

 

Dia ambil kad jemputan tu lalu memberikan pada Luhan. Dia kelihatan sama tinggi dengan Luhan tapi badannya sedikit kurus dan putih. Dia tersenyum hingga gigi putihnya terlihat. Dia tak nampak kehadiran Jungkook dan Jaejin disebelahnya. Luhan dan Minhwan hanya diamkan diri.

 

 

“kau ni mesti pelajar Almist Highschool.”kata dia dengan nada suara yang sedikit perlahan.

 

 

“m-macam mana kau tahu??”soal Minhwan, dia memandang budak lelaki itu dari atas hingga bawah. “aku tak kenal kau pun”

 

 

“aku tahu sebab baju seragam sekolah kau...”katanya lagi lalu dia mengeluarkan satu kad berwarna merah dan menunjukkan kepada Luhan dan Minhwan. Ia tertulis ‘welcome’.

 

 

“welcome? J-jadi kau ni....Jimin?”Luhan sedikit terkejut, begitu juga dengan Minhwan.

 

 

“ya...terima kasih kerana hadir ke jamuan teh kami”Jimin kelihatan ceria. Tapi wajahnya berubah kelihatan hairan. “tadi tu...kau jerit dekat siapa??”soalnya.

 

 

Jimin tak tahu kenapa Luhan menjerit tu seorang diri, tapi itu disebabkan Jungkook dan Jaejin yang muncul secara tiba-tiba. Jimin pula masih tak perasan kehadiran Jungkook dan Jaejin si hantu ni.

 

 

“ahh...aku jerit dekat Minhwan sebenarnya. Kan, Minhwan?”Luhan berbohong.

 

 

“y-ya...”jawab Minhwan. dia sakit hati tengok Jungkook dan Jimin tertawa kekek dekat sebelah Jimin. Dia rasa nak tumbuk diorang je.

 

 

“kekekeke~”tertawa Jungkook dan Jaejin disebelah Jimin. “kitorang pergi dulu tau!!”

 

 

Jungkook dan Jaejin segera terbang laju ke bangunan sekolah berdekatan. Jimin pula masih tak faham dengan kelakuan Luhan dan Minhwan.

 

 

“kenapa korang pandang ke langit??”soal Jimin lagi.

 

 

Luhan terberhenti memandang Jungkook dan Jaejin di langit lalu dia pandang Jimin. “err.....permandangan sekolah pada waktu malam cantik kan??”Luhan tersengeh.

 

 

“owh~ memang cantik!!”Jimin mengangguk faham. “sesi perkenalan dah habis. Jadi sila ikut aku ke meja jamuan teh”Jimin memusing badannya ke belakang lalu berjalan kehadapan.

 

 

Luhan dan Minhwan  mengikutinya dari belakang. Dari jauh, mereka nampak beberapa meja yang bulat dihiasi bunga dan lilin diatas meja. Meja itu berdekatan dengan sebuah pokok besar yang rendang. Pokok besar itu dililit dengan lampu kecil seperti pokok krismas. Disitu terdapat 3 orang lelaki memakai topeng dan memakai kot hitam yang kemas.

 

 

“siapa diorang bertiga tu??”tanya Minhwan sambil berjalan.

 

 

“diorang tu pembantu aku. segala makanan dan minuman akan mereka hidangkan pada kau nanti...”jelas Jimin. Langkahnya terberhenti kerana mereka telah sampai ke meja disediakan. “sila duduk dihadapan.”

 

 

Terdapat 4 meja bulat disusun dalam bentuk bulatan. Disetiap meja tertulis nama sekolah masing-masing. Summer Highschool, Almist Highschool, Castelian Highschool dan Empire Highschool. Luhan membaca salah satu meja yang disediakan.

 

 

“Castelian Highschool....”Luhan membaca nama yang ditulis dimeja tersebut.

 

 

Ada 2 orang lelaki dibelakangnya. Salah satu dari mereka berkata pada Luhan.

 

 

“itu sekolah aku...”dia tersenyum riang. “aku Taehyung dan dia ni pulak Henry!!”Taehyung memperkenalkan kawannya disebelah.

 

 

“anyeong!”Henry melambai tangan pada Luhan.

 

 

Minhwan pun datang mendekati Luhan dan dia ternampak Taehyung dan Henry. “hai! Aku Minhwan dari Almist Highschool..”jelasnya.

 

 

Tiba-tiba ada seorang lelaki mendekati mereka. Badannya kurus tapi kelihatan tegap. Dia memandang mereka berempat.

 

 

“hmm...jadi ni Castelian Highschool dan Almist Highschool..”kata lelaki itu lalu dia menunduk hormat. “selamat datang ke jamuan ni. Aku Mingyu, naib pengerusi kelab misteri di Summer Highschool...”

 

 

“oh..selamat berkenalan...”Taehyung bersalam tangan dengan Mingyu lalu diikuti Henry, Minhwan dan Luhan.

 

 

“nampaknya Empire Highschool belum sampai lagi..”kata Mingyu lalu dia tiba-tiba ternampak Jimin bersama dua orang lelaki di belakangnya.

 

 

“mereka dah sampai..”jawab Jimin lalu dia menoleh ke arah belakangnya. “selamat datang ke jamuan teh kami..”katanya.

 

 

“ya..terima kasih”jawab mereka berdua. Mereka pun segera memperkenalkan diri dihadapan pelajar sekolah yang lain. “aku Myungsoo dan dia ni Himchan”

 

 

Setelah berkenalan, Jimin dan Mingyu menyuruh mereka duduk dimeja yang ditulis nama sekolah masing-masing. Selepas itu, tiga orang lelaki bertopeng menghidangkan teh panas di setiap meja bersama biskut coklat. Tiupan angin yang sepoi menambahkan lagi suasana menenangkan. 

 

 

“sebelum tu, aku nak bagi korang buku dulu.”kata Mingyu lalu dia turun dari kerusi lalu membawa 6 buah buku berwarna merah.

 

 

Minhwan mengangkat tangannya. Jimin membenarkan dia bercakap.

 

 

“buku merah tu nak buat apa??”soal Minhwan.

 

 

Jimin menjawab. “buku tu menunjukkan korang semua ni merupakan ahli tetap untuk jamuan teh ini dan dalam buku tu terdapat maklumat sekolah ni termasuklah cerita pasal Jack The Ripper dan beberapa gambar mayat pelajar perempuan ditemui mati dibunuh olehnya”

 

 

“harap korang semua tak hilangkan buku ni”kata Mingyu sambil menyerahkan buku merah pada mereka.

 

 

Giliran Almist Highschool yang menerima buku merah dari Mingyu. Dihadapan kulit muka buku tu tertulis ‘Story of Summer Highschool’. Luhan dan Minhwan tersenyum.

 

 

“Luhan....aku dah faham kenapa pengerusi Summer Highschool jemput pelajar dari pelbagai sekolah menghadiri jamuan teh ni.”kata Minhwan lalu dia letakkan buku merah diatas meja.

 

 

“ya. dia nak kita cari Jack The Ripper dan.....dia nak kita selesaikan satu misteri lagi...mungkin rahsia sekolah ni?”Luhan tersenyum misteri. Minhwan hanya tertawa kecil melihat Luhan.

 

 

“nampaknya...tak rugi kita hadir jamuan ni”balas Minhwan lalu dia teringat sesuatu. “mana Jungkook dan Jaejin??”

 

 

“entah. Dari tadi aku tak nampak diorang pun.”jawab Luhan lalu melihat persekitaran mereka. Tak ada lansung batang hidung Jungkook dan Jaejin.

 

 

***

 

 

Disuatu tempat yang gelap. Jungkook dan Jaejin melihat sekelilingnya. Sepanjang mereka berdiri disitu, terdapat satu lorong yang gelap lagi panjang.

 

 

“hei...Kookie! nampaknya kita jumpa satu benda menarik!”Jaejin kelihatan ceria. Satu lagi misteri yang mereka jumpa disekolah ni.

 

 

“yup. Mari kita siasat sementara pelajar lain menikmati jamuan teh tu.”kata Jungkook sambil tersenyum misteri. “jom kita pergi perpustakaan...”ajaknya.

 

 

“ok”jawab Jaejin lalu dia dan Jungkook terbang menembusi dinding lorong itu ke perpustakaan sekolah.

 

 

***

 

 

“mari kita mulakan jamuan teh ni. tapi sebelum tu, sekolah yang mana nak kongsi kisah misteri?”soal Jimin lalu memandang keenam-enam pelajar di situ.

 

 

Taehyung dan Henry angkat tangan. “kami!!”

 

 

“ok. Castelian Highschool, misteri apa yang korang nak cerita pada kami semua??”Mingyu dengan tenang memandang Taehyung dan Henry.

 

 

Ahli Tetap di Jamuan Teh di tengahmalam :

 

Jimin dan Mingyu – Summer Highschool

Luhan dan Minhwan – Almist Highschool

Taehyung dan Henry – Castelian Highschool

Myungsoo dan Himchan – Empire Highschool

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD