Siti Who? - I

Siti Who?

Sorry kalau tak lawak.

 

 

 

Seorang pelajar perempuan sedang berlari ke arah pintu pagar utama sekolah yang sedang memberi amaran akan tutup tidak lama lagi. Dia berlari mengalahkan Usain Bolt. “Jangan tutup lagi!!!!” Jerit si gadis itu.

Lagi 5 centimeter pintu pagar nak tutup gadis itu sempat mencelah masuk.

 

“Fuh, nasib baik sempat!”

 

“Eh kau, nama kau apa?”

‘ALAMAK !! MOHD CHANYEOL!’ beep beep beep beep beep -------

 

 

 

 

“Kau dapat tak nama budak yang lari pagi tadi tu?” tanya Sehun kepada kawannya. Chanyeol hanya menggeleng tanda mengalah. “Aku dengar perkataan Siti dengan Su? Soo? Who??” Chanyeol merengus sambil menggaru-garu kepalanya. “Aish, entahlah, apa-apa jelah!”

“Rilek, rilek. Takpe, sorang dia je kau terlepas. Lain kali pulalah ye?” Sehun cuba menenangkan rakan pengawasnya itu.

“Ish, geram pulak aku bila tak sempat nak kejar dia naik tangga tadi,” Chanyeol mengeluh untuk sekian kalinya.

 

 

 

Sebaik sahaja gadis itu menjejakkan kaki di hadapan pintu,buka sahaja pintu, dia dikejutkan dengan wajah guru homeroomnya.

“Oh mak kau nenek kebayan!” Habis terbahak-bahak rakan sekelas Kyungsoo gelak. “Siti Nur Kyungsoo! Jumpa awak dalam kelas detention nanti!”

“Hari ni awak mimpi apa pulak hari ni lambat?” soal cikgunya homeroom Kyungsoo yang garang macam singa itu. “Mimpi ada raksasa makan awak ke? Haritu bukan main mimpi ada kuasa frost bagai. Ingat awak Elsa?” pernyataan cikgunya itu agak mengguris hati tetapi gelak tawa rakan sekelasnya lagi menyakitkan hati.

Kyungsoo kembali menjadi Siti Who yang digelarkan kepada dirinya.

 

 

 

Sebenarnya nama panggilan dia ialah Siti Soo. Tetapi setiap kali ada orang panggil Kyungsoo, dia suka buat tak tahu, jadi nama dia berubah menjadi Siti Who.

Tambahan pula sebab banyak sangat nama Siti disekolah, jadi bila nama Kyungsoo dipanggil, takde siapa pun orang tahu siapa dia ni. Orang suka jawab, “Siti Who?” “Siti Nur Kyungsoo.” “Siti Who?” Ejek Si Prankster sekolah, Mohd Jongdae.

Yelah, siapa sangat Kyungsoo ni nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza, Si Famous amous suara sedap tu. Jangan salah sangka, ni bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang kahwin dengan Datuk K tu. Nama dia memang Siti Nurhaliza. Dia suka masuk pertandingan menyanyi dekat sekolah, tapi suara dia takdelah macam Dato’ Siti. Suara dia macam Ella, serak serak basah sikit. Lepas itu gedik gedik sikit. Lebih kurang macam Ella 2.0 jugaklah.

Siti Nur Kyungsoo ni jugak bukanlah bijak sangat macam Si Nerd, Siti Sifir tu. Sesuai dengan nama yang diberi, dia ni kalau bagi soalan sifir lima angka darab lagi lima angka pun, sekelip mata boleh bagi jawapan. Setandinglah dengan Adi, Si Bijak Matematik tu.

Kyungsoo ni budak biasa yang muka dia blur, mata besaq macam burung hantu, pendek tak terkata. Senang kata dia memang tak popular. Orang panggil pun boleh buat tak layan ja. Kadang-kadang cikgu panggil dia boleh buat blur dia.

 

Tapi sebenarnya dia ni ada satu rahsia yang tiada siapa boleh tahu.

 

 

 

 

Sprit.

 

Sprit sprit.

 

Sprit.

 

“Woi hang mangkit lekaih. Matahari juluq jubuq pun hang dok lena lagi” Kali ini Baekhyun menukarkan muncung spray febrezee kepada mod yang lebih besar. Maka air yang dipancutnya lebih banyak daripada empat tembakan pertama.

Maka dengan ini bangunlah si sleeping beauty yang daripada tadi dok lena dalam kelas tak sedaq diri.

“Bengonglah main spray-spray ni!” Jongin bangun daripada tempat duduknya lalu bersedia nak cepuk kepala Baekhyun.

“Dah tu hang dok lena tak sedaq dunia. Cikgu panggei nama hang pun hang boleh buat tak tau ja. Ni loceng bunyi pun hang tak sedaq mau aku tak spray. Hang nak pi makan dak?” Baekhyun menyimpan febreez yang dicuri daripada bilik maknya seminggu lalu ke dalam beg. Dia dapat idea nak spray Jongin bagi bangun tidur dengan spray yang dah tak digunakan itu selepas dia nampak abangnya asyik spray muka sebab nak stay up. Mula-mula Baekhyun nak letak air sabun tapi kasihan pula buta anak orang dia buat nanti, naya ja. Cer hampa try amik spray macam hat febrezee tu spray kat muka, syok oo.

“Naklah. Kejap.” Jongin mengemas buku yang dipenuhi air liur basinya ke bawah meja.

 

 

Baekhyun setia menunggu kawannya mengemas barang dipintu kelas. Usai sahaja mengemas, mereka bergerak ke kantin sekolah.

“Aku dengaq hang tak keseorangan detention hari ni,” Ujar Baekhyun ketika mereka beratur untuk mengambil makanan. “Serius? Siapa? Lelaki ke perempuan?” aik, excited pula mamat ni ada peneman.

“Perempuan. Apantah nama dia. Aku dengaq Jongdae kata nama dia Siti.”

“Siti? Siapa siti? Siti yang mana ni?”

“Siti Who.”

"Siapa siti who?"

"Siti Who!"

"Yelah, siapa tu gila?"

"Nama dia Siti Who lah gila "

"Siti Who?"

"Aah, budak yang tak famous tu. Muka blur dan pekak-pekak tu."

"Hah?"

“Perangai sebijik macam hang. Bila cikgu dia panggei, dia boleh buat tak tau ja. Tapi dia tak lena macam hang. Tu yang aku dengar Jongdae cerita. Aku tak kenai dia.”

“Cis tak boleh haraplah kau ni.”

“Hang semua benda harap kat aku tetiba kata aku tak boleh harap pulak. Selama ni aku bagi pinjam nota aku kat hang, aku tak hingaq* pun kata hang tak guna. Ni kira baik hatilah aku bagitau info emaih* ni dekat hang.”

“Eh kau, emo dah kenapa? Mengungkit pulak tu. Period ke apa?”

“Menyampahlah cakap dengan hang.” Aik mak, tiba-tiba emosional Ahmad Baekhyun harini. Tapi memang ada masa dia emo kalah perempuan punya mood swing. Kawan Diva AA lah katakan.

 

 

 

 

Bunyi je loceng tamat sekolah hari itu, Kyungsoo pun mengheret kakinya ke arah bilik denda. Dan Kyungsoo sangat-sangatlah mengharapkan dia sorang sahaja yang kena denda hari tu. Cause you know, manusia ni payah betul nak deal. Dan Kyungsoo memang tak berapa nak suka cakap dengan manusia.

Alangkah kecewanya Siti Who apabila dia nampak ada sorang mamat ni tidur dekat dalam kelas detention tu.

“Ergh, ada manusia,” rengus Kyungsoo perlahan. Agaknya Siti Who ni suka cakap dengan penguin je kot. Yelah, sejenis.

“Ahmad Jongin, bangun!” Mai dah singa betina ni. Pst, tak baik tau bagi gelaran dekat cikgu. Jangan tiru gaya Siti Who ni.

“Okay harini, saya nak kau berdua kemaskan kelas dekat level 2. Pastikan kemas, bersih tersusun ya. Siapkan dalam masa dua jam.” Arah cikgu disiplin sekolah itu. “Saya akan datang check baru awak berdua boleh balik.”

“Baik cikgu~” Jawab Jongin dan Kyungsoo serentak.

 

 

 

 

 

Selepas tiga puluh minit mengemas bilik darjah yang pertama, Jongin cuba untuk memulakan perbualan. “ Kau kenapa kena datang kelas detention?”

“Datang kelas lewat.” Ringkas sahaja jawapan Kyungsoo.

“Kau?”

“Aku?” Jongin menunjuk ke arah dirinya. “Ni kelas kedua aku. Harini aku datang sebab masuk kelas lewat jugak.”

“Ooo.” Kyungsoo kembali menyapu lantai.

“ Aku rasa kita ada jodohlah.”

Kyungsoo mengjulingkan matanya. “Amenda pick up line tak sampai.”

“Kau ingat aku mengorat kau ke?”

“Habis tu?”

“Aku saja je cakap macam tu,”

‘Ergh manusia ni.’ “Ikut suka kaulah. Ada banyak kelas lagi ni tak settle.”

 

Tiba-tiba Jongin melepaskan penyapu ditangan. “Kau buatlah. Aku sakit tangan.”

‘Ei minta kaki betul mamat ni,’ Kyungsoo mengambil penyapu yang dijatuhkan ke atas lantai itu dan segera menyambung kerjanya semula. “Malas buat kerja janganlah semak.” Marah Kyungsoo.

“Okay aku takkan kacau kau buat kerja. Aku duduk sini senyap-senyap ok?”

“K”

‘Amboi minah ni, dia K kan aku ?’

 

 

 

 

 

 

Tidak lama selepas itu Jongin mengambil kertas dan mula menconteng. Habis habuk pemadam bersepah atas meja dan lantai.

“Woi!”

“Amenda?”

“Kau buat sepah lagi kenapa?”

“Mana ada,” Jongin tidak mengaku lalu menjungkit bahu. Dia kembali menyambung contengan di atas kertas.

“WOI!”

 

Beep beep beep beep beep

 

‘Oh sial’

 

"Wei bunyi apa tu?"

"Jangan dekat!"

"Arghh" "Ahhhh!"

 

Jatuh terduduk Jongin selepas dia menerima kejutan elektrik daripada badan Kyungsoo. “Sorry…” Pinta Kyungsoo.

 

“Jahanam, apa benda tu tadi?” Soal Jongin yang masih bingung dengan kejadian tadi.

 

“Err…”

 

“Kau… Ada kuasa?”

 

Kyungsoo menggangguk perlahan. Tiba-tiba wajah Jongin berubah. Dia mula senyum sinis.

 

“Bodoh, ert!”

 

Sekali lagi Jongin knock out dengan tamparan sulung Kyungsoo. Walaupun Jongin tak bermaksud nak jadi ert tetapi Kyungsoo dah tersalah tafsir.

 

 

 

  1. Hingaq – bising
  2. Emaih – emas

 


sebab author tak pandai buat lawak, nah hadiah pengubat.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
09012016 sorry, jalan cerita jadi makin tah pape. Akan edit dan upload baru

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 8: dh lma x bkk aff , tngok2 ff ni dh update XD wah excited gile kot T^T XD . Ni last chapter ke author ?huaa T^T best lh ~T_T~ trbaik author nim::>_<::
jiminlovers #2
Chapter 8: Omggg.. bru perasan ff ni update.. sbb dah lama x bkk.. busy nak trial spm..
thank you sooo much
Enjoy sgt bca ff ni.. kurang sikit stress..
jiminlovers #3
Bile nk update niii???
LostInLoveWithDO #4
Chapter 7: Napa kyungsoo pindah? .....authournim..
JEON_JI #5
Chapter 7: Huh? Kyungsoo pindah? o_O WAE??!! TT-TT
Btw, saengil chukkahae~ ^^
JEON_JI #6
Chapter 6: Omo~~~ Kenapa Jongin nak Kyungsoo kalah dlm pertandingan tu? Erm... blur nye :3 Ppalli update ::>_<:: sye yg baca ni pulak rse berdebar XD hahaha keep update authornim~
LostInLoveWithDO #7
Chapter 5: Wahhh..update cepat authournim..kesian jongin..kena rejact dua kali..tak pa jongin..aku hari2 kena reject..ahaha
JEON_JI #8
Chapter 4: Kalau macam ni aku rela kena tampar hari-hari XD Hahahahah lol XP XD XD update soon~ ^^
Ha180502Na
#9
Dah subscribe ^ㅅ^ Terima kasih sesangat sbb buat aku tergelak tgh malam buta ni hihi~~~ btw,, good luck :3