Siti Who? - II

Siti Who?

 

 

Hari ni Siti Nur Kyungsoo datang lambat lagi. Dia berlari pecut kalah atlet olahraga sekolah. Pelik juga kenapa Kyungsoo tak pernah masuk acara 100 meter time hari sukan sekolah. Alasan dia selalu bagi, "Kaki aku pendek, mana boleh lari laju."

Dah tu, kalau datang sekolah lambat, boleh pulak lari laju.

Ringkas je jawapan Siti, "Adrenaline." Ewah, boleh gitu pulak.

 

Tapi apa yang bezanya hari ini dengan hari tu, Kyungsoo kena tahan dengan pengawas sekolah. Nak dijadikan cerita, Mohd Chanyeol bertugas lagi hari tu. 

'Apahal lah malang sangat nasib aku ni? Asal lewat je, Chanyeol. Asal Chanyeol je, lewat. Dah Mohd Chanyeol ni dah takde tempat lain ke nak jaga selain daripada jadi pembantu guard?' Kyungsoo bermonolog dalaman.

"Eh you, apa nama?" Pengawas bertag nama Wu Shixun itu bertanya.

"Siti Nur Kyungsoo." perlahan saja Kyungsoo membalas.

"Siti who?" 'Hek eleh mamat ni buat buat pekak pulak,' geram pula monolog Kyungsoo.

"Siti Nur Kyungsoo." dengan pantas Kyungsoo membalas. Kyungsoo daripada tadi terloncat-loncat sebab dah lewat. Pengawas Cina ni pekak pulak.

"Siti apa ha nama you. I tarak dengar maa." soal Sehun lagi sekali.

"SITI. NUR. KYUNGSOO LAH BADAK!"

Beep beep beep beep beep beep.

 

"Eh bunyi apa tu?" soal Si Mr. Perfect. Dia cuba menarik tangan Kyungsoo sebelum Kyungsoo memecut lari meninggalkan pengawas pagar berdua itu. Alangkah berdebar dan geramnya Kyungsoo, dia terus menyelinap lari ke arah bangunan utama sekolah sebelum Chanyeol sempat menyentuh tangannya.

Kalau Chanyeol berjaya pegang, memang kena electrocut macam Jongin hari tu. Bunyi heart beat alert Kyungsoo tidak berhenti daripada tadi. Kyungsoo mengambil jalan jauh untuk ke kelas agar dapat menghilangkan bunyi alert itu. 

'Ah lantakkan singa betina tu. Aku memang dah lewat pun.' Kyungsoo mengambil keputusan untuk masuk ke kelas selepas loceng pertama berbunyi.

 

 

 

Sembang pasal Jongin, sejak mamat tu tahu rahsia Kyungsoo, ada masa sahaja dia nak kacau Siti Who. Setiap kali nampak Kyungsoo,

"Hoi Siti Who!" jarak 3 meter dia dah panggil Kyungsoo.

 

Setiap kali ada masa mereka berdua-duaan,

"Kyungsoo, kuasa kau macam power ranger tu ke? Boleh pancar-pancar dekat orang?"

 

Seminggu selepas kenal,

"Eh Siti, kuasa kau tu berapa banyak eh voltan dia?"

"Cukuplah nak buat kau pengsan."

 

 

Dua minggu selepas kenal,

"Kyungsoo, Kyungsoo! Masalah besar! Masalah besar!"

"Apa dia?"

"Telefon aku habis bateri. Tumpang cas."

Pangg,

Sekali Jongin kena tampar. Betul-betul Kyungsoo buat dia pengsan.

 

 

 

"Eh Chanyeol, boleh tolong cikgu tak?" Guru homeroom Kyungsoo bertanya.

Sebagai pengawas sekolah yang berdedikasi, Chanyeol segera menerima tawaran itu "Ya cikgu. Ada apa yang boleh saya bantu cikgu?"

"Ahh, tolong panggilkan Siti Nur Kyungsoo daripada kelas 2 Cendekiawan sekejap. Kata dekat dia cikgu nak jumpa." 

Chanyeol segera meminta diri lalu beredar ke arah kelas yang diberitahu.

 

Knock knock.

Chanyeol perlahan-lahan mengetuk pintu lalu menjulurkan kepala ke dalam kelas. Chanyeol melihat sekiranya ada kelibat guru atau tidak.

Semua pakat terkejut terutamanya pelajar perempuan apabila senior tinggi lampai itu menjenguk masuk.

"Kyaaaaa Chanyeol oppa!!" kpop sangat reaction

"Eh pengawas handsome tulah."

"Woahh--"

MWahhhhhhhh~"

Baru je nak fangirling dengan Chanyeol, ketua kelas Junmyeon kacau line.

"Nak apa?~" agak berlagu soalan Junmyeon itu. Dia tersengih macam kerang busuk sebab berjaya menutup wajah Chanyeol daripada pandangan peminat-peminat tak official tu. Hah tak daftar masuk EXO-L lagilah tuh.

"Er, kelas ni ada budak nama Siti Nur Kyungsoo tak?" soal Chanyeol agak ragu-ragu 

"Ada, tuuuuuuu." Junmyeon menunjukkan jari ke arah Kyungsoo yang sedang tidur atas mejanya.

 

"Yah, Siti Soo! Ada orang nak jumpa." 

"Siapa?" Kyungsoo mengangkat muka lalu mengelap air liurnya.

"Nihh." ketua kelas itu menunjukkan jari ke arah Chanyeol.

Bulat mata Kyungsoo tengok crush dia panggil dia. Biar betul Chanyeol nak jumpa dia!

Dia menggosok matanya berulang kali. Takut takut tengah mimpi. Dia menelan air liur melihat jejaka tampan lagi tinggi lampai itu tersengih di hadapan pintu kelas.

Dia cubit lengan dia. "Ackk!" selepas itu dia memandang ke arah Chanyeol semula. Masih ada. 'Okay aku tak mimpi.'

"Cepatlah pendek! Dia tunggu lama dah tu."

Kyungsoo segera bangun lalu bergerak ke hadapan pintu kelas. Sempat Kyungsoo menumbuk lengan Suho sebelum mengekori langkah Chanyeol.

"Kau pun pendek jugak!" Kyungsoo memberitahu dengan nada marah.

 

 

"Cikgu homeroom awak nak jumpa awak."

"Oh okay."

"Hey, awak Siti Nur Kyungsoo kan?"

"..." Angguk kepala 

"Saya Chanyeol, Mohd Chanyeol." Chanyeol hulur tangan nak salam.

"Mana boleh salam. Haram."

"Eh heh." Kerang busuk tersengih. Awkward betul.

"Awak nak ikut sampai bilik guru ke?"

"Err, tak. Tak. Saya kena balik kelas. Tapi sebelum tu," Chanyeol dah macam cacing kepanasan je nak habiskan ayatnya.

"Jom keluar Sabtu ni nak?"

Ahhhhhhhhhhhhhhhh. MOHD CHANYEOL AJAK AKU KELUAR!!!!!

"Erm, kena tanya mak dulu."

Merah pipi Kyungsoo. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
09012016 sorry, jalan cerita jadi makin tah pape. Akan edit dan upload baru

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 8: dh lma x bkk aff , tngok2 ff ni dh update XD wah excited gile kot T^T XD . Ni last chapter ke author ?huaa T^T best lh ~T_T~ trbaik author nim::>_<::
jiminlovers #2
Chapter 8: Omggg.. bru perasan ff ni update.. sbb dah lama x bkk.. busy nak trial spm..
thank you sooo much
Enjoy sgt bca ff ni.. kurang sikit stress..
jiminlovers #3
Bile nk update niii???
LostInLoveWithDO #4
Chapter 7: Napa kyungsoo pindah? .....authournim..
JEON_JI #5
Chapter 7: Huh? Kyungsoo pindah? o_O WAE??!! TT-TT
Btw, saengil chukkahae~ ^^
JEON_JI #6
Chapter 6: Omo~~~ Kenapa Jongin nak Kyungsoo kalah dlm pertandingan tu? Erm... blur nye :3 Ppalli update ::>_<:: sye yg baca ni pulak rse berdebar XD hahaha keep update authornim~
LostInLoveWithDO #7
Chapter 5: Wahhh..update cepat authournim..kesian jongin..kena rejact dua kali..tak pa jongin..aku hari2 kena reject..ahaha
JEON_JI #8
Chapter 4: Kalau macam ni aku rela kena tampar hari-hari XD Hahahahah lol XP XD XD update soon~ ^^
Ha180502Na
#9
Dah subscribe ^ㅅ^ Terima kasih sesangat sbb buat aku tergelak tgh malam buta ni hihi~~~ btw,, good luck :3