Dandelion

infectious ONESHOT
 
dandelion

 

Sandara Park's POV

 

Pertemuan dengan Jiyong pada sembilan tahun yang lalu seperti embun pagi, bagaikan bintang-bintang berkelipan di atas angkasa—singkat ibarat lembayung senja, dan sukar disamaertikan menerusi perkataan. Walaupun secebis, kenangan itu tidak akan aku lupakan...

 

Apabila sakit seakan sebati di dalam darah dagingku sendiri, bagaimana bisa aku melupakannya?

 

Sampai ke detik ini, aku masih tertanya-tanya—mengapa harus kami bersilang takdir? 

 

***

 

“Minta perhatian semua! Hari ini kita ada seorang pelajar gantian yang baru dari Seoul. Jiyong ah, perkenalkan diri kau...” Cikgu Ran mengumumkan di hadapan kelas seraya memukul bucu meja dengan kayu tunjuknya.

 

Jiyong...

 

Langkahnya perlahan namun kontra sekali dengan degupan jantungku yang laju. Di saat ini, seolah-olah dunia hanya dihuni aku dan dia; pandangan mataku seperti magnet, langsung terpaku ke arahnya. Pada masa yang sama, terbit suatu perasaan yang mencengkam ruang kalbu ini hinggakan aku rasa bernafas menjadi satu tugas yang amat susah. Mata tidak berkerdip-kerdip memandang kepadanya, seakan aku takut dia akan hilang dari pandangan ini apabila menutup mata.

 

'Pandang sini, pandang aku...aku...aku,' Mulutku berkumat-kumit menyuarakan hasrat hati yang tidak berasas itu.

 

Sesaat, apabila matanya berpaut denganku, nafas menjadi berat...ah, game over. Tidak sampai tiga minit, aku, Sandara Park, telah jatuh cinta. Tanpa segan silunya, mulutku dibiarkan terlopong, manakala pen yang berada di dalam peganganku langsung terlucut ke atas lantai. Dan takdir masuk campur...apabila pen milikku itu mengena betul-betul di hujung kasut milik pelajar baru itu. Dia mengutip pen itu, merenungnya. 

 

“Nama aku Kwon Jiyong.” Kemudian, dia menunduk hormat di hadapan kelas dan sejurus selepas itu, langkahnya berpaksi ke arah mejaku.

 

"Dandelion, nama aku Jiyong," bisiknya perlahan setelah wajahnya didekatkan selaras denganku sewaktu ingin mengembalikan pen tadi.

 

Pen milikku itu mempunyai aksesori bunga dandelion di hujungnya. Dengan sekilas pandangan, dia mengenalinya.

 

 

Dandelion. Kenapa aku harus bertemu dengannya?

 

 

Tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya aku berasal dari keluarga miskin. Sungguhpun begitu, aku tidak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku malu dan tidak ingin sesiapa pun mengetahui latar belakangku yang serba kekurangan. Ayahku seorang pemabuk namun dia tidak pernah bersikap kasar terhadap kami sehinggalah suatu hari tu...

 

“Kau anak jalang! Berani kau goda sepupu kau sendiri, hah? Tak guna punya anak! Sampai hati kau menconteng arang pada muka orang tua sendiri!” Satu tamparan pedih hinggap ke atas pipi kanan ini sebaik kakiku melangkah masuk ke dalam bilik.

 

Biarpun terpaksa menghadiri kelas dengan perut yang ala kadar, kalaupun aku lah yang terlewat sekali membayar yuran sekolah, dan hanya memiliki dua pasang baju sekolah, aku tidak pernah terasa hati—akan tetapi di saat ayah menamparku, hati ini mengenal erti sakit yang sebenar. Ayah tidak mempercayai aku, darah dagingnya sendiri. 

 

Ayah berpihak kepada sepupuku yang telah mereka cerita bahawa aku lah yang menggodanya. Dan semua orang gagal menyaksikan cubaannya untuk merogolku ketika ayah di dalam keadaan mabuk dan tidak mampu mempertahankan anaknya sendiri. Malam itu, aku terlalu takut sehingga membenamkan wajah pada bantal, biar berada sukar hendak bernafas, aku ingin melindungi tangisan ini daripada didengari ayah.

 

Aku bertanya sendiri: mengapa tiada seorang pun yang berpihak kepadaku? Mengapa tidak ada seorang pun yang mempercayai kata-kataku? Adakah aku benar-benar anak kandung ayah?

 

Sejak daripada peristiwa itu, roh dan jasadku seolah-olah semakin berjauhan daripada keluarga, terutama ayah. Aku mulai menjarakkan diri daripada semua orang, aku mulai berubah. Beberapa lama selepas itu, orang kampung pula mulai menggelarku ‘Penggoda’, memandang serong terhadapku. Tidak kiralah betapa aku berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan seaktif mana aku di dalam aktiviti ko-kurikulum sekalipun, gelaran itu tetap menghantui di mana saja aku berada.

 

Sekiranya aku diberi pilihan, aku ingin lari daripada segala-galanya. Aku ingin cepat-cepat menjadi dewasa, tinggalkan tempat ini, melupakan semua kenangan pahit yang terbenam di sini.

 

***

 

Dia muncul ketika hidup aku dilanda dilemma yang terlalu melemahkan. Senyuman nipisnya seakan-akan mengubati perasaan lara di dalam hati in. Dia selalu termenung sendirian dan jarang bergaul dengan orang sekelilingnya, hanya dia dengan dunia sendiri. Dalam seminggu, hanya dua hari dia datang ke kelas itupun sekadar memenuhi kelas yang pertama dan kedua, kemudiannya lesap begitu saja. Selaku ketua kelas, namun aku tidak pernah melaporkan perkara tersebut kepada cikgu. Dalam diam, aku melindunginya.

 

“Cikgu, dia ada sakit sebab tu selalu ponteng untuk ke hospital,”

 

Selama bernafas di dalam dunia yang fana ini, itulah kali pertama aku berbohong untuk seseorang, walaupun pembohongan-ku itu ternyata sia-sia kerana tiga bulan selepas itu, Jiyong langsung menghilang dan akhirnya digantung sekolah tanpa tarikh. Aku seolah-olah melihat diriku dalam diri jejaka itu. Raut wajahnya yang tampak lesu tanpa seri itu seakan-akan mencerminkan aku. Kesayuan yang terpancar melalui redup matanya menusuk jauh ke sanubariku. Aku pernah melaluinya dan aku faham perasaan itu. 

 

***

 

‘Dandelion – kesetiaan. Jiyong.’

 

Aku terkesima melihat kertas nota yang terselit dalam buku di bawah laci aku. Bukan sekali itu saja kerana sejak dari hari itu, aku akan menerima nota yang sama malah disertai sekuntum bunga dandelion. 

 

‘Dandelion – kesetiaan. Jiyong.’

 

Setelah seminggu aku menerima nota itu, akhirnya aku membuat keputusan untuk bertemu dengannya.

 

Rupa-rupanya dia bekerja sebagai seorang penjaga bar di bandar yang lain. Aku menekup wajahku akibat terlalu terkejut melihat keadaannya itu. Tanpa berkata apa-apa, aku berlari keluar dan dia pula mengekoriku daripada belakang.

 

“Inilah kehidupan aku, Sandara Park. Aku lari dari rumah dan sebarang kara. Oleh itu, aku harus bekerja untuk menampung perbelanjaan aku. Aku tak dapat meneruskan sekolah sebab yuran…”

 

Setiap patah perkataan yang terpacul daripada mulutnya itu membuatkan langkahku menjadi semakin perlahan. Aku gagal memahami perasaan yang bernaung di dalam diri ini, yang pasti aku ingin melihat dia gembira. Dan tanpa berfikir panjang, aku meluru ke arah Jiyong, memeluknya dengan erat.

 

"Tak apa, kau tak keseorangan. Aku juga sama, aku juga...seorang diri..." Aku menepuk belakangnya dengan lembut seperti seorang ibu yang ingin menyenangkan hati anaknya.

 

“Bertahanlah. Aku pasti suatu hari nanti, kehidupan kau akan berubah,” 

 

Sejak daripada saat itu, aku dan dia ibarat suatu entiti yang tidak bisa dipisahkan.

 

***

 

Setahun lamanya kami bercinta tanpa pengetahuan siapa pun. Saat-saat bersama Jiyong merupakan saat yang paling mengembirakan. Aku benar-benar menyukai dia. Tidak kira susah atau senang, aku hanya ingin sentiasa bersamanya. Aku tidak kisah walaupun dia hanya seorang penjaga bar yang tidak memiliki rumah, kereta mahupun wang untuk berbulan madu. 

 

'Dandelion, sudikah kau hidup bersamaku? Aku akan setia menanti. Jiyong.'

 

Jiyong mengetahui setiap selok belok kehidupanku. Di antara aku dan dia, tidak ada rahsia. Aku membuka pekung di dada, hanya kepadanya seorang kerana aku mempercayai dia lebih daripada sesiapa pun. Oleh itu, apabila dia mencadangkan agar kami tinggal bersama, tanpa ragu aku bersetuju.

 

Memang sudah lama aku ingin meninggalkan tempat ini, jauh daripada keluarga, jauh daripada semua orang yang mengenaliku. Aku ingin menjalani hidup yang baru bersamanya. Biarpun kami masih muda, tetapi aku percayakan dia kerana aku dan dia saling mencintai, tidak ada jurang yang mampu memisahkan kami.

 

Ketika usiaku genap 15 tahun, aku meninggalkan orang tuaku, kawan-kawan, sekolah, dan bandar kelahiranku demi pilihan hatiku itu. Aku mengorbankan masa depanku dan memilih untuk bersedudukan dengannya di sebuah rumah sewa yang kecil. Meskipun begitu, aku berasa seperti berada dalam sebuah istana kristal yang mewah, kerana Jiyong ada bersamaku maka segala-galanya menjadi indah.

 

“Dara, kau ialah cinta yang pertama dan yang terakhir dalam hidupku,” bisikkannya pada tepi telingaku itu seolah-olah magik yang mampu memeterai setiap pelusuk tubuhku.

 

Aku hanyut dengan kata-kata manisnya yang bersulam cinta. Pandangan matanya yang redup bagaikan bius yang memukau deria-deria di dalam diriku. Pada malam hari lahirku yang ke-15, aku menjadi miliknya sepenuhnya. Zahir dan batin. Namun, aku tidak pernah menyesal kerana aku tahu Jiyong pasti akan membahagiakan aku dan kami berdua akan sentiasa hidup dalam mahligai syurga yang indah ini, selama-lamanya.

 

Persoalannya, wujudkah 'selama-lamanya' itu?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD