Putar

infectious ONESHOT
 
Putar

"Dasom,"

 

"Oh Dasom,"

 

Aku dengar. Kau sedang panggil aku...

 

"Yaa! Kau dengar tak nii? Ee, Song Dasom!"

 

Tak perlu cuba, aku tahu aku takkan berdaya tuk lupakan kata-kata terakhir Bora sebelum kami dipisahkan oleh haluan universiti yang berlainan.

 

Daripada postur tubuhnya yang mengiring sedikit ke arahku kepada jarak memisahkan di antara kami, setiap perincian itu aku hafal di dalam hati. Segala-galanya terpahat beku dari dalam kotak memori. Tak ubah seperti sebuah pita perakam.

 

"Dasom, ak-aku..." Bora menggigit bahagian bawah bibirnya. Anak matanya mengelak daripad terus-menerus bertentang mata denganku. Genggaman tangan disisinya kelihatan semakin erat. Dan aku, aku—hanya mampu memerhatikan.

 

Debaran di dalam hati yang tidak terluah...

 

Persoalan-persoalan yang terlalu berat tuk diucapkan, yang pastinya akan berakhir menjadi seukir penyesalan. Namun sebaliknya aku, memilih untuk merelakan segala-galanya. 

 

Sudah tiba masanya, aku menerima suara hati masing-masing. Dan biarpun sakit, bertahan adalah satu-satunya pilihan yang ada.

 

Di saat hujan renyai menyembah bumi, jantung ini turut berlumuran air mata. Ia hanya akan bertambah teruk pabila...Bora menyambung kata-katanya.

 

"S-Sebenarnya aku dapat offer masuk universiti Akira." Kepala Bora ditundukkan sedikit ke bawah. Pipinya tidak memerlukan pemerah, kerana ia tampak sempurna dari setiap sudut. Namun dari situ, aku perasan yang gerak tubuhnya perlahan-lahan menjadi kekok. 

 

Dan aku tahu.

 

Aku tahu Bora tipu aku. Kenapa dia putarkan keadaan begini...

 

"A-Aku akan masuk ke universiti yang sama dengan Kai! Hee..."

 

"A-Aku akan masuk ke universiti yang sama dengan Kai! Hee..."

 

"A-Aku akan masuk ke universiti yang sama dengan Kai! Hee..."

 

Seruan itu bergema. Mengaburi minda dan merentung payung hati ini. Sesaat berlalu, segala pemikiran yang bernaung di dalam pemikiranku lesap. Pancaran senyuman Bora seolah-olah melunturi tiap-tiap pertahanan di dalam diriku. 

 

Bahuku berasa lemah. Terasa seperti berpuluh anak panah menghala tepat ke teras jantung ini.

 

"Ya, Dasom ah. Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni? Ya!" Bora menghentak kaki ke tanah beberapa kali, mengajuk anak kecil.

 

Bukan salah siapa-siapa. Aku dan Bora, sama-sama mencintai Kim Jongin. Kami berdua tahu tentang isi hati masing-masing. Tidak lama dahulu, kami mengikat janji agar memilih universiti yang berlainan daripada Kai. 

 

"Dasom ah, jom ke universiti Elena. Uh?"

 

Tetapi akhirnya, hanya aku seorang yang memasuki Universiti Elena.

 

***

 

Lapan tahun kemudian, aku kembali ke Korea Selatan, semata-mata mahu menghadiri majlis perkahwinan sahabat baikku.

 

"Silakan," Seorang pelayan lelaki berpakaian serba putih menghampiriku dengan senyuman manis menghiasi bibirnya. Tangannya dihalakan dengan sopan ke arah sebuah meja di tengah-tengah sekali.

 

"Cik Song Dasom, boleh saya periksa kad jemputan-"

 

Aku mematikan percakapannya dengan berkata:"Sila gelar aku puan. Puan Kim." Tanpa menunggu pelayan tersebut membetulkan sapaannya, aku meneruskan langkah ke meja yang tersedia khas untukku.

 

Lima minit terasa seperti bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, aku akan bertemu semula dengan mereka. Debaran di dalam hati bukan lah sesuatu yang baru namun setiap kali, aku masih merasai perasaan itu—khianat.

 

Muzik latar mula berkumandang. Semua jemputan berdiri dan mengiring ke arah belakang. Dari situ, kelihatan sepasang pengantin sedang turun daripada kereta yang dihias indah. 

 

Pandangan mataku sedikit kabur tatkala orang ramai mulai menaburkan confetti berselang-seli. Iringan sorakan mereka membuatkan keliling kepala ini berasa seperti dikepit. Sakit.

 

Pengantin perempuan melambai-lambai ke setiap penjuru, sehinggalah ke arah aku, dia terhenti. Mata kami berpautan untuk beberapa saat lamanya. Senyuman pada wajahnya semakin menghilang, dan apabila aku yakin dia akan memalingkan kepala untuk meneruskan perarakan ke altar, sepantas kilat, Bora mengangkat gaun dan mula berlari ke arah aku.

 

"Dasom ah!" 

 

Aku dengar. Kau sedang panggil aku...

 

"Song Dasom!"

 

Betapa aku merindui senyuman itu. Han Bora, senyuman kau sungguh menawan. Bagaimana mungkin, aku membencinya?

 

Tidak sampai lima saat, Bora dan aku sudah berganding tangan. Mata Bora yang bersinar itu mengalirkan beberapa butir air mata. Aku hanya mampu menggeleng dan mengesat tepian matanya.

 

"Han Bora, berhenti menangis!" Aku menepuk belakangnya. Berada di dakapan masing-masing terasa begitu menyenangkan.

 

"Aduhai Puan Kim..." 

 

Ujaran suara dari belakang membuatkan jantung ini berdegup lebih laju daripada biasa. Bibirku spontan mengukirkan senyuman lebar. Kelibat Kim Jongin yang berarak ke arahku merupakan perkara yang paling membahagiakan buatku. Lapan tahun dahulu, dan sekarang.

 

"Kai!" Tangan Bora ditekupkan ke mulutnya. Matanya membesar. "Terima kasih kerana sudi datang ke perkahwinan aku!" Bora berbicara seraya melompat kecil.

 

Kai tiba bersama dua jambang bunga. "Tahniah, Han Bora. Oh tidak, sekarang ni patut panggil kau...Jeon Bora," nada Kai yang bernoda usikkan itu membuatkan pertemuan ini lebih istimewa.

 

"Jungkok oppa!" Bora menoleh ke arah pengantin lelaki yang juga sedang mendekati mereka. "Inilah kawan Bora yang Bora selalu ceritakan! Kim Jongin dan...Song Dasom!" 

 

Pengantin lelaki, Jeon Jungkook, sekadar mengangguk lalu menundukkan kepala hormat. "Hi, saya Jungkook. Bakal suami, ehem...suami kepada Han Bora, my muse." Jungkook tidak segan melaraskan wajahnya dengan Bora dan menghadiahkan kucupan lembut di tepi pipi gadis itu.

 

Bora menggigit bawah bibirnya tertunduk malu. Jari-jemarinya didekatkan, langsung menggambarkan seorang gadis yang hangat dilamun cinta.

 

Aku memerhatikan setiap inci wajah Bora. Dia masih seperti dulu. Tanpa pemerah pipi sekalipun, dia tetap tampak anggun dan menawan. Kerana itu juga, aku merelakan dia mendaftar ke universiti sama dengan Kai.

 

Di saat aku hampir berputus asa dan berkeputusan melanjutkan pelajaran di luar negara. Kim Jongin melafazkan cinta kepadaku. Dan ayat-ayat cinta mulai terukir.

 

Namun yang paling membahagiakan sekali ialah—restu daripada Han Bora. 

 

"Song Dasom! Aku yang terlebih dahulu memilih cinta," Bora sudah berlumuran air mata tatkala suaranya mencecah gegendang telingaku. Bibirnya menjuih ke bawah. Esakannya membuatkan dadaku berasa berat.

 

Bergelut dengan air mata, sekuntum senyuman terukir di bibirnya. "Tapi cinta Kai ialah milik kau, Song Dasom." Kedua-dua tangannya dilapangkan. Seakan-akan menyuruh aku mendakapnya.

 

Bagaimana harus aku membenci kejujuran ini? Ah tidak. Aku malah berasa bersyukur kerana memiliki seorang sahabat sepertinya.

 

Di saat tubuh kami berpelukan, tangannya segera menepuk belakangku lembut. Tanpa sedar, air mata sudah menjajahi seluruh wajahku.

 

"Pilihlah cinta." Bisiknya perlahan di tepi telingaku. "Kali ini, ikut lah suara hati kau pula." Dia menyambung lagi. Kedua belah bahuku disentuh Bora. Mata bertemu mata, dan aku melihat keikhlasan terpancar daripadanya.

 

"Terima kasih, Song Dasom. Kerana memilih persahabatan kita. Itu lah sebaik-baik penawar untuk hati yang terluka ini..."

 

Kata-kata Bora menyedarkan aku sesuatu. Di setiap hujung persimpangan, keinginan dan takdir kadangkala bertentangan namun, hati yang ikhlas akan menerima ganjaran seumur hidup.

 

Dan andai kata, masa berputar. Aku akan memilih pilihan yang sama.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD