Retak

infectious ONESHOT
IYTU44s.gif
shattered
“Sandara hentikan!”
Jiyong merentap pergelangan tangan Sandara yang hampir bertemu kulit dengan pipi Taeyeon.
“Apa-“ Kata-kata Jiyong tenggelam apabila air mata mulai bercucuran jatuh daripada mata Sandara. Dalam masa sesingkat itu, dia sempat memerhatikan bagaimana pakaian Sandara pada malam ini tidak berlengan, mendedahkan parut besar pada bahagian lengan kanannya.
Dari situ, meja mereka telah menjadi sajian utama terhadap penghuni lain yang berada di dalam restoran esklusif tersebut. Jiyong mendesis, terasa terpukul oleh realiti ini. Sebagai senior idol yang meraih nama di seluruh persada dunia, alih-alih dia dimalukan pula oleh situasi sebegini.
Cinta tiga segi. Semua terjadi kerana hormon. Ya, Kwon Jiyong, salah kan lah hormon kau tu.
Senyuman mengejek terpalit di tepi bibir Taeyeon. Dengan gerak perlahan, satu jari dihalakan ke arah Sandara. Kepalanya disengetkan ke tepi sebelum bersuara, “Ambil lah berapa banyak masa yang kau nak. Fahamkan diri kau sejelas-jelasnya...”
Seperti dipukau, Sandara tidak berdaya bergerak seinci pun. Sistem tubuhnya langsung roboh di saat Taeyeon mengumumkan kepada media bahawa dia dan G-Dragon sebenarnya adalah tunang sejak enam tahun lepas lagi.
Sandara Park, apa yang aku beritahu kau dulu? Jangan bermain cinta. Jangan termakan tipu daya lelaki tu...dan sekarang, kau saksikan sendiri akibatnya! Sakit, kan? Silakan...merana. Bodoh.
Anak mata Jiyong yang berpusat kepada Sandara lantas beralih ke arah Taeyeon. Kerut pada dahinya timbul sekaligus. Mulutnya sudah mahu menjerit ke arah wanita itu namun tamparan dari sebelah kirinya telah mengaburkan segala-galanya.
Sandara Park menggigit bahagian bawah bibir. Terketar-ketar bibirnya berbicara, “Aku benci kau, Kwon Jiyong.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD