Epilogue

Love You, Mr. Unknown!
Please Subscribe to read the full chapter

Epilogue

Hanbin's POV

 

Aku memerhatikan kucing peliharaanku yang sedang bermain dengan seekor cicak. Masuk hari ini, sudah sepuluh hari rasanya aku tidak bersua muka dengan perempuan itu. Perempuan mana lagi kalau bukan Choi Yoojin? Kalau ikutkan hati aku mahu ke hospital melawat dia, menatap wajahnya yang cantik itu sepuas hati tapi Donghyuk melarang aku dari berbuat demikian. Katanya Yoojin kini dalam pemerhatian khas dan tiada sesiapa dibenarkan untuk melawatnya memandangkan keadaan dia tiba-tiba berubah kritikal beberapa hari yang lalu. Terkejut juga aku mendengarnya. Aku paling tidak suka mendengar perkataan kritikal. Kritikal menandakan tiada harapan dan tiada harapan juga bermakna mati..

 

Ah... Tiba-tiba rasa rindu yang menyesakkan timbul di dalam hati ini. Rindu terhadap makanan masakannya yang selalu membuatkan aku kenyang dan boleh tidur dengan senang hati, rindu dengan panggilan 'encik' yang selalu dia gunakan untuk memanggil dan yang lebih penting...aku rindukan wajahnya. Terlalu rindu sehinggakan aku boleh ternampak bayangannya di mana-mana. Gilakah aku?

 

"Kau tengok kawan kita yang sorang ni Yunhyung, setiap hari asyik termenung saja kerjanya. Apa nak jadilah dengan kau ni Hanbin?"

 

Aku berpaling ke belakang tatkala terdengar satu suara menegurku. Yunhyung dan Donghyuk sedang berjalan ke arahku sambil membawa beg peralatannya. Berkerut-kerut pula dahi aku melihat Donghyuk yang kini sedang meletakkan begnya di atas meja di hadapanku. Yunhyung pula sudah berdiri di belakang aku.

 

"Kau tak tahu ke? Kawan kita ni dah dijangkiti satu penyakit yang merbahaya tau tak?"

 

Penyakit merbahaya apa pulak yang mamat ni cakapkan? Aku sihat okey!

 

"Uish...kau ni biar betul Yunhyung? Penyakit apa yang Binbin kesayangan aku ni tengah hidapi? Dia bakal mati ke? Kalau dia mati harta dia dapat dekat siapa? Hah Binbin, cepat telefon peguam kau dan suruh dia sediakan surat wasiat kau. Tulis dekat situ 50% dari harta kau sedekahkan kepada Kim Donghyuk."

 

Spontan aku berdiri dan menyepak Donghyuk. Menjerit macam pondan si Donghyuk. Aku memang sudah dapat mengagak yang dia akan berkata sedemikian rupa.

 

"Binbin? Comel gila nickname kau bagi dekat si mafia ni."Yunhyung sudah ketawa mengekek dengan kata-katanya sendiri. Aku buat bodoh, malas nak layan kera-kera liar ni.  Memang wajar mereka berdua digelar kera atau beruk sebab asyik tak duduk diam. Sebab itu juga aku tak boleh layan sangat kera dua ekor ni, kalau tak sampai esok tak habis. Dan siapa suruh kau orang panggil aku Binbin??

 

"Sakitlah Binbin bongok! Aku gurau jelah! Eii, kau ni tak sporting langsung. Hah Yunhyung, kau ada cakap kawan kita ni ada penyakit kan? Penyakit apa yang si Binbin ni alami sebenarnya?"Soal Donghyuk yang sedang menahan kerut di dahi sambil tangannya ligat mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

 

Aku sudah menyeringai melihat riak wajah Yunhyung yang kini sedang berdiri di sebelahku dengan sengihan nakal di bibir. Nak sakat akulah tu.

 

"Ala kau ni Dong, lembap betullah. Kata doktor tapi tak tahu kawan sendiri sakit apa? Aku yang bukan doktor pun tahu dia ni sakit apa."

 

Aku lihat Donghyuk sudah mengeluarkan tukul dari dalam beg peralatannya itu. Makin bertambah kerutan di dahiku. Apa dia nak buat dengan tukul tu? Kemudian barulah aku teringat Donghyuk ada memaklumkan kepada aku yang dia akan membuka sarung simen pada tangan kananku. Spontan aku menarik nafas lega. Aku sangka lelaki di depanku ini mahu mengetuk kepala Yunhyung dengan tukul tadi. Well..manalah tahu kot-kot si Donghyuk ni dah berubah ganas macam mafia...berjangkit dengan kawannya a.k.a aku yang merupakan seorang mafia.

 

"Oh... okey, aku dah tahu kawan kita ni terkena penyakit apa. A.N.G.A.U. Am i right Mr. Yunhyung?"Donghyuk sudah mengenyitkan mata ke arah Yunhyung. Yunhyung pula sudah menganggukkan kepala mengiyakannya. Aku tidak berkata apa. Namun aku agak terganggu bila dua ekor beruk di depanku ini sedang merenung aku dengan pandangan mata yang penuh makna.

 

"Seriuslah Binbin, kau masih tak boleh lupakan perempuan tu lagi ke?"

 

Soalan Yunhyung membuatkan aku merengus kecil. Walaupun aku sudah cuba pelbagai cara untuk lupakan perempuan itu tapi aku masih tak boleh lupakan dia. Perempuan bernama Choi Yoojin itu memang teruk! Entah apa yang dia sudah lakukan kepada aku sehinggakan dalam kepala aku ini asyik terbayang saja senyumannya yang manis itu. Tidak cukup dengan itu, masih terngiang-ngiang suaranya yang selalu membebel menyuruh aku makan apa yang dia masakkan... Dan sudah tentulah masakannya sedap. Kalau tidak tak mungkin aku rindukan masakannya juga. Sekarang baruku sedar yang aku sebenarnya sudah jatuh hati pada dia. Aku sendiri pun pelik dengan diri sendiri. Bagaimanalah aku boleh jatuh hati dengan Yoojin dalam masa sesingkat ini? Ah, betullah kata orang...cinta itu buta!

 

"Perempuan mana pulak ni? Sampai hati kau curang dengan aku Binbin! Kau lupa ke kita yang kita ni pasangan gay pertama dalam dunia mafia?"Donghyuk yang boleh tahan kaki dramanya sudah mula membuat mimik muka sedih. Bibirnya sudah dimuncungkan tanda merajuk sambil tangannya mengetuk sarung simen pada tanganku. Nasib baik dia pakai tukul mini, kalau tak mau aku lempang dia kalau dia guna tukul gergasi yang orang buat ketuk bangunan tu. Donghyuk ni kadang-kadang tak boleh pakai sangat. Aku sekadar merengus kecil melihat kelakuan Donghyuk. Yunhyung pula sudah ketawa terbahak-bahak, barangkali tak tahan dengan perangai kaki drama Donghyuk. Donghyuk ni nampak je macho, penuh dedikasi dekat hospital..tapi bila depan aku dengan Yunhyung keluarlah perangai gila-gila dia.

 

"Gay ya.. Hmm.. Kau nampak kan tukul yang ada pada tangan kau sekarang? Agak-agak pecah tak kepala kau kalau aku guna tukul yang saiznya dua kali ganda besarnya dari tukul kau untuk ketuk kepala kau? Dan siapa suruh kau orang berdua panggil aku Binbin ni?"

 

"Ermm..sejak kau nampak comel bila pakai baju warna pink yang sedang kau pakai sekarang ni? Ehehe...aku gurau jelah pasal gay tu. Aku lelaki sejati dan normal kot. So..siapa perempuan yang dah buat kau angau ni?"

 

"Choi Yoojin."Sampuk si Yunhyung dan serta-merta Donghyuk yang sedang memecahkan sarung simen pada tangan aku menghentikan kelakuannya lalu memandang aku.

 

"Kau suka Yoojin? Serius?"Soalnya dengan riak wajah yang agak terkejut. Tidak berkelip biji matanya memandang tepat ke arahku. Terangkat sebelah keningku mendengar pertanyaannya.

 

"Ya, aku suka dia. Salah ke? Kau ingat mafia macam aku takde hati dan perasaan?"Tak tahan punya pasal aku luahkan rahsia hati sendiri. Aku faham jika Donghyuk terkejut dengan apa yang aku katakan kerana selama ini aku belum pernah jatuh hati kepada sesiapa. Err..mungkin masa zaman tadika dulu adalah kut jatuh hati dengan budak perempuan kelas sebelah. Mungkin itu cinta anak monyetlah kut. Bila tiba zaman remaja, aku langsung tak pandang mana-mana perempuan walaupun hakikatnya aku merupakan antara penerima coklat paling banyak bila tiba saja Valentine's Day. Dah memang kenyataan, bukan niat nak perasan.

 

"Memang kau takde perasaan pun.. Opps, aku gurau je Binbin. Peaceee~~~"Selamba saja Yunhyung membuat gaya peace di depanku sambil tersengih-sengih. Tak cukup dengan itu dicium pula pipi kanan aku. Haa, ni sorang lagi! Suka sangat buat aku rasa geli. Perangai sama gila je dengan si Donghyuk! Spontan aku menepis mukanya dari pipiku. Yucks, baru aku tahu bagaimana rasanya pipi dicium lelaki. Dan ianya sangatlah menjijikkan! Ketawa mengekek Yunhyung melihat aku yang sedang mengelap pipiku yang menjadi mangsa ciumannya dengan hujung lengan bajuku.

 

"Babe, pipi I you tak mau kiss ke? Sampai hati you ya Yunhyung..tak mau kawanlah kalau gini!"

 

"Ala, Dongdong nak i kiss jugak ke? Haa meh nak smooch sikit~"

 

"Woi, siapa bagi izin korang buat hubungan luar tabii dekat rumah aku ni hah? Aku lempang jugak dua-dua nanti kang!!"

 

 

 

"Well, aku tak jangka kau boleh jatuh hati pada perempuan dalam tempoh waktu yang singkat. I mean, kau baru je tersedar dari koma.. okey, takdelah baru sangat. Dah nak dekat sebulan lebih kau tersedar dari tidur yang panjang. Lepas tu boleh pulak kau jatuh hati dengan mudahnya pada Yoojin?Kau kena ingat, kau bukan orang biasa. Andai kata dia tersedar dari koma lepas tu kau confess dan dia terima, tak apalah. Tapi mampu ke kau simpan rahsia dari dia yang kau tu mafia? Dude, bukan semua orang suka mafia. Aku agak rapat dengan Yoojin masa kau koma dulu dan dia pernah cakap yang dia tak suka mafia. Hanbin, aku tak nak kau dan dia sama-sama terluka, jadi ada baiknya kau lupakan perasaan suka kau pada dia. Cari perempuan lain yang boleh terima diri kau seadanya."

 

Teringat akan kata-kata yang keluar dari Donghyuk tempoh hari membuatkan hati Hanbin disapa rasa sakit. Kata-kata doktor muda itu ada benarnya. Atau mungkin tidak benar sama sekali. Dan disebabkan dia tidak tahu kata-kata Donghyuk boleh diguna pakai ataupun tidak, dia membuat keputusan untuk bertemu Yoojin. Ya, dia mahu bertemu Yoojin kerana rasa rindu yang sudah tidak tertahan di hati ini. Dia sudah nekad untuk luahkan perasaannya pada Yoojin walaupun dia tahu gadis itu masih lagi belum sedar dari koma. Ah, luahkan sajalah. Donghyuk sendiri pernah cakap orang koma boleh mendengar apa yang orang cakapkan kepadanya. Jadi tak mustahil Yoojin boleh mendengar luahan perasaannnya. Macam apa yang Yoojin pernah buat terhadapnya dulu. 

 

Masuk hari ini sudah hampir dua minggu dia koma dan menurut Donghyuk, masih tiada tanda-tanda Yoojin akan sedar dari koma. Walaupun begitu keadaannya yang kritikal tempoh hari sudah berubah stabil dan dia kini di tempatkan di sebuah bilik serta dibenarkan menerima pelawat. Malam itu dia tiba di hospital tempat Yoojin dirawat dengan pakaian pejabatnya dan sejambak bunga ros merah di tangan. Lupa pula nak cakap, Hanbin sudah kembali bekerja selepas tangannya disahkan sembuh oleh Donghyuk. Penat jugalah Hanbin ketika di pejabat dua tiga hari ini kerana terpaksa melengkapkan bergunung-gunung dokumen yang memerlukan pengesahannya. Bukan penat bekerja saja, penat ditemuramah oleh ahli lembaga pengarah dan para pekerjanya yang langsung tidak tahu akan keadaannya sepanjang dua bulan ketiadaannya di syarikat. Dan entah kenapa Hanbin lebih selesa menipu mereka dengan mengatakan dia sakit dan menjalani rawatan di luar negara kerana mahukan privasi. Hmm...privasilah sangat!

 

Setelah mengetahui di mana bilik Yoojin dari jururawat yang berada di kaunter pertanyaan, Hanbin terus menghayunkan kaki memanjat anak tangga hospital. Nak naik lif tapi lif pula penuh, nasib baik bilik Yoojin terletak di tingkat lima bangunan hospital itu. Kalau bilik gadis itu terletak di tingkat sepuluh pun dia sanggup daki anak tangga hospital, dengan syarat selang empat tingkat hospital dia akan berehat sebentar selama sepuluh minit. Penat kot naik tangga!

 

Tersenyum Hanbin tatkala dia kini sudahpun berdiri di hadapan pintu bilik Yoojin. Direnung pintu bernombor 24 itu dengan hati berdebar-debar. Dicium kejap bau jambangan ros merah di tangannya. Harum! Pasti Yoojin suka dengan jambangan bunga itu nanti. Dia tahu gadis itu begitu sukakan ros merah kerana setiap minggu gadis itu akan membelinya dan letakkan bunga itu di meja makan di dapur. Ya, dia akan letakkan jambangan ros merah itu dalam balang di atas meja tepi katil Yoojin seperti yang selalu dia lihat dalam drama di tv. Mungkin gadis itu akan tersedar dari tidurnya yang panjang itu apabila terbau bunga ros yang harum ini? Okey Hanbin, fikiran kau dah terlebih positif ni.

 

Hanbin menarik nafas perlahan-lahan lalu menghembusnya. Tangan kanannya sudah memegang tombol pintu dan membuka pintu sedikit tersebut namun belum sempat dia melangkah masuk dia secara tidak sengaja terdengar suara orang berbual dalam bilik tersebut. Satu suara lelaki dan satu suara wanita. Dan dia kenal suara kedua-duanya.

 

"Thank God Yoojin, akhirnya awak tersedar juga!"

 

Huh? Yoojin dah sedar?,bisik hati kecil Hanbin sambil bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Ya, Donghyuklah yang ada di bilik Yoojin ketika ini. Sempat diintai keadaan dalam bilik tersebut dari celahan pintu yang renggang dan dia dengan jelasnya dapat melihat sahabatnya itu sedang memeluk Yoojin. Terus berubah riak muka Hanbin dari ceria kepada kecewa. Pelik, kenapa pula doktor muda itu memeluk gadis kesayangannya?

 

"Hei...simpan pelukan awak tu untuk lain masa boleh tak? Saya baru bangun kot."Kedengaran suara lemah Yoojin membalas. Hanbin diam saja, sekadar menjadi pemerhati dari jauh. Nak sergah masuk macam tu nanti macam tak sopan pula. Uish Hanbin, sejak bila kau reti sopan ni? Hahah.

 

"Tak nak. Nak peluk awak sampai puas! Awak tak tahu betapa rindunya saya pada awak, Yoojin. Rindu serindu rindunya."

 

Entah kenapa panas pula hati Hanbin mendengar ayat Donghyuk. Rasa macam mahu muncul di depan kedua manusia itu dan menarik Yoojin keluar dari situ. Namun dia menyabarkan saja hatinya. Perlahan-lahan dia mengurut dadanya sendiri. Teringin juga dia tahu mengapa sahabatnya itu datang melawat Yoojin ketika ini. Setahu Hanbin, doktor lain yang merawat Yoojin. Donghyuk sendiri yang memberitahunya bahawa rakan sekerjanya yang bernama Kim Seokjin merawat gadis itu.

 

"Pfft, dah kenapa tiba-tiba ayat awak jadi fluffy semacam ni Kim Donghyuk? Nak makan pelempang ke? Kan saya dah cakap saya tak suka fluffy-fluffy ni."Omel Yoojin sambil meleraikan pelukan. Rasa kelakar pula bila mendengar doktor itu berbicara tadi. Iyalah, doktor muda itu biasanya bersikap selamba badak sumatera saja. Tiba-tiba hari ini dia bagi ayat berbaur romantis. Seram sejuk jugalah Yoojin dibuatnya.

 

"Suka atau tak awak dengar je dulu. Sebab saya nak cakap sesuatu dekat awak. Benda ni saya dah lama nak cakap dekat awak, cuma asyik tertangguh sampailah awak tiba-tiba koma hari tu."

 

Yoojin mahupun Hanbin yang sedang mendengar sudah mengerutkan dahi. "Nak cakap apa? Cakaplah."Ucap gadis itu lagi sambil membetulkan duduknya. Hanbin yang sudah sedia maklum dengan Donghyuk tiba-tiba terfikir sejenak. Dia mengintai sahabatnya itu dari jauh. Dapat dilihat kelakuan pemuda itu yang kini sedang meramas-ramas jari jemarinya sendiri. Jika tidak silap Hanbin, itu tanda Donghyuk akan...

 

"Saya suka awak, Choi Yoojin."

 

 

Yoojin menggosok-gosok dahinya yang tiba-tiba saja berubah merah gara-gara digigit nyamuk. Kemudian dia menguap perlahan sambil mengeliat. Selesai menggeliat, dia bangun dari katil lalu membuka tingkap biliknya. Sinar mentari berebut-rebut memasuki ruang biliknya. Dia penat sebenarnya kerana semalam dia sibuk melayan pelawat yang terdiri daripada kawan-kawan dan keluarga terdekatnya. Yoojin berdiri di tepi tingkap sambil memerhatikan keadaan di sekeliling. Memerhati sambil termenung sebenarnya. Terngiang-ngiang kata-kata Donghyuk beberapa hari yang lalu di telinganya. Kata-kata yang membuatkan gadis itu seram sejuk apabila mendengarnya.

 

"Saya betul-betul sukakan awak, Choi Yoojin. Sejak pertama kali saya lihat awak lagi. Dan saya rasa tak salah kalau awak cuba terima luahan perasaan saya memandangkan awak sendiri tak pernah ada sesiapa di dalam hati awak. Hati awak ketika ini tiada penghuni bukan? Jadi izinkan saya untuk menghuni hati awak sekarang. Saya janji saya tak akan sakiti hati awak."

 

Erk! Siapa sangka lelaki kacak berpangkat doktor yang dia anggap sebagai seorang kawan biasa tiba-tiba meluahkan perasaan kepadanya? Ya, memang Donghyuk kacak dan baik orangnya. Dulu pun dia ada juga perasaan suka pada lelaki itu tapi sekarang perasaan suka itu hilang. Ada sesuatu yang membuatkan rasa sukanya kepada lelaki itu hilang tetapi dia tidak pasti apa bendanya 'sesuatu' itu. Mungkin ada seseorang yang bertakhta di hati ini tapi dia sendiri tidak pasti siapa. Dan yang lebih penting, mengapa dia rasa macam ada sesuatu yang hilang ya? Macam ada seseorang yang sering mengganggu fikirannya sekarang.

 

Seusai mengambil angin, Yoojin ke tandas untuk membersihkan diri. Kemudian dia kembali duduk di katil dan secara tidak sengajanya dia terpandangkan sejambak ros merah terletak cantik di dalam balang kaca di atas meja tepi katil. Pelik, seingat dia malam semalam ketika Donghyuk datang tiada pula bunga-bunga ini. Perlahan-lahan dia mengambil sekuntum ros merah itu dan mencium baunya. Ah, harumnya! Eh, nota apa ni?,bisik hati kecil Yoojin tatkala matanya terpandangkan sekeping nota kecil bertulisan tangan terselit dicelah-celah jambangan ros merah itu.

 

"Morning, Yoojin!"sapa satu suara diiringi bunyi pintu dikuak perlahan. Tersenyum Yoojin melihat lelaki berpakaian kot putih dengan tag nama Kim Seokjin itu berjalan masuk dengan satu fail di tangannya. Nota kecil yang diambilnya tadi disimpan ke dalam poket bajunya.

 

"Morning, doc! Awalnya doktor datang hari ni?"

 

"Ah, saya ada seminar di luar bandar sekejap lagi..sebab tu saya datang awal untuk periksa keadaan pesakit-pesakit saya termasuklah awak sekali. How are you today? Ada rasa sakit dekat mana-mana tak?"tanya doktor muda bernama Kim Seokjin yang merupakan rakan sekerja Donghyuk itu dengan ramahnya. Seokjin memang ramah orangnya. Sebab itu dia disukai ramai di hospital itu. Pendek kata, dia doktor popular di hospital itu.

 

Yoojin menggelengkan kepala. "Badan saya langsung tidak terasa sakit di mana-mana. Cuma kepala ni je rasa sakit semacam."

 

"Ye ke? Mungkin awak rasa macam tu sebab dah lama sangat tidur..i mean, koma. Sakit kepala tu memang biasa berlaku terhadap orang yang baru tersedar dari koma. Buka mata luas-luas, saya nak periksa mata awak."ucap Seokjin sambil mengeluarkan lampu suluh bersaiz poket untuk memeriksa keadaan mata pesakitnya itu. Yoojin tidak berkata apa. Dia menurut saja kata-kata doktor itu. Selesai memeriksa, dia menulis sesuatu pada laporan perubatan gadis itu.

 

"Okey Yoojin, saya rasa petang ni awak dah boleh kemas barang untuk balik ke rumah sebab keadaan awak dah tersangat okey. Tapi sebelum balik tu awak kena ambil dulu ubat yang akan saya preskripsikan pada awak nanti."

 

"Betul ke ni doktor?"entah kenapa Yoojin tidak percaya pula yang dia dibenarkan keluar dari hospital. Seokjin menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata gadis itu. Tersenyum gadis itu dibuatnya. Pantas dia mengambil telefon pintar miliknya yang berada dalam laci meja tepi katil untuk mendail nombor Donghyuk. Hajatnya untuk meminta lelaki itu menghantarnya pulang. Dan ketika dalam perjalanan pulang itu nanti dia akan memberitahu jawapan untuk luahan perasaan lelaki itu tempoh hari. Nasib baiklah pemuda itu memberi tempoh beberapa hari kepadanya untuk berfikir tentang luahan perasaannya itu. Nampaklah dia punya bertimbang rasa tu. LOL.

 

Sesudah saja doktornya keluar, Yoojin kembali duduk di atas katil. Kemudian dia terpandangkan ros merah yang berada di atas meja. Terus dia teringat akan nota bertulis tangan yang dia temui tadi. 

 

"Eish..mana pulak nota yang aku jumpa tadi ni.."omel gadis itu sambil meraba poket seluar milik hospital yang dipakainya. Sasaran gagal ditemui, dia meraba poket bajunya pula. Haa, jumpa pun! Dengan penuh berhati-hati dia membuka notayang tadinya berada dalam keadaan berkerunyuk gara-gara digumpalnya tadi dan membaca ayat yang tertulis pada nota tersebut dengan hati yang berdebar-debar. Pelik, mengapa pula hatinya tiba-tiba berdebar-debar ketika ini?

 

 

If these roses that i've bought to you could speak language of my heart, they’d say… “I love you. I knew it the minute I met you. I’m sorry it took so long for me to catch up. I just got stuck.” Your sincerely, MR. H

 

"Mr. H...?"

 

LIMA TAHUN KEMUDIAN

 

"Yahh Choi Yoojin , kau belum siap lagikah? Majlis dah nak mula ni!"jerit Jennie dari luar bilik persalinan. Bukan main penat dia menunggu si pengantin keluar dari bilik itu. Rasanya sudah hampir setengah jam juga dia menunggu Yoojin keluar. Entah apalah yang temannya itu buat di dalam bilik itu dia sendiri pun tidak tahu. Niat di hati mahu saja dia memecahkan pintu bilik persalinan itu tetapi memikirkan yang dia kini berada di hotel lima bintang...dengan hati yang berat terpaksa saja dia melupakan niatnya itu. Kalau pecah pintu itu mana dia mahu cari duit untuk membayar ganti ruginya? Sekali pandang pun dah tahu pintu itu dibuat dari kayu berkualiti yang diimport dari luar negara.

 

Yoojin di dalam sedang sibuk bermeditasi. Tidak mendengar suara Jennie yang menjerit meminta dia membuka pintu bercampur ketukan bertalu-talu. Memang membingitkan telinga tetapi Yoojin langsung tidak mendengarnya. Dia bermeditasi sebenarnya untuk menenangkan hati yang gemuruh. Gila tak gemuruh, hari ni dia akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang langsung dia tidak kenali. Semuanya gara-gara rancangan abangnya, Choi Seunghyun yang menjodohkan dia dengan seorang billionaire dari Amerika, kononnya untuk membaiki keadaan syarikatnya yang kini dalam keadaan tidak stabil. Memang syarikat keluarga Yoojin berada di ambang maut sekarang, tiba-tiba saja harga saham syarikat mereka jatuh menjunam, keuntungan merosot dan hutang yang masih banyak lagi belum dibayar. Ya, mereka memerlukan sumber kewangan yang kukuh sekarang  untuk menyelesai semua itu tapi perlu ke bagi dia menjadi barang dagangan dengan menjadi isteri kepada lelaki kaya itu? Bunyi macam cliche tapi itulah hakikatnya.

 

"CHOI YOOJIN! CEPAT BUKA PINTU NI SEBELUM AK-"ayat Jennie terhenti di situ apabila biji matanya menyaksikan Yoojin melangkah keluar dari bilik persalinan itu.

 

"Kau buat apa lama-lama dalam bilik tu? Kau ni sedar atau tak yang kau akan jadi isteri orang sekejap lagi?"

 

"Yeeee aku tahu. Ala maaflah, aku cuma nak tenangkan diri sekejap dekat dalam tu. Kau kena faham, aku akan jadi isteri kepada seseorang yang aku langsung tak kenal. Apa yang aku tahu pasal dia cuma nama saja. Muka dengan bayang-bayang dia pun aku tak pernah tengok. Seriously, aku rasa macam berada di zaman joseon pun ada bila kena kahwin dengan pilihan keluarga ni."luah Yoojin dengan nada yang agak kecewa. Kecewa dengan apa yang sedang dia lalui sekarang.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yukiyuyana
#1
Chapter 4: yaAllah comelnya :') nak nangis baca ending dia. kenapa sweet sangat :') admin buatlah lagi ff ikon!
KaiSoo96
#2
Chapter 1: *ketuk drum*tetiba
Uish baru prologue... best die mcm ni
misz_dina #3
Chapter 4: *tepuk tngn* ending yg menarik yerrr.best ape.x thambiey langsung la.sy bagi ★★★★★ .*tiru suara nora*


D.A.E.B.A.K!!
jachyun
#4
Chapter 4: Butterflies full in my stomach, love I can see lots of love everywhere, lol ap aq mrepek ni, btw thumbs up for you sis, best siak ctew ni, and aq rsa kau ptut apply msuk super spontan ar sbb mmg klako ctew kau sis, kipduit sis and I'll always root for you :)
jachyun
#5
Chapter 3: Alelealey skang yoojin plak yg koma and x sangka si donghyuk tu knal hanbin lol, btw update soon ^^
misz_dina #6
Chapter 3: pelarian -_- ... hrp2 yoojin cepat sembuh.hanbin,giliran kau jaga dia pulak
misz_dina #7
Chapter 2: sape yg tembak yoojin hah?ngaku cpt.baru nk hepi2 tngk dia hepi dpt tau name mr.h ... btw,citer ni daebak larrr.update lagi kehhh
jachyun
#8
Chapter 2: Maigard sis, hati saia ni dup dap dup dap bce part yoojin kna tembak, waduh ni x saba dah ni nk tau ap jdi lpas ni :3
Didie_BTS #9
Chapter 2: authornim buat saya rasa nak menangis huhu *alahai gedik xD* yelah dh org tengh heppy heppy tetiba kene tembak bang!! kaget tau hahahahaxD ff authornim mmng best! fighting authornim ! thanks for update! saya new reader hehe..
_hoshicutie #10
Chapter 2: Huh? Yoojin kena tembak? Update cepat authornim ff ni best ^^