Prologue

Love You, Mr. Unknown!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prologue

 

"Ah Choi Yoojin, kau memang selalu bernasib malang! Aduh, tengoklah apa yang sudah kau lakukan sekarang?"Seorang gadis berpakaian serba kasual bermonolog sendirian sambil  berjalan mundar-mandir di hadapan bilik unit rawatan rapi sebuah hospital di ibu kota. Tidak cukup membebelkan dirinya, dia menepuk pula dahinya beberapa kali tanda kesal. Kesal dengan dirinya sendiri yang telah menyebabkan nyawa seseorang mungkin dalam bahaya!

 

Yoojin duduk di kerusi berhampiran sambil kedua belah tangannya memicit tepi kepalanya. Sungguh sekarang kepalanya pening memikirkan apa yang akan dia lalui selepas ini. Dia bimbang lelaki yang menjadi mangsa kemalangan yang dia sendiri cipta itu mati. Jika mati mungkin ahli keluarga lelaki itu akan menyamannya pula kerana menjadi penyebab kematian anak mereka. Tetapi jika lelaki itu ditakdirkan untuk hidup, tentu lelaki itu akan menyamannya juga di mahkamah. Arrghhh! Ini semua salah dirinya! Jika dia tidak tergerak hati untuk melihat siapa yang menghantar sms kepadanya ketika dia memandu tadi sudah tentu semua ini tidak akan terjadi. Sudah tentu sekarang dia sudah berada di rumah, bersenang-lenang menonton drama kegemarannya.

 

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya seorang doktor keluar dari bilik tersebut. Doktor itu menoleh ke kiri dan kanannya sebelum dia ternampak kelibat Yoojin yang sedang memicit kepalanya. Ah, pasti itu waris mangsa kemalangan tadi!, fikir doktor muda itu sambil mengatur langkah mendekati gadis itu. Dia harus memaklumkan cepat perihal mangsa yang dirawatnya tadi kerana sebentar lagi dia punya satu lagi pembedahan yang perlu dia ketuai. Sambil berjalan dia menyeka titik peluh yang mula timbul di dahinya.

 

"Excuse me cik, cik ni waris mangsa kemalangan tadi ke?"Soal doktor muda itu sambil mencuit bahu gadis di depannya. Yoojin sudah terpinga-pinga. Terus dia berpaling ke depan. Terkulat-kulat dia melihat seorang lelaki berpakaian serba hijau di depannya dengan kesan percikan darah pada pakaiannya itu. Melihat pada pakaiannya itu, sudah pasti dia yang merawat dan membedah lelaki yang dilanggarnya tadi. Terus saja gadis itu bangun dan berdiri betul-betul di hadapan doktor muda itu.

 

"Tak, saya yang hantar dia ke sini tadi. In fact saya yang menyebabkan dia jadi macam ni..."Jawab Yoojin jujur. Buat apa mahu menipu? Lebih baik dia jujur saja. Sekurang-kurangnya tidaklah dia terasa terbeban dalam hati kerana menipu doktor pula.

 

Doktor muda itu pula sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata gadis di depannya. Timbul pula rasa kagum di hatinya. Iyalah, bukan senang nak jumpa manusia sejujur ini, yang sanggup mengaku kesalahan sendiri. Diajaknya gadis itu duduk di kerusi berhampiran, selesa sedikit untuk mereka berbincang kerana hal yang mahu dibincangkan dengan gadis itu agak penting dan panjang.

 

"Okey, saya Doktor Kim Donghyuk. Boleh panggil saya Doktor Kim. Begini cik..."

 

"Yoojin. Choi Yoojin."

 

"Ah, Cik Choi Yoojin.. Begini, lelaki yang awak langgar tadi mengalami sedikit hentakan di bahagian kepala yang mungkin akan menyebabkan dia hilang ingatan...dan saya pasti itu merupakan satu kelebihan bagi awak."

 

Yoojin hampir tersenyum mendengarnya. Baguslah jika dia hilang ingatan, pasti dia tak saman aku nanti. Haha!

 

"Tapi.." Doktor Kim berjeda seketika sebelum menyambung, "Tulang tangan kanan lelaki itu patah dan tadi saya terpaksa masukkan besi ke dalam tangannya untuk strukturkan kembali tulang tu. But the most important thing now is that guy sekarang tidak sedarkan diri atau dengan kata lainnya, koma. Tadi saya ada bercakap dengan jururawat yang mendaftarkan lelaki tadi dalam senarai pesakit, dia cakap lelaki ini tiada kad pengenalan. Dompet pun tak ada dengan dia. So kami cuba periksa maklumat diri dia menggunakan cap jari dia dan tiada maklumat mengenai lelaki ini dalam sistem data pihak hospital mahupun jabatan pendaftaran negara."

 

Yoojin sudah menelan liurnya sendiri. Lidahnya terasa berpasir ketika ini. Jadi siapa lelaki yang tidak beridentiti ini? Alien dari planet matokikah atau dari planet of the apes? Mahu saja dia menggelarkan lelaki itu sebagai Kyle XY. Ya, ini semua pengaruh drama barat yang pernah ditontonnya dulu. Drama bergenre sains fiksyen bertajuk Kyle XY yang menampilkan pelakon kacak Matt Dallas sebagai watak utamanya. Kacakkah Matt Dallas? Bagi Yoojin memang kacak. HAHAHA. Tapi layakkah lelaki misteri itu digelar Kyle XY? Patutkah dia menggelar lelaki itu dengan gelaran Mr. X? Ah, apa-apa sajalah Yoojin. Asalkan kau bahagia.

 

"Then saya assume yang dia mungkin pelarian dari Korea Utara. Dan saya rasa cik kena jaga dia kot sebab undang-undang hospital ini pula tidak membenarkan kami, para pekerjanya merawat golongan pelarian dari negara tersebut."

 

Ya Tuhan..dugaan apakah yang Kau berikan kepadaku ini?

 

 

 

Dua bulan berlalu sejak kemalangan tersebut. Dan sekarang Yoojin menggalas tanggung jawab yang agak berat sebenarnya. Dia kini menjadi penjaga kepada lelaki yang dilanggarnya itu. Nasib baiklah Yoojin mampu menanggung kos perubatan lelaki itu. Sebenarnya kosnya tidaklah mahal mana, yang mahalnya bila Yoojin perlu membayar orang gaji untuk menjaga lelaki itu. Untung juga lelaki itu dijaga Yoojin kerana gadis itu datang dari keluarga berada. Dan baru-baru ini dia mendapat beberapa peratus saham milik mendiang datuknya ketika wasiat datuknya dibacakan peguam syarikat. Jadi secara tidak langsung dia sudah bergelar orang kaya baru pada usia dua puluh lima tahun. 

 

Sepanjang dua bulan lepas Yoojin menjaga lelaki misteri itu, tiada satu pun petanda positif bahawa lelaki itu akan sedarkan diri. Dan itu membuatkan Yoojin resah. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berperasaan sedemikian. Pelik betul.

 

Suatu hari, Yoojin sedang sibuk mengemas rumah bila tiba-tiba saja pintu rumahnya diketuk. Cepat-cepat dia melangkah ke pintu depan dan membukanya.

 

"Hah Jennie, sampai pun kau! Cepat ikut aku sekarang!"ucap Yoojin sambil menarik tangan teman baiknya itu ke sebuah bilik di tingkat atas rumahnya. Terkocoh-kocoh gadis itu mengikut temannya. Dia datang ke rumah Yoojin pun kerana gadis itu yang meminta dia ke sini, kononnnya untuk membincangkan sesuatu yang tersangatlah penting. Sepenting mana hal itu tidak pula Jennie tahu.

 

"Hal apa yang kau mahu bincangkan dengan aku sebenarnya?"tanya Jennie pelik. Mereka berdua sudahpun masuk ke dalam sebuah bilik yang Jennie agak sebagai bilik tetamu. Yoojin tidak menjawab, sebaliknya dia membawa rakannya itu ke sebuah katil yang terdapat di dalam bilik itu. Berkerut dahi Jennie melihat sekujur tubuh terbaring di atas katil itu dan yang mengejutkan adalah tubuh itu milik seorang lelaki! Spontan gadis itu menggaru kepalanya. Setahu dia, Yoojin ini baik orangnya. Jangan kata nak buat maksiat, bercinta pun tidak pernah. Jadi siapa pula lelaki yang berada di atas katil itu? Saudara diakah?

 

Yoojin menghela nafasnya sebentar sebelum membuka mulut. "Jennie, aku tahu kau fikir benda-benda pelik sekarang. Tetapi percayalah, aku bukan begitu. Kau ingat tak kemalangan yang aku pernah cerita dekat kau tempoh hari? Ala, yang aku cakap aku ada terlanggar seorang lelaki tu. Haa, lelaki inilah yang aku terlanggar tu."

 

Jennie mengerdipkan matanya beberapa kali tanda tidak percaya. "What? Okey, aku fahamlah part mamat ni mangsa langgar kau tu sebab kau ni kadangkala agak cemerkap bila memandu tapi kenapa kau pulak yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yukiyuyana
#1
Chapter 4: yaAllah comelnya :') nak nangis baca ending dia. kenapa sweet sangat :') admin buatlah lagi ff ikon!
KaiSoo96
#2
Chapter 1: *ketuk drum*tetiba
Uish baru prologue... best die mcm ni
misz_dina #3
Chapter 4: *tepuk tngn* ending yg menarik yerrr.best ape.x thambiey langsung la.sy bagi ★★★★★ .*tiru suara nora*


D.A.E.B.A.K!!
jachyun
#4
Chapter 4: Butterflies full in my stomach, love I can see lots of love everywhere, lol ap aq mrepek ni, btw thumbs up for you sis, best siak ctew ni, and aq rsa kau ptut apply msuk super spontan ar sbb mmg klako ctew kau sis, kipduit sis and I'll always root for you :)
jachyun
#5
Chapter 3: Alelealey skang yoojin plak yg koma and x sangka si donghyuk tu knal hanbin lol, btw update soon ^^
misz_dina #6
Chapter 3: pelarian -_- ... hrp2 yoojin cepat sembuh.hanbin,giliran kau jaga dia pulak
misz_dina #7
Chapter 2: sape yg tembak yoojin hah?ngaku cpt.baru nk hepi2 tngk dia hepi dpt tau name mr.h ... btw,citer ni daebak larrr.update lagi kehhh
jachyun
#8
Chapter 2: Maigard sis, hati saia ni dup dap dup dap bce part yoojin kna tembak, waduh ni x saba dah ni nk tau ap jdi lpas ni :3
Didie_BTS #9
Chapter 2: authornim buat saya rasa nak menangis huhu *alahai gedik xD* yelah dh org tengh heppy heppy tetiba kene tembak bang!! kaget tau hahahahaxD ff authornim mmng best! fighting authornim ! thanks for update! saya new reader hehe..
_hoshicutie #10
Chapter 2: Huh? Yoojin kena tembak? Update cepat authornim ff ni best ^^