H For Hanbin

Love You, Mr. Unknown!
Please Subscribe to read the full chapter

Bab ni akan ada sedikit perubahan dari segi cara penulisan ya anak-anak sebab bermula bab ni author akan buat pov untuk si Yoojin dan juga Mr. H dia tu. jadi jangan pening-pening pulak bila baca lmao.

 

H For Hanbin

 

Yoojin's POV

 

Mataku sedikit terbeliak tatkala tangan kiriku terasa seperti dipegang seseorang. Titik-titik peluh mula timbul di dahiku tanda aku tidak sukakan keadaan yang sedang aku alami sekarang. Badanku sudah terkaku dengan sendirinya dek kerana terkejut dan disebabkan itu aku tidak mampu untuk berpaling ke arah manusia yang memegang tanganku. Aku tahu siapa empunya tangan yang kini memegang tanganku namun aku tidak pasti adakah orang yang aku sangka itu adalah dia.

 

"I heard you, Choi Yoojin."

 

Spontan aku menelan liurku sendiri sebaik sahaja mendengar satu suara yang garau namun serak-serak basah menegurku dan dalam masa yang tanganku semakin digenggam kuat oleh si dia. Ah, siapa lagi kalau bukan Mr. H? Hanya dia dan aku saja yang berada di rumah ini sekarang. Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang dan dengan jelasnya aku dapat melihat Mr. H sedang tersenyum ke arahku. Namun begitu dia nampak agak serabai dengan sedikit misai, jambang dan kumis di muka. Hmm..nampak sangat orang gaji yang aku upah ni pemalas. Sudah beberapa kali aku ingatkan beliau untuk mencukur bulu-bulu pada muka lelaki di depanku ini tapi tidak diendahkan. Ah, susah-susah esok aku pecat je dia. Muahahahah! Okey Yoojin, ini bukan masanya untuk kau berjimba dalam hati. Kau ada masalah yang lebih besar lagi iaitu berdepan dengan Mr. H!

 

"Terkejut?"soal lelaki itu lagi. Aku pula sudah ternganga melihat dia. Bagaimana pula dia boleh tersedar dari koma ketika ini? Jangan cakap dia dengar apa yang aku katakan kepada dia tadi?

 

"Boleh lepaskan tangan saya tak?"

 

"Why should i? Kalau aku lepaskan tangan kau nanti tak bolehlah aku laporkan pada polis bahawa kaulah yang langgar aku sehingga aku berada dalam koma."

 

Aku sudah menelan liurku buat kali kedua. Jadi benarlah kata Jennie bahawa orang koma sebenarnya boleh mendengar apa yang orang katakan. Ah, apa yang aku perlu buat sekarang? Aku tidak mahu masuk perjara! Hmm.. Tak akanlah aku mahu membunuh dia pula hanya kerana dia mahu melaporkan aku kepada pihak polis?  Oh, demi Tuhan aku bukan sejahat itu! Tapi..mungkin aku boleh memujuk lelaki di depanku ini supaya tidak melaporkan aku kepada pihak polis! Yesss!

 

"Encik sepatutnya berterima kasih dengan saya."aku memberanikan diri menjawab dan menatap matanya yang berwarna coklat hazel itu. Wah, tak sangka Mr. H punya sepasang anak mata yang cantik! Aku jadi leka pula melihat anak matanya itu.

 

"For what?"

 

"Memang betul saya yang buat encik jadi macam ni tapi saya rasa encik tak perlulah laporkan saya kepada pihak polis sebab selama saya dah tebus kesalahan saya dengan menjaga kebajikan encik sepanjang encik berada dalam keadaan koma. Bukankah itu fair and square namanya?"ujarku sambil menarik tanganku dari pegangannya serta cuba mempamerkan muka sehabis serius bercampur tenang. Aku tidak boleh cuak di saat ini. Aku perlu tenang berhadapan dengan lelaki ini!

 

Mr. H cuma tersenyum sinis. "Oh, sekarang kau nak ugut aku baliklah?"ucapnya yang sedang cuba untuk duduk namun dia tiba-tiba melepaskan jeritan kecil ketika mahu mengangkat tangan kanannya. Cepat-cepat aku mendekatinya dan membantu dia untuk duduk.

 

"Encik tak boleh banyak gerakkan badan, terutamanya tangan kanan encik ni sebab tangan encik patah. Doktor bedah tangan encik untuk masukkan besi."terangku kepada lelaki itu selepas selesai membantu dia duduk bersandar di kepala katil. Mr. H pula aku lihat sedang melepaskan keluhan berat. Agaknya dia sedih melihat keadaan tangan kanannya yang bersimen sekarang. Namun kemudian aku ternampak dia membelek-belek contengan pada simen tangan kanannya itu. Alamak!

 

"Kejadah..Kau tak nak aku laporkan kau pada polis tapi kau boleh pulak conteng aku punya simen ni? Kau tahu tak.."

 

"Tak tahu."

 

"Jangan menyampuk bila aku tengah bercakap, Choi Yoojin!"marah Mr. H tapi yang peliknya dia nampak kacak..tak..sangat kacak ketika ini walaupun penampilan dia serabai tahap tong sampah depan rumah aku! Oh my, adakah dia tergolong dalam lelaki yang nampak kacak ketika marah? Kalau begitu patutkah aku terus membangkitkan kemarahannya hanya untuk melihat wajah kacak ini? Lol, jangan merepeklah Yoojin. Dan sejak bila pulak aku minat lelaki bermisai berkumis berjambang ni?

 

"Eh, macam mana encik boleh tahu nama penuh saya ni?"soalku pelik. Bodoh betul, sepatutnya aku tanya soalan ini tadi, ketika dia menyebut nama penuhku sebaik saja dia bangun tadi. Tapi malangnya aku ni jenis cepat lupa. Kadangkala perkara yang aku baru buat seminit lepas pun aku terlupa. Namun begitu aku tidak pula cepat lupa wajah orang yang pernah aku jumpa. Dan entah kenapa aku rasa seperti aku pernah bertemu Mr. H sebelum ini. Ah, mungkin itu cuma orang yang berwajah mirip seperti dia. Mungkinlah.

 

Mr. H sudah menghela nafasnya, mungkin dia kepenatan kerana terpaksa bersoal jawab dengan aku. Padan muka dia.

 

"Kau ni nyanyuk agaknya. Aku yang koma ni pun boleh ingat lagi apa yang kawan kau cakapkan pada kau tempoh hari yang orang koma boleh mendengar apa saja yang orang cakapkan pada dia. Dan hari tu kau pulak selamba je berbual dengan kawan kau depan aku. Jadi tak payahlah kau nak pelik sangat kenapa aku boleh tahu nama kau siapa. Hmm..kau cakap aku dah koma selama dua bulan kan? So ada tak kau ambil kesempatan ke atas aku?"

 

Aku sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata lelaki di depanku ini. Tak faham? Ya, memang aku tak faham apa yang dia cakapkan. Mungkin kerana otak aku masih tidak dapat mencerna sepenuhnya apa yang sedang berlaku sekarang. Mungkin sekarang aku nampak tenang tetapi sebenarnya dalam hati ini aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki misteri yang aku gelar Mr. H ini tersedar dari koma secara tiba-tiba. Tapi ada baiknya juga dia tersedar, takdelah aku terasa bersalah sangat. Bukan apa, tidak pernah dia menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar selama dua bulan dia berada di bawah jagaan aku. Malah Doktor Kim yang kini sudah menjadi sahabat baikku juga mengatakan yang Mr. H ini tidak ada harapan untuk kembali sedarkan diri. Jadi secara automatiknya aku menyangka dia tidak akan kembali ke dunia nyata. Nasib baiklah aku tergerak hati untuk bertemu Jennie siang tadi. Jika bukan kerana nasihat Jennie yang menyuruh aku bercakap sambil memberikan kata-kata semangat kepada Mr. H, mungkin aku akan terus beranggapan bahawa Mr. H tidak akan kembali sedar buat selamanya.

 

"Apa yang encik maksudkan dengan  ayat 'ambil kesempatan' tu? Saya tak faham."

 

"Itu maksudnya kau takde cuba-cuba nak raba atau rogol aku kan? Yelah, sebagai seorang manusia yang memiliki wajah kacak tahap dewa serta berbadan sado ni, aku risau jugaklah kalau-kalau kau buat benda-benda tak baik pada badan aku. Well, love my body! Don't you love your hot and y body, Choi Yoojin?"tanya Mr. H sambil menghadiahkan seukir senyuman penuh menggoda kepadaku. Memang senyumannya menggoda tapi aku tahu dia ada selitkan aura-aura mengejek dalam senyumannya itu.

 

"What the...Are you crazy? Belum pernah ada dalam sejarah perempuan rogol lelaki tau! Eeeeuuu! Dahlah, saya nak masuk tidur. Jumpa esok!"

 

Aku dengan jelasnya dapat mendengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak sebaik saja aku berlari meninggalkan bilik kerana malu. Bengong punya Mr. H, saja nak kotorkan otak suci aku!

 

 

 

Mr. H's POV

 

Esok paginya aku terbangun dengan sendirinya apabila terasa cahaya matahari memancar mengenai mukaku. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku dan dengan jelasnya aku dapat melihat  kelibat seorang wanita berusia hampir separuh abad sedang bernyanyi kecil sambil tangannya membuka tingkap bilik yang aku duduki sekarang. Aku kenal wanita itu siapa berdasarkan suaranya.

 

"Maaf makcik, boleh tutup tak tingkap bilik tu? Saya nak tidur."ucapku kepada wanita tua itu sambil menenyeh-nenyeh mataku sendiri. Memang aku kurang gemar dengan keadaan bilik yang cerah. Aku lebih suka hidup dalam gelap. Dan disebabkan aku begitu sukakan keadaan gelap, aku pernah mengecat dinding bilikku dengan warna hitam. Pelik? Memang pelik pun apa yang aku buat sampaikan mamaku pernah meng-headlock aku kerana geram dengan tindakan aku yang satu itu.

 

Wanita itu berpaling ke belakang dan jelas sekali dia terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Pasti dia terkejut melihat aku yang dia jaga selama dua bulan ini sudah tersedar dari koma. Terkocoh-kocoh dia berlari keluar dari bilik memanggil majikannya. Siapa lagi kalau bukan si Yoojin itu? Tidak bera

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yukiyuyana
#1
Chapter 4: yaAllah comelnya :') nak nangis baca ending dia. kenapa sweet sangat :') admin buatlah lagi ff ikon!
KaiSoo96
#2
Chapter 1: *ketuk drum*tetiba
Uish baru prologue... best die mcm ni
misz_dina #3
Chapter 4: *tepuk tngn* ending yg menarik yerrr.best ape.x thambiey langsung la.sy bagi ★★★★★ .*tiru suara nora*


D.A.E.B.A.K!!
jachyun
#4
Chapter 4: Butterflies full in my stomach, love I can see lots of love everywhere, lol ap aq mrepek ni, btw thumbs up for you sis, best siak ctew ni, and aq rsa kau ptut apply msuk super spontan ar sbb mmg klako ctew kau sis, kipduit sis and I'll always root for you :)
jachyun
#5
Chapter 3: Alelealey skang yoojin plak yg koma and x sangka si donghyuk tu knal hanbin lol, btw update soon ^^
misz_dina #6
Chapter 3: pelarian -_- ... hrp2 yoojin cepat sembuh.hanbin,giliran kau jaga dia pulak
misz_dina #7
Chapter 2: sape yg tembak yoojin hah?ngaku cpt.baru nk hepi2 tngk dia hepi dpt tau name mr.h ... btw,citer ni daebak larrr.update lagi kehhh
jachyun
#8
Chapter 2: Maigard sis, hati saia ni dup dap dup dap bce part yoojin kna tembak, waduh ni x saba dah ni nk tau ap jdi lpas ni :3
Didie_BTS #9
Chapter 2: authornim buat saya rasa nak menangis huhu *alahai gedik xD* yelah dh org tengh heppy heppy tetiba kene tembak bang!! kaget tau hahahahaxD ff authornim mmng best! fighting authornim ! thanks for update! saya new reader hehe..
_hoshicutie #10
Chapter 2: Huh? Yoojin kena tembak? Update cepat authornim ff ni best ^^