Yes I am : )

World Of Darkness

Taecyeon dan Chansunf meneruskan perjalanan. Kali ini Chansung pula yang menemaninya. Yixing tiada lagi bersamanya. Keluhan berat asyik dilepaskan. Sesekali dia mengusutkan rambutnya. Tekanan yang dialaminya terlalu dalam. Rasa bersalah masih berbukit kerana terpaksa meninggalkan lelaki berlesung pipit itu dengan zombie-zombie tadi.

“Kau okey tak nie?” tegur Chansung setelah lama menyepi.

Taecyeon mengangguk perlahan.

“Nak berhenti kejap tak?”

Langkah Taecyeon mati. Dia memandang Chansung. “Boleh jugak. Aku nak call member aku kejap.”

“Call?” Dahi Chansung berkerut.

Taecyeon mengangguk lagi. Jarinya laju menekan butang pada telefon tersebut.

“Bro, kita sekarang nie kan hutan. Mana ada line kat sini.” Kata Chansung sambil berjalan ke arah pokok. Dia duduk di situ untuk berehat. Lenguh kedua-dua kakinya setelah lama berjalan. Dia sempat lagi memandang Taecyeon yang sedang menunggu panggilannya diangkat.

“Wassup bro!” Terpamer wajah Kikwang di skrin. Chansung memanjangkan lehernya untuk melihat. Mulutnya sedikit terlopong.

‘Canggih siot phone dia tu. Nak beli jugaklah nanti.’ Desis hati Chansung.

Muka Taecyeon kekal serius. “Kikwang, boleh tak bagitahu sekarang nie aku dekat mana?”

“Tunggu kejap ye?” Pantas Kikwang memusingkan kerusinya ke sebelah kanan. Terdapat sebuah komputer yang telah diubahsuai menjadi lebih canggih di situ. Pembantu Kikwang iaitu Daehyun turut membantu. Kelihatan jari telunjuk Daehyun asyik menekan-nekan skrin komputer. Kikwang sekadar mengangguk tanda mengerti.

“Taec.. lagi berapa cm je lagi.” Beritahu Kikwang penuh yakin.

“Cm?” Dahi Taecyeon berkerut. “Centimeter? Mak aih.. terlebih dekat tu.”

“Oit Kikwang!” Kelihatan Daehyun menepuk kuat kepala Kikwang. “Kmlah, budak pandai.”

Kikwang mengaduh. Kepalanya digosok-gosok. “Manalah aku tahu. Aku tahu aku bodoh.”

“Dah mula dah kau nie. Aku tak kata pun kau nie bodoh ke apa.” Daehyun mengeluh kecil. Lantas memandang Taecyeon di skrin. “Taec, lagi berapa km lagi sampailah tu. Hati-hati tau masa kau pergi sana.”

“Okey.”

Taecyeon mematikan hubungan. Kepalanya didongakkan, memandang awan-awan yang sedang bergerak perlahan. Sesungguhnya dia mula merindui lelaki berlesung pipit itu. Air mata mula mengalir di pipi. Pantas air mata disapu. Dia tidak mahu Chansung melihatnya.

“Jom sambung perjalanan.” Taecyeon berjalan meninggalkan Chansung.

Chansung bingkas bangun. “Kita dah nak sampai ke?”

“Bolehlah.” laung Taecyeon yang sudah menjauh.

Chansung mengejarnya.

Apabila mereka berdua berjalan bersama, Chansung memulakan perbualan dengannya. Kelihatan Taecyeon langsung tidak mahu diajak untuk berbual. Memandangkan tahap kebosanannya telah mencapai tahap yang tinggi, terpaksa dia melayan sahaja lelaki itu.

“So.. apa tujuan kau datang sini?” soal Taecyeon.

“Suka-suka.” Jawab Chansung selamba.

Taecyeon memandang Chansung tidak puas hati.

“Kau dah kenapa pandang aku macam tu?” Dahi Chansung berkerut. “Betullah. Aku datang sini pun suka-suka je walaupun tak ada misi yang aku kena selesaikan. Bosanlah duduk kat bandar. Jadi aku datanglah sini. Mana tahu kalau ada benda yang best kat sini.”

“Kau nie memang peliklah. Duduk kat bandarlah best.” Balas Taecyeon.

“Tak bestlah.” Bantah Chansung. “Kat sini tak ada siapa kacau aku. Rasa aman je duduk kat sini.”

“So kau tinggal kat banglo buruk tulah?”

“Taklah. Malam aku baliklah.”

Taecyeon mengangguk tanda mengerti. Setelah lama mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di satu tempat yang agak terasing dari kawasan hutan. Seolah-olah mereka berada di alam lain. Mereka berhenti serentak.

“Aku rasa kita dah sampai.” Kata Chansung perlahan.

Di sana langit agak gelap. Ditemani dengan kilat yang berwarna ungu. Asyik sambar-menyambar sehingga menyentuh bumi. Banyak tanda kubur terletak di tepi laluan menuju ke istana. Langsung tidak tersusun dengan betul. Kelihatan tunggang-langgang.

“Sudahlah rasa kau tu. Kita memang dah sampai pun.” Kata Taecyeon pula.

Mereka berdua serentak memasuki alam lain. Chansung menoleh ke belakang untuk melihat kawasan hutan tadi. Serta-merta kawasan hutan itu hilang dari pandangan. Terkejut Chansung dibuatnya. Dia meneruskan perjalanan.

Taecyeon pantas mengeluarkan senapang dari belakangnya.

Dari jauh lelaki berjubah hitam itu telah dapat mengesan kehadiran mereka. Pantas dia menuju ke balkoni istana untuk melihat walaupun dia tahu Taecyeon dan Chansung masih berada jauh dari istana. Kedua-dua matanya dipejamkan seketika.

Lalu membuka matanya kembali. Matanya berubah menjadi merah menyala. Dengan menggunakan kuasa matanya, dia boleh melihat Taecyeon dan Chansung dari jarak jauh.

“Siapa pulak berani masuk alam aku nie?” bisiknya perlahan.

Apabila matanya terpaku pada Taecyeon yang sedang memegang senapang, tiba-tiba sahaja dia tersenyum sinis sehingga menampakkan taringnya. Lantas kembali masuk ke dalam. Pintu balkoni ditutup perlahan. Dia kembali ke katil dimana Yixing sedang berbaring di situ.

“Sayang..” Lelaki itu naik ke atas katil perlahan. Takut Yixing bangun dari tidur. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Yixing. Dia menongkat kepalanya memandang Yixing yang masih dibuai mimpi. Perlahan-lahan dia membelai lembut pipi lelaki comel itu.

“Hero sayang dah sampai.” Kucupan hinggap di pipi Yixing. “I’ll miss you.”

Setelah lama dia menatap wajah Yixing, barulah dia mengucup lembut bibir Yixing. Lelaki itu mengucupnya lama. Sayangnya dia kepada Yixing.

“Tuan..” Lelaki yang digelar Butler, terkejut melihat mereka. “Maafkan saya, tuan muda.”

Lelaki itu meleraikan kucupan. “Tak apa.” Dia bingkas bangun sambil membetulkan bajunya.

“Ada apa datang sini?” soal lelaki itu.

“Dah tiba masanya tuan muda perlu lakukan upacara tu.” Balas butler itu. Lelaki itu sekadar mengangguk perlahan. “Nak saya bawa budak perempuan tu sekali ke?”

Sekali lagi lelaki itu mengangguk. Butler itu berlalu pergi.

“Orang tua nie..” keluh lelaki itu. “Tak sabar nak jumpa Yixinglah tu.”

Pantas lelaki itu beredar dari bilik lalu turun ke bawah. Semua lelaki berjubah sudah berada di situ untuk melakukan upacara bersama. Satu persatu wajah mereka dipandang. Lelaki itu terus berjalan ke hadapan potret ketua.

“Mana budak perempuan tu?” laung lelaki itu kuat. “Cepatlah bawak dia ke sini. Dahlah aku malas nak buat upacara nie.”

Dari bawah dia sudah terdengar tangisan Jaeun. Kelihatan jaeun sedang ditarik oleh butler itu. Makin kuat budak perempuan itu menangis. Dia takut melihat butler itu. Wajah butler itu sangat menakutkan baginya.

“Sampai pun.” Lelaki itu tersenyum. Butler itu menolak Jaeun ke arah lelaki berjubah hitam itu. Pantas lelaki itu menggunakan kuasanya untuk mengikat kedua-dua tangan Jaeun supaya tidak terlepas.

“Jadi..” Lelaki itu memandang mereka semua yang hadir.

“Mari kita mulakan.”

________________________

Taecyeon berhenti untuk menghubungi Kikwang. Telefon itu asyik ditepuk-tepuk kerana tidak berfungsi. Bengang Taecyeon dibuatnya. Dia dengan berapinya terus mencampak telefon itu ke tempat lain.

“Oit.. buat acara lontar peluru kat sini pulak kau.” perli Chansung sambil memegang senapangnya.

“Macam mana?” soalnya. “Dapat tak?”

“Tak.” Ringkas Taecyeon menjawab. “Sejak kita masuk alam nie, tak berfungsi pulak.”

Taecyeon dan Chansung meneruskan perjalanan. Sunyi-sepi sahaja di situ tetapi bunyi burung gagak tetap ada. Bunyi bising itu sememangnya membuatkan Chansung menjadi tidak selesa. Dia dengan bengangnya terus menembak burung gagak tersebut.

“Woi..” Taecyeon menampar kuat bahu Chansung. “Tolonglah jimat sikit peluru tu. Dahlah peluru kau tinggal sikit. Kalau zombie datang menyerang tiba-tiba kang habis peluru kau tu. Aku tak ada peluru lebih.”

Pantas Taecyeon meninggalkan Chansung.

“Burung tu buat aku benganglah. Aku tembak jelah sakai.” Kutuk Chansung.

“Kaulah sakai sebab tak reti guna peluru!” balas Taecyeon kembali.

Chansung berdengus geram.

Tiba-tiba ada seekor ular muncul di hadapan Taecyeon. Terkejut beruk Taecyeon dibuatnya. Dia tidak sengaja melepaskan tembakan pada tanah berkali-kali. Chansung ternganga melihat ular. Pantas dia menembak ular itu. Akhirnya ular itu mati.

“Woi!” Kali ini Chansung pula memukul kepala Taecyeon dengan senapang.

Taecyeon mengaduh.

“Kata orang, kau pun 2x5 jelah!” Chansung merampas senapang milik Taecyeon. Dia memeriksa isi senapang itu. Taecyeon mengurut dadanya, terkejut dengan kemunculan ular tiba-tiba. Chansung melepaskan keluhan berat.

“Peluru kau tinggal 10 tahu tak!”

“Apa?”

Taecyeon merampas senapangnya semula. Matanya terbeliak melihat isi senapang tersebut.

“Tak guna.”

“Kau tu yang tak guna.” Kutuk Chansung.

Taecyeon menjeling tajam. “Apa kau cakap tadi?”

“Kau..” Chansung tersenyum sinis. “Kau tu memang tak guna!”

Taecyeon terus mencengkam kuat kolar baju Chansung. Satu tumbukan dilepaskan pada muka Chansung. Chansung mengetap bibir untuk menahan rasa sakit.

“Dari kita jumpa kat hutan tu sampai kat alam nie, kau memang tak puas hati dengan aku kan? Cuba cakap dengan aku, apa salah aku sebenarnya?” Akhirnya gunung berapi Taecyeon meletus. Kali ini meletus berkali- kali. Chansung terkedu seketika.

“Cakaplah, tak guna!”

“Sudahlah!” Chansung menolak tubuh Taecyeon dengan kuat. “Memang aku tak puas hati dengan kau!”

“Kenapa tak puas hati?”

“Entahlah.” Chansung mengusutkan rambutnya. “Tapi.. aku memang tak puas hati dengan kau. Kau..”

“Aku apa?” Terjongket kening Taecyeon.

“Kau tak sedar apa yang kau dah buat kat aku tapi aku sedar.” Chansung memandang Taecyeon. “Kau dah hancurkan perasaan aku. Kau hancurkan semuanya. Kau rampas orang yang aku sayang. Bukan.. kau rampas lover aku. Kalau dia tak pindah ke negara nie.. dah lama kitaorang kahwin.”

“Apa kau nie?” Dahi Taecyeon berkerut. “Siapa lover kau? Bila masa pulak aku jadi perampas?"

Chansung diam. Pantas senapang dihalakan ke arah Taecyeon.

Taecyeon terkejut besar. “Woi.. kau nie apahal duh?"

Chansung merenung tajam. “Zhang Yixing, dialah lover aku.”

“Sudahlah drama tak laku kau nie.” Pantas Taecyeon memaut leher Chansung. Terkejut Chansung dibuatnya. Dia sendiri rasa terkejut dengan kepantasan lelaki itu. Senapang dilepaskan. “Sebab tu ke kau tak puas hati dengan aku? Sorrylah sebab aku memang tak tahu pasal nie.”

Chansung diam.

“Tapi.. kalau kau still cintakan dia, teruskan and kahwinlah dengan dia.” Sambungnya lagi.

“Aku tak nak jadi perampas.” kata Taecyeon, lirih.

Chansung tertunduk. Taecyeon melepaskan Chansung dan pergi.

“Taecyeon..” panggil Chansung.

Langkah Taecyeon mati.

“Kau lebih sesuai untuk dia. Aku dah tak sesuai.” Kata Chansung perlahan. “Dia nampak happy je bila dengan kau. Aku ngaku aku still cintakan dia tapi tu semua dah berlalu. Yixing tak mungkin suka aku balik. Kalau aku paksa dia pun, tu bukan cinta namanya.”

“Tu paksaan namanya.” Sambungnya lagi. “Jadi.. aku akan tolong kau selamatkan dia. Lepas nie, aku tak akan kacau korang lagi. Aku tipu kau. Aku datang hutan nie sebab Kikwang bagitahu aku yang Yixing akan datang sini. So aku tunggu kat banglo buruk tu. Sorry Taecyeon.”

“Tak apa.” Taecyeon menoleh.

“Apa kata kita lupakan semua nie dan buat je macam tak pernah berlaku.”

“Okey.”

Taecyeon dan Chansung tersenyum kecil.

______________________________

Terdapat sebuah keranda di situ. Lelaki itu membuka keranda tersebut untuk melihat ketuanya. Semua lelaki berjubah sekadar memerhati. Kelihatan Jaeun sedang berbaring di atas lantai. Dia kelihatan sangat lemah selepas upacara itu berlangsung.

Rupanya darah Jaeun digunakan untuk mengembalikan ketua mereka. Selepas tiga hari, kemungkinan dia akan mati kerana telah disuntikkan dengan racun.

“Bawak budak tu masuk bilik.” Arah lelaki itu tanpa memandang butler.

Butler itu mengangkat tubuh Jaeun lalu dibawa ke bilik.

“Rasanya aku perlu bawak Yixing ke sini.” Keluh lelaki itu perlahan. Dia berlari naik ke atas. Pintu dibuka dan kelihatan Yixing sudah bangun dari tidur. Bahu Yixing yang terdedah itu telah menarik perhatiannya.

“Sayang, baru bangun ye?” tegurnya.

“Yeah...” Ringkas Yixing menjawab. Lelaki itu datang menghampirinya. Dia memeluk tubuh Yixing dari belakang. “Ketua dah balik sini ke?”

“Dah.. tapi belum bangun lagi, sayang.” balas lelaki itu. Perlahan-lahan dia mengucup lembut bahu Yixing yang terdedah sebelah itu. Dia mengucupnya lama. “Sayang suka ketua?” tanyanya.

“Suka.” Jawapan Yixing telah mengecewakan lelaki itu. “Tapi sayang lagi suka Woobin.”

Lelaki itu tersenyum gembira. “Yeke?”

Yixing mengangguk. Lelaki itu atau Woobin, memeluk tubuh Yixing erat.

Rupa-rupanya lelaki itu ialah Kim Woobin.

______________________________

Fail disusun mengikut tarikh di dalam laci. Lantas laci itu ditutup. Kikwang menghela nafas lega kerana misi mencari adik Taecyeon akan berakhir. Dia berlalu pergi sambil membawa fail bersama. Dia menuju ke biliknya untuk menghubungi Taecyeon. Sudah lewat malam, Kikwang masih lagi belum pulang ke rumah.

“Kikwang.”

“Ye?” Kikwang menoleh.

Woobin sedang berdiri di muka pintu. Dia memakai jubah hitam.

“Eh, Woobin?” Kikwang menunduk hormat. Apabila dia berdiri semula, Woobin hilang dari muka pintu. Berkerut dahi Kikwang dibuatnya. Dia menggaru-garu kepala lalu menghadap komputer. Sekali lagi dahinya berkerut.

Dia nampak Woobin sedang berdiri di belakangnya menerusi skrin komputer. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

Satu tikaman menusuk tepat pada jantungnya. Matanya terbeliak sambil mulutnya terlopong luas. Woobin sekadar tersenyum sinis sehingga menampakkan taringnya. Akhirnya Kikwang tidak lagi bernyawa. Woobin menggunakan kuasanya untuk menghantar mayat itu ke alam lain. Sekarang Taecyeon tidak akan dapat sebarang maklumat daripada Kikwang lagi.

Woobin menutup dirinya dengan jubah dan ghaib.

_________________________________
Bersambung!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish