Where Are you?

World Of Darkness

Taecyeon dan Yixing meneruskan perjalanan. Kali ini Taecyeon tidak keseorangan lagi. Yixing ada untuk membantunya. Masing-masing mengatur langkah menuju ke satu tempat. Setelah berhubung dengan Kikwang sebentar tadi, Kikwang memberitahu bahawa ada sebuah bandar kosong di hutan. Lagi bertambah pelik kedua-duanya.

“Mula-mula rumah. Tadi kampung. Dan sekarang bandar pulak?” kata Taecyeon seakan tidak percaya. “Lepas nie apa pulak?”

“Entahlah, Taec.” Kata Yixing pula. “Aku rasa hutan nie bukan hutan sembarangan. Macam-macam kita dah jumpa tadi kan? Tak sangka pulak ada zombie kat sini. Dah tu serang kita pulak tu. Lagi dahsyat! Patutlah kapten Kris bagi senapang semua nie kat aku. Rupa-rupanya dia tahu kat sini kawasan zombie.”

“Aku yakin hutan nie bukan hutan biasa.” Sambungnya lagi.

“Haih, kapten Kris mana pulak nie?” soal Taecyeon. Suaranya kedengaran cemburu.

Yixing tersengih. “Kapten yang bawak helikopter. Aku datang sini naik helikopter.”

“Handsome tak?”

Yixing memandang Taecyeon. “Kau lagi handsomelah.”

“Apa kau cakap tadi? Hisy..tersumbat lagi telinga aku nie.” Sempat lagi Taecyeon mengusik Yixing. Tiba-tiba dadanya terasa pedih akibat tamparan maut daripada Yixing. “Aduh! Sakitlah, Yixing! Takkan nak bergurau dengan wife sendiri pun tak boleh haa?”

“Wife kau cakap?” Yixing tersengih. “Oit, sejak bila kita kahwin haa? Cincin kahwin pun tak ada lagi. Ada hati nak cakap aku nie wife kau pulak erk? Ingatlah wei. Kita datang sini nak cari adik perempuan kau. Bukannya cari jodoh kat sini.”

Yixing berjalan meninggalkan Taecyeon.

“Hisy.. kalau ya pun, janganlah tinggalkan aku!” laung Taecyeon. Dia terus berlari mengejar Yixing dengan senyuman bahagia di bibir. Dia memaut bahu Yixing supaya dapat berjalan bersama.

Yixing sekadar tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Setelah lama mereka berjalan, barulah mereka tiba di sebuah bandar. Bandar yang kosong dan tiada seorang pun menetap di situ. Sunyi-sepi sahaja suasana di bandar tersebut. Bunyi burung gagak menyambut kedatangan mereka.

“Sunyi je..” Taecyeon memecahkan suasana. “Kata bandar, tapi tak ada orang pun duduk sini. Kawasan radioaktif agaknya sampai kosong bandar nie.” Dia memandang sekeliling bandar itu sebelum meneruskan perjalanan namun sempat dihalang oleh Yixing. Wajahnya kelihatan serius.

“Kenapa nie, Yixing?” soal Taecyeon. Yixing pantas menekup mulut Taecyeon supaya tidak bersuara. Dia terpaksa mengheret lelaki itu ke belakang bangunan.

“Hisy... suara kau nie kuat sangatlah. Senyaplah sikit.” arah Yixing serius. Mulut Taecyeon masih lagi ditekup olehnya. Meronta-ronta Taecyeon dibuatnya. Keluhan kecil dilepaskan. Sebenarnya ada satu zombie di situ, sedang mencari dari mana datangnya suara Taecyeon.

“Taec... duduk diam-diam boleh tak?” arahnya lagi. Suaranya makin diperlahankan. Memandangkan lelaki itu masih tidak mahu mendengar kata, Yixing terpaksa mengucup bibir Taecyeon daripada menekup mulutnya.

Mereka berdua berkucupan sehingga zombie yang sedang mencari mereka, menuju ke tempat lain. kemudian barulah Yixing meleraikan kucupan. Taecyeon tersengih nakal. Yixing cuba melihat sama zombie itu sudah pergi ataupun masih berada di situ.

“Ceh.. dah pandai nampak?” Taecyeon masih lagi dengan senyuman nakalnya.

Yixing menoleh. “Terpaksa.”

“Alasan je tu.” Sindir Taecyeon. “Nak lagi boleh?” Dia sudah mendekati Yixing sambil memuncungkan bibirnya. Sekali lagi dadanya terasa sakit yang teramat.

“Dahlah. Jom sambung perjalanan.” Yixing beredar. Dia sudah mengeluarkan sepucuk pistol dari poket seluarnya. Taecyeon berdengus kecewa. Dia berlari mendapatkan Yixing. Mereka berdua dengan berani berjalan di tengah bandar itu. Tanpa mereka sedari, banyak zombie telah dapat mengesan kehadiran mereka.

Dalam kiraan 3, semua zombie terus meluru keluar dari bangunan. Terkejut mereka dibuatnya. Taecyeon terus berlari sambil melepaskan tembakan. Yixing pula memanjat naik ke atas kereta. Tembakan dilepaskan mengikut arah laser. Bunyi tembakan menguasai bandar itu.

“Kejarlah aku!” Taecyeon sengaja mencari pasal. Semakin laju zombie-zombie itu berlari. Dia menekan picu senapang untuk melepaskan tembakan. Satu per satu zombie tumbang dan mati. Yixing masih lagi berada di atas kereta. Banyak zombie telah mengepung kereta itu supaya dia tidak dapat turun.

Yixing menghalakan laser ke arah setiap zombie untuk melepaskan tembakan. Tanpa dia sedari, salah satu zombie yang sedang mengepung kereta itu, mengigit kaki Yixing dengan kuat. Yixing menjerit kesakitan sehingga terduduk di atas kereta tersebut. Dia dengan berapinya terus menendang zombie yang mengigitnya tadi.

“Tak guna..” Yixing berdengus geram. Walaupun dalam kesakitan, dia masih lagi boleh melepaskan tembakan. Setelah kesemua zombie telah mati, barulah dia merebahkan dirinya. Kesakitan pada kakinya telah membuatkan dia berasa sangat lemah. Pandangannya menjadi kabur.

“Yixing!” Suara itu kedengaran bergema di dalam telinganya. Dia menoleh ke sisi dengan matanya yang hampir tertutup. Dia nampak Taecyeon sedang berlari ke arahnya sambil menjerit-jerit namanya.

“T-Taec..” Akhirnya pandangan Yixing menjadi gelap.

__________________________________

Malam itu, mereka terpaksa bermalam di bangunan itu. Taecyeon memilih tingkat yang tinggi dan sukar untuk dikesan oleh zombie. Yixing kelihatan masih belum sedar dari pengsan. Mukanya pucat. Risau benar Taecyeon dibuatnya setelah melihat luka pada kaki Yixing. Semakin teruk jika dibiarkan luka itu.

“Apa?” soal Taecyeon seakan tidak percaya.

Pada skrin telefon itu kelihatan Kikwang sedang mengangguk sebagai jawapan. “Ya. Dia dah kena virus daripada zombie tu. Setiap gigitan atau sentuhan daripada zombie, ada virus untuk jadikan mangsa mereka sebagai ahli baru mereka.”

“Jadi.. maknanya..”

Kikwang mengangguk lagi. “Dalam masa 3 hari, kalau kau tak jumpa penawar yang boleh sembuhkan Yixing..” Keluhan berat dilepaskan. Taecyeon merenung tepat pada skrin. “Dia akan jadi seperti mereka. Bertindaklah sebelum terlambat..”

Taecyeon mencuri pandang ke arah Yixing yang sedang berbaring di atas katil. Kemudian, dia memandang Kikwang semula.

“Kikwang...” Taecyeon meneguk liur. “Tolong aku.. untuk sembuhkan dia.”

“Aku tengah tolong kaulah nie.” Balas Kikwang serius.

“Jadi... apa yang aku kena lakukan sekarang nie?”

Kikwang diam untuk mencari cara. “Taec.. buat masa nie jangan dekat-dekat dengan dia. Aku takut kalau virus tu boleh merebak pulak nanti. Kang tak pasal-pasal kau pun jadi zombie. Macam nielah.. apa kata kau..” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, pembantu Kikwang iaitu Daehyun sudah menepuk bahunya.

“Kikwang, tengok nie.” Daehyun menghulurkan fail kepada Kikwang. Kikwang segera menelitinya dengan fokus sekali. Bulat mata Kikwang dibuatnya. Dia menggeleng-geleng kepala seakan tidak percaya. Setelah Daehyun beredar, barulah Kikwang menyambung ayatnya.

“Ok Taecyeon.” Serius sahaja suara Kikwang memanggil.

“Ye?” sahut Taecyeon.

“Mimpi kau tu memang jadi kenyataan, Taec.” Kikwang tersenyum.

“Apaa?”

“Istana tu wujub sebenarnya. Istana tu terletak jauh dari tempat kau berada sekarang nie. Jadi hati-hatilah sepanjang perjalanan ke sana.” Pesan Kikwang. Taecyeon masih lagi terkejut. “Janganlah terkejut sangat. Hodoh betul muka kau. Entah macam manalah Yixing aku tu boleh suka kat kau.” perlinya.

Taecyeon tersengih. “Baik kau elakkan guna perkataan ‘Yixing aku tu’ erk?”

Kikwang ketawa. “Sorrylah bro. Aku dah ada orang lainlah. Taec, satu lagi. Aku rasa penawar tu ada kat istana. Cubalah cari kat sana. Mana tahu ada penawar yang boleh sembuhkan Yixing kau tu. Mungkin penawar tu dalam bentuk botol or suntikan.”

Taecyeon mengangguk tanda mengerti. “Okey.”

Kikwang ingin mematikan hubungan namun cepat-cepat Taecyeon bertanya.

“Kikwang, mana Woobin? Dia ada tak? Aku nak cakap something dengan dia.”

“Woobin?” Kikwang memandang Taecyeon. “Dia tak adalah kat sini. Pergi bercuti katanya.”

“Bercuti?” Dahi Taecyeon berkerut. “Pergi bercuti ke mana pulak?”

Kikwang mengangkat bahu tidak tahu. Taecyeon pelik seketika. “Peliklah. Lagipun dia kan ada banyak kes baru. Mestilah tak ada masa nak bercuti.”

“Entahlah, Taec. Dia kan lagi besar jawatan daripada kita. Tak kisahlah dia nak buat apa pun. Bukan kena marah pun, kan?” balas Kikwang tersenyum. Taecyeon turut tersenyum. Cepat-cepat hubungan dimatikan.

“First time jugak Woobin ambik cuti.”

“T-Taec..”

Taecyeon pantas memandang ke arah suara itu. “Yixing?” Dia mendekati Yixing tetapi langkahnya terhenti seketika apabila teringatkan pesanan Kikwang. Keluhan berat dilepaskan. Dia terpaksa jarakkan diri daripada Yixing.

Yixing pelik melihat Taecyeon. “Kau dah kenapa duduk jauh-jauh?”

“Err... aku... aku..” Tergagap-gagap Taecyeon dibuatnya.

“Kau apa?” Terjongket kening Yixing.

“Hmm.. kalau aku duduk dekat-dekat dengan kau..” Taecyeon menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Nanti... nafsu.. aku meningkat.”

Bulat mata Yixing dibuatnya. Lalu ketawa. “Apalah kau nie, Taec!” Dia ketawa lagi.

Taecyeon tersengih. “Woi.. sekurang-kurangnya aku bagitahu apa yang aku rasa!”

“Yelah. Yelah. Maaflah ya?” Yixing cuba menahan diri daripada ketawa. Tidak sampai beberapa saat dia ketawa lagi.

“Sudah-sudahlah tu.” Taecyeon berpura-pura marah. Yixing pula masih lagi ketawa.

‘Hisy.. nak je aku rogol dia nie kang.’ Desis hatinya.

_______________________________________

Setelah matahari terbit tinggi, barulah Taecyeon dan Yixing sambung perjalanan. Dari semalam lagi Taecyeon asyik jarakkan diri daripada Yixing. Takut kalau virus itu merebak. Yixing buat tidak kisah.

“Taec..” Yixing memecahkan suasana setelah jauh dari kawasan bandar. Kini, mereka sedang memasuki kawasan hutan semula. Taecyeon mengangkat tangannya tanda menyahut.

“Hisy.. kalau ye pun pandanglah aku bila aku panggil kau.” Yixing memuncungkan mulutnya.

Taecyeon pantas memandang ke arah Yixing. “Hah? Apa kau nak?”

Yixing berdengus geram. “Kau nie kan. Kenapa kau asyik jauhkan diri daripada aku?”

“Kan aku dah cakap semalam. Nanti nafsu aku meningkat.” Jawab Taecyeon selamba. Dia berjalan meninggalkan Yixing di belakang.

Langkah Yixing mati tiba-tiba.

“Kenapa? Aku salah cakap ke?” soal Taecyeon. Apabila menyedari Yixing berhenti berjalan, dia turut berhenti lalu menoleh ke belakang. Dahinya berkerut. “Kenapa nie?”

“Hmm..” Yixing menundukkan kepalanya. Taecyeon berjalan mendapatkan Yixing semula.

“Yixing? Hei... kau okey tak?” Risau Taecyeon dibuatnya. Belum sempat dia memegang bahu Yixing, lelaki berlesung pipit itu tiba-tiba sahaja menerkam tubuhnya. “Yixing?!” Serentak mereka jatuh di atas tanah.

Apabila Taecyeon merenung mata Yixing, dia sedar mata lelaki itu sudah bertukar merah. Sangat menakutkan! “Kau bukan Yixing!”

“Argh!” Yixing cuba menyerangnya dengan mengigit leher Taecyeon. Pantas Taecyeon menggelak. Dia terus menolak tubuh Yixing dari atas badannya. Senapang terus dikeluarkan.

Yixing bangun dengan matanya yang merah menyala. Perlahan-lahan dia mendekati Taecyeon.

Taecyeon cemas walaupun senapang telah dikeluarkan. Dia memandang Yixing lama. Tiba-tiba Yixing rebah dan pengsan. Terkebil-kebil mata Taecyeon dibuatnya. Dia bingkas bangun lalu mendapatkan Yixing.

“Yixing?” Taecyeon menepuk-nepuk pipi Yixing.

Tiba-tiba telefon berdering. Taecyeon pantas menjawab panggilan itu. Muncul muka Kikwang di dalam skrin.

“Aku baru nak call kau!” kata Taecyeon dengan cemas.

“Yeke?” Bulat mata Kikwang dibuatnya. “Aku pakar dalam bab-bab muncul bila diperlukan.” Dia ketawa bangga dengan dirinya. Taecyeon tersengih. “Kaulah cakap dulu. Ada apa?”

Taecyeon tidak menjawab pertanyaan Kikwang tetapi sebaliknya dia menghalakan kamera ke arah Yixing yang masih belum sedarkan diri. Kemudian dia menghalakan kamera semula ke arah mukanya sendiri. Kikwang tersengih apabila melihat wajah Taecyeon secara dekat.

“Kenapa dekat sangat nie? Aku nampak lubang hidung kau bro.” Kikwang ketawa makin kuat.

Cepat-cepat Taecyeon jarakkan diri daripada kamera. “Sudahlah tu. Asyik ketawa je kau nie.”

“Sorrylah bro.” Kikwang tersengih. “Yixing tu kenapa? Pengsan lagi ke?”

“ A’ah.”

“Kenapa?”

“Entahlah, Kikwang. Susah aku nak explain kat kau.” balas Taecyeon. Kikwang setia menanti penjelasan daripada Taecyeon. “Tadi dia attack aku. Aku ingatkan dia marah gila kat aku sebab aku asyik jauhkan diri daripada dia. Sebenarnya bukan. Yang attack aku tadi tu bukan Yixing. Seolah-olah ada sesuatu rasuk Yixing.”

Kikwang mengangguk tanda mengerti. “Hmm... mungkin tu satu petanda sebelum dia jadi zombie sepenuhnya.”

Taecyeon mengeluh berat.

“Tinggal 3 hari je lagi kau kena cari penawar tu.” Sambungnya lagi. “Nampaknya kau ada 2 misi yang kau kena selesaikan. Pertama, kau kena cari adik perempuan kau dulu. Dua, cari penawar untuk Yixing.”

Taecyeon mengangguk lemah. “Okey.”

“Good luck bro.” Ucap Kikwang.

“Takziah bro.” Ucap Taecyeon pula.

“Kenapa pulak?”

“Doojoon dan Xiumin.” Taecyeon tersenyum lemah. Kikwang mengangguk tanda mengerti. “Kau dah tahu kan apa yang berlaku sebenarnya kat Doojoon dan Xiumin?”

“Yeah.” Lemah sahaja suara Kikwang. Kelihatan dia mengetap bibir untuk menahan rasa sebak.

“Okeylah. Aku kena off.” Cepat-cepat Taecyeon mematikan hubungan. Di sana, Kikwang sudah mengalirkan air mata. Sebenarnya mereka berdua ialah kawan baiknya sejak dari kecil lagi. Dia langsung tidak dapat menerima kenyataan bahawa Doojoon dan Xiumin telah pergi.

“Maafkan aku, Kikwang.” Bisiknya perlahan. Dia duduk bersila di sebelah Yixing. Apa yang dia perlu lakukan sekarang ialah mencari adik perempuannya. Kemudian, barulah mencari penawar untuk menyembuhkan Yixing.

___________________________

Kikwang menanggalkan alat pendengar dari kepalanya. Pantas air mata diseka. Dia termenung seketika. Jarinya memegang tertikus untuk melihat gambar di komputer. Banyak gambar dia bersama dengan Xiumin dan Doojoon semasa pergi bercuti di luar negara. Sekali lagi air matanya mula mengalir. Dia tidak dapat menahan sebak lagi.

Teringat perbualan terakhirnya dengan mereka berdua sebelum pergi menghantar Taecyeon ke hutan.

“Kiki!” panggil Doojoon. Jari telunjuknya sedang memusingkan kunci trak polis berkali-kali.

“Eh, Doo?” Kikwang tersenyum. “Mana Xiumin?”

“Budak kecik tu?” Doojoon ketawa. “Dia ada kat garaj. Sibuk betulkan alat gps katanya. Kejap lagi dia datang sini nak jumpa kau.”

Kikwang mengangguk lemah. Wajahnya kelihatan muram.

“Kenapa nie Kiki?” soal Doojoon, risau.

Kikwang mengeluh berat. “Entahlah, aku rasa tak sedap hati.”

Doojoon memegang kedua-dua bahu Kikwang. Kikwang memandang Doojoon lama. “Kenapa kau rasa tak sedap hati pulak? Risaukan kitaorang ya?”

“Doo, Kiki!” laung Xiumin. Serentak Doojoon dan Kikwang menoleh.

“Xiu..” Pantas Kikwang memeluk Xiumin. Xiumin pelik seketika. Dia memandang Doojoon dengan penuh tanya. Doojoon hanya mengangkat bahu sebagai jawapan.

“Kenapa nie?” Lembut Xiumin bertanya.

“Rindu kau.” tipu Kikwang. Lagi bertambah pelik Xiumin dibuatnya. Dia membalas pelukan lelaki itu.

“Aku pun.”

Doojoon sekadar tersenyum.

Apabila Kikwang kembali ke alam nyata, dia menangis lagi. Sesungguhnya dia amat merindui dua sahabat baiknya itu.

____________________________________

“Jauh lagi ke istana tu?” soal Yixing. Mereka berdua meneruskan perjalanan sebaik Yixing sedar dari pengsan.

Taecyeon mengangguk sebagai jawapan.

“Agak-agaknya bila kita boleh sampai istana tu?” soal Yixing lagi.

“Entahlah, Yixing.” Ringkas Taecyeon menjawab. “Tapi kita kena cepat sampai sana.”

Yixing sekadar mengangguk kecil. Apabila berjalan, Taecyeon teringatkan pesanan daripada Kikwang sebentar tadi. Lantas dia mengambil tangan Yixing lalu diletakkan pada lengannya. Rupanya mereka boleh bersentuhan kerana virus itu tidak berjangkit.

Yixing memandang Taecyeon.

Peluk lengan aku. Aku tak nak kau jatuh lagi.” Arah Taecyeon.

Yixing tersenyum. “Okay.” Dia memeluk erat lengan Taecyeon. Ada perasaan bahagia datang bertandang di hati Taecyeon. Dia sekadar tersenyum manis. Yixing turut tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Kenapa tiba-tiba je nie?” Yixing tersengih.

Mereka berdua masih lagi berjalan di hutan.

“Huh?” Terjongket kening Taecyeon.

“Yelah. Tadi kau bukan main lagi asyik jauhkan diri daripada aku.” Yixing memuncungkan mulutnya.

Taecyeon tersenyum kecil. “Tu tadi. Sekarang lain.”

“Eleh..”

“Apa eleh eleh?” Taecyeon mencubit geram pipi Yixing.

“Nafsu meningkat konon.” Yixing ketawa.

“Woi.. tiba-tiba je kau nie erk?” Taecyeon terus menggeletek Yixing. Makin kuat Yixing ketawa dibuatnya. Tanpa mereka sedari suara gelak ketawanya telah menarik perhatian zombie yang berada di situ. Terus zombie-zombie itu menyerang mereka.

Terkejut kedua-duanya. Pantas senjata masing-masing dikeluarkan. Belakang Taecyeon dan Yixing bersentuhan apabila semua zombie mula mengepung mereka. Satu per satu tembakan dilepaskan oleh mereka.

“Taec, depan kau!” jerit Yixing untuk memberi amaran.

Taecyeon memandang hadapan semula. Muncul satu lagi zombie dengan gergaji. Pantas tembakan dilepaskan ke arah zombie itu.

“Satu mata untuk Taec!” sorak Taecyeon riang. Yixing sempat lagi tergelak walaupun sibuk berurusan dengan zombie-zombie tersebut.

Setelah kesemua zombie telah mati, barulah nafas kelegaan dilepaskan serentak oleh mereka berdua. Penat sungguh mereka dibuatnya.

“Penatlah..” Yixing terduduk di atas tanah. Apabila matanya memandang tanah, tangan Taecyeon muncul dalam pandangannya. Kelihatan Taecyeon sedang menghulurkan tangan kepadanya. Yixing sekadar tersenyum penat.

“Jom sambung perjalanan. Perjalanan kita still jauh lagi.” Dengan serta-merta huluran itu disambut oleh Yixing. Taecyeon menarik tangan Yixing terlalu kuat sehingga Yixing terpeluk Taecyeon.

Masing-masing saling bertukar senyuman mesra.

_____________________________

Yixing berada di atas pokok. Tangannya erat memegang teropong. Dia cuba melaraskan kejauhan dan kedekatan teropong tersebut. Setelah itu, barulah dia melihat kawasan kampung itu dengan teropong.

Taecyeon di bawah, sedang memasukkan beberapa butir peluru ke dalam senapangnya. Sekali itu dia juga memasukkan peluru ke dalam pistol milik Yixing.

“10 11..” Yixing cuba mengira berapa banyak zombie yang ada di kampung itu. “Banyaknya.”

“Apa yang banyaknya?” Tajam sungguh pendengaran Taecyeon. Tangannya lincah membetulkan senapang miliknya.

Yixing menundukkan kepalanya. “Zombie.”

Taecyeon mendongakkan kepalanya. “Tak apa. Peluru kita banyak lagi. Cukup-cukup untuk bunuh benda hodoh tu.”

Yixing termenung melihat kawasan kampung yang dipenuhi dengan zombie. Taecyeon sudah berdiri lalu kepalanya didongakkan ke atas.

“Tak nak turun ke?”

“Kejap lagilah aku turun.” Yixing masih lagi termenung.

Taecyeon diam seketika. “Hmm.. teringatkan siapa tu?” usiknya.

“Kau?” Selamba Yixing menjawab.

“Aku?”

“Uhuh. Kaulah.”

“Kenapa kau nak teringatkan aku even aku ada kat sini dengan kau?”

“Entahlah.” Yixing memandang Taecyeon. Senyuman hanya mampu diberikan. Taecyeon membalas senyuman itu walaupun tidak berpuas hati dengan jawapannya. Setelah lama suasana sepi menyapa mereka, barulah Yixing turun ke bawah.

“Jom pergi.” Ajak Yixing setelah pistol itu diambilnya.

Taecyeon mengangguk.

Mereka berdua berjalan menuju ke pagar untuk memasuki kawasan kampung. Dalam kiraan tiga, Taecyeon sudah menyerang mereka dengan melepaskan beberapa tembakan. Kelihatan banyak zombie mula mengeluarkan senjata masing-masing untuk melawan Taecyeon.

Yixing pula berlari ke arah tangga untuk naik ke atas bumbung. Senang dia untuk menetapkan sasaran. Lantas tembakan dilepaskan ke arah semua zombie yang sedang mengejar Taecyeon. Tiba-tiba kepalanya pening akibat virus pada kakinya.

“Hisy...” Yixing berdengus geram. Banyak tembakan dilepaskan tetapi tidak mengena sasaran. Pandangannya menjadi kabur tetapi dia masih boleh melihat.

“Argh!” Salah satu zombie berjaya naik ke atas bumbung. Bulat mata Yixing dibuatnya. Lemah lutut Yixing ketika itu. Dia berganjak ke belakang dengan nafasnya yang terlalu kuat. Taecyeon yang melihat kejadian itu terus berlari menyelamatkan Yixing.

Pantas tembakan dilepaskan ke arah zombie itu. Zombie itu terus terjatuh dari bumbung dan mati. Yixing sekadar menghela nafas kelegaan. Dia memandang Taecyeon dengan senyuman lemahnya.

“Kau okey tak?” laung Taecyeon dari bawah.

Yixing sekadar mencantumkan jari ibunya dengan jari telunjuknya tanda okay.

“Jatuhkan tangga tu!”  laung Taecyeon lagi. Yixing mengangguk. Dia menendang tangga tersebut supaya zombie tidak dapat naik ke atas bumbung. Setelah itu Taecyeon pergi menyerang zombie yang lain.

Banyak zombie telah tumbang tetapi salah satu zombie sempat menghadiahkan cakaran maut pada lengan Taecyeon. Habis darah mula membasahi pakaian di bahagian lengannya. Dia berjalan semula mendapatkan Yixing yang berada di atas bumbung.

Yixng terkejut besar.

“Yah... lengan kau tu dah kenapa?” Cemas Yixing bertanya.

Taecyeon berdengus geram. “Zombie mana entah goda aku sampai lengan aku dia cakar.”

“G-Goda?” Yixing tersengih pelik.

“Yelah. Aku tembak 3 kali pun dia tak mati lagi. Dia goda akulah tu. Dia nak aku tembak lagi sampai dia mati. Tak pasal-pasal dia bagi hadiah nie kat lengan aku sebagai tanda terima kasih.” Taecyeon mula membebel.

Yixing sekadar tersenyum.

__________________________________

“Yeke?! So, lagi sehari jelah aku boleh sampai istana tu?” tanya Taecyeon seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Kikwang.

Pada malam itu, mereka berdua sekali lagi terpaksa bermalam di kampung tersebut. Kelihatan Kikwang mengangguk sebagai jawapan. Senyuman di bibir Taecyeon semakin lebar. Yixing pula menarik nafas kelegaan.

“Baguslah kalau macam tu. Bolehlah aku selamatkan Jaeun dan cari..” Ayatnya tergantung sebaik dia terpandang Yixing yang sedang merawat lukanya. Wajah Yixing ditatap penuh kasih. Kikwang di dalam skrin itu sekadar tersenyum melihat mereka berdua.

“Taec, aku blah dulu.” Kata Kikwang lalu mematikan hubungan.

Taecyeon tersengih. ‘Eik.. si Kikwang nie tahu-tahu je aku nak off.’ Desis hatinya.

“Okey, dah siap.” Kata Yixing setelah membalut lengannya. Taecyeon melihat lengannya yang telah dibalut lalu mengangkat-angkat lengannya.

“Aduh..” Dahi Taecyeon berkerut seribu. “Macam mana aku menembak kalau lengan aku berbungkus macam nie?”

Yixing tersenyum. “Tak apa. Aku kan ada.”

“Tak romantiklah kalau heroin pulak yang protect hero dia.”

“Amboi amboi amboi!” Yixing menggeleng-geleng. “ Sedap je kau cakap aku nie heroin haa? Aku nie lelakilah bukan perempuan!”

“Peduli apa aku. Kalau muka dia comel sangat, aku anggap dia tu perempuan.” Selamba Taecyeon menjawab.

“Sudahlah. Biar aku cakap benda nie sekali je! Aku lelaki, bukan perempuan! The end!” putus Yixing dengan geram.

Taecyeon ketawa terbahak-bahak.

“Sudahlah tu gelak woi!” Yixing menampar lengan Taecyeon yang luka itu. Taecyeon mengaduh kesakitan.

S-Sakitlah..” Taecyeon berpura-pura ingin menangis. “Kau nie macam pemain bola tampar peringat negaralah. Tak habis-habis nak tampar orang. Agak-agaknya bila kau dah ada suami pun still nak tampar kot.”

Yixing menjeling tajam. “Kau cakap apa tadi?”

Taecyeon meneguk air liur.

“Tak ada apa-apalah sayang.” dalih Taecyeon.

________________________________________

Pintu bilik diketuk perlahan. Jaeun yang berada di dalam tidak menyahut ketukan itu. Kakinya pantas dibawa ke dada. Dia memeluk kakinya sekuat hati. Perasaan takut datang lagi.

“Buka pintu sebelum saya pecahkan pintu nie.” Arah lelaki berjubah hitam serius. Jaeun tidak bangun dari tempatnya. Sebaliknya dia mula menangis.

“Abang..” Jaeun menangis.

Seperti mana lelaki berjubah hitam kata tadi, pintu itu tiba-tiba sahaja pecah menjadi serpihan. Lelaki itu menghadiahkan renungan paling menakutkan kepada Jaeun yang sedang menangis. Dia pantas menghampirinya.

“Berhenti menangis!” arah lelaki itu serius.

“Saya nak balik!” rayu Jaeun. Pantas kaki lelaki itu dipeluk.

“Jangan haraplah!” Lelaki itu menendang Jaeun.

Jaeun mengaduh kesakitan.

“Lebih baik kamu berhenti menangis. Kalau tak, saya akan bunuh kamu.” Lelaki itu menarik rambut Jaeun dengan sekuat hatinya.

Tangisan Jaeun semakin menguasai bilik itu. Pantas dia menggeleng.

“S-Sakit..”

Lelaki itu melepaskan rambut Jaeun kasar. “Tahu pun sakit!” Pantas dia berlalu pergi. “Kalau kamu cuba larikan diri, tahulah saya nak buat apa dengan kamu! Sudahlah menangis tu! Tak ada gunanya! Tak ada siapa-siapa pun yang akan selamatkan kamu!”

“Tak!” Jaeun berani membantah kata-katanya. “Abang saya akan...”

“Berani ya kamu bantah haa?” Lelaki itu menggunakan kuasanya untuk mencekik leher Jaeun.

“Argh..” Leher Jaeun dicekik makin kuat. Setelah lelaki itu puas melihat Jaeun dalam keadaan terdesak untuk dilepaskan, pantas dia melepaskan Jaeun.

Jaeun batuk.

Lelaki berjubah hitam sekadar tersenyum sinis lalu beredar.

“A-Abang...” Jaeun menangis lagi. “Tolong...”

_____________________________

Bersambung!

Little note: Amiirah, rindu kau e u e 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish