Hwang Chansung

World Of Darkness

Setelah matahari terbit tinggi, barulah Taecyeon dan Yixing meneruskan perjalanan. Taecyeon mahu cepat sampai ke istana untuk menyelamatkan adik perempuannya. Penawar untuk Yixing juga harus dicari secepat mungkin.

Ini adalah hari kedua sebelum Yixing menjadi zombie sepenuhnya. Taecyeon memandang Yixing di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan tenang dan mukanya tetap selamba. Pantas bahunya dipaut oleh Taecyeon.

“Yixing..”

“Yes?"

Taecyeon menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Yixing. Begitu lama dia mengucup pipinya. Yixing sekadar tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Kenapa nie Taec?” Yixing masih lagi tersenyum.

“Kau tahu kan aku tak nak kehilangan kau.” Lemah suara Taecyeon berkata.

“Mestilah aku tahu.” Yixing mengucup pipi Taecyeon. “Aku pun tak nak kehilangan kau juga.”

Langkah Taecyeon mati tiba-tiba.

“Taec?” Yixing turut berhenti bersama.

“Janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku.” Taecyeon memandang Yixing serius.

‘Kalau aku tak sempat cari penawar tu kau mesti akan jadi zombie dan tinggalkan aku. Aku takut kau akan lupakan aku nanti.’ Sambungnya lagi di dalam hati.

“Janji. Aku tak akan tinggalkan kau.” Yixing pelik seketika. “Kenapa tiba-tiba je nie? Kau okey tak nie?”

Taecyeon ketawa. “Jangan risaulah, aku okey je. Aku.. just takut kehilangan kau je.”

“Alah..” Yixing tersengih. “Aku pegang janji kita. Jangan takut okey?”

“Okey.”

Taecyeon dan Yixing membuka langkah untuk sambung perjalanan. Mata Taecyeon terpaku pada tangan Yixing. Tangan mereka saling bergesel ketika berjalan. Lantas dia memegang tangan Yixing lalu jari-jemari mereka berpaut bersama.

Setelah jauh mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah banglo kosong. Kelihatan banglo itu sudah lama ditinggalkan. Pantas langkah diatur ke arah banglo tersebut untuk memeriksa. Yixing memandang sekeliling untuk memastikan tiada zombie berada di situ.

“Banglo pulak?” Taecyeon melihat banglo tersebut. “Lepas nie pangsapuri agaknya.”

“Mungkin.” Yixing masuk ke dalam banglo. Taecyeon mengekori Yixing dari belakang. Dalam banglo tersebut kelihatan tunggang-langgang. Banyak perabot telah hancur. Tangga pula patah di bahagian tengah. Susah untuk pergi ke tingkat atas.

Taecyeon memanjangkan lehernya untuk melihat tingkat atas.

“Dah macam zirafah aku tengok kau.” Yixing tergelak kecil.

“Zirafah yang handsome.”

“Yelah tu.”

“Yelah. Kalau tak, kenapa orang tu boleh sukakan aku?” perli Taecyeon. Yixing tersengih. “Yixing, boleh tak kau pergi tengok kat tingkat atas? Kau pijak belakang aku then panjat ke atas.”

Yixing mengangguk setuju. Pantas Taecyeon melutut seperti seorang putera sedang melamar seorang puteri.

“Will you marry me?” Taecyeon mula mengusik kekasih hatinya. Yixing buat tidak kisah. Dia segera memijak belakang lelaki itu. “Aduh.. kau reject propose aku erk?” Dia berpura-pura ingin menangis. Yixing pula mengimbangkan badannya supaya tidak terjatuh apabila berada di atas belakang Taecyeon.

Tangan Yixing memaut pada kaki tangga lalu naik ke atas. Dia memandang Taecyeon. “Aku tak kata pun aku reject kau.” Yixing mula berjalan untuk memeriksa di tingkat atas.

Taecyeon setia menunggu di bawah.

“Taec!” jerit Yixing kuat. Bunyi hentakkan kuat kedengaran.

“Yixing!” Taecyeon cuba untuk melompat. Malangnya kaki tangga itu terlalu tinggi. “Yixing!” Risau benar lelaki itu dibuatnya.

“Taec!” Yixing berlari pecut lalu melompat ke bawah. Pantas Taecyeon menyambut Yixing dengan kedua-dua tangannya. Yixing jatuh dalam pelukan lelaki itu. Belum sempat dia bertanya, muncul seorang lelaki dari tingkat atas. Dia terus jatuh di hadapan mereka.

“Woi, siapa kau?!” tanya Taecyeon marah. Dia masih lagi mendukung Yixing.

Lelaki itu mengaduh kesakitan. Kepalanya diangkat perlahan. Lalu jelingan maut dihadiahkan kepada Taecyeon.

“Apa woi woi? Nama aku bukan woilah.” Lelaki itu berdengus marah. Dia berdiri sambil menepuk-nepuk pakaiannya dari habuk. Taecyeon dan Yixing hanya memandang lelaki itu. “Apa pandang-pandang? Nak kena makan kaki dengan aku ke haa?”

Taecyeon menurunkan Yixing. “Asal makan kaki pulak? Makan ayam lagi baguslah.” Sempat lagi dia menyindir lelaki itu.

“Kau siapa haa? Kau buat apa kat bini aku sampai dia menjerit?” tanyanya dengan geram. Yixing menampar belakang Taecyeon. Taecyeon mengetap bibir untuk menahan rasa sakit.

Terbeliak mata lelaki itu dibuatnya. “Bini kau?” Tergelak lelaki itu. “Binilah sangat! Tak macam bini kau pun! Lebih baik dia jadi bini aku lagi baguslah!”

Yixing terkejut beruk. “Yah! Aku tak kenal kau pun! Tiba-tiba je kau cakap aku nie bini kau.”

Taecyeon membulatkan mata. “Apa kau cakap tadi? Telinga aku tersumbat pulak!”

“Ooo... pekak rupanya kau nie erk?” kutuk lelaki itu.

“Yah!” Gunung berapi Taecyeon hampir meletus. Belum sempat lelaki itu membalas, tiba-tiba banyak zombie datang menyerang. Rupanya suara mereka telah menarik perhatian. Taecyeon pantas mengeluarkan senapang. Yixing mengeluarkan pistol.

Lelaki itu pula mengeluarkan sehelai kertas dari poket seluar. Tersengih-sengih Taecyeon dibuatnya. Kertas itu dikoyakkan lalu dibakar dengan memetikkan jarinya.

“Yah korang berdua! Cepatlah tolong aku!” jerit Yixing kuat. Dia menembak zombie mengikut arah laser. Semakin lama semakin banyak zombie datang menyerang mereka!

“Tadah!” Tiba-tiba kertas yang dibakar tadi menjadi senapang. Pantas dia melepaskan tembakan ke arah mereka semua.

Taecyeon ternganga. “Kau nie... siapa sebenarnya?”

Bunyi tembakan menguasai banglo itu. Lelaki itu memandang Taecyeon. “Boleh tak kita uruskan benda tak guna nie dulu?” Dia berlari ke arah Yixing untuk menolong. Taecyeon tersengih aneh tetapi dia menurut sahaja permintaan lelaki itu.

“Banyaknya!” jerit Yixing. Jari telunjuknya asyik menekan picu.

“Hisy.. I hate this!” Lelaki itu berdengus geram. Dia dengan berapinya terus maju ke hadapan untuk menembak mereka. Sekali lagi Taecyeon ternganga dengan keberanian lelaki itu.

“Ini tak boleh jadi nie.” Taecyeon meniru lelaki itu. Dia terus berlari ke hadapan sambil menembak mereka semua. Dia tidak mahu mengalah kepada lelaki itu. Tanpa mereka sedari, mata Yixing mula menjadi merah. Pistol terlepas dari genggaman. Lantas dia melangkah keluar dari rumah. Kelihatan Taecyeon dan lelaki itu sudah berada di luar untuk menembak zombie.

“Serang.. mereka...” arah Yixing sambil tangannya menunjuk ke arah Taecyeon dan lelaki tadi. Banyak zombie yang mati telah hidup semula.

“Yixing?!” Taecyeon terkejut besar. Lelaki itu turut terkejut sama.

“Woi... bini kau tu dah kenapa?” tanya lelaki itu.

“Takkan... dia nak berubah sekarang..?” Taecyeon menggeleng seakan tidak percaya.

“Apaa kau cakap?” Lelaki itu memandang Taecyeon serius. “Hisy.. tak guna punya zombie!” Zombie-zombie itu semakin menghampiri mereka. Tembakan terus dilepaskan. Sebaik peluru menusuk ke badan zombie yang ditembaknya, Yixing menjerit kesakitan.

Taecyeon menjeling tajam ke arah lelaki itu. “Jangan! Kau nak bunuh bini aku ke duh?!"

Lelaki itu berhenti menembak. Dia memandang ke arah Yixing yang sedang dalam kesakitan.

“Aduh.. apa yang dah jadi sebenarnya nie?” keluh lelaki itu. Taecyeon dan lelaki itu serentak berundur ke belakang.

“Sorrylah aku terpaksa cerita pasal nie masa waktu yang tak sesuai erk?” Taecyeon memandang lelaki itu sambil berundur ke belakang.

“Cerita jelah!” Lelaki itu melepaskan tembakan lagi. Jeritan Yixing kedengaran lagi.

“Woi!” Taecyeon menumbuk lelaki itu. “Kau nie tak faham bahasa ke bodoh?!"

“Kau nampak tak sekarang nie ramai zombie dah makin dekat dengan kita?!”

“Hisy... sudahlah! Jom lari!”

“Habis bini kau tu macam mana? Tinggalkan macam tu je?!”

“Terpaksa!” Taecyeon segera melarikan diri. Lelaki itu turut melarikan diri dengan pantas.

________________________

Setelah jauh mereka berlari dari kawasan banglo tadi, barulah mereka berhenti berlari. Berpeluh-peluh mereka dibuatnya. Tidak lagi kedengaran jeritan zombie berdekatan. Taecyeon merebahkan dirinya di atas rumput.

Keluhan berat dilepaskan. “Yixing... argh!” Tangannya memukul tanah kuat.

“Woi... sudahlah tu!” Pantas lelaki itu menghalang Taecyeon dari mencederakan diri. “Tak ada gunanya kalau kau buat macam tu. Tanah tu bukannya bersalah pun. Kau tu yang bersalah sebab kau yang tinggalkan dia!”

“Yeah. Salah aku sebab aku tinggalkan dia dengan zombie-zombie tu.” Taecyeon bangun. “Tapi aku tak sanggup nak bunuh zombie lain sebab zombie-zombie tu ada kaitan dengan dia! Kalau kau terus tembak zombie-zombie tu, gerenti Yixing akan mati!”

Lelaki itu memandang Taecyeon. “Apa kaitannya zombie dengan bini kau tu?”

“Yixing..” Taecyeon melepaskan keluhan panjang. “Dia dah kena virus dengan zombie lain. Kalau aku tak jumpa penawar untuk sembuhkan dia dalam 3 hari, dia boleh jadi zombie sepenuhnya.”

Lelaki itu mengangguk tanda mengerti. “So.. hari nie dah hari ke berapa?”

“Dua. Esok last.” Lemah Taecyeon menjawab. “Patutnya aku datang sini nak cari adik aku yang hilang. Tak pasal-pasal bertambah pulak misi aku.”

“Hmm...” Lelaki itu termenung seketika. “Aku Hwang Chansung.”

“Ok Taecyeon.”

“Dan aku seorang inspektor.” Sambung Taecyeon lagi.

“Aku polis.” Chansung tersenyum lalu menepuk bahu Taecyeon. “Izinkan aku untuk bantu kau dalam misi nie. Boleh tak?”

Taecyeon memandang Chansung.

“Kau sendiri dah dengar kan apa yang Woobin cakap tadi? Kau boleh mati kalau kau pergi sana seorang diri. Kenapa kau tak nak terima bantuan dari mereka semua? Kes nie akan berakhir kalau kau terima bantuan mereka.”

“Boleh..” Taecyeon tersenyum lemah.

_____________________________

Jeritan Yixing kedengaran sebaik perubahan mula berlaku pada dirinya. Pantas semua zombie tadi terus mengeliling Yixing lalu membacakan sesuatu. Seolah-olah mereka sedang melakukan upacara ke atas dirinya. Lantas telinganya ditutup rapat agar dia tidak mendengar ayat-ayat yang sedang dilafazkan oleh zombie-zombie tersebut.

Semakin parah dibuatnya. Kepalanya didongakkan ke atas memandang langit yang pada mulanya cerah menjadi gelap-gelita. Sungguh menakutkan dengan kehadiran kilat berwarna ungu. Asyik sambar-menyambar.

“Argh!” jerit Yixing semakin kuat.

Semakin pantas semua zombie membacakan ayat itu sehingga lelaki berjubah hitam muncul dari langit gelap. Dia perlahan-lahan turun ke bawah. Dia mendarat di hadapan Yixing. Dia memandang Yixing begitu lama.

Dia memegang dagu Yixing lalu mengangkatnya perlahan. Kelihatan Yixing sudah berubah menjadi zombie sepenuhnya. Rupanya ayat yang dibaca oleh zombie-zombie tadi telah membuatkan Yixing telah berubah sepenuhnya. Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan taringnya.

“Sayang..” panggil lelaki itu mesra.

Wajah Yixing ditatap penuh kasih. Sudah lama dia menunggu kehadiran Yixing dalam hidupnya. Dia menghampiri zombie baru itu lalu menghadiahkan sebuah kucupan manis pada dahinya. Yixing mula tersenyum kecil. Perlahan-lahan lelaki itu membelai lembut pipi Yixing.

“Dah lama saya tunggu awak sayang..” Lelaki itu mengeluh berat. “Tapi malangnya awak bukan milik saya. Awak milik ketua saya. Tak apalah. Sekurang-kurangnya kita boleh bergembira sebelum saya bawak ketua saya balik ke dunia.”

Yixing sekadar mengangguk.

“Jom balik sayang?”

“Okey..”

Tubuh Yixing dipeluk erat. Lalu menutup Yixing dan dirinya dengan jubah hitamnya. Dalam sekelip mata mereka hilang dari pandangan zombie-zombie yang lain.

________________________________

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish