Episode 2

The Stranger

 

  Appa perhatikann Jin Hee yang sedang mencari kasutnya , “Park Jin Hee , kau nak pergi mana? Sini” . Jin Hee , Chorong dengan omma terkejut apabila appa menyebut nama ‘Park Jin Hee’ . Jin Hee memandang appa dan pergi ke arahnya . 

  “Appa nak ajak aku makan ke? Yes!!” , bisik hati Jin Hee . Jin Hee senyum apabila memandang appa . Jin Hee memberanikan dirinya untuk bertanya , “Kenapa appa?” , tanyanya ingin tahu . Appa mengeluarkan beg dompetnya yang penuh dengan wang dan mencampakknya wang bernilai 5000 won (RM 18.20) ke wajah Jin Hee menyebabkan harapannya hancur . 

   Jin Hee tidak mengambil wang yang jatuh di lantai malah bertanya , “Duit ni untuk apa appa?” . Appa membalas , “Untuk kau beli makanan . Kau tak dibenarkan makan makanan dalam rumah ni . Kau lupa ....”

2 tahun yang lepas...

     Tepat pada pukul 0000 , Jin Hee menyelinap masuk ke ruang dapur akibat kebuluran .  “Laparnya... Perut aku berbunyi dari tadi lagi... Harap sanagt dorang dah tidur” , bisik hati Jin hee . Dalam gelap , Jin Hee jalan perlahan-lahan sambil memerhatikan sekeliling , takut omma dan appa masih tidak tidur . 

   “Argh!” , kaki Jin Hee tersepak kerusi . “Aduh..tahan...tahan...omma..appa..jangan bangun...dapat minum air pun jadilah....” , dia segera membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air lalu terus berjalan perlahan-lahan ke biliknya . Tetapi , semasa dia ingin memulas tombol pintu , “Jin Hee-ah , awak buat apa?” , Chorong berdiri di depan pintu biliknya dan melihat Jin Hee yang sedang memegang botol air . “Awak ambil air dari dapur ke?” , tanya Chorong , menghampiri Jin Hee yang cepat-cepat menyorokkan air di belakang .

   Chorong berada tepat-tepat di hadapan Jin Hee . Jin Hee tercengang , dia mengambil tangan Chorong , “Chorong-ah...Jangan bagitahu omma dengan appa..Tolonglah...Saya lapar...Chorong-ah...Tolong?” , Jin Hee terdesak , dia tidak mahu dipukul lagi oleh omma . Chorong hanya diam . 

“Chorong-ah...Jebal...” 

“Mianhae~ Saya tak boleh buat apa-apa , awak dah langgar peraturan yang omma dengan appa buat. Awak tau kan awak tak boleh masuk dapur. Terserah awak sama ada , awak nak minum air tu atau awak nak simpan balik” , kata Chorong . 

“Chorong-ah... Saya lapar...dahaga...please...sekali ni je” , Jin Hee duduk menghadap Chorong dan menundukkan kepalanya . Menitis air matanya .

Chorong hanya melihat Jin Hee dan berkata “Mian” dan berlalu pergi ke dapur . 

Keeseokan paginya ....

   “OMONA!!!! PARK JIN HEEEEEEE!!!!!” , omma mnjerit . Suaranya datang dari dapur . Jin Hee segera berlari ke dapur tapi dia tidak memasuki kawasan ruang dapur . Omma menghampiri Jin Heed an satu pelempang pada pipi Jin Hee . “BERANI KAU MASUK DAPUR PASTU HANCURKAN SEMUA MAKANAN DALAM PETI!!!!!!” , satu lagi pelempang sampai ke pipi Jin Hee .

   Jin Hee melihat makanan di dalam peti dari jauh , “Tak...tak...tak...omma...” , dia memegang tangan omma dan sambung “tak...Jin Hee tak buat semua tu...takk...Jin Hee tak buat...omma...percayalah...omma....” , omma menolak Jin Hee sehingga jatuh . Chorong dan appa yang melihat kejadian itu hanya berdiam diri sahaja .

   “Ah...! Chorong...Chorong-ah...bagitahulah omma...saya tak rosakkan makanan tu...Chorong-ah...awak nampak saya kan semalam...chorong-ah..” , Jin Hee memandang Chorong , meminta tolong . 

   Chorong memandang tepat pada mata Jin Hee , “Ha’ah , saya nampak awak masuk dapur cari makanan.” . Jin Hee terkejut dengan penjelasan Chorong , “Chorong-ah...kenapa dengan awak...chorong-ah...” , menitis air mata melihat Chorong yang tidak mempedulikan dia , “Cho—rong-ah...kenapa...de—ngan..awak..Cho—“ , tidak sempat Jin Hee menghabiskan ayatnya , omma menarik bajunya dan mengurungnya di dalam bilik  tidurnya , “Kau jangan berani keluar dari bilik!” 

“Omma!!!!!Ommaa!!!!Janganlah kurung Jin Hee!!!Jin Hee tak buat pun semua tu!!!!Ommaa.....!!” , jerit Jin Hee sambil menangis tidak henti-henti .

-End-

   “Ah...” , Jin Hee teringat kejadian lepas dan sambungnya , “Tapi , appa.. tu bukan Jin—“ , Omma memandang Jin Hee dengan muka yang bengis , “Hah?! Still tak mengaku?! Chorong nampak kau pergi dapur , tak nak mengaku lagi?! Oh.... atau kau nak cakap yang Chorong buat semua tu , hah?!” . Cho Rong tersedak . Jin Hee memandang Chorong , pelik . “Aigoo.. Chorong-ah ... nah air...” , appa menghulurkan air untuk Chorong .

    Omma sambung ayatnya “Chorong takkan pernah buat semua tu!! Kau sorang je yang buat semua tu! Sebab apa , sebab kau jealous! Jealous tengok aku , appa dengan Chorong makan makanan yang sedap kan?! Jaga sikit otak kau tu sebelum tuduh orang lain!!!” . Jin Hee masih memandang Chorong . “Kau pahal berdiri kat sini lagi? Ambil duit tu , pergi dari sini.” , appa mengarahkan Jin Hee pergi. 

   Jin Hee mengeluh dan berkata “Appa , Jin Hee tak perlukan duit tu . Jin Hee boleh cari duit sendiri . Kalau appa bagi duit tu dekat Jin Hee , takde gunanya kalau appa bagi tak ikhlas . Jin Hee pergi dulu” , Jin Hee tunduk hormat dan beredar dari situ . Tidak sempat Jin Hee melangkah keluar dari rumah itu , appa menarik tangan Jin Hee dan menamparnya , “Berani kau cakap macam tu kat aku! Kau ingat kau siapa! Aku dah bagi tu ambil je lah!!” . Jin Hee tidak menerima wang itu dan terus keluar dari rumah . 

   Sambil berjalan ke sekolah , air matanya jatuh sedikit demi sedikit tapi dia cuba menjadi orang yang tabah . 

   Sampai sahaja di sekolah , dia terus memasuki kelasnya dan duduk ditempatnya iaitu di hujung sekali , tepi tingkap . Satu keluhan dilepaskan . Jin Hee memandang pelajar-pelajar di dalam kelasnya yang asyik bersembang , senyum , gelak . Cemburu Jin Hee , tiada siapa tahu . Yang pasti dia tiada langsung kawan di dalam sekolahnya . 

   Dia termenung melihat langit yang nian indah . “Kan bagus kalau aku boleh terbang.. Bebas” , bisik hati Jin Hee . Lamunan Jin Hee terhenti apabila loceng yang menunjukkan kelas akan bermula . Pelajar lain semua segera berlari dan duduk di tempat masing-masing . 

   Guru kelas  Jin Hee yang bernama Pn. Song(Ji Hyo) masuk ke kelas . Semua pelajar bersorak riang ketika Pn. Song masuk ke kelas kecuali Jin Hee . Dia tidak tahu apa-apa yang berlaku di dalam sekolah ini .Kalau ada perkara penting , Pn. Song akan menghantar sms kepadanya .

“1...2...3... Tahniahhhh!!!!!!” , semua pelajar meraikan Pn. Song . 

   “Wuuuu~~~ Congrats cikgu! Ah! Siapa dah nama husband cikgu??? Kang Gary , kan?!!!” , salah seorang pelajar cuba mencuit hati Pn. Song . Jin Hee hanya memerhati Pn. Song dari belakang . Pn. Song yang sudah dikerumuni pelajar , memandang Jin Hee . Satu senyuman yang diberi oleh Jin Hee membuatkan Pn. Song berasa lega dan gembira . 

   Pn. Song berkata “Okay. Dah! Dah! Pergi duduk tempat masing-masing! Kesian ada orang tunggu dekat luar” , Pn. Song senyum ada makna . Semua pelajar terus duduk di tepat masing-masing . 

“Siapa , cikgu ?” 

“Husband cikgu ke?”  

Pn. Song hanya menggelengkan kepalanya , “Jung Daehyun , masuk” 

  Pelajar itu berjalan dan berdiri di sebelah Pn. Song . “Annyeonghaseyo. Nama saya Jung Daehyun . Harap korang semua dapat  bagi kerjasama” , pelajar itu , Daehyun . Semua pelajar terpegun dengan wajah Daehyun yang handsome . 

“Awak ada girlfriend tak?” , tanya salah seorang pelajar perempuan .

   Pelajar lelaki pula hanya mengeluh .

“Otw~~~” , kata Daehyun sambil tersenyum . 

    Pelajar perempuan mula berebut untuk duduk di sebelah Daehyun . “Daehyun-ah , duduk la sini! Kau pergi la duduk dengan perempuan tu! Sana! Daehyun-ah! Sini!” , salah seorang perempuan berdiri dan mengajak Daehyun duduk di sebelahnya . “Kau ni ganggulah , Daehyun tu Chorong punya! Daehyun-ah , duduk la sebelah Chorong!” , Chorong yang duduk , malu dengan perbuatan rakannya . 

    “Kejap eh.. Siapa perempuan yang awak maksudkan tu? Kenapa tak sebut nama dia?” , tanya Daehyun , ingin tahu . 

   Riak wajah pelajar itu mula berubah , “Tu ha , perempuan kat belakang yang duduk sorang-sorang tu! Dia kembar Chorong tapi dia tu lain gila dari Chorong! Heol¬” , terang pelajar itu . Daehyun memandang Jin Hee yang sedang memerhati sesuatu di luar tingkap . 

   “Dah la tu. Duduk tempat masing-masing. Daehyun , awak duduk dekat mana yang awak nak , ada dua tempat kosong. Sama ada Jin Hee yang duduk kat tepi tingkap atau depan Chorong. Dipersilakan duduk” , kata Pn. Song lalu menyuruh pelajar membuka latihan yang diberi minggu lepas . 

    Daehyun berfikir sementara dan peri ke tempat duduk yang dia inginkan iaitu...

 

TBC

_______________________________________________

P/s : Mian... 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 2: Authornim,nak tanya ni//dgn muka innocent tahap gaban//boleh ttak kalau saya nak tembak je appa,omma jinhee dan chorong???sedih dgn nasib jin hee..mak ayah jenis apa diaorg tu??anak kandung diaorg jugakkan jin hee tu??mentanglah jin hee tu tak cantik,bijakk dan pandai berfesyen macam tu..diaorg boleh buat macam tu..saya nanngis baca citer author ni..T.T..ppali update tau..
amani123
#2
Chapter 2: yeah author update dua kali kalau boleh esok author update k heheheheh saya ni tak tahu malu pulak mintak author update heheheh sorry ^^
amani123
#3
Chapter 1: uhuhuhuhuhuh author saya menangis baca cerita author apakah yg jahat sangat omma and appa jin hee ni nak je aku tumbuk muka tu sampai lebam btw update soon tau tau tau cepat tau ^^