Episode 1

The Stranger

 

  Diperhatinya langit yang indah , Park Jin Hee mengeluh . Satu ketukan pintu yang kuat di muka pintu bilik Jin Hee . “PARK JIN HEE!!!!!!!!!!! KELUAR SEKARANG!!!!” , jerit omma . Jin Hee segera memulas tombol pintu , “Kenapa , omma?” , tanya Jin Hee , terkejut . “Kau pekak ke apa?! Berapa kali aku nak panggil nama kau , hah?!” , tengking omma . 

   Tetiba muncul Park Cho Rong kembar Park Jin Hee , “Omma , its okay .. Chorong boleh kemas sendiri..” , pujuk Chorong . 

   “Tak payah , nanti kalau luka tangan tu bahaya tau!” , omma memegang tangan Chorong . Sangat prihatin . Omma memandang Jin Hee dengan muka bengis , “Kau! Pergi kemas kaca-kaca kat lantai bilik Chorong!! Kalau aku tau Chorong luka , kena kau dengan aku! Kau faham?!” , amarah Omma terhadap Jin Hee . Omma berlalu pergi sambil berkata “Dah la pekak , bodoh pulak tu! Pahal la aku ada anak camtu , dah la kembar Chorong!” 

   Chorong yang berdiri diam sahaja di depan Jin Hee . Jin Hee tunduk , mengeluh . Air matanya hampir jatuh tetapi dia cuba tidak menunjukkan kelemahannya di hadapan omma dan Chorong .

   Chorong bertanya “Jin Hee-ah , awak okay ke ? Sorry saya tak se—“ , tidak sempat Chorong menghabiskan ayatnya , appa memanggilnya . Jin Hee memandang tepat pada mata Chorong , menganggukkan kepalanya dan senyum . Chorong sempat meminta maaf dan berlalu pergi ke appa yang berada di ruang tamu . 

   “Chorong-ah  , jangan dekat sangat dengan perempuan tu , nanti rosak anak appa. Dah cantik , pandai. Cara pakaian pun .. so beautiful!” , appa memuji Chorong . 

   Omma bersetuju , “Betul tu!” . Chorong hanya mengangguk . 

  Appa melihat wajah muram Chorong , “Kalau appa nampak Chorong dekat dengan perempuan tu , barang Chorong semua , appa rampas!” . Riak wajah Chorong berubah , terkejut , “Ba—baik-lah... Chorong tak..d.ekat..deng..an..Jin Hee...” . Appanya tahu Chorong amat sayangkan barang-barangnya . 

   Chorong meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya bagi menenangkan fikirannya . “Auw!!” , jerit Chorong seperti kesakitan . Omma , appa dan Jin Hee berlari menuju ke bilik Chorong . Lihatnya kaki Chorong berdarah dan sedang dalam kesakitan , “Chorong-ah!!!” , omma appa berlari menuju ke arah Chorong . Jin Hee turun ke ruang tamu untuk mengambil peti kecemasan . 

   Sedang berlari naik tangga ke bilik Chorong , appa sedang mendukung Chorong untuk dibawa ke kereta dan “TEPI!!!!!” , appa menolak Jin Hee jatuh . Badan Jin Hee tersembam di lantai dengan bunyi yang kuat . Omma menghampiri Jin Hee , omma menarik collar Jin Hee , lalu memberikan satu pelempang ke pipi Jin Hee , “Aku dah cakap kalau jadi apa-apa dekat Chorong , kau kena dengan aku , kan!!!! Ikut aku sekarang!!!” , omma menarik rambut Jin Hee dan mengurungnya di bilik bawah tanah yang gelap dan tidak mempunyai apa-apa . Jin Hee hanya mampu menangis dan menjerit , memanggil panggilan omma . “Omma!!! Taknakkk!!!!Omma!!!! Jangan kurung Jin Hee!!! Ommaaaaa!!!” , jerit Jin Hee . 

  Omma menolak Jin Hee masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari luar , “KAU HANYA BOLEH KELUAR BILA KAU ADA SEKOLAH TAPI!!! AKU AKAN PASTIKAN KAU TAK DAPAT LARI DARI AKU!!! KAU FAHAM???!!!! Jap , kalau kau nak lari dari aku pun , apa aku kisah , bukannya kau ada duit , dah la bodoh , mesti tak dapat kerja!!!” , omma mengata Jin Hee . Jin hee yang terkurung di dalam bilik bawah tanah menangis meminta omma membuka pintu ... 

“Diamlah perempuan!!!” , amarah omma . 

-Jin Hee’s POV-

 “Omma... ommaa... Jin Hee minta maaf , Jin Hee tak sengaja.... Omma.... Jin Hee takut...” , Jin Hee hanya duduk di depan pintu , tidak tidur semalaman . 

Keesokan paginya ...

  “Jin Hee-ah.. Awak ada dalam tu ke ? Jin Hee-ah” 

Jin Hee duduk menghadap pintu , “Chorong? Chorong-ah... Saya minta maaf , saya.. saya tak sengaja .... Saya tak tahu ada lagi ka..ca kat ... bilik...a...awak.. Jin Hee-ah... Tolong..lah..buka...pintu..n.ii...” , Jin Hee memulas tombol pintu tapi tidak boleh dibuka . 

“Jin Hee-ah... mianhae.... Saya tak boleh buat apa-apa..mianhae” , balas Chorong .

   Jin Hee mula menolak pintu dengan badannya , “Kejap!! Chorong-ah!!!! Jangan pergi!!!! Chorong-ahh!!!! Chorong-ah.....jang—an...pergi...” . Dia cuba menolak pintu dengan badannya sekuat yang mungkin , “Arghhhhh!!!” , badannya rebah , sakit , rambutnya serabut . “Omma...appa...chorong-ah...kenapa...apa salah jin hee...” , tangisan Jin Hee jatuh berterusan . 

   Tetiba pintu dibuka dari luar . Jin Hee memandang wajah orang yang membuka pintu . “Omma... mia—“ , tidak sempat Jin Hee menghabiskan ayatnya , dibalingnya barang-barang Jin Hee , “Kotor” , kata omma lalu mengunci pintu bilik semula . Jin Hee cuba memulas tombol pintu tetapi dikunci dengan cepat oleh omma . Tetapi dia rebah semula , badannya terlalu lemah . 

   Jin Hee memberanikan dirinya melihat sekeliling bilik itu . Bilik itu penuh dengan habuk menyebabkan Jin Hee batuk . Tiada apa-apa yang ada di dalam bilik yang gelap itu . Jin Hee baring berbantalkan lengannya . Tangisan yang tadi berhenti seketika mula jatuh .

Badannya amat sakit . Sakit sangat . 

   Jin Hee cuba menghilangkan rasa ketakutannya sambil menyanyikan sebuah lagu yang dia amat suka dari Kyuhyun – A Million Pieces . 

“Oneul bam geudaeran millieonui jogakdeullo 

Nae gaseum gajang gipeun gose 

Chaeugo chaeugo chaeuo

Buseojin nae maeum geudaemani moajuo 

I bamui gajang gipeun gose 

Geudaeui bicceuro gadeukhage..”

Hatinya mula tenang , dan sedikit demi sedikit dia terlelap .

-End Jin Hee’s POV-

  Keesokan harinya...

   Jin Hee masih tidur . Omma membuka pintu dan memandang Jin Hee yang sedang tidur . Omma menghampiri Jin Hee . Dia menarik rambut Jin Hee , “Eh , perempuan . Bangun . Lena kau tidur kat sini kan? Wah... Bangun kau sekarang!!!!” . Jin hee segera bangun dan hanya mampu menjerit kesakitan kerana omma menarik rambutnya dengan kuat , “Omma.....sakit....om—ma...” . 

   “Kau pergi mandi sekarang lepas tu kau pergi sekolah sendiri!!! JAngan harap kau boleh pergi dengan Chorong!! Pergi!!!” , omma menolak Jin Hee ke dalam bilik mandi . Jin Hee tersembam akibat lantai bilik mandi yang licin . Badannya masih lagi sakit akibat semalam . Haih... 

   Selesai bersiap , dia melihat omma , appa dan Chorong sedang menjamu selera . Dia cuba mendekati meja makan tetapi Jin Hee teringat amaran appa kepada Chorong . “Tak...Jangan..Chorong tak boleh kehilangan barang-barang kesayangan dia.. Chorong sangat sayangkan barang dia..Em! Jin Hee-ah , jangan pergi sana~” , bisik hati Jin Hee . 

  Appa perhatikann Jin Hee yang sedang mencari kasutnya , “Park Jin Hee , kau nak pergi mana? Sini” . Jin Hee , Chorong dengan omma terkejut apabila appa menyebut nama ‘Park Jin Hee’ . Jin Hee memandang appa dan pergi ke arahnya . 

 

TBC

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Sorry kalau ada salah tatabahasa atau apapun =...= Dan sorry kalau ada bahasa kasar dalam cerita ni ¬¬¬ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 2: Authornim,nak tanya ni//dgn muka innocent tahap gaban//boleh ttak kalau saya nak tembak je appa,omma jinhee dan chorong???sedih dgn nasib jin hee..mak ayah jenis apa diaorg tu??anak kandung diaorg jugakkan jin hee tu??mentanglah jin hee tu tak cantik,bijakk dan pandai berfesyen macam tu..diaorg boleh buat macam tu..saya nanngis baca citer author ni..T.T..ppali update tau..
amani123
#2
Chapter 2: yeah author update dua kali kalau boleh esok author update k heheheheh saya ni tak tahu malu pulak mintak author update heheheh sorry ^^
amani123
#3
Chapter 1: uhuhuhuhuhuh author saya menangis baca cerita author apakah yg jahat sangat omma and appa jin hee ni nak je aku tumbuk muka tu sampai lebam btw update soon tau tau tau cepat tau ^^