Part 26

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hyeri POV

 ‘’so..sohyun..’’

Aku terkejut melihat dia. tapi aku tak tahu dalam keadaan sekarang aku tak dapat kawal perasaan aku.

‘’Sohyun! Aku tak bunuh dia kan?!’’

Aku pergi ke arah dia tak tahu dalam keadaan sedar atau tak. Tapi aku terasa sakit sangat di kepala bila memikirkan kejadian tuh!

Badan aku menggigil dan kesejukan.

Aku terduduk , merapatkan kaki kebadan dan mula menutup telinga dengan kedua belah tangan. Aku menggigil sambil pandang ke kiri dan ke kanan.

Aku terasa ketakutan mula menyelubungi aku!

‘’tak! Aku tak bunuh dia!’’

‘’hyeri!’’

‘’tak sohyun aku tak bunuh dia!’’

‘’korang memang dah melampau!’’

Jimin yang terkejut dengan kehadiran sohyun terus terkaku tak tahu nak buat apa. Dia tak tahu apa yang aku dan sohyun tengah berkata tapi secara tiba-tiba sohyun memanggil orang-orangnya .

Kali ni bukan sahaja diorang yang sohyun ambil dan bawa ke mana dia nak, tapi aku juga dipegang kuat oleh orang-orangnya.

Aku yang masih dalam ketakutan menjerit-jerit untuk di lepaskan dan kerap menyatakan aku tak membunuh! Ye aku takut! Takut di label sebagai pembunuh!

Tak hyeri kau hanya menculik orang tu! Kau tak bunuh!

Taehyung juga di bawa kasar. Kerana dia tidak boleh bangun, diorang hanya menyeretnya. Aku tidak boleh membantu sesiapa waktu tu kerana aku sendiri tidak waras. Aku jadi gelisah dan semakin sejuk diri aku, aku dapat rasa!

Terkejut bila kami sampai di depan sebuah pintu yang paling ditakuti! Bilik besi ni.

Aku di bawa masuk dan dipaksa duduk sebelah sohyun di sebuah bangku yang dipanggil bangku penonton.

Tapi tangan aku di gari di tangan salah seorang orang-orangnya.

Aku jadi semakin tidak tenteram bila aku nampak mereka berenam. Ye mereka berenam tiba-tiba sahaja di bawa masuk dan mula masing-masing tangan dan kakinya diikat kecuali taehyung dia diikat di sebuah kerusi.

Diorang menjerit-jerit untuk dilepaskan dan wajah mereka nampak dalam ketakutan, kemarahan, dan kebencian. Aku nampak namjoon yang hanya mendiamkan diri dan aku jadi makin tak boleh duduk diam! Dia tanggungjawab aku dan kali ni aku dah biarkan tanggungjawab aku untuk menjaga dia tercalar!

‘’tak sohyun! Jangan!’’

Sohyun tahu aku tak suka tengok apa dia buat di tempat ni tapi kali ni aku tak tahu kenapa dia bawa aku kesini! Yang pastinya aku tak sanggup nak tengok apa yang berlaku!

Air mata aku membasahi pipi seperti air terjun dan aku asyik memberontak untuk dilepaskan .

Aku sangat takut!

Aku taknak tengok apa yang aklan jadi!

PANG!

Tapi tak semena-mena aku terima satu tamparan yang sangat tajam dari sohyun! Aku teresak-esak menangis dan aku mula berhenti bergerak tapi aku masih tidak boleh berhenti menangis. Kepala aku yang tertunduk kerana tamparan telah diangkat semula dengan kasar supaya pandang ke hadapan.

‘’aku nak kau tengok! Berani kau alihkan pandangan, aku tembak semua orang depan kau ni mati depan mata kau!’’

Aku terus tak mampu buat apa-apa bila sohyun cakap macamtu! Langsung tak boleh bergerak walaupun sedikit!

Peluh semakin banyak keluar kerana aku takut.

Tapi sohyun secara tiba-tiba keluar dengan senyuman di mulutnya.

Aku menggigil ketakutan.

‘’tak...aku tak bunuh dia..’’

Hanya itu sahaja yang kerap aku ulang!

 

 

Sohyun POV

Aku kene buat macam ni untuk hyeri demi kebaikan dia!

Dan aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk jungkook juga!

Aku pergi kerah bilinya sambil senyuman tidak boleh kabur dari wajah aku!

Aku tak sabar nak lihat dia dan tangan aku sejuk sebab aku gementar!

Aku berdiri di depan pintu bilik dia dan aku bukanya perlahan.

Aku nampak dia hanya duduk di atas katil dan seperti termenung.

‘’jungkook...’’

Aku memanggilnya dan dia seperti terkejut sedikit dan pandang ke belakang melihat aku berdiri di depan pintu.

Dia senyum. Aku tahu dia tak sabar nak lihat aku dan aku juga tak sabar nak tunjukkan hadiah untuk dia!

‘’jungkook...jom...’’

Wajahnya bertukar pelik bilik aku mengajak dia untuk keluar.

Tapi dia hanya bangun dan pergi perlahan ke arah aku. sebabkan dia masih innocent, wajahnya nampak sangat comel bila dia seperti tak tahu apa-apa, aku serius waktu tu rasa nak pegang muka dia. tapi tak boleh! Aku kene tunjuk hadiah untuk dia dulu!

aku baru sedar yang luka dia masih tidak sembuh. Jadi aku meminta seorang orang aku untuk membawa kerusi roda untuknya. Nasib baik diorang tak menghampakan aku dan membawanya dengan cepat.

Kalau tak hayat diorang berakhir dekat sini juga, sebab aku tak suka orang berlengah masa nih!

Tak kesian ke jungkook berdiri lama depan pintu?!

Aku membukanya dan menyuruh dia duduk di atasnya.

Dia seperti malu dan was-was perlu ke dia duduk.

‘’jungkook..duduk..’’

Dia masih lagi tak tahu perlu ke dia duduk?

‘’duduk.’’

Suara aku berubah dan dia terus duduk dengan perlahan.  Aku tak berniat untuk takutkan dia tapi macam aku kata, takde apa yang aku buat sia-sia, semuanya ada kebaikan lebih-lebih lagi untuk jungkook!

Tapi untuk persediaan aku menggari kedua tangannya di di tepi kerusi roda dan dia kelihatan seperti orang hilang akal tak tahu kenapa aku buat macam tu.

‘’sohyun..kenapa..tangan aku kena gari?’’

‘’shhh..jangan tanya, ni untuk kebaikan kau..’’

‘’tapi...sakit.’’

‘’shhhh untuk kebaikan...faham?’’

Dia mengangguk.

Aku memegang pipinya dan mencium dahinya sebelum aku menolaknya perlahan menuju ketempat yang dah aku tak sabar-sabar nak tunjuk padanya.

Jantung aku berdegup laju kerana kegembiraan yang dah lama aku pendam.

‘’kita...nak kemana?’’

‘’jangan tanya...sohyun tak suka..’’

Aku berkata lembut tapi penuh makna. Dia mengangguk dan akur. Terus dia tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri.

 

 

Jungkook POV

Aku tak tahu kemana aku dibawa dan sohyun tak kasi aku bertanya dia. aku hanya ikut sebab kalau aku bertanya dia akan marah dan aku taknak buat dia marah.

Aku tahu dia dah penat buat macam-macam untuk sedarkan aku dan kali ni aku taknak buat dia sedih lagi.

Suasana hanya senyap sehinggalah kami tiba disebuah pintu.

Pintu ni aku ingat.

Dekat sinilah aku sendiri nampak depan mata aku taehyung hyung...tak aku taknak ingat!

Aku jadi menggeletar bila pandang pintu tu!

Aku terus mengalihkan pandangan aku taknak memandang pintu yang berada depan mata aku.

Aku menutup mata dan aku jadi takut teringat kejadian tu!

Tapi sesuatu yang lembut yang sangat aku kenal pasti memegang pipi aku dan mengusapnya perlahan.

‘’jungkook...buka mata...’’

Aku masih takut dan taknak buka mata.

‘’jungkook aku ada dekat sini...ingat? aku nak lindungi kau...’’

Dengar apa yang diperkatakan aku perlahan membuka mata. Ye, takde benda buruk berlaku selagi dia nak lindungi aku..aku kene percaya dengan apa dia kata. Dia tak pernah tipu.

Aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^