Part 24

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Hyuna unnie masih tidur tetapi bukan aku. aku hanya mampu tidur dalam tempoh yang singkat memandangkan aku asyik terfikir apa yang jadi malam tadi.

 

Flashback

 

Setelah aku menarik sohyun masuk kebiliknya , aku terus mengunci bilik dia.

Dia tegur sohyun? Jadi dia kenal sohyun siapa!

Dan sekarang aku takut sohyun tak percaya apa aku kata!

Macam mana kalau dia tak percaya?!

‘’sohyun!...dia..aku cakap betul dia..’’

Suara aku seperti menggeletar..takut.

Takut dia tak percaya apa yang aku cerita.

‘’hyeri...’’

‘’betul aku cakap tu dia..kau kene percaya aku..’’

‘’hyeri...shhh..’’

Sohyun terus memeluk aku menenangkan diri aku yang betul-betul tengah menggeletar.

‘’aku tak cakap aku tak percaya...’’

Aku berhenti dari menggeletar bila dia cakap macam tu. Aku cuba keluar dari pelukan dia dan memandang muka dia.

‘’jadi...kau percaya?’’

‘’tak jugak..’’

Aku terkejut dan tertanya-tanya. Apa pulak kali ni.

‘’aku percaya...tapi aku tak percaya orang yang selama ni aku anggap biasa...rupanya dialah..’’

Dia nak menghabiskan ayat tapi tak mampu dan aku nampak muka dia agak kecewa dengan apa yang baru dia tahu. Dia berjalan menuju ke katilnya dan duduk.

‘’nevermind...jadi hyeri...macam mana kau boleh ada dekat sini?’’

Dia terus bertanya aku yang tak sempat nak berkata apa-apa.

Aku lagi sekali menghela nafas agar tidak tergagap semasa menjawab.

‘’sebenarnya...aku Cuma rasa something yang tak baik akan berlaku...jadi tulah dia..’’

Aku nak bagitahu sebenarnya yang hyuna unnie risaukan dia tapi lepas dia tidak apa-apa dan dalam keadaan yang elok sahaja aku jadi tidak tahu nak jawab apa. Lagipun aku taknak dia tahu hyuna unnie selalu risaukan dia sebab itu apa yang hyuna unnie suruh aku. dia sendiri taknak sohyun tahu.

‘’nampaknya...betullah apa kau rasa..’’

Dia cakap sambil pandang muka aku dan senyum menandakan tidaklah sia-sia aku datang ke sini. Ada betulnya juga.

‘’jadi...kau nak aku hantar kau kebawah ke? Sebab-‘’

‘’ah takpe..’’

aku taknak menyusahkan dia yang selalu risaukan aku. jadi aku kene melawan sikit perasaan takut aku. aku meminta diri untuk pergi ke hospital semula.

Sewaktu aku menurun tangga dan melalui ruang tamu, aku perasan lelaki tu atau nama dia dujun masih lagi duduk di sofa. Tapi dia asyik memandang aku membuatkan aku rasa agak gelisah. Dia senyum sinis dan aku hanya mengendahkannya. Aku terus pandang ke hadapan mengelak pandangan dia.

Tanpa berlengah aku menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke hospital.

 

Flashback end.

 

Dan sekarang aku tak tahu nak kata apa. Keadaan sekarang menjadi semakin runsing.

‘’hyeri...’’

Aku terkejut mendengar suara tu dan terus pandang kearahnya.

Sohyun masuk kedalam wad dan berjalan perlahan menuju kearah aku yang lagi tadi asyik termenung kes malam tadi.

‘’unnie tak bangun lagi?’’

Aku hanya mengangguk sebagai jawapan untuk soalan dia.

‘’nah ambil nih...aku beli kat kantin hospital tadi dalam perjalanan nak pergi ke wad...aku tahu kau lapar.’’

Aku tak tahu apa dia beli tapi aku hanya mengambilnya. Aku memereksa ke dalam plastik. Jjajangmyeon.

Aku meletaknya dahulu di atas meja sebelah katil hyuna unnie sebab sekarang bukan waktu sesuai untuk makan dengan fikiran aku yang masih serabut memikirkan banyak benda.

tak lama kemudian hyuna unnie tersedar dan selepas itu doktor masuk untuk memebuat pemeriksaan. Kitorang bersyukur kerana kondisi hyuna unnie yang sudah stabil membolehkan dia dibawa pulang esok. Jadi hyuna unnie tak perlu lagi duduk dekat tempat membosankan ni. takdelah bosan sangat sebab dekat wad privasi ni ada siaran televisyen yang menyiarkan banyak movie.

Sohyun menyuruh aku balik dahulu melakukan tugas aku.

Dan saat tu fikiran aku bertambah bercelaru. Aku teringat orang-orang yang tidak berapa nasib baik di rumah tu.

Aku hanya senyap dan terus memandu ke rumah sohyun. Aku teringat namjoon. Aku dah janji nak ambil alih menjaga dia. Aku tak tahu aku buat benda betul atau tidak tapi aku betul-betul berazam aku kene selamatkan dia dulu.

Sesampai sahaja di rumah aku terasa nak termuntah sedikit dengan bau alkohol yang kuat di sekitar ruang tamu dan dihiasi beberapa orang yang tidak sedar diri terbaring di lantai. Aku berhati-hati jalan agar tidak terpijak diorang. Aku nampak jiyoon unnie yang baru turun dari tangga. Yang pastinya dia tidak nampak seperti orang yang pening-pening lalat baru sedar dari mabuk sebab dia bukan peminum.

Alkohol dengan dia sangat tidak serasi sama juga dengan aku .

Tapi sekurang-kurangnya dia lebih okay daripada jihyun dan gayoon. Memang dia berpura-pura baik tapi dia tidak terlalu gilakan harta. Dia seronok dapat mengendali cafe dan hidup senang tapi dia malas nak terlalu terlibat dengan harta sebab dia fikir selagi dia dalam rumah ni, dia tidak perlu risau.

Jiyoon unnie sudah pun kelihatan mahu keluar dari rumah tapi dia terhenti bila nampak aku.

‘’hyeri. Kau dari mana?’’

Dia tanya aku. aik, pelik juga selama ni tak pernah kisah kalau aku nak kemana atau dari mana sekali pun. Mungkin sebab aku kerap keluar masuk rumah ni membuatkan dia tertanya-tanya.

‘’dari..hospital, wae?’’

‘’nothing...’’

Okay aku tak faham tapi biarlah. Dia terus keluar menaiki kereta dia. Menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi. Entah kemana aku tak tahu.

Aku terus ke dapur menyediakan sarapan untuk diorang berenam. Sohyun kata aku tak perlu buat untuk jungkook. Aku malas nak tanya kenapa.

Haih tak logik aku nak bawak banyak makanan macam ni sorang-sorang ulang alik. Boleh pengsan kepenatan aku.

Jadi aku fikir aku bawak dua pinggan sekali dalam satu perjalanan. Nak buat macam mana kena ulang alik juga keluar masuk dari dapur.

Yang pastinya aku kene kejutkan jihyun unnie dulu dengan gayoon unnie untuk halau manusia-manusia men’jijik’kan ni kelaur dari rumah. Susah aku nak berjalan sebab lantai dipenuhi dengan diorang je.

Aku pergi ke halaman belakang sebab tu tempat kegemaran jihyun unnie dan sangkaan aku betul. Dia terbaring di kerusi gantung . tidur.

‘’unnie...’’

Aku menggoyangkan bahu jihyun unnie supaya dia bangun..

‘’jangan kacau akulah...kau nak apa...’’

Matanya tak terbuka tapi mulutnya sibuk bercakap dengan suara serak.

‘’unnie...unnie kene bangun..bawak keluar diorang...’’

‘’aku malaslah...sana sana! Aku nak tidur...’’

Masih lagi dia bercakap dengan mta tak terbuka. Terpaksalah.

Aku kembali keruang tamu melihat keadaan yang sungguh bersepah. Aku menggelengkan kepala dan mula kejut sorang demi sorang dengan garangnya. Diorang ni degil. Kalau aku berlembut memang tak bangun!

Sorang-sorang bangun meninggalkan tempat kediaman yang asalnya indah ini.

Mengambil masa juga mahu mengejutkan diorang tapi hyuna unnie kata jangan pernah berlembut dengan diorang. Haihh susahnya jadi hyuna unnie. selama ni dia buat macam-macam kerja dalam rumah ni dengan keadaan haritu teman lelaki dia tipu belakang dia. Mesti dia sangat tertekan.

Tapi aku rasa sekarang kurang sikit tekanannya sebab dia nampak boleh tersenyum.

Rasanya kot. Kita tak tahu isi hati orang.

Sedap sikit permandangan dekat rumah ni bila kereta yang banyak di halaman depan beransur tiada dan ruang tamu juga sudah kosong. Sama seperti laman belakang.

Aku mula membasuh tangan semula, sejujurnya aku sangat geli nak pegang diorang.

Euuwww.

Selesai basuh tangan aku mula untuk melakukan tugas sebenar aku. aku mengambil dua pinggan daging yang telah aku masak dan mula ke bahagian belakang tangga.

Aku meletakkannya sebentar di atas mana-mana tempat sementara sibuk membuka pintu ruang rahsia.

Kembalinya membawa pinggan tersebut aku menyuruh bodyguard yang menjaga pintu itu menguncikannya semula untuk aku.

Aku berhasrat untuk menghantar makanan ni dulu pada mangsa yang lebih bernasib malang.

Semestinya namjoon yang aku fikir dahulu. Dan aku baru teringat seseorang. Taehyung.

Baru-baru ni..argghh!

Aku tak boleh bayangkan apa yang dia terima. Aku tak boleh fikir macam mana keadaan dia!

Aku hanya memejamkan mata rapat dan menghela nafas sebelum berjalan semula menuju ke bilik namjoon.

Sampai sahaja di depan bilik dia aku terasa gemuruh. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab bila aku teringat kata-kata dia hari tu.

 

‘’aku tahu....kau...kau tak berniat buat benda ni kan?’’

 ‘’aku tahu...kau baik...’’

 ‘’aku tahu...kau pun terperangkap oleh fikiran dia dan tak tahu nak buat apa...’’

 

Ayat akhir dia tu buat aku tersentap bila memikirkannya semula. Aku terperangkap oleh fikiran dia? Fikiran sohyun? Apa yang dia maksudkan?

Aku tak terperangkap. Aku sedar ap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^