Part 20

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

No one POV

‘’Bawa dia keluar’’

Sohyun memberi arahan kepada dua orang bodyguardnya untuk membawa jin keluar dari bilik itu. Entah kemana mahu dibawanya.

Yoongi dan hoseok yang masih sibuk risau dengan keadaan jin terkejut bila sohyun muncul dan menyuruh orang-orangnya membawa jin keluar dari bilik itu. Yoongi terus bangun dengan perasaan penuh kemarahan.

‘’wehh mana kau nak bawak jin!’’

Seorang lelaki tegap tu mendukung jin keluar tanpa mempeduli apa yang yoongi perkatakan. Yoongi apalagi cuba menarik jin dari lelaki tu tapi tiba-tiba semakin ramai lelaki berbadan tegap masuk dan mereka mula membelasah yoongi tanpa belas kasihan.

Lelaki yang mendukung jin telah pun kelaur dari bilik itu berlalu pergi entah kemana. Sohyun masih melihat yoongi dibelasah. Hoseok yang terkejut dan geram tengok yoongi di belasah mahu membantunya dan berlawan dengan lelaki-lelaki yang membelasah yoongi untuk menyelamatkannya. Tapi sia-sia kerana mereka tidak sekuat mereka tambahan diorang hanya dua orang manakala lelaki-lelaki yegap itu lebih kurang empat orang.

Hoseok juga dibelasah tanpa belas kasihan.

‘’dah cukup.’’

Dengan arahan sohyun seperti nada tiada perasaan terus lelaki-lelaki itu berhenti membelasah yoongi dan hoseok. Sohyun berlalu pergi manakala lelaki-lelaki tadi keluar dari bilik itu dan sekali lagi mereka dikunci.

Banyak darah yang keluar dari hidung dan mulut mereka berdua.

Yoongi tidak berhenti-henti batuk dan darah di mulut semakin banyak yang keluar sebab dia paling teruk di belasah dan banyak terima tendangan di perut.

Namjoon yang melihat kejadian itu hampir menangis kerana perasaan bercampur baur! Dia cuba turun dari katil untuk tolong mereka berdua tapi hoseok mula bersuara.

‘’hy-hyung...jangan!’’

Dia cuba bangun sedaya upaya. Dia memegang katil sebagai menampung dirinya yang sangat perit untuk cuba bangun. Dia berjaya bangun tapi dia tidak boleh berdiri seimbang begitu lama.

Dia mengambil sebuah kerusi dan meletakkan depan yoongi. Dia cuba mengangkat yoongi perlahan dan memapahnya untuk boleh duduk di atas kerusi.

Hoseok berjaya membuat yoongi duduk di atas kerusi dan lepas tu dia duduk pula di atas kerusi di sebelah yoongi. Dia cuba bernafas secara stabil sebab dia telah pun menggunakan tenaga yang sudah pun tidak begitu banyak untuk membantu yoongi.

 

 

Hyeri POV

‘’Unnie-‘’

Truutt truutt

Aku baru sibuk berborak dengan hyuna unnie dan nasib baiklah dia tidak moody, tapi tiba tiba telefon aku berbunyi dan aku cepat-cepat mengeluarkannya dari poket seluar aku dan melihat siapa yang call. Sohyun.

‘’nae.’’

Aku menjawab dan terfikir kenapa dia nak menelefon aku.

‘’Balik sekarang...’’

Dia terus matikan panggilan lepas bagitau apa dia nak. Aku tau dia memang spesis cakap sepatah dan aku kene ikut. Tapi takkan aku nak tinggalkan hyuna unnie sekarang?

‘’unnie...hyeri kena pergi...’’

‘’huh?’’

Hyuna unnie mukanya tertanya-tanya kenapa tiba-tiba kau perlu tinggalkan dia. Aku tahu, kalau aku duduk dekat tempat dia pun aku mesti sedih tiada siapa di samping kita nak menemani kita. Tapi aku tak bermaksud macam tu sama juga dengan sohyun, tapi sohyun sibuk melayan kerenah kegilaannya yang aku tak dapat bantu untuk memuaskannya melainkan sedikit. Ya sedikit. Dan itu pun aku rasa sakit. Sakit sama-sama buat kerja gila.

‘’takpe unnie...kejap lagi hyeri datang semula...’’

Aku terus bangun untuk menuju ke pintu.

‘’kejap hyeri.’’

Tapi hyuna unnie memberhentikan langkah aku bila dia memanggil aku secara tiba-tiba.

‘’jangan lama-lama...’’

Aku senyum bila hyuna unnie cakap macam tu. Aku tahu dia pun tak suka ditinggalkan. Aku terus tinggalkan hyuna unnie dengan langkah yang berat.

Memandu laju kereta ke rumah sohyun, aku mendapat message dari seseorang dan aku periksa. Aku memang peka dengan setiap kali orang buat panggilan atau menghantar message dekat aku sebab aku tahu semua yang buat panggilan atau yang menghantar message dekat aku semuanya penting-penting.

Bila aku bukak message aku lihat siapa yang hantar. Gayoon unnie. Kenapa pula dia tiba-tiba nak hantar message ni?

Aku mula baca message gayoon unnie.

 

Hyeri, kau dekat rumah kan? Aku tahu. Kitorang nak buat parti sikit dekat rumah. Pastikan rumah kemas.

 

What the hell? Arghh! Masa-masa macam ni diorang boleh fikir nak berparti? Memang dasar perempuan murahan! Kau buta ke hyuna unnie tu dekat mana? Dekat hospital! Korang ni pun Cuma bernasib baik umma appa sohyun ambil korang sebagai anak!

Aishh! Kemas ke tak lantak kau lah! Kau fikir aku nak tolong kau?

Weh aku lagi sanggup tolong sohyun buat kerja dia dari sibuk hal kau! Aku tak tahulah macam mana hyuna unnie dan sohyun boleh tahan dengan diorang. Dahlah pagi kelaur kerja bukan pernah kisah makan minum hyuna unnie dengan sohyun. Lepastu mesti setiap minggu ada je buat parti. Aku pulak selalu je bukan setiap masa ada untuk diorang berdua. Ni pun aku terpaksa skip sekolah sebab sohyun suruh. Tak dengan tu aku mestilah nak jaga hyuna unnie,So sekolah? Terpaksa aku ponteng seminggu. Lantaklah orang nak kata apa.

Aku mencampak handphone aku di tepi sofa kereta sebelah aku iaitu sebelah tempat memandu. Aku terus fokus untuk balik ke rumah.

Seperti biasa sesampai di depan rumah sohyun mesti untuk orang-orang yang baru datang mesti dia rasa seram sejuk. Satu sebab suasana dekat sini sangat suram dan sunyi. Tapi aku dah biasa dan aku lebih suka.

Aku meletakkan kereta di tempat letak kereta yang memang sudah ada terbina dan tersedia. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan menutup semula.

Aku berjalan menuju kearah pintu rumah dan mula membuka pintu untuk perlahan.

Gelap. Agak gelap dan sunyi. Macam tiada orang.

Tapi aku terkejut bila aku masuk  dekat tengah-tengah rumah ada seorang lelaki duduk di atas kerusi muka nampak takut dan dia diikat. Aku tahu tak lain tak bukan ini kerja sohyun. Aku berpaling ketepi di mana aku akan nampak meja di ruang makan dan aku nampak sohyun sedang duduk menikmati minumannya. Aku nampak dia minum air teh hijau yang kelihatan panas.

Lelaki tu aku rasa aku kenal. Dia lelaki yang diculik sohyun baru-baru ni. Aku sebenarnya tak berapa tahu apa salah diorang sampai diculik. Aku melangkah masuk lebih dalam untuk lihat lelaki tu.

‘’ha hyeri!’’

Tapi sohyun sudah perasan kehadiran aku dan memanggil aku dengan nada agak gembira.

Dia memanggil aku untuk duduk bersama dengannya. Aku yang tak berfikir panjang hanya ikut dan terus duduk di sebelah dia.

‘’ah hyeri...aku ada tugas untuk kau...aku nak kau persoapkan semua patung-patung aku supaya cantik dan bersih...dan lagi satu..asingkan jungkook ke bilik yang lebih istimewa...dia bukan patung....jadi aku raa mesti dia terseksa aku terletak dia sekali dengan diorang semua...dan suruh dia persiapkan diri juga tau...bersih dan wangi~ sebab ..ah tak boleh....sebab diorang belum jadi patung yang sempurna macam taetae...jadi bawa diorang ke bilik besi tu untuk menjalankan proses-‘’

‘’tapi sohyun...’’

Aku teringatkan seseorang..lelaki yang lengannya masih belum sembuh dari ditembak. Aku rasa dia perlu dibawa dihospital tapi aku tahu tu bukan idea yang baik kalau aku bagitahu sohyun. Tapi aku tak sanggup dia diperlakukan seperti apa yang dia nak. Aku sendiri tak tahu apa maksud dohyun diorang semua patung dia dan perlu menjadi patung sempurna,tapi yang pasti aku tahu kegunaan bilik besi yang dia maksudkan. Bilik tu sangat seram dan apalagi kegunaannya. Takkan dia nak patahkan tulang diorang semua?!

‘’kenapa ye hyeri?’’

Dia bertanya aku pelik nampak risau. Tak kan aku nak kata aku tak setuju dengan dia.

‘’seorang lelaki...kau ingat tak...lengan dia cedera ditembak jadi-‘’

‘’takde masalah kita buang tangan dia..oh alamak! Lepas tu dia takkan jadi patung sempurna dah..jadi aku perlu buang dia..’’

‘’tak sohyun nanti!’’

Masih ada lagi perasan kasihan dalam diri aku dan aku semestinya tak akan biarkan dia berbuat terlalu kejam dengan diorang.

‘’aku janji akan betulkan dia...tapi bagi masa 2 bulan..’’

Aku terasa loya perlu menganggap diorang sebagai patung iaitu benda bukan hidup sedangkan diorang masih bernyawa dan diorang manusia!

‘’lama sangat-‘’

‘’kalau macam tu sebulan!’’

Aku perlu cuba yang terbaik supaya lelaki tu sembuh secepat mungkin atau dia akan mati. Aku tahu maksud dia buang tu bukan campak dia dekat mana-mana tempat tapi bunuh dia sebab bagi sohyun dia takde guna kalau dah rosak. Tapi dia masih seorang manusia!

‘’emm..’’

Sohyun membuat-buat muka terfikir-fikir!

‘’sohyun...’’

Aku panggil dia supaya aku lebih meyakinkan dia.

‘’okaylah..aku tahu kau tak akan kecewakan aku...tapi yang penting, aku taknak patung aku tak sempurna...bawa mereka kebilik tu sementara aku ada benda nak di selesaikan dengan...’’

Dia mengalihkan pandangan dia memandang kearah lelaki yang diikat tadi.

‘’Jin..’’

Aku hanya terkaku seketika bila dia sebut nama lelaki tu. Aku teringat hyuna unnie.

Adakah lelaki ni yang dia maksudkan?

 

 

Jimin POV

‘’Ap..apa?!’’

Aku terkejut bila jungkook cakap yang tulang taehyung sudah pun dipatah-patahkan! Tak benda tu tak masuk dek akal! Takkan dia diperlakukan sebegitu?

‘’hy-hyung...tolong hyung...kita..kita kene keluar dari sini! Bukan dia je...tapi orang dalam rumah ni memang betul-betul dah gila!’’

Jungkook terlihat dalam ketakutan dan dirinya sangat tidak terurus sebenarnya. Tiba-tiba dia bangun dan pandang sekeliling dan mula bangun meraba-raba dinding. Apa yang dia cuba lakukan ?

Aku sibuk memandang taehyung sedih dan tidak percaya apa yang jadi dekat dia!

‘’taehyung! ‘’

Aku bangun serabut tak tahu apa nak buat!

‘’tak tak!’’

Tiba-tiba jungkook menjerit macam orang hilang kawalan

‘’Jungkook?’’

Aku panggil dia tapi dia tetap menjerit-jerit membaling barang sana sini dan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^