CHAPTER 4:THEIR DESTINY

THE PROMISE
Please Subscribe to read the full chapter

Yooa datang lagi ke tempat itu, tempat yang menciptakan memori antara dia dan luhan. Dia datang bersama rasa sedih dan kecewanya. Ditatapnya tempat itu lama-lama. Memori yang terpahat dulu seolah-olah mengulang tayang kesemuanya. Hatinya dirudum sebak yang menggunung.

Kakinya mengatur langkah ke arah pohon yang sedikit besar berhampiran dengan buaiannya ketika itu. Berteduh daripada sang mentari yang memancarkan cahaya yang terik.

Keluhan dilepaskan. Titisan mutiara yang jernih jatuh jua di pipinya.

Kenapa awak siksa perasaan saya macam ni, luhan?

Dia tertunduk menahan esakkan yang kian bertamu di hatinya. Dia memandang sekeliling lalu matanya cepat menangkap sesuatu di sebalik pokok besar yang berada tidak jauh daripada tempat dia duduk. Tangisannya berhenti serta merta.

Luhan?.. Ke?

Air matanya diseka lalu dia bangun menuju kearah pokok itu. Kelihatan lelaki itu mahu berlalu pergi. Yooa mempercepatkan langkahnya.

                                  "luhan.. " panggilnya. Namun, lelaki itu tidak berpaling. Yooa masih mengejarnya.

                                  "luhan, tunggu.. " lelaki itu berhenti dan menoleh. Yooa serta merta berhenti mengejar tatkala dia dan lelaki itu saling berpandangan.

Yooa kaku seketika.

                                  "awak luhan ke?" soal yooa kurang pasti. lelaki tadi memandangnya lama sebelum menggeleng.

                                 "err, maaf. Saya fikir awak luhan.. " yooa meminta maaf. Dia tertunduk malu. Lelaki itu hanya tersenyum.

                                "ya. Saya bukan luhan. Tapi, saya kenal dia. Awak ni yooa kan? "soalnya. Yooa serta merta memandangnya. Terkejut. Dia.. Dia kenal luhan?

                                 "err.. Ya.." yooa menjadi gugup. Siapa lelaki di hadapannya kini? Dia tahu nama aku dan dia kenal luhan juga. Maknanya luhan pernah bercerita tentang aku pada lelaki ini?

Lelaki tadi hanya tersenyum sinis.

                               "saya baekhyun. Nampaknya awak salah orang.. " ujar baekhyun. Yooa hanya tersengih.

                              "y..ya. Maaf. Sekali lagi.. "

                              "tak apa. Saya faham. Saya faham keadaan awak. Rasanya, awak tak perlu habiskan masa awak menunggu sesuatu yang tak pasti lagi. Kalau dia betul-betul sayangkan persahabatan antara awak dan dia, dia mesti akan cari awak.. " kata baekhyun yang penuh dengan maksud yang tersirat.

Yooa terdiam sejenak. Hatinya tiba-tiba sakit mendengarnya.

                            "apa maksud awak? " soal yooa. Baekhyun memasukkan tangannya ke kocek seluar dan tersenyum.

                           "awak tak sepatutnya berada di sini. Bahaya. Lagipun, hari nak hujan ni. Baik awak balik dengan kadar segera.. " pesan baekhyun tanpa menjawab pertanyaan yooa. Dia melangkah pergi sebelum sempat yooa berkata apa-apa.

Keluhan dilepaskan. Apa maksud dia sebenarnya? Matanya memerhati sekeliling. Sunyi sepi. Lelaki tadi sudah jauh meninggalkannya.

Bibirnya diketap lalu menapak pergi dari situ. Mindanya mengeluarkan pelbagai soalan tentang lelaki tadi. Siapa baekhyun? Hujan akan turun sekejap lagi? Matanya memandang ke atas langit.

Hm.. Macam tak aje.

Kakinya diatur ke arah buaiannya. Baru sahaja dia ingin duduk, satu demi satu titisan air hujan mula jatuh daripada langit. Yooa mendongak ke atas.

                                              "huh? Hujan.. Alamak.. "yooa segera berlari pulang ke rumahnya. Dalam keadaan itu sempat dia mengiakan kata-kata baekhyun sebentar tadi.. Tapi, macam mana dia tahu?

 

 

TITISAN air hujan yang jatuh melekap di tingkap biliknya diperhati tanpa jemu. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Dia seakan lupa akan hal itu. Wajarlah baekhyun tahu, mungkin dia salah seorang sepupu luhan. Siapa tahu?

Dalam masa yang sama dia sedih. Hujan yang turun seolah-olah mengerti perasaannya kini. Benarkah kata-kata baekhyun supaya tidak perlu mengharapkan luhan lagi? Tapi, kenapa? Kenapa dia perlu berkata seperti itu? Betul ke luhan tak mahu menemuinya lagi? Tapi, kenapa? Kenapa luhan? Kenapa?

Air matanya menitis lagi.

Dia benci keadaan ini. Dia lebih sukakan keadaan yang dahulu. Mungkin dia bahagia apabila boleh melihat kembali, tapi dia lebih bahagia jikalau dia tidak dapat melihat namun luhan senantiasa ada bersamanya saat dia memerlukan atau senang.

Air matanya mencurah-curah keluar. Sebak yang ditanggungnya kian mencengkam hatinya. Dia tak mampu menahan lagi.

Luhan, kenapa perlu buat saya macam ni? Awak tinggalkan saya dengan beribu persoalan yang jawapannya semua ada pada awak. Kenapa perlu tinggalkan saya terkapai-kapai tanpa berita? Kenapa awak tinggalkan saya tanpa berkata apa-apa? Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? Apa salah saya? Salah saya ke kalau saya ingin melihat dunia kembali? Melihat raut wajah awak yang sentiasa ada di sisi saya? Awak tak sanggup ke untuk melihat saya bahagia dapat melihat dunia kembali? Awak tak sanggup ke luhan?

Dia tertunduk menahan hiba. Dia penat. Penat menangisi setiap saban hari menangisi seseorang yang entah kemana menghilang tanpa berita. Dia penat menunggu seolah-olah dia yang bersungguh-sungguh dalam segala-galanya. Dia penat. Penat dengan semua ini!!

Gelang pemberian luhan yang berada di pergelangan tangannya dipandang penuh rasa benci dan kecewa. Air matanya mengalir laju.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chacha_ieyra
huhu.maaf lah lama hiatus..isk isk

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 5: sedihlah jugak....update soon...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: otak saya kata diorang ada plan baek punya untuk satukan luhan ngan yooa.....saya sokong usaha diorang! takkanlah yooa senang2 lupakan luhan....
btw, fighting authornim! update soon!
starlightkim_
#3
Chapter 5: Kepala otak saya mengatakan bahawasanya yang tiga orang tu ade rancangan baik punya untuk menyatukan luhan dan yooa..kalaau begitu..saya menyokong sangatlah jasa baik diaorang ni..tapi authornim..chapter ni memang buat saya menangisi nasib yooa..huhu..update soon authornim
misz_dina #4
Chapter 4: luhan,x baikla buat yooa camtu.sy phm perasaan dia.at least tunjuk ah dulu muka kau tu srkali.then nk pegi pon pegi je la.tp jgnla buat yooa nangis.dia nangis,sy pon nangis gak
pikahbajet #5
Chapter 4: kesian yooa.........sedih betul .meleleh air mata di sini.*over terlebih plak*hihihihi......update soon......
starlightkim_
#6
Chapter 4: Jahatnya luhan..mmglaah dia tak nak yooa tahu pasal dirinya yg sebbenarnya vampire..tapi at least,cubalah bagitau dulu...manalah tahu yoo faham ke....ni tak..terus hilang tanpa khabar berita..apa kes???(emo sudah...XD)
youngminbfminwoo
#7
Chapter 4: Sedihla chapter ni, kesiaN Yooa. tak baik lah Luhan buat Yooa macam tu,tak baik lahhhh!!! Kesian dia. JAHAT!!
Nurliaaa
#8
Chapter 4: Huarghh T.T Yah, Luhan! Wae kejam sgt dgn yooa. Ngaku jelah ko tu vampire, mesti yooa akn fhm.