CHAPTER 3:THEIR PROMISE

THE PROMISE
Please Subscribe to read the full chapter

ost the promise:closer by OH MY GIRL

LAGU CLOSER:closer is a song about innocent girl longing for the heart of  a mysterious person.

__________________________________________________________________________________________

BAB 3

 

                Hari yang dinantikan tiba jua.pagi itu yooa dan tuan yoo min ju bersiap ke hospital untuk menjalani operation mata anaknya,yooa.yooa dilihat ceria dan tenang menghadapi hari yang dinantikannya.katanya,selepas dia boleh melihat dunia,dia mahu bertemu dengan seseorang.kawan baiknya..mungkin..atau mungkin,orang yang disukainya?

                Tuan yoo min ju menguntum senyuman.biarlah..asalkan yooa tersenyum bahagia.sudah lama dia tidak Nampak yooa tersenyum begitu apabila dia menceritakan tentang kawan baiknya,luhan.dia yakin,luhan memberikan yooa kebahagiaan saat dia tergapai-gapai mencari erti kebahagiaan dan kegembiraan itu sendiri seorang diri.

                Keluhan kecil dilepaskan.yooa dilihat sudah memasuki keretanya sambil ditolong oleh ahjumma da eun.bibirnya mengukir senyum.tuan min ju berjalan ke keretanya.

                “tuan,saya yakin..yooa pasti lebih gembira selepas dia dapat melihat kembali..”kata ahjumma da eun.pasti.dia mahu yooa gembira seperti dulu.tuan min ju tersenyum dan mengangguk.

                “saya pun yakin..okeylah,kami pergi dulu..jaga rumah baik-baik..”pesan tuan min ju.ahjumma da eun tersenyum dan mengangguk.pintu kereta ditutup.

                Pemandu tadi segera memasuki kereta tersebut lalu meluncur pergi.

 

LUHAN termenung di beranda rumah agamnya.pokok-pokok yang rendang tumbuh di hadapan tingkap rumah tersebut ditenungnya.cahaya mentari yang memancar di celah pokok-pokok tersebut menggamit perhatiannya.dia tiba-tiba sebak.

                Hari ini,merupakan hari yooa menjalani pembedahan matanya.hari ini juga,dia harus mula mengelakkan diri daripada bertemu dengan yooa.keluhan dilepaskan.dia bermain dengan jari-jemarinya.janji yang dia harus tepati,dia harus mungkiri.

                Dia tertunduk.maaf,yooa..semoga awak bahagia selepas ini.jangan lupakan saya..kolam matanya pecah.air matanya mula mengalir di tubir matanya.

                “kau..sayangkan dia?”soal seseorang.luhan segera menyeka air matanya dan berpaling kea rah pokok-pokok tadi.baekhyun melangkah menghampirinya.

                “kau jatuh cinta dengan dia,kan?”soal baekhyun lagi.

                Diam.

                Baekhyun mengeluh.kedua-dua tangannya diseluk dalam poket seluarnya sambil memandang kea rah luar rumah tersebut.  “aku tahu..sakitnya bila kita perlu jauhkan diri dengan seseorang yang kita sudah jatuh sayang..pedihnya hati bila kita teringatkan dia..rindukan dia..sebaknya rasa bila terkenangkan dia tanpa mengucapkan selamat tinggal..mencintai dia tanpa dia tahu..tapi,semua tu kalau kau tahu untuk atasinya,aku yakin kau takkan bersedih.”kata baekhyun penuh dengan maksud yang mendalam.

                Luhan memandangnya.  “maksud kau apa?”soalnya.baekhyun tersenyum memandangnya.

                “semuanya terserah pada kau untuk handle masalah ni..masalah yang kau sendiri yang ciptakan..kau bagi dia harapan untuk terus berkawan dengan kau..jadi,aku rasa..kau kena fikir apa yang patut kau lakukan untuk atasi masalah tu..”jawab baekhyun.

                Luhan terdiam seketika.dia membuang pandang kea rah luar.atasi masalah ni?tapi bagaimana?dilihatnya baekhyun melangkah pergi dari situ.

                “kau pernah jatuh cinta?”soal luhan tiba-tiba.langkah baekhyun serta merta berhenti.dia tertunduk.hatinya sebak seketika.

                “mungkin..”baekhyun segera menapak pergi.luhan terkedu.

mungkin?

                Dia mengeluh panjang.

 

SELESAI pembedahan tersebut,mata yooa dibalut dengan kain pembalut untuk beberapa hari.untuk beberapa hari jugalah,dia bermalam di hospital tersebut bersama appanya.

                Pembedahan tadi mengambil masa dalam tiga jam untuk selesai.tuan min ju tampak gelisah dan risau dengan keadaan yooa.mujurlah selesai pembedahan tersebut,yooa dilihat baik-baik sahaja dan yooa segera dihantar ke wad biasa untuk bermalam selama beberapa hari di situ untuk memudahkan pihak hospital menjaga yooa selepas pembedahan tersebut.

                Dia tidak kisah untuk bermalam di situ.beberapa hari ini dia akan berada di sisi anaknya.menemani nya dan menangguhkan kerja di officenya.biarlah PA nya yang mengambil alih seketika.dia mahu bersama dengan anaknya.dia mahu yooa melihatnya apabila dia membuka matanya nanti.

                “appa..”panggilnya.tuan min ju duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katilnya.

                “betul ke..yooa dapat melihat selepas ni?”soal yooa.tuan min ju tersenyum kecil.dia menggosok perlahan kepala yooa bagaikan budak kecil.  “ya,yooa..”yooa tersenyum kecil.

                “bila?lambat lagi ke?”

                “Cuma beberapa hari lagi..yooa sabar ya?appa ada dekat sini,temankan yooa.”yooa tersenyum.dia tiba-tiba teringatkan luhan.mesti  luhan berasa sunyi tanpanya untuk beberapa hari ni..dia mengeluh..kalaulah luhan berada di sini,dengannya.

                Luhan,awak mesti tunggu saya pulang..saya pasti datang kembali..kan kita dah berjanji?..saya akan rindukan awak..saya tak sabar nak bertemu dengan awak..yooa tersenyum buat kesekian kalinya.

 

 

“HYUNG,luhan okey ke?”soal se hun kepada chanyeol yang ralit menonton televisyen di ruang tamu tersebut.chanyeol memandang se hun.  “entahlah..sejak semalam dia diam tak bercakap..sepatah orang Tanya,sepatah dia jawab..”jawab chanyeol.

                Se hun melirik kea rah luhan yang duduk di kerusi di halaman luar rumah mereka.dilihatnya luhan termenung jauh di kaki langit sambil merenung bintang-bintang yang bergemerlapan di malam hari.keluhan kecil dilepaskan.tak pernah luhan berperangai sebegitu rupa,macam orang yang baru sahaja ditinggal kekasih..

                “mungkin..dia kesepian..”kata seseorang.sehun dan chanyeol lantas menoleh ke suara tersebut.su ho bergerak kea rah mereka.

                “kesepian?”soal se hun.su ho mengangguk.  “dia..mungkin rindukan yooa,gadis itu..”jawab su ho.kedua mereka terdiam.masih mereka ingati beberapa hari lepas,pertengkaran antara luhan dan su ho.ribut seharian rumah itu dengan pertengkaran mereka berdua gara-gara su ho menyuruhnya berhenti mendekati gadis itu.

                Petang itu luhan keluar dengan wajah yang muram.mungkin bertemu dengan gadis itu.se hun terfikir,apa benar luhan sukakan gadis itu?jika benar,pasti sangat susah untuk dia melupakan yooa dan meninggalkan gadis itu.

                “kenapa dia tak berjumpa je dengan gadis tu?”soal chanyeol.

                “sebab luhan dah buat keputusan untuk tinggalkan dia.”jawab su ho.mereka terkejut. tapi mengapa dia setuju untuk tinggalkan gadis tersebut?su ho mengugutnya ke?

“huh?betul ke?”soal chanyeol inginkan kepastian.hari tu bukan main bertengkar lagi dengan su ho gara-gara hal tersebut.tapi,kali ini dia rela berpisah dengan gadis itu?apa sudah jadi di antara mereka?

                “ya..sebab..dia tak mahu gadis tu mengenal dia..”

                “maksudnya?”soal sehun tidak mengerti.su ho mengeluh seketika.

                “dia tak mahu gadis tu mengenal rupa dia..siapa dirinya yang sebenar..sebelum hal tu berlaku,dia sudah buat keputusan untuk tinggalkan gadis tu..”jawab su ho.sehun dan chanyeol terdiam sejenak.

                Mereka berasa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chacha_ieyra
huhu.maaf lah lama hiatus..isk isk

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 5: sedihlah jugak....update soon...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: otak saya kata diorang ada plan baek punya untuk satukan luhan ngan yooa.....saya sokong usaha diorang! takkanlah yooa senang2 lupakan luhan....
btw, fighting authornim! update soon!
starlightkim_
#3
Chapter 5: Kepala otak saya mengatakan bahawasanya yang tiga orang tu ade rancangan baik punya untuk menyatukan luhan dan yooa..kalaau begitu..saya menyokong sangatlah jasa baik diaorang ni..tapi authornim..chapter ni memang buat saya menangisi nasib yooa..huhu..update soon authornim
misz_dina #4
Chapter 4: luhan,x baikla buat yooa camtu.sy phm perasaan dia.at least tunjuk ah dulu muka kau tu srkali.then nk pegi pon pegi je la.tp jgnla buat yooa nangis.dia nangis,sy pon nangis gak
pikahbajet #5
Chapter 4: kesian yooa.........sedih betul .meleleh air mata di sini.*over terlebih plak*hihihihi......update soon......
starlightkim_
#6
Chapter 4: Jahatnya luhan..mmglaah dia tak nak yooa tahu pasal dirinya yg sebbenarnya vampire..tapi at least,cubalah bagitau dulu...manalah tahu yoo faham ke....ni tak..terus hilang tanpa khabar berita..apa kes???(emo sudah...XD)
youngminbfminwoo
#7
Chapter 4: Sedihla chapter ni, kesiaN Yooa. tak baik lah Luhan buat Yooa macam tu,tak baik lahhhh!!! Kesian dia. JAHAT!!
Nurliaaa
#8
Chapter 4: Huarghh T.T Yah, Luhan! Wae kejam sgt dgn yooa. Ngaku jelah ko tu vampire, mesti yooa akn fhm.