CHAPTER 2:THEIR STORIES

THE PROMISE
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 2

 

 

YOOA tersenyum mendengar lagu kegemarannya yang dimainkan oleh radio tersebut.lagu yang berkisarkan tentang ala-ala fantasi dan berunsurkan dark angst.hatinya tersentuh oleh bait-bait lirik tersebut.

                “yooa..”panggil seseorang.

                “ya,appa?” tuan yoo min ju duduk di atas sofa di ruang tamu yang besar tersebut.dia tersenyum melihat yooa yang ceria tidak seperti kondisinya.

                “appa ada berita baik untuk yooa..”yooa tersenyum dan perlahan-lahan mencapai tongkatnya dan menapak kea rah appanya.appanya menolong yooa duduk di sisinya.

                “apa dia appa?”soal yooa tak sabar.

                “sebelum tu appa minta maaf,sebab tak dapat ada untuk yooa setiap masa sebab appa sibuk..”appanya mengeluh.yooa tersenyum kecil.

                “yooa faham..tak mengapa.lagipun,ahjumma da eun ada temankan yooa.tapi,yooa lebih suka bersendirian.melayan fikiran yooa..yooa tak kisah..”jawabnya.appanya tersenyum kecil dan membelai rambut yooa bagai anak kecil.

                “appa..dah jumpa penderma mata untuk kamu..”kata-kata appanya mengejutkan yooa.

                “ha?”

                “appa dah jumpa penderma mata untuk kamu..lagi beberapa hari,kamu akan menjalani pembedahan..”yooa terdiam seribu bahasa.dia tidak tahu dia mahu berasa gembira atau sedih.semua ini adalah satu kejutan besar untuk dia.mengapa baru sekarang??

                “appa baru temui penderma setelah dua belas tahun?”soal yooa.tuan yoo min ju terdiam mendengarnya.soalan tersebut membuatkan dia berasa bersalah dan kosong.keluhan berat dilepaskan.dia tahu,dia banyak mengabaikan yooa.tapi,baru kali ni dia tersedar dan mahu yooa melihatnya kembali setelah sekian lama berada di dalam kegelapan.

                “appa..minta maaf..”yooa tertunduk.  “yooa pun..”dia segera memeluk appanya.appanya membalas pelukannya.

                “appa..memang tak guna..maafkan appa..”yooa menangis di dalam pelukan appanya.appanya tersentuh dan ikut menangis.serta-merta dia teringatkan mendiang isterinya.hatinya bertambah sebak.maafkan saya…sebab abaikan anak kita..

 

 

PETANG ITU seperti biasa mereka berjumpa di buaian milik yooa.yooa mempunyai khabar yang baik untuk diberitahu kepada luhan mengenai pembedahan matanya tak lama lagi.luhan pula muram akibat dimarahi oleh su ho apabila su ho tahu tentang dia dan yooa.ah..dia peduli apa.

                “luhan,awak okey?”soal yooa.dia dapat merasakan mood luhan yang kurang ceria hari ini.luhan berpaling ke arahnya dan cuba tersenyum walaupun yooa tidak dapat melihat senyumannya.

                “okey..saya okey je..”jawab luhan dengan nada yang mendatar.

                “awak tipu..saya dapat rasa yang awak ada masalah..”kata yooa.luhan terdiam dan mengeluh.

                “pandailah awak ni..tak ada..saya gaduh dengan sepupu saya tadi..”jawab luhan.bengang betul bila dia mengingati semula saat tadi.bukan ada seorang pun yang nak back up dia.urgh..sakit pula hati ni..nasib sepupu.kalau adik beradik..haih..rilex luhan..rilex..hmm..

                “oh..sabar lah.tak apa.saya ada dekat sini.kalau dia marah awak,awak cari saya lepas ni.”kata yooa.luhan tersenyum geli hati.

               “awak tinggal dengan sepupu awak ke?”soal yooa.luhan terdiam sesaat.

               “hm..ya.saya ada sebelas sepupu lelaki yang tinggal bersama.saya dan mereka semua tak ada adik beradik..”jawab luhan.

               “woo..ramainya..tapi,walaupun awak semua tak ada adik beradik,mesti awak semua rapat macam adik beradik kan?”duga yooa.luhan tersenyum.

               “ya..betul tu..”yooa tersenyum.

               “berapa umur awak,yooa?”soal luhan.   “ouh?saya?19 tahun..”jawab yooa.

               “ouh..masih remaja..”luhan tergelak kecil diikuti yooa.

               “awak pula?”

               “saya 24 tahun..dah dewasa..”luhan mencebik.

               “dah tua dah kawan saya ni..”yooa tergelak.luhan tersenyum memandangnya.

               “ah…awak..”

               “hmm?”

               “saya ada berita baik!..”dahi luhan berkerut.berita baik?hm..

               “apa dia?”soal luhan.sifat ingin tahunya mula bertamu di mindanya.yooa tersenyum bahagia.

               “appa ada cakap tadi..yang dia dah jumpa penderma mata untuk saya.pembedahan tu diadakan dalam masa beberapa hari saja lagi..”kata yooa.luhan terdiam dan kaku.

               “lepas ni,saya boleh tengok wajah awak..kan luhan?”luhan tersentak.

               “ouh..err…ya..”luhan ketawa dibuat-dibuat.

               “awak macam tak suka je?”duga yooa.

              “eh..bukan macam tu..saya tumpang gembiralah..Cuma saya terkejut..”luhan tersengih dan gelisah.ini tak boleh terjadi..aku..aku tak sedia lagi..kenapa cepat sangat??

               Yooa tersenyum.  “saya pun terkejut juga.tapi,tak apalah.yang penting,saya dah boleh melihat tak lama lagi..”yooa tersenyum bahagia.luhan memandangnya sayu.

              Tapi,saya takut..jika kita tak bertemu lagi..luhan tertunduk.maafkan saya,yooa..

              “luhan,boleh janji dengan saya sesuatu perkara tak?”yooa bersuara.

              “hm..apa dia?”luhan bertanya walaupun dia tak pasti dia boleh menunaikannya atau tidak.

              “tunggu dekat sini tau selepas segalanya selesai..”

             “hmm…o-okey..”luhan bersetuju namun sebaliknya tidak.tak mungkin dia ada di situ lagi selepas ini.dia tak sanggup mengecewakan yooa.andainya waktu berulang kembali,dia tak mahu meneruskan persahabatan ini.ah..dia tak mahu dia dan yooa terluka.dia tertunduk membisu.

             Mungkin esok atau lusa menjadi pertemuan terakhir kita,yooa.selama kita berkawan ni,saya tak jujur pun dengan awak..kebenaran yang mengandungi kepahitan dan penderitaan..penuh dengan kegelapan..sanggup ke awak berteman lagi dengan saya jika awak tahu hal yang sebenar.saya..bukanlah seperti awak,yooa.saya..adalah vampire.dunia kita berbeza..

           Saya takut..kalau persahabatan kita terputus..awak mesti takutkan saya kalau awak tahu siapa saya sebenarnya..ah..dia tak boleh membayangkan saat dimana yooa tahu semuanya.yooa mungkin menjauhinya dan membenci dirinya.

           Luhan memandang yooa dengan perasaan yang bercampur baur.takdir kita bukanlah seindah yang kita sangkakan.mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bertemu dan berkenalan dengan lebih lama.dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chacha_ieyra
huhu.maaf lah lama hiatus..isk isk

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 5: sedihlah jugak....update soon...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 5: otak saya kata diorang ada plan baek punya untuk satukan luhan ngan yooa.....saya sokong usaha diorang! takkanlah yooa senang2 lupakan luhan....
btw, fighting authornim! update soon!
starlightkim_
#3
Chapter 5: Kepala otak saya mengatakan bahawasanya yang tiga orang tu ade rancangan baik punya untuk menyatukan luhan dan yooa..kalaau begitu..saya menyokong sangatlah jasa baik diaorang ni..tapi authornim..chapter ni memang buat saya menangisi nasib yooa..huhu..update soon authornim
misz_dina #4
Chapter 4: luhan,x baikla buat yooa camtu.sy phm perasaan dia.at least tunjuk ah dulu muka kau tu srkali.then nk pegi pon pegi je la.tp jgnla buat yooa nangis.dia nangis,sy pon nangis gak
pikahbajet #5
Chapter 4: kesian yooa.........sedih betul .meleleh air mata di sini.*over terlebih plak*hihihihi......update soon......
starlightkim_
#6
Chapter 4: Jahatnya luhan..mmglaah dia tak nak yooa tahu pasal dirinya yg sebbenarnya vampire..tapi at least,cubalah bagitau dulu...manalah tahu yoo faham ke....ni tak..terus hilang tanpa khabar berita..apa kes???(emo sudah...XD)
youngminbfminwoo
#7
Chapter 4: Sedihla chapter ni, kesiaN Yooa. tak baik lah Luhan buat Yooa macam tu,tak baik lahhhh!!! Kesian dia. JAHAT!!
Nurliaaa
#8
Chapter 4: Huarghh T.T Yah, Luhan! Wae kejam sgt dgn yooa. Ngaku jelah ko tu vampire, mesti yooa akn fhm.