Final

Everlasting Love

Nenek menghulurkan sebilah pisau kepada aku. Mungkin pisau itu boleh melindungi aku daripada ibunda.  Aku mengambil pisau itu dan diletakkan ke poket gaun yang  dipakai aku lalu memandang Baekhyun buat beberapa kali. Kalau boleh sekarang juga aku mahu menyelamatkan Baekhyun yang  terbaring kaku itu.  Aku mahu membawanya lari dari ibunda dan hidup bahagia.

 

“Ingat Taeyeon.  Jangan buat keputusan secara melulu, atau kamu akan mati dibunuh oleh perempuan sihir itu. Faham?” kata  nenek mengingati aku.  Aku mengangguk lemah. 

 

Mereka mula mendiamkan diri saat ibunda keluar dari gua sihirnya.  Dia berjalan menghampiri Baekhyun dengan tawa sinis.  Seronok dia dapat menyeksa lelaki itu.  Wajah Baekhyun dipegang dengan kasar. Aku mengenggam penumbuk melihat perbuatan ibunda pada Baekhyun.

 

“Orang  macam kau nak hidup dengan anak aku? Tak layak! Lelaki lembik macam kau tak akan pernah layak berdamping dengan anak gadis aku!” tengking ibunda lalu ketawa jahat.  Dia seperti mengejek Baekhyun yang tidak ubah seperti mayat hidup.

 

“Tiada ubat yang boleh memulihkan kau selain ciuman daripada gadis yang sangat mencintai kau. Jika tidak, kau mungkin akan jadi macam ni buat selamanya! HAHA!”

 

“Ibunda kejam!” aku menjerit kuat. Ibunda yang terkejut, berpaling kearah aku. Nenek  juga terkejut dengan tindakanku.  Aku mungkin sekarang diambang maut, tetapi aku tidak akan biarkan hidup Baekhyun sia-sia kerana aku.  Aku tidak akan membiarkan perkara itu terjadi!

 

 

Ibunda ketawa kecil memandang aku, “Ah!  Sekarang  dah berani melawan aku, ya?  Kau tak ingat apa  yang aku katakana pada kau tempoh hari?  Kau memang nak mati!” kata  ibunda.  Aku mengenggam erat tanganku, menahan  rasa  takut  yang  semakin menyelebungi diri aku.

 

 

Namun dengan semangat aku,  semangat nenek,  dan semangat Baekhyun juga.  Aku akan terus melangkah kehadapan dengan keberanian. Demi semua orang yang  telah memberikanku semangatnya. Aku akan buktikan.

 

 

“Dengan apa yang ibunda telah buat dengan lelaki yang saya cintai,  saya bersumpah yang saya membenci ibunda sehingga saya mati! Aku benci kau! Kau perempuan jahat!”  aku menyumpah seranahnya. Begitu berani aku meluahkan kata-kata  itu padanya.

 

 

“Taeyeon-ah..”nenek  juga  tergamam mendengar  kata-kata aku  yang agak keterlaluan.  Tetapi aku sudah tidak peduli lagi. 18 tahun aku hidup bersama wanita yang selama ini aku anggap seorang ibu. Dia sepatutnya menyokong aku keputusan aku, bukan memporak-perandakan lagi hidup aku.

 

Semakin galak ibunda mengetawakan diri aku yang lemah ini. Difikirnya, aku sekadar ingin menakut-nakutkannya. Ibunda silap besar. Aku akan buktikan!

 

“Pulangkan Baekhyun.” Mintaku walaupun aku tahu ibunda tidak akan memberikan Baekhyun kepada aku sesenang itu.

 

“Boleh. Tapi bersyarat.”

 

“A..pa?”

 

“Aku pun boleh pulihkan dia seperti sedia kala asalkan kau tak akan jumpa dia lagi selepas ini.” Kata ibunda. Air liur aku tiba-tiba rasa kelat. Aku mahu bersama Baekhyun tetapi aku... tak ada banyak pilihan.

 

“Jangan dengar kata dia, Taeyeon! Racun yang ada dalam badan Baekhyun itu terlalu kuat untuk wanita sihir ini pulihkan semula. Baekhyun boleh mati!” teriak si pari-pari dengan lantang. Aku memandang kearah pari-pari kemudian ke ibunda.

 

“Ibunda boleh pulihkan dia. Ibunda janji.”  Mana satu yang betul? Ibunda atau pari-pari?

 

“Ibunda tak tipu kan?” kali ini aku ragu-ragu dengan ibunda. Tapi ibunda seorang ahli sihir, tak mungkin dia tak boleh sembuhkan Baekhyun.

 

“Ya. Ibunda aku pulihkan dia seperti sedia kala. Ibunda berjanji.” Ibunda menghulurkan tangannya. “Kalau Rapunzel setuju, sambutlah huluran ibunda.”

 

“Jangan Taeyeon! Ini semua satu helah! Aku boleh mati!”

 

Aku mengambil nafas berat sebelum menyambut tangan ibunda. Tujuan aku hanya satu ialah untuk menyelamatkan Baekhyun serta membiarkan dia bahagia seperti lelaki-lelaki lain. AKu tidak tahu dia mati dibunuh. Dia tidak bersalah. Baekhyun tidak bersalah kerana mencintai aku.

 

Kerana cinta yang suci pasti akan berkekalan buat selamanya.

 

Selepas aku menyambut tangan ibunda, ibunda bertindak mengunci leherku dengan lengannya. Ditangannya sudah memegang tongkat sakti yang selama ini memberi kekuasaan kepada wanita sihir itu. Pari-pari mengeluh kecil. Dia sudah agak perkara itu akan terjadi.

 

“Kau fikir aku akan lepaskan kau secepat tu? Tak ada sesiapa yang boleh ambil kau daripada aku, Rapunzel! Kau milik aku! HAHA!”

 

“Pulihkan Baekhyun semula.” Dengan suara yang tersekat-sekat, aku meminta ibunda melepaskan Baekhyun. Aku meronta kecil minta dilepaskan. Aku mahu pergi tempat Baekhyun.

 

“Apa? Aku tak dengar? Kau minta aku pulihkan lelaki lembik ni? Dia memang ditakdirkan untuk mati. Aku tak boleh buat-buat apa, Rapuzel. Sekejap lagi, dia akan mati dengan tongkat aku ni!”

 

Aku sudah tercungap-cungap kerana kurang oksigen. Ibunda mengunci leherku terlalu kuat. Aku memandang kearah pari-pari yang menunjuk benda berdekatan ibunda kepada aku.

 

Aku faham. Tongkat. Ibunda pasti tak boleh membunuh Baekhyun tanpa tongkat kerana tongkat itu yang sebenarnya bersakti.

 

“Bunuh Tae, ibunda. Jangan seksa Tae macam ni.” Rayu aku sambil menangis. Namun tanganku meraba-raba mencari tongkat sakti ibunda. Ya. Aku harus menghancurkan tongkat itu.

 

Ibunda merentap rambut aku ke belakang. “Siapa Tae? Aku tak ada anak nama Taeyeon. Nama anak aku Rapunzel.”

 

“Lepaskan Baekhyun.” Aku mula hilang sabar. Mata aku yang merah menatap matanya seperti musuh. Kesabaran aku pada ibunda sekarang tersangatlah terhad. Mungkin saat ini aku sudah tidak takut pada mati. Aku hanya ingin memulihkan Baekhyun dan menghancurkan ibunda.

 

“Kalau aku tak nak?”

 

“Argh!!” aku terus menumbuk perut ibunda dengan siku aku. Baru aku ingin mengambil tongkat sakti itu, ibunda menarik semula tongkat itu. Aku tidak peduli. Aku dan ibunda berlawan untuk mendapatkan tongkat itu.

 

“Nama aku Kim Taeyeon dan aku bukan Rapunzel, anak kau!”

 

“Terimalah hakikat yang mak bapak kau buang kau pada aku. Kau sepatutnya berterima kasih pada aku!”

 

“Mak bapak aku bagi aku pada kau sebab kau yang paksa diorang! Aku tak akan berterima kasih kepada manusia jahat seperti kau. Kau tak layak!”

 

Aku menarik tongkat itu pada bahagian atas, dimana krystal merah yang seperti darah menyala menyinari malam. Ibunda tersengih sinis. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Aku mulai takut. Jika aku tidak berganjak, aku mungkin akan mati.

 

Aku tak akan berganjak. Aku juga tak akan mati!

 

Krystal merah itu semakin menyala menyakitkan mata aku. Dengan mata yang tertutup aku memegang tongkat itu dengan erat. Detik ini, tubuh aku terasa panas.  Aku..sudah mati?

 

“Kim Taeyeon! Sekarang!” aku membuka mata tatkala mendengar suara lantang pari-pari. Apa yang aku lihat sekarang ialah ibunda sedang terbaring ke lantai mengerang kesakitan.

 

Inilah masanya untuk aku menghancurkan krystal merah itu. Aku membawanya ke tepi batu. “J..angan!” suara ibunda merayu sudah aku hiraukan. Dalam kiraan sepuluh aku melayangkan krystal itu ke batu. Habis berderai kaca krystal itu. Lampunya sudah tidak bercahaya lagi.

 

“Tongkat aku!” Ibunda meraung di situ. Ibunda memandang kearah aku. “Ini semua salah kau! Aku akan bunuh kau!” belum sempat ibunda mahu menerkam aku, pari-pari menghalang perbuatan ibunda dengan saktinya.

 

“Aku tak akan izinkan kau hancurkan dua cinta yang suci. Kalau tak, kau mesti dihapuskan.” Balas pari-pari dengan tenang.

 

“Tak guna!” Ibunda mahu mengejar pari-pari pula. Hajatnya tidak kesampaian apabila kuda belaan pari-pari menyondol ibunda dengan tanduknya yang berapi. Tidak sampai sesaat ibunda bertukar menjadi abu.

 

Aku terdiam. Pandangan aku beralah ke Baekhyun dan secepat mungkin aku mendekatinya. Wajahnya yang pucat sentiasa membuat aku rasa amat bersalah. Sekarang ibunda sudah mati. Siapa mahu pulihkan Baekhyun sekarang?

 

“Baekhyun-ah.. bangunlah.. saya ni.” Panggil aku. Aku berharap dia dapat mendengar dengan jelas suara aku. “Saya datang nak selamatkan awak. Janganlah diam je.. bangunlah..”

 

“Nek, macam mana nak pulihkan Baekhyun? Dia tak nak bangun..” air mata aku menitis sedikit demi sedikit. Kenapa aku dapat merasakan yang Baekhyun akan benar-benar tinggalkan aku? Aku belum bersedia untuk ditinggalkan Baekhyun. Aku masih tidak boleh menerima semua ini terjadi.

 

“Ciuman. Itu je jalan penyelesaian dia.” Balas pari-pari.

 

“Ciuman?” soal aku terpinga-pinga.

 

Pari-pari tersenyum kecil. “Ya. Ciuman daripada cinta sejati pemuda ini. Kalau dia dapat merasakan kekuatan cinta kamu melalui ciuman, Baekhyun tentu akan bangun.”

 

Mataku memandang ke bibir Baekhyun. Aku berdoa di dalam hati agar Baekhyun akan bangun dengan ciumannya. Tanpa berlengah, aku mencantumkan bibirku dengan bibir Baekhyun. Air mata yang bergelinangan terkena pada mata Baekhyun.

 

Jangan biarkan dia mati..

 

Aku tak mahu dia meninggalkan aku..

 

Aku.. sangat mencintainya..

 

“Ya tuhan..” Pari-pari terkejut besar saat melihat Baekhyun membuka matanya. Dia tersenyum lebar melihat aksi tersebut. Bagaikan drama yang penuh dengan cinta agung. Pada mulanya dia juga ragu dengan cinta mereka, tetapi segalanya sudah terbukti. Taeyeon ialah cinta sejati Baekhyun.

 

“Baekhyun-ah..” aku memandangnya dengan senyuman yang melebar. Baekhyun bangun dan terus memeluk aku dengan erat. Aku tahu. Kami saling merindui. “Syukur awak dah sedar. Kita dah selamat daripada ibunda.” Kataku perlahan.

 

“Taeyeon-ah..”

 

“Ya.. saya disini.”

 

Baekhyun meleraikan pelukan. “Awak.. masih cantik. Seperti dulu.” Kata Baekhyun, tersengih manja. Aku terkejut mendengar kata-katanya. Baekhyun... bukankah dia buta?

 

“Awak boleh nampak saya?” soalku dengan teruja. Dia mengangguk laju lalu memelukku semula.

 

“Terima kasih kerana cintakan saya. Tanpa awak, saya mungkin akan mati.” Ujarnya. Dia mengeluh kecil.

 

Aku menggeleng. “Bukan saya yang tolong awak. Pari-pari ni yang tolong saya selamatkan awak. Kita harus berterima kasih padanya.” Aku membalas. Baekhyun memandang kearah pari-pari dan dia terkejut. Pari-pari tersenyum kearah Baekhyun.

 

“Dia ni..orang yang ada dalam mimpi saya!” kata Baekhyun dengan nada tidak percaya. Pari-pari mendekati mereka.

 

“Saya pari-pari cinta. Tugas saya untuk menyatukan dua hati manusia yang suci. Seperti kamu berdua.”

 

“Terima kasih. Saya amat menghargai awak.” Kata Baekhyun sambil menunduk kecil. Begitu juga dengan aku. Aku dan Baekhyun sama-sama berterima kasih dengan pari-pari itu kerana tanpanya, aku dan Baekhyun mungkin tidak akan dapat bersama seperti ini.

 

“Ya, sama-sama. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua sehingga akhir hayat.”

 

 

 

 

“Ketibaan Raja Byun Baekhyun dan isterinya, Kim Taeyeon untuk ke dewan!” suara pengawal istana disambut dengan tepukan gemuruh daripada rakyat jelata. Aku dan Baekhyun menuruni tangga dan berjalan ke tengah-tengah dewan. Mereka memberi ruang untuk aku dan suamiku menari berdua di situ. Mereka juga dengan pasangan masing-masing.

 

Lagu Love Me Like You Do versi piano bergema di seluruh dewan. Aku malu mahu menari, kerana memang tidak pandai menari. Selama ini aku hanya duduk di menara yang tinggi itu sehingga lupa dengan hiburan luar.

 

“Saya tak pandai menarilah, awak.” Aduku dengan malu. Semua orang sudah menari di sekelilingku. Cuma kami berdua saja yang masih belum menari.

 

“Pijak kaki saya. Biar saya je yang menari ya, sayang? Awak ikut saya.” Balas Baekhyun. Mukaku sudah merona merah apabila mendengar perkataan sayang  yang keluar dari mulut Baekhyun. Suaranya yang comel memanggilku dengan nama manja membuatkan hati aku semakin kuat degupannya.

 

“Y..a..” balasku. Aku memijak kakinya dengan perlahan. Aku takut Baekhyun cedera dengan kasut tumit tinggi ini. Sepatutnya aku hanya memakai kasut biasa.

 

“Kenapa awak sukakan saya?” soal aku. Mungkin sedikit kedengaran klise sehinggakan Baekhyun mengetawakan aku. Dari dulu aku tertanya-tanya, adakah Baekhyun menjadikan aku isteri hanya kerana simpati?

 

“Erm.. macam mana nak mula ya? Masa saya nampak awak dekat atas menara tu, saya dengar awak menyanyi. Terpegun punya pasal sampai jatuh terlanggar batu.” ujar Baekhyun sambil tersengih. Sebenarnya tiada sebab untuk dia tidak cintakan Taeyeon kerana dimatanya, Taeyeon seorang gadis yang sempurna.

 

Taeyeon seolah-olah memukaunya sejak pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu.

 

“Sebab tu awak baling batu dekat tingkap setiap malam?”

 

“Yalah! Saya perasan setiap kali ibunda awak balik, air mata awak mengalir. Cuma waktu malam saja ibunda awak tak menjenguk. Jadi saya datang waktu malam jelah..” aku cuba menyembunyikan senyuman yang kian lebar. Sungguh aku tidak tahu yang setiap malam Baekhyun datang ke menaranya semata-mata ingin menjenguknya.

 

“Terima kasih kerana faham saya, diri saya.. terima kasih juga kerana mencintai saya sepenuh hati awak. Saya juga akan mencintai awak seumur hidup saya.” Kata aku seakan berjanji. Aku mahu berjanji untuk hidup dengannya. Asalkan Baekhyun di sebelah aku, aku akan lebih bersemangat.

 

“Awak tak boleh cinta lelaki lain selain saya tau? Cuma saya.”

 

Aku tersenyum. “Ya, sayang..” 

 

 

 


Author note: Tamat jugak cerita ni XD Happy reading!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
Episod satu : Settled!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 3: Saya baca cerita ni lagi hahahahaha dan masih tidak lapuk ditelan zaman~ i like your fanfics!!!!!
hjkyung #2
Chapter 1: Love these baekyeon♥
ain_sooyoung #3
Chapter 3: author citer ni daebak gila