Prolog

Everlasting Love

Aku menekup mulutnya yang mengaduh kesakitan selepas dibutakan matanya. Kami bersembunyi di semak-samun sementara ibunda dan kudanya masih meliar mencari kami untuk dihukum. Di hati ini terbit rasa bersalah yang mendalam pada pemuda di sebelahku ini. Sepatutnya aku yang menanggung segala kesakitan dan keperitan yang dimiliknya itu. Aku memang seorang manusia yang berdosa.

“Wahai Rapunzel sayang! Di manakah engkau, wahai anakku? Ibunda datang mahu mengambilmu,” suara ibunda kedengaran di sekitar kawasan kami menyembunyikan diri. Tangan aku menutup mulut pemuda itu sekuat yang mungkin. Aku tidak akan membiarkan ibunda membunuh pemuda tidak bersalah ini.

“Sila bertahan.D-emi saya,” bisikku ke telinganya.

Hatiku luluh saat dia meraba-raba wajahku dalam keadaan yang sebegitu. Aku mencari tangannya, seolah-olah menyalurkan sedikit tenagaku untuknya. Aku hanya meminta dia bertahan. Hanya itu.

Ibunda sudah pergi jauh dari sini. Tanpa berlengah aku membawa pemuda itu keluar dari tempat persembunyian dan mencari sungai berdekatan. Keadaan lelaki ini sudah parah. Darah yang keluar dari biji matanya masih tidak berhenti dari mengalir. Aku menangis.

“Saya dapat dengar esakkan awak. Usahlah awak menangis demi saya,” kata pemuda itu kepada aku.

Aku sudah tidak dapat menahan tangisan lagi. Aku terus menangis teresak-esak di hadapan sang pemuda yang malang itu. Dia menarik aku ke dalam pelukannya

“Awak hilang daya penglihatan disebabkan saya, tetapi saya langsung tidak membantu apa-apa. Saya ini hanya pembawa malang pada awak.” Kataku dengan nada kesal. Aku kesal hidup bersama ibunda. Aku kesal mempunyai ibu seperti ibunda. Aku benci.

“Awak ingat tak masa mula-mula kita berjumpa dulu? Saya ada mengatakan sesuatu pada awak yang saya akan menerima awak seadanya. Saya tidak peduli awak siapa, tetapi hati saya berkeras mahu memiliki awak. Saya hanya mahu hati awak, dan seluruh diri awak.” Manis pemuda itu berbicara. Setiap butir yang dikatakan pemuda itu bagaikan manisan yang masuk dalam ke hati aku.

Kerana itu aku amat cintakan dia. Aku juga mahu dimiliki oleh dia.

“Di hadapan sana ada sebuah telaga. Mari kita pergi.”

“Sekejap!” pemuda itu menghentikan langkahku. “Saya dengar sesuatu.” Mataku meliar ke kanan dan ke kiri. Kosong.

Aku terus memapah pemuda itu dengan segera sehingga ke tepi telaga. Aku menyandarkan dia di tepi sebuah batu yang besar sebagai sandaran. Telaga yang dalam itu aku lihat dengan rasa hampa. Di dalamnya masih mempunyai kuantiti air yang banyak, cuma aku memerlukan tali dan baldi untuk mengambil air.

“Air dalam telaga ni sangat dalam. Kita tidak ada tali dan baldi untuk mengambil air ini.” Ujarku. Jika rambutku masih panjang, aku sudah lama menggunakan rambutku untuk mengambil air.

Pemuda itu meraba-raba di sekelilingnya. Dia terasa ada sesuatu di belakangnya dan memberikan kepada aku. Benda yang dimaksudkan itu adalah tali. Namun tali itu seperti dipotong dan hanya tinggal sekerat. Tidak mungkin tali itu akan mencecah air jika talinya terlalu pendek. Aku harus memikirkan cara lain.

“Macam mana?” soal pemuda itu.

Tiba-tiba aku mendapat idea. Aku mengikat tali itu di tiang. Aku memandang sekeliling rumput, mencari benda yang boleh mengisi air lalu aku ternampak tin yang sudah kosong. Aku mengambilnya dan mula masuk ke dalam telaga.

“Awak buat apa tu? Taeyeon-shi?” pemuda itu mula bimbang. Apa yang gadis itu lakukan sekarang ini. Itu yang berada di fikiran lelaki itu.

“Baekhyun-shi.. tunggu sekejap. Biar saya ambilkan air untuk awak.”

Dengan bantuan tali yang sedia ada, aku perlahan-lahan menuruni hingga ke bawah untuk mengambil unuk pemuda bernama Baekhyun itu. Tetapi aku hanya mampu masuk sampai suku telaga sahaja memandangkan tali pendek. Aku cuba sedayaku untuk mengangkut air sebanyak yang mungkin.

“Taeyeon-shi? Apa yang awak lakukan? Saya dapat mendengar kesan tapak kaki yang sedang berjalan ke arah sini.”

Aku diam buat seketika. Memang benar kata-kata pemuda itu. Bunyi tapak kaki itu semakin boleh didengari oleh kami. Aku menelan air liur. Siapakah gerangan itu?

“Sayang?” s-uara i-tu.. Aku melihat ke atas.

Serta merta aku terjatuh ke dalam air apabila tali pendek yang aku pegang untuk turun ke dalam telaga dipotong oleh,..ibunda. Aku dapat melihat sengihan sinis di raut wajah tuanya sebelum masuk ke dalam air. Baekhyun. Bagaimana dengan Baekhyun? Apa yang akan ibunda lakukan terhadap Baekhyun?

“Taeyeon-shi? Taeyeon-shi! Kim Taeyeon!”  Baekhyun menjerit dan memanggil nama aku. Dia semestinya gelisah dan takut aku diapa-apakan oleh ibunda. Ibunda mendekati Baekhyun yang mengagahkan diri untuk berdiri dan mencari aku. Dengan sekali hunus, Baekhyun tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah. Tubuhnya seratus peratus dikawal oleh tongkat sakti ibunda. Secara perlahan-lahan kuasa sihir itu membawa Baekhyun mendekati ibunda.

“Jadi engkaulah yang sudah menghancurkan hubungan aku dengan anak aku, Rapunzel?” wajah marah ibunda tidak boleh dilihat Baekhyun, namun aura hitam yang dimiliki oleh wanita tua itu benar-benar membuat Baekhyun gerun. Dia bisa merasakan sihir ibunda yang kuat dan penuh dengan sakti itu.

“Kim Taeyeon. Nama dia Kim Taeyeon, bukan Rapunzel. Dan saya sangat mencintai dia.”  Balas Baekhyun dengan ikhlas. Dia amat mencintai gadis suci itu buat kali pertama dan terakhir. Baekhyun ingin hidup selamanya bersama gadis itu.

“Berani kau!”

Ibunda mengetuk tongkatnya dengan sekali hentakan, tubuh Baekhyun melayang ke semak-samun. Dia betul-betul murka dan benci dengan pemuda muda dan bodoh seperti Baekhyun. Orang seperti Baekhyun patut dihapuskan!

“Terimalah balasan daripada dewa!”

“Argghh!!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
Episod satu : Settled!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 3: Saya baca cerita ni lagi hahahahaha dan masih tidak lapuk ditelan zaman~ i like your fanfics!!!!!
hjkyung #2
Chapter 1: Love these baekyeon♥
ain_sooyoung #3
Chapter 3: author citer ni daebak gila