EL1

Everlasting Love

Aku duduk menggigil kesejukkan di sudut dinding sambil menangis teresak-esak. Aku dipaksa kembali ke Menara yang penuh kegelapan itu setelah ibunda mendapat tahu yang aku akan melarikan diri bersama lelaki yang aku cintai, Byun Baekhyun. Tetapi sekarang aku langsung tidak tahu di mana lelaki itu berada dan apa yang dilakukan ibunda kepadanya. Aku betul-betul rasa menyesal.

 

“Saya minta maaf awak,..semua ini terjadi disebabkan saya.”

 

Ujar aku dalam esakkan. Aku tahu semua ini sudah terlambat untuk aku menangis dan meratapi betapa kasihannya lelaki itu. Cintanya yang ikhlas dibawa main dan dianggap sampah. Aku sedar betapa besarnya cinta Baekhyun pada aku. Jika aku diberi peluang kedua, aku akan mencintainya sebaik mungkin.

 

Kata-kata ibunda masih terngiang-ngiang di telingaku. Kedengarannya seperti iblis yang kejam. Kata-kata yang tidak mungkin aku mampu melawan.

 

‘Selangkah kau cuba keluar dari Menara ni, hidup lelaki tidak berguna itu tidak akan lama. Bersiap sedia untuk menerima khabar kematian mengenainya.’

 

Selepas di telaga itu, ibunda membawa aku ke sini dan membiarkan Bekhyun keseorangan di situ. Dadaku sebak saat mendengar suara jeritannya sebelum aku turut tidak sedarkan diri.

 

‘Taeyeon-ah’

 

Aku tersentak. Suara seperti Baekhyun kedengaran jelas di tepi telinga. Aku memeriksa sekeliling tetapi tiada sesiapa melainkan aku sendiri. Aku kembali menangis.

 

‘Kim Taeyeon’

 

“B-yun Baekhyun..awak kat mana? Jangan tinggalkan saya seorang diri di sini. S-aya takut,” adu aku sambil melihat sekeliling. Entah kenapa aku merasakan aura Baekhyun dekat denganku.

 

Aku tersentak saat melihat figura Baekhyun muncul di hadapanku. Dia tersenyum manis kearahku.

 

“Taeyeon-ah..” Baekhyun mendepakan tangannya, meminta aku datang kepadanya dan memeluk tubuhnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluknya dengan erat. Aku rindu akan pelukannya yang hangat. Baekhyun membalas pelukan aku sambil mengusap belakang aku dengan penuh kasih sayang.

 

“Maafkan saya. Saya gagal jaga awak. Saya gagal lindungan gadis yang saya cintai. Orang seperti saya tak layak untuk awak.” Ujar Baekhyun dengan kesal. Aku menggeleng laju. Aku tidak suka mendengar kata-katanya.

 

“Tak. Cuma awak yang boleh lindungan saya. Hanya awak yang berhak jaga saya. Saya hanya mahukan awak.” Aku membalas.

 

“Awak jangan tunggu saya, ya. Ramai lagi yang boleh beri awak kesenangan dan kasih sayang berbanding saya. Saya tidak akan halang awak untuk mencintai mana-mana lelaki lain.”

 

Aku menolak tubuhnya dengan perasaan marah. Wajahnya aku tatap sedalam yang mungkin. Tidakkah dia mengerti perasaan aku padanya? Adakah dia berfikir bahawa cintakku padanya adalah satu kepalsuan?

 

“Kenapa awak macam ni? Kenapa awak tak boleh faham perasaan saya? Saya cintakan awak, Byun Baekhyun dan saya tak akan berikan hati saya pada lelaki-lelaki lain.” Aku memegang dadaku. “Sebab hati saya hanya untuk awak.”

 

Aku memegang tangan Baekhyun yang agak pucat dan sejuk itu dan dibawa ke dadaku. Aku harap dia mendengar betapa kencangnya degupan ini saat melihat wajah tampannya.

 

“Hati saya tidak pernah salah. Awak satu-satunya insan yang paling berhak bersama saya. Tiada yang lain.” Aku cuba menyakinkannya. Keputusan aku untuk mencintainya asalnya dari hati yang ikhlas.

 

“Taeyeon-ah..”

 

Kami saling bertatapan. Aku mulai rasa tidak senang. Baekhyun, katakan sesuatu!

 

“Taeyeon-ah..”

 

Dia masih memanggil nama aku. Perlahan-lahan Baekhyun melepaskan tangan aku dan berundur setapak demi setapak. Aku jadi takut melihat Baekhyun semakin jauh dariku.

 

“A-wak..awak..”

 

“Taeyeon-ah..”

 

“Byun Baekhyun.”

 

“Jaga diri awak. Kalau saya dah tak ada di sisi awak, awak kena tahu yang saya sentiasa perhatikan awak. Jangan lupakan saya.”

 

“Awak nak pergi mana? Jangan tinggalkan saya! Byun Baekhyun!”

 

 

 

“Byun Baekhyun!”

 

Secara automatik aku bangun dari terus bermimpi. Aku memandang sekeliling. Masih di atas Menara, dan masih seorang diri.Tiba-tiba aku mengalirkan air mata kerana terlalu takut. Dalam mimpi tadi jelas menunjukkan yang Baekhyun bakal meninggalkan aku.

 

Kaki aku dibawa ke dada. Bagaimana jika Baekhyun benar-benar akan meninggalkan aku? Apa yang akan terjadi pada hidup aku tanpanya?

 

“Jangan tinggalkan saya, Baek.. Tolong..” kataku separa merayu. Air mata yang bergelinangan masih belum surut lebatnya.

 

“Taeyeon-ah..” Aku tersentak. Ada suara yang memanggil aku di tingkap. Segera aku menjenguknya.

 

Alangkah terkejutnya aku melihat seorang nenek tua yang memanjat menara yang tinggi ini dengan tangga using miliknya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana nenek itu boleh membuat tangga setinggi menara ini.

 

“Tolong nenek, cu.” Kata nenek tua itu. Aku mencapai tangannya agar dia boleh masuk ke dalam. Baru aku sedar, di luar hujan lebat sudah membasahi bumi. Jadi tidak peliklah jika nenek ini mahu tumpang berteduh di menara aku ini.

 

“Boleh nek?” soalku agak risau. Dia mengangguk perlahan. Tikar yang aku duduk tadi dijadikan alas untuk nenek itu duduk. Nenek itu memandang aku dengan senyuman yang menghiasi wajah tuanya. Namun masih nampak manis. Dia mengusap wajahku dengan lembut.

 

“Nenek nak makan? Saya ada roti.” Dia menggeleng. “Minum?” nenek itu tetap menggelengkan kepalanya.

 

“Gadis berhati mulia seperti kamu memang patut mendapat kebahagiaan yang setimpal.” Aku mengerutkan dahi, tanda tidak mengerti dengan kata-kata nenek itu. “Byun Baekhyun. Kamu cintakan dia?” soal nenek tersebut. Aku tersentak.

 

“Macam mana nenek t-

 

“Dia dah terkena sihir milik ibunda kamu dan sekarang dia masih belum sedarkan diri. Dia perlukan bantuan kamu.”

 

Aku terdiam. Betulkah apa yang aku dengar tadi? Baekhyun terkena sihir ibundanya dan kini tidak sedarkan diri.

 

“Baekhyun-ah..” aku terduduk di hadapan nenek sambil menangis teresak-esak. Aku sudah mengagak perkara ini akan terjadi. Ibunda memang kejam! Aku benci perempuan sihir yang tua itu!

 

Aku memegang tangan nenek dengan penuh berharap. “Baekhyun sekarang di mana? Saya nak jumpa dia! Tolong beritahu saya!”

 

Nenek itu menghela nafas. Dia memeluk aku yang masih lagi tidak dapat menenangkan diri. Aku betul-betul sedih dan terkilan dengan sikap wanita yang aku anggap seperti ibu dahulu. Tetapi dia juga orang yang cuba menghancurkan hidup aku dengan sifat pentingkan dirinya. Aku redha jika dia tidak membenarkan aku berhubung dengan orang luar, tetapi aku marah bila dia cuba melukai orang yang aku cintai. Aku tidak akan memaafkannya.

 

“Baekhyun sekarang berada di markas ibu kamu. Nenek tidak boleh menolong anak muda itu tanpa kamu, cinta sejatinya. Kerana itu nenek datang ke mari.” Ujar nenek itu. Aku kembali sedih.

 

“ Macam mana saya boleh selamatkan dia jika dia bersama ibunda. Ibunda sangat kuat dan mampu membunuh saya dan nenek dengan sekelip mata. Nak turun dari menara ini pun belum tentu boleh.” Nenek tersenyum memandangku.

 

“Yang itu nenek boleh tolong kamu.”

 

“Bagaimana?”

 

Nenek itu bangun dengan bantuan tongkatnya dan berdiri di hadapan aku. Dengan sekali ketukan, figura nenek tua tadi hilang dengan sekelip mata. Apa yang aku lihat sekarang ialah seorang wanita 20-an sedang berdiri di hadapanku. Aku menggosok-gosok mata,kut-kut apa yang aku lihat tadi hanya halusinasi semata-mata.

 

“Nenek?”

 

“Ya, Taeyeon. Ini nenek, eh bukan! Saya ialah pari-pari yang memakbulkan hajat seseorang. Tugas saya sekarang adalah membawa kamu ke markah wanita sihir itu untuk selamatkan manusia yang kamu cintai.”

 

Aku sedikit tergamam. “Saya masih tak percaya ini nenek.” Ujarku membuatkannya ketawa kecil.

 

“Saya pun tak percaya kamu masih panggil saya nenek lepas saya bertukar menjadi ‘gadis’ ini. Mari cepat! Kita kena selamatkan Baekhyun sebelum bulan mengambang. Jika tidak, Baekhyun tidak dapat bangun buat selamanya.” Kata si pari-pari. Dia menghunuskan tongkatnya ke udara, memanggil kuda terbang kesayangannya.  Tidak sampai beberapa saat kuda itu datang menghampiri mereka.

 

“Saya datang untuk menjemput puteri.” Aku terasa mahu pitam saat mendengar kuda terbang itu bercakap.

 

“Nek, kenapa kuda tu boleh bercakap?” aku mengundur setapak ke belakang. “Sejak bila kuda bersayap ni?” Kataku.

 

“Marilah naik. Jagung nenek ini tak akan mencederakan kamu wahai anak muda,” balas pari-pari. Dia menarik tangan aku mendekati kuda terbang yang boleh bercakap itu. “Cuba kamu lihat, tiada apa yang kamu hendak takutkan. Malah dia juga akan membantu kita melawan ibunda kamu tahu.”

 

“Ah,.. ya.”

 

“Mari kita ke markas ahli sihir itu!” tanpa menunggu jawapan aku, pari-pari menaikkan aku ke atas tubuh kuda itu. Aku menjerit kecil.

 

“Nenek! Saya takutlah!” kataku dengan kuat. Aku bukan gayat tetapi aku masih gerun melihat kuda yang bersayap itu. Dia tidak ubah seperti dewa-dewi.

 

“Kamu ni!” pari-pari itu menggeleng dan turut naik ke atas kuda kesayangannya. “Jagung, dah bersedia?”  katanya kepada Jagung. Jagung membunyikan suaranya.

 

“Jalan sekarang!”

 

“ARgh!!”

 

Aku menutup mata kerana Jagung terlalu laju terbang ke udara. Bulu Jagung aku rentap sekuat hati. Nenek itu menggelengkan kepala seiring dengan senyuman di bibirnya. Dia mendekatkan bibirnya ke telingaku.

 

“Cuba kamu buka mata. Permandangan dari atas lebih baik dari permandangan bawah. Rugi kalau tak tengok.” Kata nenek. Perlahan-lahan aku cuba membuka mata dan melihat sekeliling.

 

Aku tergamam. Indahnya.. aku tidak pernah lihat permandangan yang begitu cantik seperti ini. Aku mendepakan tanganku ke udara. Betul kata nenek, rugi kalau kita dapat melihatnya.

 

Aku tersenyum.

 

“Baekhyun-ah.. saya akan selamatkan awak. Dengan ikatan cinta kita, kita pasti akan bahagia satu hari nanti.” Kataku di dalam hati. “Tunggu saya tau!”

 

 

 

Maaflah Kak Jia, saya sebenarnya hampir give up dengan cerita ni. Saya sengaja lambat-lambatkan cerita ni. Tapi bila difikirkan balik, sis dah bagi saya peluang and why not saya cuba lagi. Saya tau cerita saya tak sempurna. Saya akan cuba habiskan cerita ni. Ada rezeki saya boleh menang, tapi kalau takde, at least saya tak kecewakan harapan orang, Terima kerana membaca^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
Episod satu : Settled!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 3: Saya baca cerita ni lagi hahahahaha dan masih tidak lapuk ditelan zaman~ i like your fanfics!!!!!
hjkyung #2
Chapter 1: Love these baekyeon♥
ain_sooyoung #3
Chapter 3: author citer ni daebak gila