Ateera

Please log in to read further chapters

Description

ttKhdvz.png
Ateera
Nov, 3, 2015

Ditinggalkan keluarga kerana kesempitan hidup ialah realiti yang menimpa Ateera.

Jungkook pula, sedia membuktikan bahawa dia mampu berdikari biarpun membesar sebagai yatim piatu.

Dua insan bersilang takdir, mempraktikkan teori cinta nan pelangi. Yang seorang hanya menurut kata manakala seorang lagi bersifat dominan. Cinta dan bahagia—akan kah kedua-duanya kekal sebelum ajal memisahkan?
agkhFj4.gif
"
It was never easy to live, to breathe."
R2ns2Gj.jpg

Jungkook

"Seseorang seperti kau ialah segala-galanya buat aku."
 

znieSYS.jpg

Ateera

"Jangan putus asa ialah ayat yang paling sakit, kau tahu kan?"
 

Foreword

ttKhdvz.png
Prolog
Nov 3, 2015

2013, Mei
"Ateera! Oh Ateera! Ja-jangan balik dulu!"
Seruan nama yang nostalgia itu dengan spontan membuatkan Jungkook menoleh ke arah kanannya. Sang jantung mulai mengepam berkali ganda laju daripada biasa. Kepingan nota yang digenggam terlolos ke lantai tatkala seratus peratus perhatiannya ditumpukan kepada seorang wanita yang sedang berjalan di haluan sama dengan tempatnya berdiri.
“Ateera! Tahu lah aku nak tambah gaji kau nanti! Woi!”
Jerkahan lelaki berusia 30-an tidak jauh di belakang Ateera membuatkan dada Jungkook berasa geram. Siapa dia untuk terjerit-jerit nama perempuan yang sekali pandang tahu, sudah enggan bersemuka dengannya lagi?
Wanita bernama Ateera itu melangkah laju; pandangan matanya menjurus ke bawah, tidak mempedulikan lontaran kata-kata lelaki yang terkial-kial mengikuti dari belakang. Dari luar, kelihatan bibirnya diketap keras, malah tidak susah untuk meneka yang gadis itu sedang menggenggam erat kedua-dua tangan di sisi, seolah-olah sedang menahan kemarahan yang bersemadi di dalam hati.
“Ateera...”
Entah bagaimana, nama itu terucap dari bibir milik Jungkook di saat wanita tersebut melimpasi dirinya. Langkah Ateera berubah dari laju ke perlahan, dan dari perlahan sehingga berhenti sepenuhnya. Sedar namanya disebut oleh seseorang di sebelah kanan, Ateera mengiringkan tubuhnya ke situ.
“Awak ke...yang panggil tadi?”—ialah soalan pertama yang dilafaz Ateera kepada Jungkook.
Di saat mata mereka bertembung, senyuman manis terukir dengan sendirinya pada permukaan wajah Jungkook. Setelah mengangguk kecil, Jungkook membalas, “Ateera...aku dah jumpa kau.” 
 

BCx086i.png

「soigné」 Graphic Shop
 

ImWwJsD.png

::: CH✯NCE :::
 

Comments

You must be logged in to comment
overdosing14
#1
Chapter 2: Best story ni.Saya suka sangat.
April1699
#2
Chapter 2: Kesian Jungkook
April1699
#3
Wahhh baca prolog dah excited! Sedap piano ni. Rasa macam sebak je. Haahhaa. Welll done author
Ryeena #4
wow :D Poster authornim sungguh daebak ^^
alya_yy
#5
Chapter 2: Ff authornim sentiasa daebak *~*