Terakhir

Ateera
Please log in to read the full chapter

Jungkook
Nov, 4, 2015
2015, Nov “Game over, Jungkook!" "You'll not make it!" Sergahan Ketua pelatih memanah Goh yang disusuli bunyi letupan pistol itu bukan saja berdengung di dalam kotak pemikiran Jungkook, tetapi juga di segenap jantungnya. Busur silang pada genggaman perlahan-lahan dijauhkan dari papan sasaran pemanah. Pada detik seterusnya, hanya bunyi degup jantung yang menaungi jiwa raganya. Sebelas tahun dia mula memegang busur panah namun inilah kali pertama objek kesayangannya itu terasa begitu memberatkan—membebankan—menyesakkan. Padang memanah yang sebelum ini riuh rendah dengan laungan penaik semangat daripada hadirin kini menyepi. Dari sekeliling padang, kedengaran bisikan para penonton berkenaan pusingan kedua pertandingan yang baru tamat tadi. Jungkook pula, raut wajahnya kelihatan seperti seseorang yang telah kehilangan sesuatu. Menyandang juara memanah kebangsaan ialah impian Jungkook seawal usia sepuluh tahun, dan dia baru saja terlepas peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Bukan teknik atau nasib yang menjadi persoalan, tetapi ialah niat hati jejaka itu sendiri. “Nampak sangat dia tak bersungguh-sungguh...” “Aku nampak waktu dia nak lepaskan anak panah tadi, dia pejam mata, manalah nak kena macam tu?” “Mengecewakan betul...ish, menyesal datang!” Setiap jarak langkah Jungkook semakin perlahan apabila kata-kata salah seorang penonton memancing perhatiannya. “Semua ni sebab perempuan Ateera tu kan?” "Huh Ateera? Tapi perempuan tu..." "Ah-aa, dia lah. Ateera Song." ‘Ateera...’ gumam Jungkook. Nama yang mampu mengunci segala pergerakannya dengan hanya satu sebutan. Daripada sedih, gembira, marah, rajuk, menangis, dan kosong, pelbagai riak muka wanita itu bersilih ganti di hadapan mata minda Jungkook. Dalam banyak-banyak reaksi Ateera, dia paling benci apabila wanita itu memaparkan reaksi yang tidak mampu ditafsirkan. Membesar di rumah anak yatim piatu sejak kecil telah mengajar Jungkook bermacam-macam benda, termasuklah membaca gerak geri dan pergerakan tubuh badan manusia yang tidak terujar menerusi perkataan. Namun teknik itu hanya diaplikasikan kepada seorang saja di dunia ini—Ateera—dan, di setiap percubaan, dia gagal memahami wanita itu. “Kalau terpilih, dia perlu meninggalkan negara ni...sebab tu hesitate,” Pelik ta
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
overdosing14
#1
Chapter 2: Best story ni.Saya suka sangat.
April1699
#2
Chapter 2: Kesian Jungkook
April1699
#3
Wahhh baca prolog dah excited! Sedap piano ni. Rasa macam sebak je. Haahhaa. Welll done author
Ryeena #4
wow :D Poster authornim sungguh daebak ^^
alya_yy
#5
Chapter 2: Ff authornim sentiasa daebak *~*