Pertama

Ateera
Please log in to read the full chapter

Ateera
Nov, 3, 2015
2013, Mei "Balik lah weh! Kau ni takde life aaa! Bukan selalu Chief nak bagi cuti hujung minggu, enjoy lah sikit!” Jin mengetuk meja Jungkook yang terletak di hujung kiri belakang dewan kuliah tersebut. Senyuman kelat yang tertampal di hujung bibir jejaka tampan itu dibalasnya dengan julingan mata ke atas. Semenjak kuliah berakhir, fokus Jungkook sentiasa kepada buku bacaan yang baru saja dipinjam dari perpustakaan pagi tadi.  "Pelajar biasiswa macam aku ada life juga. While my life is all about archery, it doesn't mean that studying should be done recklessly." Meskipun terlalu kerap mendengar jawapan lazim daripada Jungkook tadi, Jin masih bisa terkedu. Tangannya dilipatkan ke dada, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, penampilan Jungkook tampak kemas malahan lebih segak daripada dirinya. Kalau lah begini, hati siapa yang tak tertawan dengan Mr Perfect, Jeon Jungkook?  “Ateera?” Pandangan Jungkook bertumpu ke sudut bawah kanan lembaran buku yang sedang dibacanya. ‘Hidup di dalam dunia ni tak mudah...’ - Ateera - Membundar mata Jin di sebelah; nada suara Jungkook tadi berjaya meraih minatnya untuk turut sama membaca deretan ayat pendek tersebut. “Dia tak tahu ke conteng buku perpustakaan ialah satu kesalahan tatatertib?” Ujarnya separuh serius. “Ateera...” Nama itu terapung indah umpama gula-gula kapas di dalam otak Jungkook. Belum pun bertegur sapa, Jungkook sudah terlebih dahulu jatuh cinta dengan nama Ateera. * * * “Ateera?" Puan penjaga perpustakaan di universiti menggeleng laju. "Tak, dia bukan pelajar universiti.” Sambil mengangkat kedua-dua tangan, dia menyambung lagi. Saban hari, Jungkook asyik teringatkan perbualan dengan penjaga perpustakaan kelmarin. “Dia tu pekerja kedai buku. Ada beberapa kali dia datang bawa stok buku.” Perasaan ingin tahu mendorong kedua kakinya meredah bandar Seoul, semata-mata mahu mencari lokasi Kedai buku Song, iaitu tempat wanita itu dikatakan sedang bekerja. Hujung minggu dihabiskan dengan berjalan tanpa tujuan yang pasti di kota Seoul. Kalau pun dia berjaya menjumpai kedai buku tersebut, apa pula tindakan seterusnya? Andai dia menemui pemilik nama Ateera itu, apa yang akan dikatakan nanti? “Jungkook sunbae!” Paduan suara hawa dari salah sebuah kedai yang dilalui membuatkan langkah Jungkook tergendala. “Wah daebak! Sunbae...Jungkook sunbae buat apa kat sini?” Soal wanita yang pertama dari kiri dan mengenakan blouse oren dengan skirt ketat paras lutut. Jungkook tergamam; dia cuba untuk mengingati siapa wanita yang menegurnya. Seminit hampir berlalu, dan menyedari yang dia tidak akan berjaya, Jungkook menebus kejanggalan di antara mereka dengan lemparan senyuman yang kelihatan terpaksa. Mengingati formula calculus dan menghafal petikan teks bukan perkara yang sukar buat Jungkook, tetapi sebaliknya pula kalau objeknya ialah manusia.  “Sunbae, ada apa-apa yang tak kena ke?” Wanita yang kedua pula bertanya seraya membulatkan mata. “Seorang je ke?” Tangannya dilapangkan ke luar, sambil itu, dia menapak satu langkah ke hadapan dan tersengih luas. Jungkook bukannya tidak tahu, wanita-wanita di hadapannya ini terang-terang berminat terhadap dirinya, dan dia pula mudah rimas apabila bercakap dengan orang yang mahukan perhatian lebih daripada kawan biasa. “Ah-aa.” Jawabnya acuh tak acuh. Tubuhnya mengiring ke kiri dan kanan tanpa asbab yang pasti. Dia menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia meninggalkan kaum hawa bertiga di hadapannya sekarang ini. "Ateera! Oh Ateera! Ja-jangan balik dulu!" Seruan nama yang nostalgia itu dengan spontan membuatkan Jungkook menoleh ke arah kanannya. Sang jantung mulai mengepam berkali ganda laju daripada biasa. Kepingan nota yang digenggam terlolos ke lantai tatkala seratus peratus perhatiannya ditumpukan kepada seorang wanita yang sedang berjalan di haluan sama dengan tempatnya berdiri. “Ateera...” Entah bagaimana, nama itu terucap dari bibir milik Jungkook di saat wanita tersebut melimpasi dirinya. Langkah Ateera berubah dari laju ke perlahan, dan dari perlahan sehingga berhenti sepenuhnya. Sedar namanya disebut oleh seseorang dari sebelah kanan, Ateera mengiringkan tubuhnya ke situ. “Awak ke...yang panggil tadi?”—ialah soalan pertama yang dilafaz Ateera kepada Jungkook. Di saat mata mereka bertembung, senyuman manis terukir dengan sendirinya pada permukaan wajah Jungkook. Setelah mengangguk kecil, Jungkook membalas, “Ateera...aku dah jumpa kau." Di hari-hari yang biasa, Ateera tidak akan memandang wajah seseorang itu melebihi daripada sepuluh saat, tetapi lain pula kesnya dengan pemuda asing ini. Tidak pernah selama dua puluh tahun bernafas, Ateera membayangkan ada seseorang di luar sana yang mahu mencarinya—bukan seorang keluarga tetapi dengan seseorang yang pertama kali bersua muka. “Aku ada hutang dengan kau ke?” Puas berteka-teki di dalam hati, akhirnya soalan kedua berjaya dihasilkan wanita tersebut. Jungkook tampil seperti seorang kanak-kanak riang; senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Sekali pandang, wajahnya seakan-akan bercahaya lantas menyerlahkan lagi kekacakannya. Jika sangkaan orang kelakuan Jungkook itu umpama dilanda cinta, tafsiran Ateera pula berbeza. Apa tidaknya, dia hidup sebatang kara, zero social life. Biar hanya seorang mengenali nama 'Ateera', itu bahkan merupakan perkara luar biasa baginya. “Ah...ini!” Jungkook akhirnya menyedari pandangan curiga wanita yang dicari itu. Sesungguhnya, dia tidak mahu mengambil risiko andai wanita itu berpaling tidak mengendahkannya. Beg yang digalas segera dibuka zipnya, dan sebuah buku berjaya dikeluarkan tanpa perlu dia melihat ke dalamnya. “Ateera, jangan macam ni!” Tercungap-cungap lelaki yang mengejar Ateera tadi bersuara di sebelah. Pejam celik, lelaki yang memakai tag nama Jae itu segera mencapai pergelangan tangan Ateera, berniat mahu membawanya bersama. “Lepas.” Ujar Ateera, singkat tetapi tegas. “Aku dah letak jawatan. Aku bukan lagi pekerja kau, Encik Jae.” Selamba balasan wanita itu. Muka Jae ditenungnya sejenak lalu, kemudian dia mengalihkan pandangan ke bawah. Belum sempat Jae menyambung balik kata-katanya, Jungkook sudah mengambil posisi di tengah-tengah mereka berdua. Renung tajamnya ketika itu mampu menembusi apa saja. Jae terpinga-pinga seperti ingin mengatakan sesuatu namun niat itu terbantut pabila Jungkoon sendiri bertindak meleraikan pegangan tangannya terhadap Ateera. Tanpa izin, Jungkook pula yang berganti memegang tangan wanita itu. “Encik dengar apa yang cik ni cakap tadi. Apa manfaat memanjangkan perbualan yang dah berakhir? Dan apa pula faedahnya terhadap encik kalau polis terlibat kerana hal yang remeh macam ni?” Dengan sengaja perkataan 'polis' itu diberi penekanan oleh Jungkook. Siapa sangka, ugutan berlagu itu kesannya pula serta-merta terhadap Jae. Lelaki itu mendengus kasar seraya mengerling ke arah Ateera sebelum berpaling meninggalkan tempat tersebut. Ateera yang kelihatan tersentuh dengan kejadian romeo menyelamatkan juliet itu menahan suaranya sehinggalah jejaka misteri di hadapan itu berpaling kepada dirinya. “Aku takde duit tapi tak nak berhutang terutama dengan budi orang yang aku baru jumpa buat kali pertama.” Tidak perlu menyusun kata-kata, bibir Ateera pantas menyuarakan apa yang patut. Sambil menarik tangannya daripada terus menerus disentuh jejaka itu, Ateera sekali l
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
overdosing14
#1
Chapter 2: Best story ni.Saya suka sangat.
April1699
#2
Chapter 2: Kesian Jungkook
April1699
#3
Wahhh baca prolog dah excited! Sedap piano ni. Rasa macam sebak je. Haahhaa. Welll done author
Ryeena #4
wow :D Poster authornim sungguh daebak ^^
alya_yy
#5
Chapter 2: Ff authornim sentiasa daebak *~*