002

The Lost Soul in Wonderland
Please Subscribe to read the full chapter

“Sometimes, that’s the way it is with people.

You think you can tell what they are based on the patterns that you see,

but when you take a look inside,

they’re nothing like you expect them to be.”

The Lost Soul in Wonderland

♦002♦

 

Mata Suzy tidak berkelip, nafasnya diseka dan suaranya bagaikan tersangkut di kotak suaranya setelah melihat seorang lelaki yang sedang menahan dia, bersandar pada sebatang pokok. Suzy terpaksa menahan rasa geli, apabila lelaki itu menghidu lehernya. Badan Suzy ditolak kasar ke pokok selepas dia melepaskan lengan Suzy. Suzy mengetap giginya menahan rasa sakit pada bahagian belakangnya.

 

Suzy tahu lelaki yang berada dihadapanya bukan sebarangan orang. Orang? Suzy sendiri tidak pasti jika lelaki dihadapan dia adalah manusia, tentu sahaja lelaki dihadapanya tampak seperti manusia. Tidak dinafikan, wajah lelaki ini jelas sekali kelihatan kacak namun Suzy dapat merasakan sesuatu yang aneh akan lelaki dihadapanya.

 

“Apa yang kau buat dekat sini? Ini bukan tempat kau, manusia.” Renungan tajam mata lelaki itu, merenung wajah Suzy. Jika sahaja renungan mata lelaki itu mampu membunuh, sudah pasti riwayat nyawanya putus disini sahaja.

 

Suzy keliru. Matanya melilau melihat suasana sekeliling, tempat ini tidak kelihatan seperti bumi. Adakah dia sesat ke alam yang lain? Tak mungkin. Apa yang dia ingat adalah dia mengejar seekor arnab dan terjatuh dalam sebuah lubang tapi mana mungkin lubang itu yang membawa dia ke alam yang lain.

 

“A-aku sesat.” Butir bicara Suzy sudah tidak teratur apabila melihat mata lelaki yang berada di hadapanya mula berubah bertukar menjadi merah dan apa yang Suzy jangkakan adalah tepat. Lelaki yang berada di hadapanya bukanlah manusia. Mana mungkin manusia mampu memiliki mata yang semerah itu.Suzy mampu merasakan kebenciaan yang memenuhi mata merah milik lelaki itu.

 

“Siapa kau?Kenapa mata kau merah?” Suzy cuba untuk melempar rasa takutnya untuk bertanyakan soalan yang kini benar-benar memenuhi mindanya.

 

“Aku Sehun. Aku adalah vampire dan aku bencikan manusia.” Sehun mencerlungkan matanya ke arah Suzy. Bukan hanya melihat matanya, mendengar suaranya mampu membuatkan Suzy kelu dan tergaman.

 

Menyedari wajah lelaki itu mula mendekatinya, Suzy menolak wajah lelaki itu dengan kasar. Tanpa menghiraukan rengusan dari lelaki tersebut, Suzy mula melarikan dirinya jauh dari lelaki itu. Tidak mungkin, dia akan berdekatan dengan lelaki yang hampir-hampir ingin menelannya secara hidup-hidup.

 

Namun sayangnya, baru sahaja 5 langkah dia menjarakkan dirinya dari lelaki tersebut, lengannya sudah direntap oleh lelaki tersebut. Dengan mudahnya, badan Suzy diangkut ke bahu lelaki yang tidak dia kenali itu. Suzy mula meronta-ronta dan memukul belakang lelaki itu apabila lelaki itu membawanya dekat dengan seekor kuda. Apakah yang lelaki ini mahu lakukan kepadanya?

 

Rontaan dan jeritan Suzy makin kuat apabila dia semakin dekat dengan kuda yang berada di sebatang pokok. Tanpa membuang masa, lelaki itu terus terkumat kamit membacakan sesuatu. Lelaki itu tersenyum apabila rontaan Suzy sudah terhenti dan jeritan yang tadinya kuat kedengaran kini makin perlahan. Tunggu satu lagi mantra habis dibaca, kepala Suzy sudah terlentok jatuh menyebabkan rambutnya yang panjang itu menutupi wajahnya.

 

Nampaknya boleh dipakai guna juga mantra yang dipelajari. Tidak sia-sia dia belajar dari ahli sihir istana tentang mantra-mantra tersebut. Sekarang, dia harus berfikir apa yang harus dia lakukan dengan manusia dia temui ini. Sudah tentu, tidak semudah itu dia membiarkan manusia ini berbaring di bawah pokok yang misteri itu.

 

Oleh kerana, pokok itu adalah sesuatu yang amat penting bagi kerajaan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
ianya tak senang hahaha..saya busy dengan kerja rumah yang berlambak

Comments

You must be logged in to comment
ratu_Karin #1
Chapter 3: Wow menarik xD
suzy adalah alice? Bagaimana suzy menyatukan 2 kerajaan itu?
Dan aku harap kamu akan update cerita ini lebih cepat :D semangat :D
eighteens #2
Chapter 3: Alaaa author harus dilanjutin dengan cepat ya. Apa pun aku puas hati dengan update yang ini
minhyun298 #3
Chapter 2: update soon >.< !!
syunaa #4
Chapter 1: wowwwwww ....serius saya dah mula tertarik dngn crita ni.serius syokkkk..
nanti smbung cpt2
eighteens #5
Chapter 1: NEED TO BW UPDATE SOON CAUSE THIS IS CRAZY AND I LOVE LOVE LOVE IT
sapphireblue29
#6
Chapter 1: Daebak.....