003

The Lost Soul in Wonderland
Please Subscribe to read the full chapter

“I can feel the hurt. There's something good about it. Mostly it makes me stop remembering.” 

The Lost Soul in Wonderland

♦003♦

Baekhyun memandang ke sudut lain, apabila perasan yang mata Sehun tidak pernah berhenti daripada menjeling dia. Sehun merenggus perlahan-lahan, menahan amarahnya. Sekarang, rahsia yang baru sahaja dia bina, terbongkar begitu sahaja disebabkan Baekhyun. Moga sahaja ayahandanya, tidak mengenakan hukuman membersihkan kandang kuda sekali lagi. Dia sudah tidak sanggup untuk membersihkan kandang kuda yang dipenuhi dengan najis kuda yang berbau itu.

 

“Tahniah,Sehun. Ayahanda, tak sangka yang kamu akan membawa balik bakal isteri kamu secepat yang mungkin.”

 

Bulu kening Sehun berkerut menahan rasa pelik yang terkandung di dalam dirinya. Sehun jadi kelu seketika setelah mendengar apa yang ayah dia katakan. Bakal isteri? Adakah dia maksudkan manusia yang dia kutip dari bawah pokok tersebut? Mustahil! Apakah, ayahandanya sedang merepek?

 

“Ayahanda, maaf sebab membawa makhluk sebarangan ke dalam istana tapi manusia itu bukanlah bakal isteri yang saya cari.” Sehun menekan perkataan manusia dan bakal isteri.

 

Tak mungkinlah deria ayahnya, tak mampu menghidu yang makhluk itu adalah manusia dan perkahwinan antara manusia dengan vampire adalah sesuatu yang mengarut dan mustahil. Seumur hidup dia, dia tak pernah dengar yang perkahwinan antara manusia dan vampire berakhir dengan sesuatu baik. Perkahwinan itu bahkan membunuh pasangan manusia mereka terutamanya jika pasangan manusia itu adalah perempuan kerana apabila manusia mengandung, janin itu akan menghisap darah manusia itu sehinggalah manusia itu mati.

 

“Sehun, adakah kamu ponteng sewaktu guru kelas kamu mengajar kamu sejarah. Cuba kamu ingat sesuatu berkenaan dengan Alice.” Ayah Sehun merenung mata anak lelakinya sebelum memandang ke arah Suzy yang masih lagi terbaring di atas katil.

 

Sehun mengaku yang dia tidak pernah ponteng kelas tapi kejap Alice. Bukankah Alice adalah..Tak mungkin!

 

“Mustahil! Ayahanda, itu semua mengarut. Perempuan itu adalah manusia bahkan ayahanda sendiri dapat mengidunya, bukan?”

 

Alice adalah ratu untuk alam Wonderland, itu Sehun tahu tetapi dia tak pernah tahu pula yang Alice adalah manusia. Adakah ayahandanya benar-benar serius atau ayahandanya sedang bergurau dengan dia.

 

“Sehun, dialah yang akan menyatukan seluruh kerajaan dan kini Alice berada bersama kita. Kamu tak boleh lepaskan peluang ini. Kamu setuju atau tidak, ayahanda tetap akan mengahwinkan kamu dengan Alice.”

 

Sehun meneguk air liurnya mendengar nada suara ayahnya. Baiklah,ayahandanya tidak bergurau dengannya

 

“Baekhyun, saya nak kamu sedarkan Alice dan jelaskan semua perkara yang perlu tahu.”

 

Baekhyun mengangguk.

 

Ayahanda Sehun memaling untuk memandang Sehun, sebuah senyuman diberi sambil tanganya lembut memegang bahu anak lelakinya itu.

 

“Kamu pula, bersiap sedia untuk perkahwinan kamu lebih kurang 4 hari lagi.” Pesan ayahanda Sehun, sekali lagi meninggalkan Sehun yang masih

menunjukkan riak terkejut.

 

Baekhyun berjalan mendekati Sehun. Sebuah keluhan dilepaskan oleh Sehun. Pantas tanganya menjentik kepala Baekhyun menyebabkan Baekhyun mengaduh.

 

“Hei, aku lagi tua dari kau.” Baekhyun merengek. Sehun hanya merenggus.

 

Mahu sahaja Sehun melempar Baekhyun ke neraka jika Baekhyun bukanlah sahabat baiknya sewaktu kecil.

 

“Disebabkan kau! aku terpaksa kahwin dengan manusia. Kau tahu tak?” Sehun melepaskan amarahnya.

 

“Hei, dia bukan manusia, dia adalah Alice. Kau sedar bukan yang kau kena hormati dia sekarang.”

 

“Hidung kau tersumbat ke apa? Takkan kau tak pelik, Alice bukannya manusia.” Cemik Sehun. Kenapa Baekhyun, susah sangat nak dengar cakap dia ni?

 

“Itu hanya mitos sedangkan tiada siapa pun yang pernah lihat dan tahu apa-apa berkenaan dengan Alice. Kau sendiri yang lihat pokok ajaib itu berbunga, bukan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
ianya tak senang hahaha..saya busy dengan kerja rumah yang berlambak

Comments

You must be logged in to comment
ratu_Karin #1
Chapter 3: Wow menarik xD
suzy adalah alice? Bagaimana suzy menyatukan 2 kerajaan itu?
Dan aku harap kamu akan update cerita ini lebih cepat :D semangat :D
eighteens #2
Chapter 3: Alaaa author harus dilanjutin dengan cepat ya. Apa pun aku puas hati dengan update yang ini
minhyun298 #3
Chapter 2: update soon >.< !!
syunaa #4
Chapter 1: wowwwwww ....serius saya dah mula tertarik dngn crita ni.serius syokkkk..
nanti smbung cpt2
eighteens #5
Chapter 1: NEED TO BW UPDATE SOON CAUSE THIS IS CRAZY AND I LOVE LOVE LOVE IT
sapphireblue29
#6
Chapter 1: Daebak.....