001

The Lost Soul in Wonderland
Please Subscribe to read the full chapter

"Light cannot banish the darkness, it can only hold it at bay, 

while making it impossible for our eyes to adjust to the night, 

to the darkness beyond the little circle of light..."

The Lost Soul in Wonderland

♦001♦

 

Bae Suzy tersenyum bersendirian, merenung wajahnya disebalik sebuah cermin meja solek. Jahitan pada lengannya direnung dengan penuh rasa gembira. Perlahan-lahan tanganya menarik laci, menunjukkan beberapa bilah pisau kecil yang terkumpul di dalamnya. Tangannya, mengambil salah satu pisau tersebut yang merupakan pisau yang menjadi kegemaran dia.

 

Pisau itu disua ke pergelangan tanganya dengan senyuman yang kosong. Melihat cecair pekat berwarna merah mula menitik dari pergelangan tanganya, Dia tertawa ditemani air mata yang gugur, kesakitan namun sebuah kepuasan. Ketawa Suzy semakin galak setelah melihat betapa tajamnya pisau itu setelah dia menguji kedalaman yang mampu dia ambil oleh pisau itu pada pergelangan tanganya.

 

“Suzy!!” Bunyi dulang jatung dan pekikkan seorang wanita bernama Victoria, yang berumur dalam likungan 30-an kedengaran, menghentikan perlakuan Suzy.

 

“Ibu, nak rasa tak ketajaman pisau ni?” Suzy mengangkat tanganya, menunjukkan pisau yang kelihatan penuh dengan darah.

 

Ppang

 

Kepala Suzy terlentok ke sebelah kanannya disebabkan tamparan Victoria. Air mata yang ditahan oleh Victoria jatuh. Victoria menarik laci itu dan mengambil kesemua pisau yang berada di dalam laci itu. Suzy menjerit apabila pisau kegemarannya yang berada di tangan juga dirampas oleh ibunya.

 

Melihat keadaan anak perempuannya sebegini, Victoria tidak mampu menahan amarah yang terkumpul di dalam dirinya. Mengapa anaknya tak mampu menjadi seperti anak gadis lain yang normal?

 

Seorang gadis yang sering bermain dengan permainan yang lebih feminin seperti bermain rumah pondok, memelihara bunga mawar ataupun anak patung namun anak perempuanya pula lebih suka bermain dengan pisau yang tajam dan rela mencederakan diri sendiri. Victoria tidak sanggup lagi mendengar sindiran sinis jiran-jiran berhampiran yang hanya sibuk menjaga tepi kain orang lain, memburuk-burukan anak perempuannya.

 

Sejak dia ditinggalkan oleh suaminya, Victoria yang telah bersusah payah mencari wang dan sejak dari hari itu Suzy sering kali ditinggalkan kepada adiknya, Jia. Victoria berhempas pulas berkerja tidak kira siang dan malam, sehingga dia tidak sedar yang Suzy mula berubah menjadi sebegini rupa.

 

Victoria hanya mampu menyalahkan dirinya namun jauh disudut hatinya dia takut, dia takut melihat keadaan anak dia. Sebagai seorang ibu, dia merasakan dia adalah ibu yang paling tidak berguna kepada anaknya. Kini, dia nekad dengan keputusannya. Demi mengubah semula personaliti Suzy, dia akan kahwinkan Suzy dengan seorang anak pengusaha barang elektronik.

 

Walaupun, personaliti Suzy tampak pelik namun tiada siapa yang mampu menafikan kecantikan Suzy. Namun, itulah manusia yang lebih memilih rupa daripada personaliti. Ramai yang berdekatan dengan Suzy, disebabkan wajahnya tapi Suzy lebih sanggup menghadiahkan kepalsuan yang mereka tunjukan kepada dia dengan, memberikan layanan yang dingin dan menghiraukan mereka.

 

Kelebihan, dia belajar dirumah menyebabkan dia tidak perlu bersemuka dengan orang. Suzy, bencikan tempat yang dipenuhi dengan orang ramai dan sebab itulah dia hanya mengurung dirinya di biliknya dan hanya keluar bila dia rasakan perlu. Hanya seorang sahaja orang yang dia senangi iaitu ibunya, Victoria. Bagi Suzy, dia tidak perlukan ayahnya cukup sahaja kasih sayang dari ibunya.

 

Bagi Suzy, bukan niat dia untuk mengubah dirinya sebegini rupa. Bukan dia tidak tahu, yang perangainya telah melukakan hati ibunya. Namun, demi menutup memori yang menyakitkan. Dia sanggup m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
ianya tak senang hahaha..saya busy dengan kerja rumah yang berlambak

Comments

You must be logged in to comment
ratu_Karin #1
Chapter 3: Wow menarik xD
suzy adalah alice? Bagaimana suzy menyatukan 2 kerajaan itu?
Dan aku harap kamu akan update cerita ini lebih cepat :D semangat :D
eighteens #2
Chapter 3: Alaaa author harus dilanjutin dengan cepat ya. Apa pun aku puas hati dengan update yang ini
minhyun298 #3
Chapter 2: update soon >.< !!
syunaa #4
Chapter 1: wowwwwww ....serius saya dah mula tertarik dngn crita ni.serius syokkkk..
nanti smbung cpt2
eighteens #5
Chapter 1: NEED TO BW UPDATE SOON CAUSE THIS IS CRAZY AND I LOVE LOVE LOVE IT
sapphireblue29
#6
Chapter 1: Daebak.....