Chapter 2

Let Me Hear Your Heart
Please Subscribe to read the full chapter

Malam yang Sumi nantikan selama ini. Kini, dia sudah berada di hadapan rumah EXO melalui alamat yang tentera di surat yang Sumi terima minggu lepas. Hati Sumi berdegup kencang. Apa patut dia buat sekarang? Apakah reaksi yang harus Sumi lakukan di hadapan mereka nanti?

 

Loceng rumah ditekan. Sumi menarik nafas panjang.

 

“Tunduk, senyum, cakap Hai. Itu je kau perlu buat, Sumi. Jangan gelabah sangat.” Pesan Sumi pada hatinya yang tidak henti-henti berdegup kencang.

 

Pintu rumah dibuka. Sumi memandang gerangan yang membuka pintu untuknya. S-iapa.. dia?

 

“Awak Oh Sumi?” lelaki itu meneka. Sumi mengangguk laju. Suho? Lelaki di hadapannya sekarang ialah Suho? Sumi seperti tidak percaya.

 

“Encik ni siapa? Ini bukan rumah EXO?” soal Sumi dengan pelik. Dia rasa dia sudah tersalah alamat. “Saya rasa saya dah salah alamat. Maafkan saya,” baru selangkah Sumi mahu pergi, lelaki itu menarik tangan Sumi.

 

“Saya juga tahu yang awak akan terkejut tengok saya. Marilah masuk,.. Ini memang rumah kitaorang dan kami yang menjemput awak secara personal.” Kata lelaki tersebut. Dia menarik Sumi masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.

 

Gelap. Seluruh rumah mereka sangat gelap dan hanya diterangi dengan cahaya lilin yang diletakkan di setiap penjuru rumah. Sumi tiba-tiba menggeletar satu badan. Beginikah kehidupan EXO di belakang kaca televisyen?

 

“Diorang semua tunggu awak dekat dapur. Saya harap awak selesa dengan keadaan rumah kami.”

 

“S-uho,.. kenapa muka awak jadi macam tu? Bukan muka aw-

 

“Nanti saya ceritakan. Kami ada sebab kenapa kami panggil awak seorang. Kami cuma mahu meluangkan masa bersama-sama peminat kami, beramah mesra dengan peminat kami,.. tanpa sebarang calit bahan kimia,” Suho menundukkan wajahnya.

 

“Maksud awak?”

 

“Dah sampai?” ada satu suara menyapa mereka. Apa yang Sumi dapat lihat sekarang ada sebelas lagi lelaki duduk bersila di lantai dalam keadaan bulatan. Di tengah-tengah terdapat makanan yang belum diusik.

 

Sumi memandang satu-persatu wajah mereka dengan tidak percaya. Mereka tersenyum manis kearah Sumi.

 

“Eh, Sumi! Duduklah sini,” ujar Chanyeol lalu memberikan sedikit ruang untuk Sumi duduk di sebelahnya. Lambat-lambat Sumi mengorak langkah. Perasaan takut dan cemas muncul pada masa yang sama.

 

“Terima kasih sebab datang sini. Kami sangat menghargai awak,” kata Kris sambil tersengih. Sumi tidak membalas, sebaliknya dia memerhati wajah idol-idol yang dia puja selama ini. Wajah mereka sungguh berlainan dengan apa yang Sumi lihat di kaca televisyen. Sangat. Berbeza.

 

Keadaan mereka seperti tidak terurus. Wajah mereka penuh dengan jerawat dan parut di sana sini. Pada kali pertama dia berjumpa dengan Suho tadi, dia langsung tidak seperti Suho yang dia kenali. Suho yang berkarisma dan kacak. Dia seper

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
FINISHED^^ Thanks for reading =)

Comments

You must be logged in to comment
syaziana97 #1
Chapter 3: so sweet...suka sangat cerita ini... :)
nuluIzaty #2
Chapter 3: Yeayyy daebak la cerita ni !!!!!
minlee123 #3
Chapter 3: So sweet tp apa akan jadi kat sehun oh no dua2 bias sy
starlightkim_
#4
Chapter 3: So sweet..seriously.tak sangka oh sumi adalah first love Sehun..huhu..tak expect langsung sumi suka dkt mingyu...
starlightkim_
#5
Chapter 2: Sambunglah cepat..tak sabar nak tahu apa yg berlaku pada diaorg berempat
starlightkim_
#6
Chapter 1: Mesti terlanggar salah seorang member exo kan??by the way..update soon..
QisHun
#7
Chapter 1: aigoo..bakul pun nak berebut..hehhehehhe....kesian Mingyu...Mingyu saya kan ade..hehehh mengada *blushing*