Chapter 3

Let Me Hear Your Heart
Please Subscribe to read the full chapter

Di Hospital

 

Sumi menatap wajah Oh Sehun yang sedang terbaring di atas katil. Setelah mendengar cerita daripada Suho, Sumi terus ke hospital untuk melihat keadaan Sehun yang hampir tiga hari tidak sedarkan diri. Wajah Sehun yang pucat bagaikan tiada darah menyedihkan Sumi. Kenapalah Sumi langsung tidak menyedari yang dia salah satu daripada saudara Sehun.

 

“Keluarga Sehun terlibat dalam kemalangan minggu lepas. Ini semua angkara ssaeng fans yang mahukan perhatian daripada Sehun. Sekarang, Sehun disahkan koma dan doktor sendiri tak boleh ramal bila Sehun akan sedar.”

 

Kata-kata Suho membuatkan dia rasa bersalah. Sumi sendiri tidak ingat yang Sehun ini saudaranya yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Sejak kematian ibu dan ayah Sumi lapan tahun yang lalu, Sumi hilang jejak saudara-maranya di Seoul ini. Kemudian dia tinggal di England bersama ibu bapa angkatnya untuk beberapa tahun.

 

Sumi langsung tidak ingat siapa Oh Sehun. 

 

“Thanks sebab datang. Sehun dah lama tunggu kau,” kata Chen sambil tersenyum kecil. Sumi memandang Chen tanpa berkelip.

 

“Semua ni dirancang ke? Makan malam? Semua?” soal Sumi. Mereka yang lain menganggukkan kepala.

 

“Hari tu, Sehun ada mengigau. Dia ada sebut nama kau dalam ngigau dia, keluarga kau.. ini gambar kau masa kecil?” D.O menunjukkan sekeping gambar bersaiz kecil di hadapan Sumi. Ada seorang budak perempuan kecil sedang memeluk seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan gadis itu.

 

Gadis kecil yang berada dalam gambar itu ialah dia. Jadi, Oh Sehun ialah..

 

“Aku ada baca diari dia. Kau, cinta pertama dia kan?”

 

 

***

 

 

Mingyu duduk di buaian sambil memeluk diri. Kenapalah Sumi mahu berjumpa dengannya malam-malam ini. Dia lupa ke sekarang musim sejak yang menggila. Bila-bila masa ke salji akan turun. Asap putih keluar dari mulut Mingyu saat lelaki itu mengeluh. Mata Mingyu mula bercahaya saat langkah Sumi memasuki taman permainan.

 

“Sumi!” senyuman Mingyu pudar saat melihat Sumi dari dekat. Wajahnya sembab seperti baru menangis. “Kau kena-

 

“Kim Mingyu!” Sumi terus memeluk Mingyu dan menangis di bahu Mingyu. Mingyu terkelu. “Aku minta maaf.” Kata Sumi dalam esakkan. Lelaki itu langsung tidak tahu hendak berbuat apa. Kemudian, Mingyu mengeluh kecil. Ini pasti kerana makan malam itu. Degil betul Sumi ni.

 

“Dah, dah. Jangan menangis.” Pujuk Mingyu. Dia mengusap kepala Sumi agar gadis itu berhenti menangis. Ini tidak, semakin kuat raungan Sumi. “Aku maafkan kau. Itulah,.. aku kata jangan pergi. Kan dah sembab mata.” Omel Mingyu sambil mengeratkan pelukan. Rasa comel pulak melihat Sumi memangis. Ini merupakan kali pertama Sumi menangis seteruk ini.

 

“Mingyu,..” seru Sumi lagi. Tangisannya semakin reda.

 

“Macam mana dengan lelaki cinta pertama kau tu. Sihat?” soal Mingyu memb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BiniJungkook
FINISHED^^ Thanks for reading =)

Comments

You must be logged in to comment
syaziana97 #1
Chapter 3: so sweet...suka sangat cerita ini... :)
nuluIzaty #2
Chapter 3: Yeayyy daebak la cerita ni !!!!!
minlee123 #3
Chapter 3: So sweet tp apa akan jadi kat sehun oh no dua2 bias sy
starlightkim_
#4
Chapter 3: So sweet..seriously.tak sangka oh sumi adalah first love Sehun..huhu..tak expect langsung sumi suka dkt mingyu...
starlightkim_
#5
Chapter 2: Sambunglah cepat..tak sabar nak tahu apa yg berlaku pada diaorg berempat
starlightkim_
#6
Chapter 1: Mesti terlanggar salah seorang member exo kan??by the way..update soon..
QisHun
#7
Chapter 1: aigoo..bakul pun nak berebut..hehhehehhe....kesian Mingyu...Mingyu saya kan ade..hehehh mengada *blushing*