Persoalan

Di Hujung Pelangi
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] PERSOALAN [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Hari festival sekolah berlangsung dengan amat meriah. Memandangkan mereka baru sahaja usai menghabiskan Ujian Pertengahan pada bulan lepas, festival ini seakan menjadi tempat bagi mereka bersuka ria setelah penat belajar. Cuti sekolah yang bermula juga menambahkan lagi keterujaan mereka. Banyak acara menarik yang dianjurkan oleh AJK festival sekolah. Selain gerai jualan yang di adakan oleh setiap kelas, ada juga aktiviti sukarelawan, dimana kelab perpustakaan menyediakan khidmat ‘car wash’. Setiap bayaran akan terus disalurkan ke tabung kebajikan sekolah.

Sebagai AJK, Jimin sendiri amat sibuk dengan tugas yang diamanahkan. Bukan itu sahaja, Yixing tak habis-habis mengheretnya ke sana ke mari. Disebabkan itu, dia tidak dapat bersama Luhan dan Sehun sejak dari pagi lagi. Kerana sebaik sahaja dia turun dari kereta, Yixing terus menemuinya dan mengajak dia pergi meronda tapak festival bersama-sama. Hairan juga Jimin apabila dirinya dianggap penting disisi Yixing. Sedangkan dia cumalah seorang AJK biasa kalau hendak dibandingkan dengan Yixing yang merupakan ketua AJK.

Penat meninjau segala macam aktiviti festival, Yixing telah membelikan Jimin set hamburger lengkap disertakan dengan minuman berkarbonat dan kentang goreng. Yixing sendiri punya set makanan yang sama. Mereka duduk berteduh di bawah pokok sebelah gerai jualan. Tidak ramai yang berada di situ kerana masing-masing telah berganjak dekat dengan pentas. Suara DJ bergema di udara mengumumkan nama peserta seterusnya yang akan membuat persembahan. Tepukan gemuruh dihadiahkan saat melodi lagu mula dimainkan.

“Aku suka suara dia.” Akui Yixing. Mata tepat memandang pentas sementara tangan terus mencapai kentang goreng lalu disuakan ke mulut. Suara Jongdae yang lantang dan jelas memang merdu didengar di telinga. Spontan Jimin mengangguk setuju. Mulut masih lagi mengunyah hamburger. “Suara dia memang best.”

Lagu balada yang dinyanyikan oleh Jongdae memang menyentuh hati. Bagaimana cara Jongdae mengekspresikan perasaannya, Jimin sangat-sangat kagum. Setiap bait yang disampaikan begitu menusuk kalbu. Saat lagu berakhir, Jongdae mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada seisi pengunjung. DJ juga turut menyampaikan pujian yang melangit. Pada masa yang sama, Jimin mengalihkan semula perhatiannya kepada hamburger yang baru separuh terjamah. Kentang goreng Yixing juga sudah hampir habis nampaknya. Tentu dia terus menyumbat kentang itu ke dalam mulut tanpa sedar. Hamburger pula masih berbalut rapi di dalam kotak.

Sedang Jimin menikmati makanannya, dia tersentak apabila mendengarkan suara Luhan memperkenalkan dirinya serta Sehun. Serta merta kepalanya tertoleh ke arah pentas. Di atas pentas, Luhan duduk di sebuah kerusi panjang bersama Sehun di sebelah. Sebuah gitar dipegang oleh Sehun dan dia tampak bersedia untuk memetik not-not lagu yang akan dimainkan.

Ini menimbulkan keraguan dalam diri Jimin. Luhan, seorang yang sukakan roda ferris, tiba-tiba takut tinggi. Dan kini, Luhan, seorang yang sangat ngeri akan berdiri atas pentas, sedang merelakan diri untuk bernyanyi. Apakah lagi perubahan Luhan yang Jimin tidak tahu sebenarnya?

Alunan gitar dimulakan dengan melodi ringan dan Luhan menutup mata buat sesaat. Apabila kelopak matanya terbuka, dia terus menyanyikan lagu Let Her Go. Jimin  kehilangan kata-kata saat mendengar suara Luhan. Seumur hidup Jimin, dia tidak pernah dengar Luhan menyanyi. Setakat berbasi-basa adalah. Suara yang didengar itu, bagi Jimin adalah lebih merdu, jelas dan ikhlas. Jimin sendiri tidak pasti bagaimana mahu dia menghuraikan perasaan yang bermain dalam sanubarinya. Jiwanya tersentuh kerana lagu itu merupakan salah satu lagu kegemarannya. Di mana bait-bait lirik itu mengisahkan kesengsaraan dan penyesalan seseorang terhadap insan yang telah pergi.

Sama seperti pemergian ibunya.

Saat itulah dia merasakan juraian air mata tumpah serta-merta. Dia sempat menyekanya sebelum disedari oleh Yixing. Dia tidak mahu Yixing banyak tanya nanti. Yixing sendiri kelihatan terkesima. Matanya terus fokus di pentas.

Persembahan pasangan kembar itu berakhir dengan sorakan yang bergema hampir satu sekolah. pelajar lelaki terus menerus menepuk tangan dan bersorak sorai. Pelajar perempuan pula menjerit teruja dan melontarkan pelbagai objek seperti anak patung dan kuntuman bunga. Pasti mereka mendapatkannya dari gerai-gerai karnival.

“Wow, that was really something.” Komen Yixing, menarik Jimin semula laman realiti. “Diorang tu kawan kau kan?”

Pantas Jimin mengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 18: huwaaaa saya menangis baca end cerita ni huwaaaaaa (ಥ_ಥ) tapi kan kenapa dah habis kenapa luhan mati (ಥ_ಥ)
brooklynx #2
Alaaa luhan ): Ff ni best, saya sukaaaa keep update!
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: UUUUUUUuuu~~~ ff ni best gilaaaaaaa xD