Sukar untuk Ditafsirkan

Di Hujung Pelangi
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SUKAR UNTUK DITAFSIRKAN [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Bakul sampah yang baru dikosongkan diletak semula di belakang kelas. Rakan-rakan sekelas beransur-ansur keluar untuk pulang, namun, Jimin masih mahu tinggal sebentar. Buku-buku di atas meja masih belum berkemas dan dua meja Luhan dan Sehun sudah tampak kosong. Mungkin juga mereka sudah pulang ketika Jimin keluar kelas untuk membuang sampah tadi.

“Rajin betul kau bertugas.” Tegur Jongdae. Dia turut berkemas-kemas, mengutip beberapa batang pen di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg alat tulis.

Jimin pandang sekilas. Tersenyum nipis. “Tak adalah. Aku cuma rimas tengok sampah tu penuh sampai dah terkeluar.”

“Minggu depan ada festival sekolah. Sambutan Chuseok kat pantai esoknya.” Beritahu Jongdae. Tali beg sandang dia betulkan sebelum digalas ke bahu. Jimin angguk mengerti. Dia sudah tahu sebenarnya.

“Aku baru teringat yang aku salah seorang ahli jawatankuasa untuk festival tu. Nampaknya kena stay sampai lewat petang hari ni.” Kata Jimin, disertai keluhan halus. Bukannya dia mahu melepaskan tangggungjawabnya tapi hari ini terasa letih betul memandangkan siang-siang lagi sudah ada kelas P.E. yang memerlukan mereka berlawan bola jaring.

“Aku pun.” Akui Jongdae sebaik sahaja Jimin berjalan di sisinya. Pintu kelas ditutup oleh Jimin sementara Jongdae menunggu di tepi tangga. “Tapi aku bukan join AJK. Aku perform nanti.”

“Kau perform?” Agak terkesima Jimin mendengarnya. Mana taknya, dia telah mengenali Jongdae sejak sekolah rendah. Dalam pekan sekecil itu, hampir semua orang dia kenal. Ketika di sekolah rendah, Jongdae telah terpilih untuk menyertai pasukan koir sekolah dan apa yang Jimin ingat, suara Jongdae yang lantang itu berjaya menenggelamkan suara seisi pasukan apabila dia cuba mencapai not tinggi. Yang hebatnya, suara Jongdae tidak pernah pecah. Merdu dan sedap didengar meski kadangkala jelas Jongdae berusaha keras untuk menstabilkan suaranya ketika menyanyi not tinggi. Kagum Jimin dengan bakat yang ada pada Jongdae.

“Yup.” Balas Jongdae yang tersenyum. Mereka berdua menuruni tangga ke tingkat paling bawah untuk terus ke dewan. Jongdae yang berada sedikit di depan Jimin menoleh ke belakang lalu berkata, “Aku dengar Luhan dan Sehun pun ikut serta.”

“Perform?”

Jongdae angguk. Langkah Jimin terhenti sekejap. “Aku tak tahu pun.” Ujar Jimin dengan riak tidak menyangka. Jongdae sekadar menjungkit bahu. Seterusnya lelaki itu mengenyit mata sebelum melambai dan terus melangkah ke arah bertentangan. Menuju ke Studio Muzik yang letaknya di hujung blok.

Saat melangkah ke dewan sekolah, Jimin baru teringat yang dia pernah ternampak Sehun membantu ahli jawatankuasa lain menggantung banner festival sekolah pagi kelmarin. Waktu itu Jimin sedang mencari Hanmi yang sibuk bersembang dengan beberapa orang junior di gazebo sebelah dewan.

“Aku ingat kau dah balik.” Suara Hanmi terdengar dari sebelah kirinya. Ketika Jimin menoleh ke arah gadis itu, lengannya sudah pun ditarik lalu mereka berjalan beriringan. Beberapa orang pelajar yang sedang menyapu lantai turut menegur mereka namun perhatian Jimin lebih terarah kepada dua tompok warna rambut yang lain dari yang lain nun di kawasan pentas.

Kelihatan Luhan duduk di hujung pentas, kaki terjuntai ke bawah dek pentas yang terlalu tinggi. Mata khusyuk memerhatikan adikn

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 18: huwaaaa saya menangis baca end cerita ni huwaaaaaa (ಥ_ಥ) tapi kan kenapa dah habis kenapa luhan mati (ಥ_ಥ)
brooklynx #2
Alaaa luhan ): Ff ni best, saya sukaaaa keep update!
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: UUUUUUUuuu~~~ ff ni best gilaaaaaaa xD