Gelisah

Di Hujung Pelangi
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] GELISAH [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Menjelang petang, Jimin singgah di rumah Hanmi atas permintaan Zitao. Lelaki itu telah berjanji untuk menghadiahkan busana hanbok rekaannya kepada Jimin sempena Sambutan Chuseok. Sampai sahaja di rumah Hanmi, Zitao mengajaknya naik ke bilik Hanmi. Di dalam bilik yang bercatkan hijau muda, kelihatan Hanmi sedang duduk bersila di atas katil Queen. Tilam spring tebal itu berbalutkan cadar berwarna kuning air, sementara meja mekap di sisi katil tampak kemas dengan kosmetik dan minyak wangi. Hanmi membelek sebuah majalah fesyen dengan penuh minat. Sebaik sahaja dia menyedari Jimin telah sampai, dia terus melompat turun dari katilnya lalu lengan Jimin dipeluk ketat. Zitao sudah menghilang setelah dia masuk ke bilik Hanmi.

“Aku macam tak percaya je sepupu aku yang tak sedar diri tu nak hadiahkan kita hanbok! Rekaan sendiri pulak tu!” Celoteh Hanmi dalam suara separuh menjerit. Jimin sudah terbiasa, jadi dia tidak perlu sumbat telinganya dengan kapas. Dirinya di tarik ke hujung katil dimana Hanmi telah pun melabuhkan punggung. “Kalau tak cantik, memang aku buang!”

Sememangnya Hanmi sengaja mengapi-apikan Zitao. Mereka berdua tak sudah-sudah bertengkar walaupun duduk serumah hampir setahun lamanya. Bila ditanya kenapa mereka sering bergaduh, Zitao dan Hanmi serentak menjawab, “Sebab kami saling sayang-menyayangi.” Kemudian dua-dua menjeling tajam antara satu sama lain.

“Woi, betina! Kau ingat aku tak dengar ke?! Jangan sampai dua-dua baju aku bagi kat Jimin! Kau menangis air mata darah hingus meleleh ke lantai pun aku takkan bagi kat kau! Baik kau diam! Jimin! Kau jauhkan diri daripada hasutan kata berbisa dan dusta minah tu!” Leter Zitao yang kedengaran lebih kepada teriakan histeria dari bilik sebelah. Secara tak langsung, Jimin dan Hanmi sama-sama terhambur tawa galak. Hanmi lagi nampak gembira sebab berjaya membangkitkan kemarahan Zitao. Hidupnya terasa tak lengkap agaknya kalau sehari tak buat lelaki itu meradang.

Derapan tapak kaki persis bunyi seperti orang sedang berkawad mengesahkan lagi keradangan Zitao. Ketawa Jimin masih bersisa saat Zitao melangkah masuk ke bilik itu dengan dua pasang busana hanbok.

“Seronok buat aku marah?” Sindir Zitao. Bibir memuncung mengalahkan paruh itik. Baju tadi dicampak ke katil sebelum dia duduk di kerusi mekap di arah bertentangan.

Mata Jimin terus tertancap kepada busana berwarna merah hati disi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 18: huwaaaa saya menangis baca end cerita ni huwaaaaaa (ಥ_ಥ) tapi kan kenapa dah habis kenapa luhan mati (ಥ_ಥ)
brooklynx #2
Alaaa luhan ): Ff ni best, saya sukaaaa keep update!
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: UUUUUUUuuu~~~ ff ni best gilaaaaaaa xD