002

Love? Too Much Cholesterol !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Eh, tu Wi Mirae kan?”

Mirae berjalan lemah menuju ke kelasnya terdengar bisik-bisik pelajar lain yang sedang mengumpat dirinya. Sejak dari tadi lagi, dia terasa seperti dipandang dan ditertawakan oleh semua orang.

Saat dia masuk ke dalam kelas, semua rakan sekelasnya memerhati dan mereka berbisik sesama sendiri. Ada yang ketawa mengejek. Ada yang memandangnya dengan muka yang jengkel dan ada juga yang sengaja menyindirnya.

 

“Perasan tak sejak dua menjak ni dia rapat dengan Taehyung? Rupanya Taehyung tu cuma nak mainkan dia je.”

“Padan muka dia. Dia ingat dia tu lawa sangat ke sampai ada hati nak couple dengan Taehyung yang hensem tu?”

“Kalau aku, aku dah sedar diri dah. Tak mungkin la Taehyung tu nak kat dia. Dia dah la gemuk. Hodoh pulak tu. Takkan tak cermin diri kot.”

Sakit hati Mirae saat mendengarkan kata-kata pedih itu. Dia tak sanggup lagi. Berita tentang Taehyung cuma mempermainkan perasaannya sudah mula tersebar. Entah siapa punya angkara, Mirae tak mahu tahu. Apa yang buat dia sedih sekarang adalah tohmahan orang lain kepadanya. Ini semua gara-gara Taehyung. Sampai hati dia buat macam ni kepada Mirae.

Mirae cuba menahan air matanya dari mengalir namun dia tak mampu untuk menyembunyikannya lagi. Segera, dia berlari ke tandas dan bersembunyi di situ.  Gadis itu menangis sepuas hatinya mengenangkan perbuatan Taehyung. Wajah lelaki itu bermain di mindanya.

“Kau cantik dengan cara kau sendiri. Hati kau cantik. Kau baik. Kau rajin tolong mak kau buat kerja. Kau menyenangkan. Sebab tu la kau cantik.”

“Kau…teman wanita terbaik aku.”

“Kau agak kenapa aku selalu buli kau? Sebab aku nak perhatian kau la ! Aku nak kau sentiasa tengok aku ! Aku nak sentiasa ada di mata kau. Kau faham tak?”

“Aku cintakan kau, Wi Mirae”

“Saranghae, Wi Mirae.”

Kata-kata Taehyung menjelma semula di mindanya. Mirae menangis lagi. Ternyata kata-kata itu hanya palsu. Sampai hati manusia bernama Taehyung tu memainkan perasaannya. Dia ingat Mirae apa? Tak ada hati dan perasaan?

“Kim Taehyung…kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?” sayu suara Mirae berkata. Dia masih belum berhenti menangis. Hatinya benar-benar kecewa. Dia menyayangi Taehyung. Dia percayakan lelaki itu tapi rupanya dia hanya dipermainkan.

Mirae menangis sepuas hatinya di dalam tandas. Hatinya betul-betul terluka.

 

 

Taehyung melangkah masuk ke halaman sekolah. Dah dua hari dia tak datang ke sini. Demamnya yang pada mula dah nak membaik jadi semakin teruk selepas peristiwa dia bergaduh dengan Mirae tempoh hari. Dua hari dia hanya berehat di rumah dan hari ini, dia memaksa diri untuk ke sekolah. Dia perlu mencari Mirae, meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia nekad. Mirae perlu tahu isi hatinya sekarang.

Susu coklat sejuk yang dibelinya di kantin dipegang erat sambil matanya meliar mencari kelibat Mirae. Di kantin, di perpustakaan mahupun di tengah koridor sekolah. Bayang gadis itu tak kelihatan. Taehyung berkeliaran mencarinya. Susu coklat yang di tangan sudah mula hilang rasa sejuknya namun pemilik susu itu masih belum Taehyung temui.

“Mirae mana? Mirae?” soal Taehyung kepada salah seorang rakan sekelas gadis itu. Taehyung akhirnya mencari Mirae di kelas namun gadis itu belum juga ditemui.

“Masuk hari ni, dah dua hari dia tak datang.” jawab salah seorang rakan sekelasnya. Taehyung terdiam. Hatinya jadi gelisah. Sepanjang waktu persekolahan, dia tak dapat fokus. Fikirannya hanya pada Mirae. Kenapa Mirae tak datang sekolah? Adakah kerana dia? Macam-macam dalam fikirannya.

Tamat sesi persekolahan, Taehyung bergegas keluar dan menunggang motosikalnya ke rumah Mirae. Langkahnya terhenti saat melihat rumah itu sepi. Seakan tak berpenghuni. Dobi milik ibu Mirae juga telah ditutup.

“Wi Mirae !” pintu kedai dobi itu digoncang kuat. Cuba memanggil Mirae. Taehyung berharap gadis itu akan keluar menemuinya.

“Dik, cari tuan rumah ni ke?” satu suara menegur Taehyung dari belakang. Taehyung menoleh dan mengangguk laju.

“Mana diorang Pak Cik?” soal Taehyung kepada lelaki pertengahan umur yang menegurnya itu. Lelaki itu diam seketika sebelum bercerita.

“Mereka dah pindah. Pak Cik pun terkejut sebab mereka berdua pindah mendadak. Dengar cerita, anak perempuan pemilik dobi ni ada masalah.” tutur lelaki itu.

“Mirae…” Taehyung tanpa sedar menyebut nama gadis itu.

“Baru semalam mereka pindah tapi Pak cik tak tau ke mana.” ujar lelaki itu lagi sebelum akhirnya meninggalkan Taehyung. Taehyung terdiam. Rumah kedai kosong itu dipandang sepi. Telefon bimbitnya dicapai dan nombor Mirae didail.

“Maaf. Nombor yang anda dial tidak ada dalam perkhidmatan. Terima kasih.”

Taehyung menghela nafas berat. Telefon bimbitnya dihempas ke jalan. Geram. Bengang. Bengang dengan diri sendiri. Disebabkan kebodohannya, kini Mirae sudah pergi dalam hidupnya. Mana dia nak cari Mirae lagi? Dia tak tahu apa-apa.

Wi Mirae sudah lenyap. Pergi jauh dari kehidupan Kim Taehyung.

Taehyung tak mampu buat apa-apa. Air matanya penyesalannya mengalir. Dia meraung sekuat hatinya. Melepaskan segala kekesalannya. Sampai mati, dia akan menyesal. Menyesal kerana buat orang yang dia cintai terluka.

 

 

 

TUJUH TAHUN KEMUDIAN

 

“Kim Taehyung,Malam ni Papa dengan Mama dah setkan satu date untuk kamu.” Puan Kim berkata kepada anak lelakinya itu.

Tersembur susu yang diminum Taehyung. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Habis basah kemeja yang dia pakai untuk ke pejabat itu.

“Apa dia Mama? Date? Lagi?” Taehyung memandang muka ibunya dengan riak yang tak puas hati. Bapanya yang berada di sebelah dikerling. Lelaki itu sekadar diam dan buat-buat sibuk dengan surat khabar di tangan. Ternyata mereka berdua belum serik. Dah berapa banyak perempuan yang mereka cuba kenalkan dengan Taehyung dan semuanya Taehyung reject. Tapi itu tak mematahkan semangat mereka untuk terus berusaha.

“Taehyung tak nak.” putus Taehyung serius. Dia memang tak main-main. Dia dah bosan.

“Apa masalah kamu ni ha, Taehyung? Semua tak kena. Semua perempuan kamu reject. Kalau macam ni, sampai bila kamu nak membujang? Kawan-kawan satu sekolah dengan kamu dulu semua dah berpunya. Dah ada yang bertunang dah pun. Kamu tak cemburu?” bebel Puan Kim kepada anak tunggalnya itu.

Taehyung buat-buat tak dengar. Dia malas nak memikirkan soal cinta. Sejak peristiwa tujuh tahun yang lalu, hatinya benar-benar dah berubah. Dia cuma nak cinta dari Wi Mirae. Sampai sekarang, dia dah tutup pintu hatinya untuk gadis lain. Hanya Wi Mirae saja yang dia inginkan.

“Hairan mama, perempuan macam mana la yang kamu nak? Semua perempuan yang mama kenalkan tu cantik-cantik, kaya, ada yang selebriti lagi tapi semua kamu reject. Kamu nak perempuan yang macam mana Kim Taehyung?” Puan Kim masih belum berhenti berleter.

Taehyung diam seketika. Roti bakar dikunyah perlahan-lahan sebelum bersuara.

“Taehyung tak pandang pun muka diorang. Cantik atau tak, Taehyung tak kisah. Cinta tak pandang rupa kan? Pada Taehyung, cinta tu bila kita kenal dan suka dengan hati dia. Cinta tu terjadi bila kita pandang kecantikan hati seseorang, bukan kecantikan fizikal atau paras rupa dia. Betul tak?” tutur Taehyung sambil membuang pandang ke arah luar tingkap. Fikirannya melayang memikirkan soal gadis yang dia sangat rindui ketika ini. Wi Mirae, sihat kah dia?

Puan Kim dan suaminya saling berpandangan. Terkejut dengan tingkah anak mereka yang tiba-tiba jiwang ini.

“Taehyung pergi dulu. Ada banyak kerja kat pejabat tu.” Taehyung meminta diri setelah siap bersarapan. Tali lehernya dibetulkan sedikit sebelum dia mencapai kot yang digantungkan di kerusi.

“Kim Taehyung, Papa dengan Mama tetap nak kamu jumpa dengan gadis tu malam ni. Janj

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Ya Allah, menangis-nangis saya baca TTTT
TKeyAlex
#2
Chapter 2: comel bodoh benda ni erghhhh
pikahbajet #3
Chapter 2: omoooo....sweetnyaaa....DAEBAKKKK!!!!!!!
misz_dina #4
Chapter 1: tae ni mmg nk kena.knpe snggp tipu yourself?tp,ttp the best.diorg happy forever
hanazraf95 #5
Chapter 2: sooo sweett~~ ♥
eydakai
#6
Chapter 2: kyyaa!!!!!
serious... sweet sngt!!!
cube klau aq jdi wi mirae... mesti best kan..??
EXO12WOLVES00 #7
Chapter 2: author,buat la sequel...sweet gila diorang nii...<3
aisyashuhada
#8
Chapter 2: Sweetnya....... Nak sequel. Takde sequel siap. Ini AMARAN (Suara Taetae).
PinkyViolet
#9
Chapter 2: SEQUELLL WARGHHHH
exo_seventeen_hanmin #10
Chapter 1: Daebakk....heart attack..comel sangat