NEW STUDENT,BROTHERS IN JEALOUSY?

KIM MAFIA:SIBLINGS!!!

'Weh V,adik kembar kau mana?'

V menjeling tajam ke arah suara itu.Jungkook,salah seorang rakan baiknya yang memiliki gigi arnab.Jungkook ni boleh kira sama taraf jugaklah dengan V ni.

'Kau ni arnab,aku baru je letak beg.Belum duduk lagi,kau dah tanya aku pasal Neeni!Kalau tanya pasal khabar aku tak apa jugaklah!'

Jungkook hanya tersengih.V pula hanya menggeleng dan kemudiannya terus duduk.Jungkook hanya melihat perilaku V.V duduk di atas kerusi miliknya dan kemudiannya meletakkan kepalanya sendiri di atas meja.Bersedia untuk terlelap sebelum cikgu sejarah yang juga merupakan cikgu disiplin sekolah,Choi Siwon masuk untuk memulakan pelajarannya.Jungkook mengeluh.Dia menunjal dahi V sekuat yang dia boleh.

'ADUHH!!Kau ni dah kenapa huh?'V menggosok dahinya yang ditunjal oleh Jungkook.Jelingan tajam dia hadiahkan kepada Jungkook namun lelaki bergigi arnab itu hanya membuat 'poker face'.

'Aku tanya kau.Neeni mana eh?'

V mengeluh.Itu je kot!Kecoh ahh mamat ni.V menunjal balik dahi Jungkook tanda membalas dendam.Sekarang giliran Jungkook pula untuk mengaduh kesakitan sambil menggosok dahinya dengan lembut.

'Neeni dek-'Ayat V terberhenti menyebabkan Jungkook mula hairan dengan sahabatnya yang digelar 'alien' ini.V merenung tajam Jungkook seolah-olah ingin membahamnya dengan gigi taring yang tajam.Jungkook menelan air liurnya.Walaupun dia juga merupakan salah satu waris mafia,tetapi hakikatnya V lagi kuat dan menyeramkan daripada dirinya!

'Kau,Jeon Jungkook...suka adik aku ke?'

Ting!Jungkook sudah dapat merasakan soalan itu yang akan V tujukan kepada dirinya.Cuma dia ada satu masalah,dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu.Jungkook mengaku yang dia memang menjadikan Neeni sebagai 'crush'nya.Tapi...melihat muka V sekarang,dia rasakan seperti nafasnya tersekat dan dia tidak boleh mengeluarkan walaupun satu patah perkataan daripada mulutnya bagaikan orang bisu.Jungkook kemudiannya ketawa sedikit untik meredakan keadaan yang sedang tegang ini walaupun hakikatnya dia sedang ketawa janggal seorang diri.

'Hahaha..er,aduh!V,perut aku sakitlah!Jimin bagi aku minum susu basi semalam!Dia nak kenakan aku!Haha..er..a-aku pergi tandas dulu!!'

Terus lari pecutlah Jungkook jawabnya.V hanya melihat Jungkook yang ingin bergegas keluar dari kelas sehingga terlanggar meja dan kerusi.Tapi apa yang lebih teruk,Jungkook terlanggar pintu kelas mereka sehingga menyebabkan satu kelas ketawa selama beberapa saat sebelum senyap semula apabila menerima pandangan maut Jungkook.Tetapi itu semua tidak bagi V,dia hanya menghantar Jungkook dengan pandangan mata yang amat tajam.

'Taehyungie oppa,kenapa ni?'

Terus pandangan tajam V berubah kepada senyuman manis yang boleh menarik hati kesemua perempuan apabila mendengar suara lunak itu.V berpaling ke arah si pemilik suara itu sebelum menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

'Takde apa-apalah,Neeni..'

-Skip-

'Class!Sila beri perhatian sekarang!'

Semua murid di dalam kelas itu terus senyap.Oh,kecuali V yang sedang bergaduh kecil dengan Jungkook,Jimin yang sedang tidur sambil berdengkur dan Neeni yang sedang menyanyi kecil sambil menconteng sesuatu di bukunya.Rasanya Neeni sedang melukis muka cikgu Himchan tetapi ditambah dengan misai dan janggut yang sangat lebat.Cikgu Himchan hanya mampu menggeleng.Nak tegur,tapi diorang ni boleh tahan berkuasa di sekolah.Lagipun,mereka waris mafia!

'Mark,silakan masuk.'
Seisi kelas(kecuali Jimin yang masih lagi tidur berdengkur)menanti kehadiran pelajar baru yang dipanggil Mark itu untuk masuk ke dalam kelas dengan penuh 'debaran'.Handsome ka?Nerd kah?Baik atau jahat?

 

 

 

 

 

Krik...

 

 

 

 

 

 

 


Krik...

 

 

 

 

 

 


Krik...

 

 

 

 

 

 

 


1 minit berlalu dan pelajar baru itu masih lagi tidak masuk ke dalam kelas.Cikgu Himchan mengeluh.Dia menarik nafas perlahan sebelum menghembuskannya kembali.

 

'MARK!!SILA MASUK KE DALAM KELAS SEKARANG!!'

 

Mark yang sedang mendengar lagu melalui 'earphone'nya itu terkejut mendengar suara maximum cikgu Himchan yang boleh merosakkan deria pendengaran manusia.Dia membuang earphone yang disumbat masuk di dalam telinganya dan menggosok telinganya yang hampir pekak akibat mendengar jeritan itu.Dia menyumbat kembali 'earphone' ke dalam telinganya sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kelas dengan gaya 'cool' bercampur malas.

 

Sesetengah pelajar perempuan sudah mula ber'fangirling'.Mark hanya mengekalkan senyuman sinisnya.'Earphone' di telinganya masih lagi memainkan lagu dan di samping itu kakinya mengikut rentak lagu yang kedengaran.Pelajar perempuan JATUH HATI,Pelajar lelaki?MENYAMPAH.

 

'Yo~What's up?Aku Mark Yi-En Tuan~Just call me Mark please~'

 

V menjeling tajam Mark apabila menyedari Neeni yang duduk di hadapannya tersenyum kecil melihat Mark dan pelajar baru itu membalasnya dengan 'wink'.Jungkook?tak payah tanya lah,muka merah sebabnya terlalu geram.Haii..ditambah pula dengan benjol di dahinya yang juga berwarna merah!Yalah,bila 'crush' sendiri lebih mesra dengan orang lain walaupun itu kali pertama mereka bertemu.

 

'E'ehem..ok Mark terima kasih sebab perkenalkan nama kamu.Oh ya,buat pengetahuan semua,Mark ni sama tarafnya dengan Taehyung,Hyo Nee,Jungkook dan Jimin ye!Jadi...jangan cari pasal dengan dia.'

 

Seisi kelas mula senyap sebentar.Lagi-lagi pelajar perempuan yang tadinya sakan ber'fangirling'.Terus di zip mulut mereka serapat-rapat yang mereka boleh.Diorang ni takut ke?

 

'Mark,sila duduk di tepi Hyo Nee.'Cikgu Himchan menunjuk ke arah tempat kosong di sebelah Neeni.Dan ketika itulah,mata V membulat dengan besar sehingga mengalahkan mata burung hantu jadian iaitu D.o yang merupakan rakan baik Suho dan Xiumin.Seisi kelas juga terkejut kerana V,Jin dan Mingyu sudah memberi amaran keras supaya tidak menggangu atau menggedik ingin berkenalan dengan Neeni.Inikan pula duduk di sebelahnya!

 

Mata V mula berapi.Dia perlu berpegang kepada janjinya untuk melindungi Neeni.V menghentak meja dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat malah boleh dikatakan lebih kuat daripada jeritan maximum cigu Himchan.

 

'Cikgu,TAK BOLEH!!'

 

Cikgu Himchan mengeluh melihat anak muridnya yang seorang itu.Hari ini V memakai eyeliner dan rambutnya diwarnakan oren.Bermasalah betul budak ni!Teringat pula dekat sahabat baiknya,Daehyun.Muka memang sebijik macam V.Bezanya,rambut dia kuning.Dia pun bermasalah jugak cuma sekarang dah jadi cikgu tadika.Entah apalah yang Daehyun ajarkan kepada kanak-kanak itu,Cikgu Himchan tidak dapat fikirkan.

 

'Maaf Taehyung,awak tak boleh membantah.Dan..kelas tahanan jam 2 petang!Ingat sikit,sekolah ini tak benarkan pelajar memakai 'eyeliner' lagi-lagi mewarnakan rambut!'Cikgu Himchan bersuara tegas.

 

V menjeling malas.Ini semua salah Baekhyun hyungnya!Kalaulah Baekhyun tidak mengajarnya untuk memakai eyeliner.Kalaulah Baekhyun tidak menggedik ingin membelanjanya untuk mewarnakan rambut,pasti dia tidak akan dikenakan kelas tahanan!

 

'Tch..apa-apalah cikgu.'V kembali duduk.Mark pula berjalan ke arah tempat duduk barunya.Dari jauh,V sudah dapat lihat dengan jelas sekali yang Mark sedang tersenyum kemenangan seolah-olah mengejeknya.Seusai sahaja duduk,Mark menghulurkan salam perkenalan kepada Neeni dan Neeni menyambutnya dengan senang.Uish..lagi panaslah V jawabnya!Oh ya,tak lupa juga Jungkook yang masih lagi merah mukanya menahan geram.

 

-Balik-

 

'Ah!Hyo Nee!Tunggu kejap!'Suara Mark kedengaran di telinga Neeni.Gadis itu berpaling ke arah Mark dan membuat isyarat 'kenapa?'.Mark tersengih.

 

'Sempena tanda perkenalan dan persahabatan kita yang baru bermula ni,apa kata Mark sendiri yang belanja Hyo Nee bubble tea!Amacam?'

 

Neeni memegang dagunya tanda dia sedang berfikir.'Elok jugak..Taehyungie oppa pun kena kelas tahanan.Aku pun dah lama tak minum bubbletea!'Neeni bersuara dalam hatinya dan kemudian mengangguk dengan laju tanda menerima pelawaan Mark tadi.

 

'Satu lagi,awak panggil je saya Neeni.'Neeni mula menunjukkan senyuman manisnya beserta dengan lesung pipit di sebelah kanan yang kelihatan.Baru sahaja mereka hendak pergi,suara manusia mula menyampuk.

 

'Neeni!!'itu suara Jin dan Mingyu.Aikk..kenapa pulak ni?Selalunya mereka berdua itu akan pulang sedikit lewat daripada V dan Neeni kerana katanya mereka berdua ingin melepak sekejap.Tapi hari ini?

 

'Kenapa ni oppa?'

 

Soalan Neeni dibiarkan tergantung sahaja kerana Jin dan Mingyu sedang khusyuk menganalisis Mark dari atas hingga ke bawah.Mark hanya mampu tersenyum senget sahaja ke arah Jin dan Mingyu.Mingyu mula berpaling ke arah Neeni tetapi Jin masih lagi tidak melepaskan pandangan matanya daripada merenung tajam Mark.

 

'V kata dia kena pergi kelas tahanan.Jadi hari ni,Neeni balik dengan oppa eo?'

 

Neeni mula serba salah jadinya.Dia tak nak kecewakan Mark tapi dia juga tak nak melukakan hati kedua abangnya ini.Dia berpaling ke arah Mark.Mark hanya mengangguk
lemah tanda menyuruh dirinya untuk balik ke rumah bersama Jin dan Mingyu.Neeni mengeluh.

 

'Ok oppa,Jom!Bye Mark!!Jumpa esok chingu..'

 

Neeni melambai ke arah Mark sambil berjalan pulang ke rumah.Mark juga turut membalas lambaian Neeni.Namun tidak bagi Jin dan Mingyu yang di dalam hati sedang menguuk Mark kerana kelihatan rapat dengan Neeni.

 

-Skip-Rumah Agam Kim

 

'Annyeong,V dah balik!!'V meletakkan beg sekolahnya di atas sofa yang berada di sebelah Jin dan Mingyu.V memandang hairan Jin dan Mingyu yang sedang termenung kosong seperti memikirkan sesuatu yang serius.

 

'Kenapa ni hyung?'

 

Serta-merta secara serentak kedua hyungnya berpaling melihat muka V yang kehairanan.Jin dan Mingyu masing-masing kelihatan serius.

 

'V,kau kenal Mark?'

 

V mengangguk.'Dia budak baru.'

 

'Kenapa dia rapat dengan Neeni?'

 

V mengangkat bahunya.'Dia memang cari pasal kot.'

 

'V,kau jealous tak?'

 

V mengangguk.'Hyung jealous jugak ke?'Dia melontarkan soalan yang sama kepada kedua-dua hyungnya.

 

Jin dan Mingyu berpandangan sesama sendiri dan berpaling ke arah V semula.Mereka perlahan mengangguk secara serentak.

 

'Ya,kitorang jealous.'

 

V tersenyum sinis sebentar sebelum mukanya kembali bertukar menjadi serius.

 

'Hyung jangan risau.Esok aku akan 'bincang' dengan Mark.'

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 1: Chapter 1: update soon..