BYE APPA!BYE OMMA!

KIM MAFIA:SIBLINGS!!!

Kini mereka sekeluarga sudah berada di lapangan terbang Incheon.Ramai juga orang melihat dan menjauhi mereka.Mungkin takut dengan muka tegas Encik Han Seok dan Puan Ming Hi.Tapi sempat juga beberapa orang gadis ber'fangirling' melihat wajah menawan anak-anak teruna Encik Han Seok dan Puan Ming Hi.Begitu juga Neeni.Ramai lelaki yang memandangnya dan ingin pergi ke arahnya tetapi apakan daya...kalau boleh dilihat sekarang Xiumin dan V sedang memeluk bahu Neeni.Jealous agaknya mereka berdua tu...Alahai!Sayangnya kat Neeni!^-^

'Perhatian!Kapal terbang ke China akan bertolak dalam masa 10 minit lagi.Diminta para penumpang berada di dalam kapal terbang sekarang!'

Encik Han Seok dan Puan Ming Hi sudah tersenyum hampa.Berat hati mereka untuk meninggalkan anak-anak mereka yang amat disayangi dan susah untuk diawasi.'Minseok,Junmyeon,jaga adik-adik kamu elok-elok.Appa amanahkan semuanya pada kamu berdua.Jangan beri kebenaran yang mereka boleh merayap lepas sekolah.Terutama sekali Taehyung dan Neeni!Macam appa tak tahu setiap kali lepas sekolah,kamu boleh pulak cari pasal belasah gangster-gangster jalanan tu kan!'V dan Neeni hanya tersengih.Memang benar,mereka selalu membelasah gangster-gangster jalanan itu.

Xiumin dan Suho hanya mengangguk bagai seorang abang yang bertanggungjawab.Tapi sebenarnya mereka sedang menghembuskan nafas lega.Mana taknya,kalau adik-adik mereka dah berani pukul gangster ..lagikan mereka,balik university cari pasal dengan ahlong!

Satu-persatu adik-beradik Kim memeluk ibu bapa mereka.Neeni sudah mengalirkan air mata.Pasti akan rindu teramat krpada Appa dan Ommanya nanti!'APPA!OMMA!JAGA DIRI BAIK-BAIK TAU!!'keenam-enam adik-beradik Kim berkata serentak dan terus membuat 'group hug'.Haii..walaupun mereka mafia...tapi siapa tak sayang ibu bapa sendiri kan?

-Skip-

Kini ibu bapa mereka sudah selamat bertolak dari Korea ke China.'So....UMIN HYUNG JOM PERGI MAKAN KFC!SUHO HYUNG BELANJA!'Suara nyaring Mingyu yang memang tak tahu malu itu hampir membuatkan semua orang yang berada di dalam lapangan terbang itu terkena sakit jantung!Dasar anak mafia tak tahu malu!

Xiumin hanya tersenyum.Jikalau bukan dia yang belanja,'on' je!Manakala Suho pula sudah tercengang seketika.Sungguh tidak adil!Kenapa dia yang perlu membelanja mereka berlima sekaligus?!Lagikan si kembar bongsu yang sememangnya 'eater' itu!Oh tidak...Bankrap lah jawabnya dia nanti!Kembar bongsu itu pula sudah terkekeh ketawa.Mesti ada idea nak kenakan Suho tu!Jin pula menghembus nafas lega.Tak perlulah dia memasak hari ini!Mingyu juga tersenyum sinis.Kadang-kadang kenakan Suho hyungnya ini pun seronok jugak!

KFC

Suho yang kini berada di barisan depan untuk membuat pesanan sedang memikirkan set mana yang menjimatkan dirinya.Set A hanya ada 2 ketul ayam beserta hidangan sampingan dan 1 air coke.Set ini hanya untuk seorang sahaja.Set B pula diperhatinya.Lebih kurang sama juga dengan Set A cuma ia mempunyai Fries dan Wedges sebagai tambahan.

'Ha!Beri saya 3 set B!'V dan Neeni yang kebetulan sedang 'mengintip' Suho terus melebarkan matanya.Tidak mungkin mereka hanya makan itu!Tidak cukup!Dan...Hana...Deul....Set!

'SERANGGGGG!!!!'

-Di meja makan-

Xiumin,Jin dan Mingyu yang sedang rancak berbual itu terkejut melihat keadaan Suho yang dalam keadaan sedikit serabai.Manakala diantara dirinya terdapat Neeni dan V yang sedang menatang dulang yang penuh dengan makanan.Xiumin hanya menggeleng.Jin dan Mingyu pula sudah ketawa besar melihat keadaan Suho.Tengoklah kekuatan V dan Neeni!Memang kuat!

'Aiseyy...Hyung dah kena buli ka?'

Suho menjeling tajam Mingyu.Mulut adiknya mungkin akan tercabut nanti jika dia akan berterusan membuli Suho.'Kau senyap sebelum mulut kau HILANG!'Mingyu terus terdiamlah jawabnya.Haiii..takut juga rupanya Mingyu dengan Suho...

Akhirnya mereka hanya makan dengan tenang walaupun dengan bebelan Suho yang tidak puas hati dan suara Neeni dan V yang terus membalas balik.Yang lain hanya mampu menggelenglah jawabnya..

-Skip-

Kini mereka berenam sedang bersantai di rumah agam Kim's.Suho sedang baca novel,Xiumin sedang tonton tv,Jin layan facebook manakala Mingyu pulak layan instagram.

'Ngee~Jin!Tengok ni!100,000 followers!Woohoo!Kau apa ada huh?'

Jin menjeling Mingyu.Dia kemudiannya tersenyum sinis.Dia memaparkan skrin telefonnya betul-betul tepat di hadapan muka Mingyu yang dianggapnya memang berlagak tu.

100 Friend Request.101 comments.100,005 followers.10,000 like your photo.

Membulat mata Mingyu dibuatnya.Pipinya terasa bahang.Malu.'Adoii...Malunya akuu..Apsal kau lembap sangat ni Mingyu oii!!'Mingyu mengejek dirinya sendiri di dalam hati.Dia kemudiannya tersengih sambil meletakkan tangan di belakang tengkuknya.Jin menunggu kata-kata Mingyu dengan senyuman sinis tidak lekang dari bibir.

'A-aku..err..aku...'

BOOOM!!!!!!!

'huh?'

Kini Jin tidak lagi menanti jawapan Mingyu.Sebaliknya dia dan kembarnya terus bergegas ke dapur di mana datangnya bunyi letupan kuat tersebut.

Sebaik sahaja turun,dapat dilihat muka Xiumin dan Suho yang sudah berasap di hadapan kawasan dapur.Bukannya berasap sebab marah sahaja,muka mereka memang dah dicalit asap kelabu beserta dengan asap merah kemarahan bayangan Jin dan Mingyu.Mereka berdua hampir sahaja ketawa apabila melihat muka Xiumin dan Suho yang sudah seperti orang Afrika malah lebih teruk daripada itu.Tapi,nak buat macam mana,tawa mereka dah memang tak boleh ditahan lagi..

'Hahaha!!Tulah hyung!!Mingyu suruh pakai Qu Puteh tak nak dengar!'

'Hahaha!!Beli Pamoga jugak tau hyung!Bila hyung marah sangat,hyung akan sakit pinggang!hahaha!!'

'Mujur ada Pamoga~Hahahaha!!'

Suho menjeling tajam+maut kepada mereka manakala Xiumin pula menghadiahkan killer+creepy smile yang memang amat seram.Jin yang perasan akan raut wajah kedua 'hyung'nya terus mencuit dengan kuat lengan Mingyu.

'Adoii..kau ni dah ken-'

Tidak sempat Mingyu menghabiskan ayatnya,Jin terlebih dahulu menghantar isyarat kepada Mingyu supaya melihat ke arah Suho dan Xiumin.Mingyu memandang hairan Jin dan memandang ke arah 'hyungs'nya.

'Err..haha..ki-kitorang gurau je-lahh h-hyung...'

Suho baru sahaja ingin membalas pedas kata-kata adiknya namun dua orang manusia yang disyaki bersalah atas kejadian ini telah menyampuk terlebih dahulu.

'Kenapa ni hyungku sekalian?'

'Ha'ah,kenapa oppa?!'

Jin dan Mingyu memandang pelik kepada V dan Neeni pula.Mana taknya,kulit mereka yang putih menjadi semakin putih seperti salji.Kalah Sehun kawan rapat Suho!

'Korang ni dah kenapa?Terlebih dos Qu Puteh ka?'Jin menyoal kedua-dua adiknya.Dilihatnya V mencebik,manakala Neeni pulak memuncung.Semakin peliklah dibuatnya si Jin ni...

'E'eh hyung ni!aku pakai D'herbs lah!!'

Jin cuma mengangguk walaupun hakikatnya sepatah habuk pun dia tidak faham akan kata-kata V.Pandangannya beralih pula kepada Neeni yang masih memuncung.

'Neeni pakai Nv lah oppa!!'

Jin mengedip matanya berkali-kali.Masih lagi tidak faham situasi yang terjadi sekarang.Pandangan Jin beralih pula kepada Mingyu yang sedang menggaru kepalanya walaupun Jin pasti kembarnya itu tidak membela kutu.

'Aku pakai apa eh Jin?Ha!Aku pakai Beauty Qaseh~'

Jin jadi makin pening apabila Mingyu menyebut nama produk itu sambil membuat suara dan gayanya sekali.PONDAN.Itu sahaja yang Jin mampu komen pada Mingyu.Dia beralih pula pandangannya kepada 'hyungs'nya.

'Eh Xiumin,kau pakai Qu Puteh ngan Pamoga?Aku pakai V'Asia lah!!'

Suho mula membebel kepada Xiumin yang hanya memandang Suho dengan muka 'faceless'.Jin yang masih lagi pening itu cuba menafsir kejadian tadi.


Kim Minseok.Xiumin.Guna Pamoga dan Qu Puteh?eik?

 

Kim Junmyeon.Suho.Guna V'Asia?Huh?

 

Kim Mingyu.Mingyu.Guna..err..Beauty Qaseh?

 

Kim Taehyung.V.Guna...D'herbs?....

 

Kim Hyo Nee.Neeni.Guna...Nv?Okay?

 

Aku Kim Seokjin.Jin.Guna apa eh?

'Err..semua,aku masuk bilik dulu..'

Jin terus beredar ke biliknya.Bukan untuk berehat tetapi untuk berfikir tentang kejadian tadi dan yang paling penting untuk mengetahui produk apa yang digunanya.Yang lain tidak mengendahkan langsung Jin sebaliknya membebel tentang produk yang mereka gunakan.

Dan hari itu tiba-tiba sahaja dengan cepatnya tamat.Dipenuhi hari itu dengan Jin yang berkurung di dalam bilik untuk berfikir dengan lagaknya seperti detektif dan sementara adik-beradiknya yang lain membebel tentang produk yang mereka sedang gunakan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 1: Chapter 1: update soon..