Epilog

Panggilan 12:30
Please Subscribe to read the full chapter

 

Epilog

 

KEESOKAN harinya, tengahari baru Kira bangun. Itupun kerana dia dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Dengan mamainya tangannya menggagau telefon di atas meja tepi katil dan menjawab panggilan tersebut. Sempat lagi dia membuang pandang ke arah jam di dinding yang menunjukkan pukul 12:30 tengahari.

 

"Helo.."

 

"Helo sayangku Kira, cepat bangun! Kalau tak rezeki susah nak masuk!"

 

Kira yang tadinya masih dalam keadaan mamai terus membeliakkan mata mendengar suara di talian. Suara inilah yang dia dengar malam semalam, yang menyuruh dia untuk tidak membaling telefonnya ke lantai. Sekejap, bagaimana dia tahu aku baru saja bangun dari tidur?

 

"Hantu! Aku tak nak kau duduk menumpang dalam telefon aku lagilah bangang!"jerit Kira sambil membaling telefonnya itu ke katil dan serentak itu dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. Malam semalam pun dia ada juga mahu membaling telefonnya itu ke lantai tetapi suara garau tadi menghalangnya dari berbuat demikian. Apa sebabnya ya yang membuatkan suara garau itu menghalangnya? Kira memicit kepalanya, cuba memaksa otaknya mengingat kembali peristiwa semalam tetapi gagal.

 

"Yahh, kan aku dah cakap semalam yang aku bukan hantu! Kau tak faham lagi ke? Oh ya, aku baru teringat yang kau pengsan sebelum sempat aku jelaskan siapa aku yang sebenarnya."

 

Spontan Kira mengerutkan dahi. Eh? Aku pengsan ke? Kenapa aku tak sedar pula aku ada terpengsan? Dan kenapa speaker telefon aku tu tiba-tiba je on?,fikir gadis itu sambil memandang telefonnya di atas katil. Dengan tangan terketar-ketar, dia mengambil telefon itu dan merenungnya lama sebelum menelan liur dan menyentuh skrinnya. Skrin telefon yang tadinya gelap berubah cerah. Dan seperti yang dia jangka, tiada nombor mahupun perkataan 'private number' pada skrin telefon itu. Apa yang terpapar cuma simbol angkat dan tamatkan panggilan saja. Ala, yang butang hijau merah tu. Kebingungan apakah ini?

 

"Ka-kalau kau bu-bukan hantu..habis ka-kau ni a-apa sebenarnya?"tergagap-gagap Kira membalas. Takut, cuak, semua ada!

 

"Dengar baik-baik apa yang aku cakap ni, okey? Dan tolong jangan takut untuk bercakap dengan aku sebab aku memang bukan hantu. Aku cuma roh yang terperangkap dalam telefon kau ni dan aku sendiri pun tak pasti bagaimana atau mengapa semua ini boleh berlaku. Yang aku sempat ingat, aku dilanggar sebuah kereta ketika aku cuba melintasi sebatang jalan. Aku tahu apa yang aku ceritakan ini kedengaran gila dan tak masuk akal tapi itulah hakikatnya. Tolonglah percayakan aku, Kira"

 

Kira menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya perlahan-lahan. Okey, semua ini memang gila. Benar-benar gila! Bagaimana pula roh boleh terperangkap dalam telefon yang berteknologi tinggi ni? Spontan gadis itu menggoncang telefonnya, konon nak bagi roh itu keluar dari situ. Sengal betullah Kira ni. Haha.

 

"Woi, jangan goncangkan telefon kau! Pening aku dibuatnya!"rayu roh yang belum Kira ketahui namanya itu. Kira sudah ketawa terbahak-bahak. Roh pun boleh rasa pening ke? Kelakar betul!

 

"Okey, okey. Aku ambil keputusan untuk percaya cakap kau walaupun apa yang sedang aku alami ni agak gila. Hah, kau nak aku tolong kau buat apa wahai mister spirit?"tanya Kira yang nampaknya sudah tidak takut dengan suara garau itu. Nampaknya dia boleh menerima kenyataan yang gila dan tidak munasabah ini.

 

"Hello Choi Kira, aku bukan mister spirit okey? Aku ada nama dan nama aku lawa tau."

 

"Oh? Roh macam kau pun ada nama jugak ke? Eh.. Sekejap.. macam mana kau boleh tahu nama aku?"

 

"Hmm? Oh..aku dengar kau bercakap dengan abang kau dan dia panggil kau Choi Kira. So aku assume nama kau adalah Choi Kira..betul kan?"

 

Tanpa sedar Kira menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata roh itu. Macamlah roh itu nampak apa yang dia buat. Dia yang sedari tadinya berdiri sudah melabuhkan punggung di atas sofa berhampiran. Penat juga berdiri sambil bercakap ni. Sambil duduk dia merenung skrin telefonnya.

 

"Yup, itu nama aku. Dan siapa nama sebenar kau wahai encik roh?"

 

"Aku... Kim Taehyung. Selamat berkenalan."

 

 

SELESAI saja mandi dan berpakaian, Kira keluar dari rumahnya. Rumah itu merupakan rumah yang dibeli abangnya untuk dia duduki. Jika Jinhyuk datang ke Korea melawat adiknya, dia akan tinggal di rumah itu saja. Rumah itu agak besar, dengan tiga bilik tidur, satu dapur sederhana besar dan dua bilik air. Satu di tingkat atas dan satu di tingkat bawah. Kira sendiri tidak pula rasa kesunyian tinggal di rumah besar itu. Mungkin kerana dia sudah terbiasa tinggal seorang diri sedari kecil. Kali terakhir dia tinggal berdua dengan abangnya ketika dia berumur tujuh belas tahun. Ketika itu abangnya berumur dua puluh lima tahun dan masih lagi belajar di Korea. Sebab itu mereka masih boleh tinggal bersama. Dan ketika itu jugalah mereka tinggal dengan Pakcik Junho yang masih menetap di bumi Korea Selatan ini.

 

Kira membetulkan cardigan yang tersarung pada badannya sebelum melangkah keluar dari rumah. Cuaca petang itu agak redup dan mendung. Kira berjalan sendirian dengan langkah yang perlahan. Kepalanya masih ligat memikirkan perihal roh di dalam telefonnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Kim Taehyung. Dan seingat dia, Kim Taehyung adalah nama pemuda yang disebut Jisoo sebagai pelajar lelaki paling hot di kampusnya ketika ini. Adakah mereka merupakan orang yang sama? Kalau sama sekalipun, apa yang dia kisahkan?

 

Jarum jam di tangan sudah menunjuk ke angka tiga. Kira mempercepatkan langkahnya sambil sebelah tangannya mengeluarkan sehelai kertas kecil tertulis sesuatu. Sesuatu berupa alamat yang dicatatnya ketika Taehyung berbicara dengannya tengahari tadi. Kata lelaki itu, itu adalah alamat rumahnya dan dia meminta Kira ke sana untuk mengambil butir maklumat tentang di mana jasadnya sekarang daripada keluarganya. Kata Taehyung lagi, dia sudah tidak dapat mengingati dengan jelas dia di mana sewaktu kemalangan itu berlaku. Lagi haru, dia tak ingat nombor telefon dia dan keluarganya. Apa yang dia ingat hanya namanya saja. Mungkin dia sudah terkena amnesia. Mungkin. Dan sebagai seorang warganegara yang bertanggung jawab serta penuh dengan nilai-nilai murni, Kira merelakan diri membantu Taehyung. Nasib baiklah sekarang cuti pertengahan semester selama seminggu, jadi tiada masalah baginya untuk membantu lelaki itu.

 

Namun begitu Kira dapati kes Taehyung agak unik. Dia adalah roh yang terperangkap di dalam sebuah telefon dan dia secara automatiknya boleh mendengar setiap butir panggilan yang diterima telefon itu, melihat melalui kamera depan dan belakang malah tahu segala butiran yang disimpan di dalamnya itu. Contohnya, Taehyung dapat tahu nama sebenar Kira kerana terdengar perbualan gadis itu dengan abangnya malam semalam. Hebat bukan? Dan satu lagi fakta penting yang Kira tahu mengenai Taehyung adalah dia hanya boleh melakukan panggilan ke telefon itu ketika jam 12:30 saja. Tidak kiralah jam 12:30 tengahari atau pun malam. Mungkin sebab itulah panggilan dari Taehyung seperti yang Kira terima tengahari tadi tidak tercatat sebarang nombor pun di skrin telefonnya.

 

Ding dong!

 

Loceng pintu dibunyikan untuk beberapa kali tetapi masih tiada manusia yang membukanya dan keluar untuk melihat siapakah gerangan yang membunyikan loceng rumah mereka. Kira sudah melepaskan keluhan berat. Terasa seperti sia-sia saja dia datang ke rumah Taehyung hanya untuk mendapati bahawa rumah itu tidak berpenghuni. Dengan langkah yang agak berat dia menapak pergi dari depan pintu pagar rumah banglo itu. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia terdengar bunyi pintu pagar dibuka.

 

"Err.. Cik ke yang tekan loceng rumah ni? Cik cari siapa ya?"soal seorang gadis dalam lingkungan dua puluhan kepada Kira yang sudahpun berdiri menghadap gadis itu. Lega betul dia melihat gadis itu. Sangkanya rumah itu tidak berpenghuni.

 

"Kim Taehyung tinggal di sini ke? Saya..kawan dia dan saya nak jumpa dia."dalih Kira walhal dia sendiri sudah sedia maklum bahawa lelaki itu tiada disini.

 

"Oh.. memang dia tinggal di sini. Dia abang saya tapi maaf ya kak, abang saya takde di sini. Dia ditimpa kemalangan di London dan masih dalam keadaan koma sekarang.."berubah sedikit muka gadis itu tatkala berbicara mengenai abangnya. Ya, satu-satunya abang kesayangannya yang sudah hampir seminggu dia tidak bersua muka. Sungguh dia tidak jangka abangnya itu boleh koma akibat kemalangan.

 

Kira pula sudah mempamerkan reaksi terkejut. Tidak dia sangka lelaki itu berada di dalam keadaan koma. Patutlah rohnya boleh terperangkap dalam telefonnya. Dia pernah juga mendengar kata-kata Jisoo mengenai roh. Kata sahabatnya itu, roh orang yang berada dalam keadaan koma ini seringkali melayang keluar dari jasad mereka. Mungkin itulah yang sedang Taehyung alami sekarang. Tapi yang peliknya, mengapa lelaki itu boleh berada di Kota London ketika dia kemalangan? Jauh siaa!

 

"Boleh saya tahu Taehyung dirawat dimana sekarang?"

 

Malam itu, tepat pukul 12:30..

 

"APA? Kota London? Jauh tu!"jerit Taehyung cuak. Dia sendiri terkejut mendengar patah kata yang keluar dari bibir Kira. Buat apa pula dia di kota lama yang cantik dan elegen itu? Bercuti? Tak mungkinlah, seluar dalam pun ibunya masih belikan untuk dia apatah lagi mahu pergi bercuti ke luar negara.

 

Kira sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Macamlah Taehyung nampak apa yang dia buat. Gadis itu menoleh ke arah jam di meja yang sudah menunjukkan pukul 12:35 tengah malam. Penat juga dia sebenarnya kerana terpaksa menunggu selewat ini semata-mata mahu memaklumkan tentang hal petang tadi kepada lelaki itu. Nak buat macam mana, dia cuma boleh bercakap ketika waktu menginjak 12:30 setiap hari. Lainlah jika Taehyung boleh bercakap dengannya setiap masa.

 

"Tapi masa aku ke rumah kau petang tadi aku dah minta alamat hospital di mana tempat badan kau berada sekarang. Dan aku rasa ibu kau berada di sana untuk menjaga kau sebab aku cuma bertemu dengan adik kau je tadi."balas Kira perlahan. Taehyung ada memberitahunya yang dia hanya mempunyai seorang adik dan ibu. Ayahnya sudah lama meninggal dunia, sebelum dia sempat dilahirkan lagi. Dan adiknya yang bernama Kim Haneul itu pula adalah anak angkat.

 

"Oh.."hanya itu saja yang mampu diucap Taehyung di talian. Kemudian Kira terdengar satu keluhan berat dilepaskan. Pasti lelaki itu tertekan. Sudahlah koma akibat dilanggar kereta, rohnya pula melayang dan terperangkap di dalam telefon gadis yang langsung dia tidak kenali.

 

"Macam mana aku nak ke London dalam keadaan macam ni? I need my body back but this is too much for me.."

 

"Sabarlah Taehyung.. Aku yakin ada sebab semua ini berlaku."pujuk si pemilik telefon, cuba untuk menenangkan roh itu. Walaupun dia roh tetapi dia juga punya perasaan. Ya, perasaan.

 

"Kira, aku tahu apa yang aku akan minta ni melampau, tapi boleh tak kau bawa aku ke London?"

 

 

SIMON memerhatikan sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku di atas sebuah katil di depannya. Matanya tertancap pada pakaian hospital yang tersarung pada tubuh di depannya itu. Dengan wajah yang agak sugul dia menarik kerusi berhampiran ke arah katil itu dan duduk. Fikirannya mula melayang ke peristiwa seminggu yang lalu. Peristiwa di mana dia menjadi saksi kepada kemalangan yang menimpa anak muda di hadapannya ini.

 

Lelaki berusia awal empat puluhan itu menghela nafasnya perlahan sebelum matanya merenung wajah anak muda yang masih tidak sedarkan diri itu. Wajah itu sebenarnya mengingatkan dia kepada seseorang yang dia benar-benar kenali satu masa dahulu. Dan wajah itu jugalah yang kerap bermain-main di fikirannya selama seminggu ini. Memang fikirannya terganggu dengan wajah kacak anak muda itu. Cukup terganggu sehinggakan dia mengambil keputusan untuk datang ke hospital untuk menjenguknya. Dia jadi tidak senang duduk membayangkan reaksi anak muda yang dalam kesakitan meminta bantuannya ketika dia dilanggar dan dia pula cuma berdiri kaku di tempatnya tanpa timbul sekelumit rasa ingin membantu pemuda itu dalam hatinya.

 

Ya, dia memang pengecut. Dia cuma pentingkan dirinya sahaja. Dan apa yang dia lakukan tempoh hari mengingatkan dia kepada apa yang dia pernah lakukan terhadap kawannya dahulu. Simon hanya mampu mengeluh kecil. Rasa menyesal mula memenuhi segenap ruang hatinya.

 

"Maafkan pakcik sebab tak tolong kau tempoh hari, wahai anak muda. Ada sebab pakcik berbuat demikian. Pakcik tak mahu kedudukan pakcik tercabar disebabkan kamu."

 

Sebaik saja dia berucap demikian, telefon di dalam poket seluarnya bergetar tanda panggilan masuk. Simon menyeluk poket dan mengeluarkan telefonnya. Tertera nama gadis kesayangannya di skrin. Tanpa sedar dia melangkah keluar dari bilik tersebut dan menjawab panggilan itu.

 

"Hello my handsome uncle!"suara disebelah sana kedengaran sedikit ceria bercampur teruja. Tersenyum saja Simon mendengarnya.

 

"Hello my lovely Kira! How are you sweety?"

 

"I'm just fine uncle. How about you? What are you doing right now? Dating?"usik Kira lagi dengan sengihan di bibirnya. Memang dia selalu mengusik pakciknya yang bergelar bujang terlajak laris itu. Dia pelik sebenarnya dengan lelaki itu. Usia sudah mencecah angka emapt puluhan tetapi masih tiada perempuan yang mendampinginya. Nak kata tak laku, ramai peminat. Dengan muka sekacak itu, mustahil tiada wanita yang tidak jatuh hati pada pakciknya. Tetapi mengapa sehingga sekarang dia masih lagi solo ya?

 

Simon berdehem perlahan, terperanjat dengan soalan anak saudaranya itu. Anak saudaranya itu memang nakal, ada saja usikan yang gadis itu sediakan untuknya.

 

"Mana adalah, pakcik tengah melawat kenalan pakcik di hospital je. Kenapa Kira tiba-tiba call pakcik ni? Ada sesuatu yang buruk berlaku ke?"tanya Simon untuk kepastian. Pelik juga bila gadis itu tiba-tiba menghubunginya di waktu siang hari sebegini. Kebiasaannya gadis itu akan menelefonnya pada waktu pagi di Seoul bersamaan waktu malam di London.

 

Kira sudah menggelengkan kepala tapi apakan daya pakciknya itu tidak akan nampak apa yang dia lakukan sekarang. Jadi dengan pantas dia membalas, "Oh, tak adalah pakcik. Tak ada apa-apa masalah pun. Kira okey je. Cuma Kira just nak inform pakcik yang sekejap lagi Kira akan sampai di London, so boleh tak pakcik ambil Kira di airport?"

 

Simon sudah mengerutkan dahi mendengar ayat gadis itu. "Eh, kenapa tiba-tiba saja Kira datang ke London? Macam mana dengan pembelajaran Kira di universiti?"

 

"Eh pakcik ni, kan Kira ada cakap dekat pakcik yang Kira cuti pertengahan semester selama seminggu bermula hari ni. Pakcik lupa ke? Lagipun, Kira datang London sebab rindukan pakcik. Rasa macam dah berpuluh-puluh tahu tak jumpa pakcik tau!"sengaja Kira berkata-kata dengan nada gedik dan riangnya supaya pakciknya itu mempercayainya kata-katanya. Dia tidak boleh biarkan lelaki itu tahu yang dia ke kota lama yang cantik dan penuh elegen itu untuk membantu roh yang terperangkap dalam telefonnya. Tidak sama sekali! Dan jika dia memberitahu hal sebenar niat dia datang ke sini kepada pakciknya itu pasti pakciknya tidak percaya dan menganggap dia gila. Yeah, dia tahu perihal roh terperangkap dalam telefonnya yang serba canggih itu tidak masuk akal dan dia juga yakin Pakcik Simon akan mentertawakan dia. Pasti. Pakcik Simon juga sama sepertinya, tidak mempercayai hal berkaitan hantu.

 

Simon sudah tersenyum bahagia mendengar omongan anak saudaranya di talian. Memang dia sudah lama tidak bertemu Kira, kira-kira satahun lamanya. Itupun kerana dia sibuk dengan satu projek modelling yang memerlukan dia untuk terbang hampir ke serata dunia semata-mata untuk merakamkan gambar model yang terdiri dari pelbagai negara itu. Dan sebenarnya projek itu agak menguntungkan dia kerana namanya semakin dikenali ramai. Tidak lupa juga, koleksi kenalannya dalam senarai kenalan juga semakin bertambah dan hampir kebanyakan nombor yang diperolehinya itu adalah nombor telefon model-model terkenal dari agensi terkenal. Ada juga sekali dua model-model itu mengajak dia keluar makan. Dan mestilah Simon menerima pelawaan itu. Well, siapa tak suka keluar makan dengan model yang cantik menawan?

 

"Aww, i miss you too sweetheart. Okey, kalau macam tu sekarang jugak pakcik pergi ke airport dan tunggu Kira di sana."

 

 

"AKU rasa aku macam pernah dengar suara pakcik kau tu, Kira."luah Taehyung dengan nada berbaur tidak puas hati. Kira pula sudah menggelangkan kepala mendengar kata-kata lelaki itu. Perlahan-lahan dia melangkah laju melintasi sebatang jalan berhampiran rumah pakciknya. Tengahari itu pakciknya sudah tiada di rumah kerana bekerja jadi dia mengambil keputusan untuk keluar. Lokasi yang menjadi targetnya ketika ini adalah hospital di mana jasad Taehyung berada. Dia perlu cepat membawa lelaki itu kepada jasadnya sebelum tempohnya tamat. Tempoh yang dimaksudkan adalah masa yang ada untuk roh kembali ke jasadnya. Menurut Jisoo yang mempunyai banyak pengetahuan mengenai dunia paranormal ini, itupun kerana berkat pembacaannya terhadap bahan bacaan berkaitan paranormal, roh yang terlepas dari jasad perlulah kembali ke tubuh badannya dalam masa sebulan. Jika tidak roh itu akan naik ke atas dan jasadnya secara automatiknya akan diisytiharkan sebagai tidak bernyawa atau dengan kata lainnya, Taehyung akan mati. Ya, mati. Dan tinggal tiga hari lagi tempoh untuk mereka mengembalikan roh Taehyung ke jasadnya.

 

Tersentak juga Kira tatkala mendengar kata-kata sahabatnya itu. Spontan timbul rasa kasihan yang teramat sangat pada lelaki bernama Kim Taehyung ini.

 

"Alah, biasalah tu. Lelaki kan suara semua lebih kurang je. Kau ni, jangan pesimis sangat boleh tak?"Kira sudah membebel. Geli hati pula Taehyung mendengarnya.

 

"Aku cuma cakap je.. Janganlah marah aku wuuuu,"si roh sudah mula berdrama air mata. Siap buat suara sedih lagi dengan tangisan yang sengaja dibuat-buat.

 

"Sekali lagi kau berdrama, aku campak telefon ni ke dalam tasik depan sana tu. Nak?"

 

Terus diam si roh itu mendengarnya. Kira sudah tersengih. Tahu pulak takut? Berdekah-dekah dia ketawa dalam hati. Namun selepas beberapa minit berlalu, Kira sudah mula bosan. Ya, suasana senyap tanpa celoteh Taehyung membuatkan dia tersangatlah bosan. Seminggu ini dia sudah terbiasa berbual-bual dengan lelaki itu jadi dia berasa agak pelik bila lelaki itu tiba-tiba mendiamkan dirinya. Aik, tak akanlah merajuk dengan aku sampai tak bercakap sepatah pun?

 

"Yah Kim Taehyung, janganlah senyap je. Please, say something."

 

Senyap. Kedengaran bunyi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai tubuh gadis itu. Kini dia sedang berjalan melintasi kawasan taman awam. Hospital yang sedang dia tuju cuma beberapa ratus meter dari taman itu. Disebabkan penat, dia berhenti duduk di sebuah bangku taman berhampiran, menunggu roh di telefonnya memberikan respons.

 

"Rindu nak dengar suara akulah tu."Taehyung yang sedari tadi diam sudah mula bersuara diiringi kekekan ketawa yang membuatkan Kira tiba-tiba terpegun mendengarnya. Entah kenapa suara itu kedengaran sangat mengasyikkan pada pendengarannya. Suara yang garau, kasar serta penuh kelakian itu dikatanya mengasyikkan? Adakah dia sudah gila?

 

"Tolong jangan perasan."

 

"Aku tahu suara aku mengasyikkan sampaikan kau rindu nak mendengarnya. Kau je yang tak nak mengaku."

 

"Patutkah aku campak telefon ni ke tanah sekarang sampai berkecai?"

 

"Kau dah ada kekasih?"

 

Terdiam seketika Kira mendengar soalan lelaki itu.

 

"Kenapa kau tanya soalan macam tu dekat aku? Aku nampak macam seorang yang takda kekasih ke?"

 

"Jadi kau dah berpunyalah?"

 

"Siapa cakap?"

 

Terburai ketawa Taehyung mendengarnya. Kadangkala seronok juga berbicara dengan gadis bernama Choi Kira ini.

 

"Jadi apa status kau sebenarnya sekarang?"

 

Kira melepaskan satu keluhan kecil. "Perlu ke kita cakap pasal hal peribadi macam ni?"soalnya tanda tidak puas hati. Sungguh dia kurang gemar orang berta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
ada shipper taestal dekat sini? Muahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Lethal7
#1
Chapter 2: oyemji hahaha actually boleh dikatakan first time bce ff malay smpi habis hahaha and it was a great story! keep it up :D
pikahbajet #2
Chapter 2: taehyung ni.....sweet benor...
jachyun
#3
Chapter 2: Pergh, hbat gilo cite awok ni, bes Sgt ni and thumbs up por u sis
AsyiA_MiZuki
#4
Chapter 2: thumbs up..good job a/n.cite ni mmg beeeest
GdsGIRLZ
#5
Chapter 1: Mak ai!!! Phone tu tahu dia baling fone dia XD hhah
KaiSoo96
#6
Chapter 1: Kisah tojung x taetaeyu - prof jeksen
kaiexona #7
Chapter 2: UWahh.daebak giler ah ff nih
hyemipark
#8
Chapter 2: Sweet gilee bakhang mmng thorbaik laaa *thumbs up*
FIGHTING!!!
sunnstar #9
Chapter 2: kt kubur lak tu beromance xD