Prolog

Panggilan 12:30
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prolog

 

KIRA berjalan melintasi sebatang jalan yang sunyi sambil sebelah tangannya memegang beberapa fail. Dia punya janji temu dengan Jisoo, teman karibnya di sebuah kafe berhampiran kampusnya. Sambil berjalan dia memerhatikan keadaan sekeliling. Langit kelihatan cerah tengahari itu dengan sinar mentari memancar-mancar penuh gemilang. Burung-burung pula bekicauan riang sesama mereka dengan mengalunkan melodi-melodi merdu. Kelihatan anak-anak kecil dari sebuah tadika berhampiran bermain dengan riangnya ketika gadis itu melalui sebuah taman awam. Ah, pasti mereka sedang mengadakan perkelahan kerana Kira nampak kelibat beberapa wanita dewasa di sekeliling kumpulan kanak-kanak itu. Nampaknya tengahari ini memang tengahari yang indah kerana dia dapat melihat permandangan yang sangat jarang dia alami. Mungkin kerana statusnya sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang yang selalu sibuk tugasan yang berlambak-lambak membuatkan dia tidak sedar akan semua yang berlaku di sekitarnya.

 

Gadis itu berhenti melangkah apabila kakinya memijak lantai kaki lima sebuah kafe. Kafe Winner namanya. Terus saja Kira melangkah masuk dan serta-merta dia boleh nampak kelibat Jisoo yang sedang melambaikan tangan ke arahnya. Cepat-cepat Kira berjalan ke arah sahabatnya itu lalu duduk di meja. Seketika kemudian mereka memesan makanan dan minuman.

 

"Aku rasa telefon ni rosaklah."ucap Kira kepada sahabat baiknya, Jisoo yang sedang menikmati kek red velvetnya. Kira pula, sambil sibuk bercakap matanya merenung telefon pintarnya yang berwarna putih berlogokan sebiji buah epal yang telah digigit di belakang badan telefonnya itu. Telefon berjenama Apple Iphone 5 yang merupakan hadiah pemberian pakciknya yang tinggal di London itu kini menjadi antara barangan kesayangannya. Mungkin dia berperasaan sedemikian kerana telefon itu adalah hadiah daripada pakcik kesayangannya. Memang dia sayang akan pakciknya yang bernama Park Junho itu atau nama inggerisnya, Simon Park. Lelaki itu memang terlalu baik terhadapnya, mungkin kerana hanya dia saja satu-satunya saudara perempuan yang lelaki itu ada.

 

"Rosak? Bukan ke kau cakap kau dapat telefon baru ni dari pakcik kau ke?"soal Jisoo dengan dahi berkerut sambil mulutnya sibuk menikmati kek yang masih bersisa dalam pinggan. Dia merenung wajah sang sahabat yang masih lagi leka merenung telefon pintar putih itu. Sesekali dia membuang pandang ke arah luar kafe sambil melepaskan keluhan kecil.

 

Kira sekadar menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Dia cuma meluahkan apa yang dia rasa ketika ini tentang keadaan telefonnya. Ya, memang benar telefon itu adalah telefon baru. Malah telefon itu masih lagi berada dalam kotak yang berbalut cantik sewaktu pekerja syarikat FedEx menghantarnya ke rumah. Tapi dia hairan kenapa kebelakangan ini telefonnya itu tiba-tiba bermasalah. Bermasalah macam mana? Jom kita tengok!

 

"Kau ni.. tadi kau cakap telefon kau ni rosak kan? Cuba cerita dekat aku kenapa kau fikir telefon baru kau ni rosak."

 

"Ni haa, telefon aku selalu dapat panggilan dalam pukul 12;30 macam tu tapi yang peliknya takde pulak tertulis di skrin nombor yang call aku tu."ucap si pemilik telefon dengan dahi berkerut sambil membuka ruangan log panggilan di skrin dan menunjukkannya kepada temannya di sebelah. Terus Jisoo mengambil telefon Kira dan meneliti tulisan di skrin telefon itu. Terus bertambah kerutan di dahi Jisoo yang sudah sedia berkedut itu.

 

"Peliknya! Kenapa takde nombor si pemanggil dekat log panggilan masuk ni? Creepyyyy..."

 

"Itu pasallah aku kata telefon ni rosak.. mustahillah kalau someone telefon kita tanpa terpapar nombor telefon beliau di skrin telefon kita. Even nombor private pun tertulis perkataan 'private number' di skrin."ujar Kira. Tanpa sedar sebelah tangannya mengusap dagunya sendiri, kononnya untuk membolehkan otaknya memikirkan sebab musabab mengapa telefonnya itu bermasalah sedemikian.

 

Jisoo yang masih lagi leka meneliti senarai panggilan masuk di telefon Kira tiba-tiba membuat muka takut. "Jangan-jangan..telefon kau ni.."

 

"Telefon aku apa?"

 

Jisoo masih lagi membuat muka takutnya tiba-tiba meletakkan telefon Kira di atas meja sambil berkata, "Aku rasa ada hantu menumpang dalam telefon kaulah, Kira..."

 

Kira merengus perlahan. Dia paling tidak suka bercakap mengenai hantu. Bukan sebab dia takut tapi kerana dia meluat. Baginya, golongan bergelar hantu ini tidak pernah wujud di dunia ini. Semua hantu yang dia lihat di media massa dan elektronik hanyalah rekaan semata-mata. Pendek kata, Kira tidak percaya hantu itu wujud dan hidup di dunia ini.

 

"Nonsenselah kau ni. Hantu itu tak pernah wujudlah! Inilah padahnya kalau manusia terlalu percayakan media, semua penipuan mereka kau orang percaya. Macam kaulah, asyik tengok cerita seram. Filem seram Korea, Thailand, Inggeris and so on kau bedal.. siap hafal nama dan jenis hantu lagi. Hantu poconglah, pontianaklah, hantu Kak Limah lah, hantu makcik karipaplah.. Lepas tu bila nak ke tandas pukul dua pagi mulalah kejut dan ajak aku temankan."bebel Kira, siap gerakkan tangan bak instruktor okestra lagi tu. Tapi memang betul pun apa yang gadis itu bebelkan. Jisoo memang suka tonton filem seram dan kesannya, sifat penakut mula membesar dalam diri sahabatnya itu. Itu yang Kira tidak suka. Dah tahu diri tu penakut nak jugak tengok filem seram..heol.

 

Jisoo yang terasa dikutuk kaw-kaw oleh Kira sudah menarik muka masam. Merajuklah konon dengan teguran berbisa Kira. Memang mulut Kira berbisa. Kalau dia tidak puas hati, dia terus luahkan saja. Tapi Kira buat derk saja. Malaslah pulak dia nak minta maaf. Apa yang dia bebelkan tadi memang kenyataan, bukan fitnah semata-mata. Dengan selambanya dia menghirup kopi hitam yang sudah sedikit suam.

 

"Filem seram best apa..sebab tu aku layan je walaupun hati ni asyik kecut je bila tengok scene-scene hantu tu. Lagipun bila aku tengok filem seram ni kan, aku rasa orang yang dapat lihat hantu atau roh ni istimewa tau."

 

"Kenapa istimewa pulak? Kalau kau boleh nampak hantu, kau sanggup ke hadap muka hantu yang hodoh tahap loji kumbahan tu?"sesedap rasa saja Kira bercakap. Mulut tak bertapis macam itulah. Hakhak

 

Jisoo merengus kecil. "Ish..janganlah cakap macam tu. Kata-kata itu satu doa kau tahu tak? Well, aku rasa mereka yang dapat lihat benda-benda macam tu istimewa sebab mereka boleh tolong hantu atau roh tu realisasikan benda yang mereka tak sempat buat ketika mereka masih hidup dulu. Kau faham tak? Contohnya kalau satu roh tu berniat nak berjumpa dengan orang tersayang, orang yang dapat lihat mereka boleh tolong roh tu dengan bawak roh tu ke rumah orang kesayangan roh tu. Lepas roh tu dah dapat buat atau realisasikan benda terakhir yang dia teringin nak buat sebelum mati, roh-roh tersebut secara automatiknya akan kembali ke tempat mereka. You know..nirvana, alam selepas mati."terang gadis itu panjang lebar. Gayanya seperti seorang penceramah memberi ceramah kepada pelajar sekolah yang akan mengambil

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
ada shipper taestal dekat sini? Muahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Lethal7
#1
Chapter 2: oyemji hahaha actually boleh dikatakan first time bce ff malay smpi habis hahaha and it was a great story! keep it up :D
pikahbajet #2
Chapter 2: taehyung ni.....sweet benor...
jachyun
#3
Chapter 2: Pergh, hbat gilo cite awok ni, bes Sgt ni and thumbs up por u sis
AsyiA_MiZuki
#4
Chapter 2: thumbs up..good job a/n.cite ni mmg beeeest
GdsGIRLZ
#5
Chapter 1: Mak ai!!! Phone tu tahu dia baling fone dia XD hhah
KaiSoo96
#6
Chapter 1: Kisah tojung x taetaeyu - prof jeksen
kaiexona #7
Chapter 2: UWahh.daebak giler ah ff nih
hyemipark
#8
Chapter 2: Sweet gilee bakhang mmng thorbaik laaa *thumbs up*
FIGHTING!!!
sunnstar #9
Chapter 2: kt kubur lak tu beromance xD