...4

Kisah Hujan

 

“Aku bebas!” Eunyoung menjerit sepuas hatinya, kakinya pantas berlari entah ke mana. Dia membiarkan hujan membasahi dirinya, menyerap ketenangan yang dibawa bersama hujan lebat tersebut sebanyak yang mungkin. Sayup kedengaran suara Taecyeon di belakangnya. Eunyoung sengaja tidak mengendahkan lelaki tersebut. Dia mahu mengubati jiwanya yang telah lama ketandusan bahagia dan jika Taecyeon tidak datang bersama bahagia tersebut, Eunyoung sanggup melepaskan lelaki yang paling dicintainya pergi.

"Yahooooo!" Eunyoung terus berlari, menari, ketawa dalam hujan. Biarlah Taecyeon menekan hon berkali-kali pun. Dia berpaling ke arah Teacyeon, tersenyum lebar.

"Taecyeon!" Eunyoung melambaikan tangannya apabila melihat pemuda tinggi lampai tersebut berjalan mendekatinya sambil memegang payung.

“Dah, jom balik.” Taecyeon lantas merentap pergelangan tangan gadis tersebut. Eunyoung melawan. Genggaman Taecyeon diusir dari lengannya, membuatkan pemuda tersebut terpaku, terkejut dengan sikap Eunyoung yang tidak seperti selalu.

“Kau ni kenapa?” Suara Taecyeon sedikit mengeras, namun Eunyoung sedikit pun tak ambil hati. Dia biarkan saja semuanya berlalu kerana dia sudah bersedia untuk hidup baru.

“Aku mahu bebas, Taec. Kalau kau nak aku balik semula ke dunia kau…” Eunyoung menggelengkan kepalanya, “Elok kita ucap selamat tinggal saja.” Eunyoung tersenyum lembut.

Taecyeon mengeluh. Dia seperti berfikir seketika, kemudian payungnya dicampak ke tepi. Tubuh kecil Eunyoung lantas didakap erat. 

“I’m sorry,” bisik Taecyeon ke telinga Eunyoung.

Eunyoung tersenyum semula lalu membalas dakapan lelaki bertubuh sasa tersebut. Dia menantikan ayat seterusnya daripada Taecyeon. Eunyoung yakin, Taecyeon masih lagi lelaki yang membuatkan dia gila kepayang sejak dulu lagi. Taecyeon takkan pernah kecewakannya.

"I'm really sorry, sayang. I was so lost in my own world, nak puaskan hati semua orang. Sampai aku tak sedar yang kau tak bahagia. Aku... Aku bodoh, Eunyoung."

"It's okay," pendek saja Eunyoung membalas. Dia mengusap perlahan belakang Taecyeon. 

"I really love you, Eunyoung. Walau ke mana pun kau pergi, jangan sesekali tinggalkan aku. Bawa aku ke mana saja, Eunyoung."

Eunyoung berundur sedikit daripada dakapan Taecyeon agar dia dapat melihat tepat ke mata jejaka itu. 

"I will, Taec. I will."

"Kita mulakan segalanya sekali lagi? Start fresh?"

Eunyoung mengangguk. Taecyeon tersenyum kecil. Terpancar kelegaan yang amat sangat di matanya. Eunyoung membalas senyumannya lalu mengucup lembut bibir nipis wajah tampan tersebut.

 

 

~

 

 

The End

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan drabble fic yang random ni. Saja corat-coret di celah kesibukan kerja. Ta!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 4: Akhirnya....mereka bahagia.... ;)
sitiazilataemin88
#2
Chapter 3: poor eunyoung..Dia xberslh punn..T_T update soon!
parkyura98
#3
Chapter 3: Kesiannya eunyoung...cerita ni psal rumah tangga eunyoung ea? Update soon...citer ni sedih Sgt.... T^T
parkyura98
#4
Chapter 1: Eunyoung tu..bkn manusia ke?
Update soon tau!!! Sye nk tau ape yg di seterusnya!! ^O^